Sunday, June 28, 2009

Benta

Benta yang kalau menurut Kamus Delta,1988 bermakna bisul bibir atau rumput ternak (rice grass).Benta adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Lipis yang mana ia akan kita lalui bila hendak kebandar Raub masa saya kecil dahulu.Tetapi kini pekan itu akan kita terlepas dari melaluinya kerana telah ada jalan bypass dari Lipis KeRaub, jadi bebudak sekarang tidak akan tahu akhirnya pekan Benta lama itu.Itulah nikmatnya lebuhraya sekarang yang sedikit sebanyak menghilangkan sejarah kita yang lama.Benta ini kalau mengikut saudara Mustafa Kamal Haudin,1997 telah dibuka oleh Tok Mengkodi yang mempunyai legendanya tersendiri membuka tanah dari Bukit Ngerik hinggalah ke Bukit Guling Nangka.Benta merupakan pekan kegemaraan saya melawatnya kerana terdapat pekan sari benta berhampiran perhentian basