Thursday, October 8, 2009

Anekdot 5- Antah,Berteh dan Kerak Nasi

Dalam kehidupan sebagai seorang petani yang mengerjakan sawah diSungaibatu deRelong, tiga perkara ini iaitu antah, berteh dan kerak nasi adalah diantara perkara yang pastinya mereka mengerti atau ketahui.Namun begitu bebudak sekarang istilah tersebut mungkin jarang mereka dengar atau jumpa.Maklumlah sekarang nasi yang ditanak atau dimasak pakai peruk letrik ianya tiada berkerak.Berteh pula selalu digunakan pada masa orang hendak berjampi atau berpawang masa dahulu dan juga ditabur kepada pengantin bila samping kerumah pengantin perempuan seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini dan sekarang tidak diamalkan lagi.Akhirnya antah yang bebudak sekarang mungkin terjumpa dalam nasi, itupun mereka tahu atau tidak ianya bernama antah yang mungkin mereka buang saja bila berjumpa takala makan nasi.

Antah yang saya selalu pilih ada biji padi yang bercampur dengan beras bila padi telah ditumbuk atau dimesin oleh mesin padi atau ditumbuk dalam lesung padi.Seingat saya Pakangah Derani yang menjalankan mesin pengisar padi dekat rumah Tokempat Uda adalah seorang yang peramah dan baik dengan saya semasa kecil.Dikampung kami kalau untuk mengisar atau menumbuk padi secara banyak kenalah hantar kemesin pengisar padi yang dibuat oleh Pakangah Derani.Walaupun mesin pengisar itu terletak dekat rumah Tokempat saya ada juga berjalan-jalan sampai kerumah beliau diseberang paya Pakandak Dahan yang melalui batas-batas sawah sampai kerumah Maro (kawan saya sama sekolah).Selain dari itu mesin pengisar padi ini menghasilkan bahan sampingan iaitu sekam padi yang boleh digunakan membalut airbatu yang pernah saya ceritakan apabila kami beli pada bulan puasa dikedai Aki Subuh.Jadi Pakangah Derani kerana baik dengan saya yang selalu saya juga mengusiknya bila naik "basikaltua" seperti yang dinyanyikan oleh Sudirman itu memberikan saya secara percuma sahaja sekam padi itu bila-bila saya mahu.

Selain dari itu "antah nasi" memang ada bila orang memasak diwaktu khenduri-kendara dikampung kami seperti yang saya ceritakan.Saya selalu kesabak dan baik dengan Tok Senduk seperti yang pernah ceritakan.Tukang masak yang pandai bertanak macam Abang Nor selalu saya "kacau" bila dia bertanak, jadi kerana kenakalan saya telah dilantik memerhatikan "antah nasi" dalam kawah yang dia masak atau orang lain yang masak seperti Tok Pawang Isa atau Abang Husin Dedeho.Sebagai balasan kepada saya memerhati "antah nasi" saya diberikan kerak nasi yang panas-panas dalam kawah setelah dimasak.Inilah habuan yang saya minat makan dengan kawan-kawan lain beramai-ramai bersama gulai daging yang memang sedap betul bagi kami ketika itu.

Akhirnya berteh adalah antah padi yang saya pilih dan kumpul lama-lama bila banyak ianya digoreng menjadi berteh.Berteh ini biasanya diguna bila Tokpawah nak berjampi ketika kami sakit dikampung dahulu.Saya masih ingat Tok Pawang Muhamad dari Bapong yang pernah menjampi saya mengunakan bertih ini semasa saya demam.Saya lihat dia berkumat-kamit membaca mentera dan kemudian mengambil bertih yang emak isi dalam mangkuk dan kemudian mengambil sebahagianya ditaburkan kepada saya, entah macam mana beberapa ulas dari bertih itu memasuki hidung saya dan saya terbersin amat kuat dan mungkin Tok Pawang Muhamaad agak mengantuk petang itu hingga dia terkejut besar dan hampir terbalik dan kepalanya terkena dinding papan rumah kami.Melihat demikian saya ketawa kuat dan dia juga ikut ketawa.Dia menyatakan pada saya " Keh Mengatuk " .Saya selepas itu berkebah dan baik dari demam.Inilah peristiwa saya terkenangkan Tok Pawang Muhamad dan bertih yang dia selalu suka membantu orang kampung yang inginkan pertolongan dikampung Relong dan Bapong dan saya diberitahu oleh emak dia sekarang telah beristeri muda.

Dr Aminudin

Wednesday, October 7, 2009

Anekdot 4- Ampaian Dan Belibis (Dendrocygna javanica)

Rumah kami ditepi gedung,paya dan Guabama deRelong itu sering juga didatangi oleh banyak burung-burung belibis(Dendrocygna javanica)yang datang entah dari mana.Burung-burung ini kalau datang banyak betul.Mereka bermain ditepi gedung dekat rumah kami itu.Burung ini kadang-kadang saya dapati ada yang bertelur dipulau kecil dalam gedung wan itu yang mana bila saya bersama Jefri dan Alim anak Pakangah Man datang bermain kami menemui telur itek dan juga belibis-belibis itu.Kami akan rebus telur-telur itu dibangsal tempat kami bermain pondok-pondok yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Ayah telah membuatkan ampaian tempat menjemur kain baju kami ditepi gedung wan itu, yang kalau tidak silap saya dibawah pokok belimbing tepi gedung tersebut.Ampaian ini ayah buatkan tiang kayunya dari teras merebau yang terkenal kukuh dan juga dipasang beberapa tali dawai tempat diletak kain baju jemuran kami.

Selain dari meletak kain baju jemuran kami, saya lihat emak juga menjemur helaian-helian mengkuangnya yang telah dicelup warnanya pada ampian ini. Memang kelihat indah dari jauh ia berwarna-warni bergantungan bila disinari cahaya matahari dari jauh yang kelihatan kehijauan,kemerahan,putih,dan chokat.Inilah pemandangan yang tidak saya lupakan bila teringatkan ampaian kami disungaibatu.Begitu juga kadang-kadang kami iaitu Saya, Jefri dan Alim mencari duit poket dengan menjual buah-buah rambai dipekan sari kampung Relong setelah tidak laku buah itu kami gantungkan buah-buah rambai yang kami ikat itu pada ampian tersebut.Buah rambai yang biasa kami panjat dan banyak dekat rumah Pakangah Man ialah rambai yang kami panggil "rambai telur".Rambai jenis ini memang manis dan buahnya bulat, bila masak ia licin dan warna keputihan telur.Buah-buah yang tidak laku ini kami jemur diampaian yang kemudian boleh pun dihiris kulitnya halus-halus untuk dijadikan sayur kulit rambai yang dicampur dengan kacang panjang muda yang kalau kami makan nasi memang membuat kekenyangan tersandar kediding rumah.

Berbalik pada cerita belibis ini entah macam mana pada satu hari jumaat petang itu ayah telah menjemurkan jaring ikannya pada ampian kami itu dan tidak diangkatnya (diambilnya) bila menjelang malam.Kebetulan petang itu saya lihat banyak betul belibis bermain dan bergurau ditepi gedung kami itu.Jadi mungkin mereka tidur ditepi gedung kami itu pada malam itu, bisik hati saya.Kira-kira jam 10.00 malam itu hujan dan pelangkau (bahasa slang kami disungaibatu yang bermakna petir dan kilat)begitu juga serta ribut yang kuat. Esoknya bila ayah bangun dan hendak mandi untuk sembahyang subuh dia dapati jaring dia bergegaran dan putih dipenuhi oleh belibis-belibis itu, apa lagi dia memanggil saya dan emak untuk melihatnya.Kemudianya kami menangkap dan menyembelihnya.Oleh kerana agak banyak burung-burung belibis itu pada esoknya saya ,Jefri dan Alim ,kami menjual belibis itu dipekan sari kampung Relong yang dibuat pada pagi sabtu itu.Orang ramai yang datang berebut-rebut datang untuk membeli burung belibis yang kami jual.Inilah kenangan saya dizaman bebudak yang kadang-kadang saya teringatkan Jefri dan Alim.

Dr Aminudin

Tuesday, October 6, 2009

Anekdot 3- Ayam Kami Dan Gadong (Dioscorea hispida)

Rumah lama kami disungaibatu deRelong terletak ditepi gedung Wan dan juga Guabama memang begitu banyak kenangan.Justeru itu saya telah mengarang banyak kenangan-kenangan tentangnya.Inilah rumah lama tempat saya dilahirkan.Disamping terdapat batu-batu besar tempat emak menjemur padi ianya juga banyak pokok-pokok buahan yang hidup dikawasan itu.Pokok yang saya ingat ialah manggis,bidara,rawa,limau bali,rambutan gading,jambu bertih,jambu bangkok,jambu batu,rambutan,langsat,belimbing,kelapa, pinang dan mempelam. Rumah kami juga terletak ditepi paya atau sawah kami ditepi Gua tersebut.Dipaya inilah yang banyak saya coretkan tentang mencangkul sawah, menanam padi ,mengubah, menuai, mengemping,mengirik dan menumbuk padi .Selain dari itu ayah membina sebuah reban ayam yang agak besar juga dekat pokok durian yang menghadap kepaya kami itu.Direban inilah ayah membela ayam dan juga itek.Atap reban ayam kami dibuat dari daun pedor dan juga beberapa sangkar ayam yang dibuat dari daun rembia.Dimasa saya kecil ayah selalu menyuruh saya memberi makan ayam dan itek kami dengan padi,rembia,nasi yang takhabis kami makan dan juga kadang-kadang gondang yang pernah saya ceritakan.

Saya memang suka juga makan ayam kampung dan juga telur itek yang dimasak lemak dengan dicampur dengan ubikayu atau rebung oleh emak.Telur ayam kampung pula saya kadang jual kepekan sari kampung Relong yang bersempadan dengan kampung Bapong bagi duit belanja sekolah.Kadang-kadang bila ayam kami membiak ayah ada juga menjual ayam-ayam kampung kami ini kePadang Tengku yang biasanya dia isikan ayam-ayam itu dalam Tengkalang yang diperbuat dari buluh.Mengenai kami memelihara ayam ini perkara yang saya tidak boleh lupalah bila ayah membawa balik ubi gadung (dioscorea hispida) dari Bukit Perupuk setelah dia menerangkan kebun getah kami yang telah ditanam semula.Ubi ini hidup dikebun getah itu bersama ubi kemili yang ayah tanam.Jadi bila lihat ubi ini terletak dibawah pelantar rumah kami, saya mengambilnya untuk diberi makan ayam-ayam kami kerana masa itu padi untuk ayam telah habis dan juga rembia belum lagi ditebang batangnya untuk kami beri makan ayam dan itek kami.Memang seronoklah memotong-motong ubi gadung itu dan diberi makan ayam-ayam itu.Mereka berebut-rebut memakan ubi tersebut dengan lahapnya maklumlah lapar.Namun tidak lama selepas itu saya lihat ayam dan itek-itek kami terhuyung- hayang dan kesemuanya rebah.Saya ingat habislah kali ini mereka keracunan mati akibat makan buah gadung itu.Setelah tidak berapa lama kemudian ayah balik dan saya memberi tahu akan ayam dan itek kami yang bergelempangan setelah memakan ubi gadung itu.Dia cepat menyuruh saya mencari buah kelapa yang banyak gugur dan kemudian dia mengupas dan mengambil air dan disiramkan kepada ayam dan itek-itek kami itu.Tidak lama kemudian kelihatan ayam dan itek itu sedar dan bangun semula.Mengikut ayah ,ayam dan itek itu pensan kerana memakan ubi gadung yang tidak dibuang racunnya dahulu sebelum diberi mereka makan.Jadi kita kena rendam dahulu ubi gadung itu dalam air kelapa semalaman kemudian barulah boleh dimakan.Manakala air kelapa pula adalah penawar bagi yang pengsan dan sampai hari ini saya memang ingat sangat tentang ubi gadung ini dan sehingga hari ini saya tidak mahu memakan ubi tersebut lagi.

Dr Aminudin

Anekdot 2- Acar Mentimun

Saya pernah mencoretkan tentang semasa kecil disungaibatu deRelong saya sering mengikut emak ketempat orang kenduri kahwin.Dalam blog saya tentang "bawang " ada saya ceritakan kami yang datang kerumah orang membuat persediaan sebelum kenduri kawin melakukan kerja-kerja seperti mengupas bawang besar dan kecil juga kerja-kerja lain seperti mengupas kentang, mengupas keledek, menyiang labu, mengupas nyor dan sebagainya.Saya sering mengikut emak kerana dia terpaksa membawa saya kerana tiada orang dirumah.Ayah pergi menoreh getah diTeha dan kalau ada wan saya tinggal dengan wan, namun wan juga sering pergi kerumah anak-anaknya yang lain iaitu PakWe,Pakencik,pakatih dan Pakandak.Jadi banyak juga rumah orang kenduri kahwin yang saya pergi dengan emak membantu mereka membuat kerja-kerja persiapan kenduri kahwin.Apa yang saya ingat ialah semasa Akak Milah nak kahwin saya dan emak memang tidak kemana hanya dirumah Pakencik membantu mereka membuat persediaan itu.Wan pun dah duduk rumah Pakencik bila berlaku perkahwinan itu.

Orang memang ramai datang membantu baik dari Bapong,Behrang dan Berchang bila Akak Milah kahwin ini dengan Abang Mat Skuter.Saya seperti biasalah membantu orang perempuan lain mengumpulkan bawang-bawang besar dan kecil yang telah dikupas mahupun dibelah kecil-kecil.Disamping itu ada juga mentimun muda yang telah dikerat-kerat barang sepanjang dua inci dan tebal kira suku inci.Saya memang suka makan acar mentimun muda terutama yang dimasak dengan taucu, ikan bilis dan lada besar yang kami panggil disungaibatu sebagai lada "pegor".Dalam mengupas dan memotong mentimum muda ini kita akan membuang "empulur"nya yang menjadi kegemaran saya juga dibuat air "mempulur" mentimun muda dengan dibancuh dengan gula batu.Kalau dibuat memang sedap.Selain dari itu saya juga suka membelah kelapa yang telah dibuang kulit dan sabutnya itu yang kalau saya lihat ada tunas atau cambahnya untuk saya pecahkan buah kelapa itu untuk diberikan pada orang-orang perempuan yang datang mengukur kelapa dalam kerja-kerja berderau ditempat orang kenduri itu.Saya suka memakan " tombong" yang biasanya terdapat dalam buah kelapa itu.Dalam kerja kahwin Akak Milah ini saya berlawan dengan akak Milah memakan lada, ketika itu memanglah lada "pegor" tidak pedas,kalau ada yang pedas saya akan minum air mentimun yang saya buat dengan gulabatu itu.Bila sampai kebahagian cabar-mencabar oleh Akak Nab supaya kami makan ciri padi, apalagilah sebagai budak yang terkenal nakal masa itu, saya makan seraup ciripadi, apalagi meletuplah mulut saya kepedasan dan tiada jalan lain meminum air kelapa yang disimpan dalam besen ditanah bawa pokok mempelam dekat parit rumah pakencik itu dan mencurah keseluruh badan.Akak milah juga habis muka merah macam terbit api kepedasan dia berlari kedapur rumahnya mencari gula.Peristiwa ini selalu saya ingat pada Akak Milah hingga sepanjang hayat saya.Saya juga berharap dia terus menanam cilipadi dekat rumahnya diJengka 8, bagi mengatasi harga cilipadi yang agak mahal sekarang dan juga kenangan kepada telatah kami dimasa dahulu.

Dr Aminudin.

Monday, October 5, 2009

Database By Dr Aminudin Hj Abdul Karim For Research On Bama Valley Part V
















62.Lutfi Abas dan Awang Sariyan,Kamus Pelajar Delta,Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.,PJ,1988.
63.MOhd Janib Johari,Etika Profesional,UTM,Sekudai,2001.
64.Mayhew,S.,A Dictionary of Geography,Oxford University Press,2004.
65.Malik Badri,Konflik Ahli Psikologi Islam,IBS Buku Sdn Bhd.,1989.
66.Shamsul Amri Baharuddin,Budaya Yang Tercabar,DBP,Kuala Lumpur,2007.
67.Zainal Abidin Bakar,Kumpulan Pantun Melayu,DBP,Kuala lumpur,1991.
68.Ahmad Von Denffer,Research In Islam :Basics,Principles and Pratical Suggestions,The Islamic Foundations,1985.
69.Prof.Abdullah Hassan,Psikologi Moden untuk Pendakwah,PtS Publications and Distributors Sdn Bhd.,Bentong,2001.
70.Zakaria Hitam,AsalUsul Nama Tempat Bersejarah DiNegeri Pahang D.M,Lembaga Muzium Negeri Pahang,pekan,1991.
71.Muhammad Zakaria dan Mustafa Ali Muhd,Tumbuhan dan Perubatan Tradisional,Penerbit Fajar bakti Sdn.bhd,Kuala Lumpur,1992.
72.Yaakun Isa,Kamus Bahasa Melayu Klasik,Berita Publishing Sdn Bhd..Kuala Lumpur,1997
73.Dai Yin Fang and Liau Cheng Jun,Fruits as Medicine,Pelanduk Publications,Selangor,1999.
74.The Malaysian Economy in Figures 2003,EPU,Prime Minister's Department
75.Laporan Tahunan 1999,Unit Penyelarasan Perlaksanaan,Jabatan Perdana Menteri.
76. Rice,Bloomsbury Books,London,1994

Dr Aminudin

Sunday, October 4, 2009

Anekdot 1 - Anting 2

Kadang-kadang saya teringkatkan juga Makandak Minah yang pernah saya paparkan gambarnya dalam blog ini.Makandak sering juga datang kerumah kami disungaibatu bila dia ada masa lapang.Dia selalu berborak dengan Wan, Emak,Akak Siti, Akak Milah,Akak Nab dan lain-lain serta juga dia datang untuk mencari mengkuang dekat gedung batu wan kami itu.Mereka semua memang tahu kenakalan saya dimasa kecil yang selalu hendak itu dan ini dari mereka.Masa saya kecil memanglah saya selalu meminta itu dan ini.Saya sebagai budak lelaki memang selalu pula berkawan dengan bebudak perempuan lain seperti anak Pakencik Akob, iaitu Kakak Milah dan Miah (kawan seumur saya), anak Pakwe Muhammad seperti Akak Yah, Akak Munah, Dijah dan Emah dan anak Makandak iaitu Azi ketika itu, Manakala Ainon seingat saya belum ada lagi.

Jadi bagi kaum perempuan bila berjumpa dan berborak tentulah hal-hal urusan rumah tangga dan juga berkaitan dengan pekara membeli barang perhiasan seperti gelang, cincin,subang,anting-anting,rantai leher dan sebagainya.Dalam beborak itu Makandak ada cadangan untuk membelikan anting-anting untuk Azi.Jadi apa lagi saya yang ada duduk tercatuk dekat mereka yang berbual dipelantar rumah kami yang menghadap gua bama ketika itu turut mahukan dibelikan anting-anting itu.Saya meminta emak menyuruh Makandak membelikan " barang" itu untuk saya juga.Mereka semua ketawa dan mengatakan yang saya tak perlukan "barang " itu.Saya apa lagi terus menjerit dan mahukan barang itu dibeli juga oleh Makandak.Saya turun dari pelantar dan ketanah serta bergoleng-goleng atas tanah depan pelantar tempat mereka berborak itu sambil menangis.Akhirnya emak bersetuju menyuruh Makanadak membelikan "Barang" itu dikuala Lipis nanti.Jadi pada masa yang telah ditetapkan kami iaitu Pakandak,makanda,emak saya, bersama anak-anak makanadak iaitu Manan,Azi,Nuar dan Zahar kami pergi keKuala lipis membeli barang itu.Akhir bila telah dibelikan oleh Makandak untuk Azi sepasang anting-anting dan sepasang lagi untuk saya, barulah saya tahu apa itu anting-anting.Saya berasa amat malu,dan kemudian menyuruh emak simpan sahaja namun apakan daya saya ketika itu hanyalah seorang budak yang nakal masa itu.Setelah itu kami bergambar dan gambar itu masih kami simpan dan bila saya menatapi gambar itu saya teringatkan Makandak dan Azi yang telah tiada lagi dan juga kenakalan saya .

Dr Aminudin.

Database By Dr Aminudin Hj.Abdul Karim For Research On Bama Valley Part IV

















46.Malaysia Wetland Directory,Publisher by Department of Wildlife and National Parks,Malysia,Kuala Lumpur,1987
47.Mohd Jamil Mukmin,Melaka Pusat Penyebaran Islam DiNusantara,Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Melaka,Melaka,2004.
48.Tunku Intan Mainura Tunku Makmar Nizamuddin,Practice of Diplomatic Immunities and Privileges,Institute of Diplomacy and Foreign Relations,Kuala Lumpur,2003.
49.Industri Perlombongan Malaysia,Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,Kementerian Sumberasli dan Alam Sekitar,Kuala Lumpur,2007.
50.Englander,I.,The Architecture of Computer Hardware and Systems Software,John Wiley and Sons Inc,New York,2000.
51.Ismal Hussein dan lain-lain,Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu,Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi,2001.
52.Shaharin Yussof,The Natural and Other Histories of Batu Caves,Malaysia Nature Society,Kuala Lumpur,1997.
53.Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi,Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Melayu:Teori dan Praktis,Karisma Publications Sdn.Bhd,Shah Alam,2008.
54.Miller,H.,Jungle War in Malaya:The Campaign Against Communism 1948-60,Arthur Barker Limited,London,1972.
55.Goodall,B.,Dictionary of Human Geography,The Penguin,London,1987.
56.Yunos Pipet,Gasing Melayu,DBP,Kuala Lumpur,1993.
57.Rustam A.Sani,Ketemu DiAlur Zaman,Media Icon Sdn Bhd,Kuala lumpur,2009.
58.Dato Hj.Muhammad Saleh Hj Awang,Sejarah Darul Iman Hingga 1918M,Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.,Kuala Lumpur,1983.
59.Ir.Hj.Mazelan Abdul Samad,Menjejak Asal Usul Dato'Linggi,Tidak DiTerbitkan,2003.
60.Papers Relating To Trengganu,MBRAS Reprint Number 10,Kuala Lumpur,1983.
61.Alistair Seton,Nobuko Matsumoto and Noriko Hayashi,Japanese Vocabulary for Speakers and Readers,Golden Books Centre Sdn Bhd.,Kuala Lumpur,1991.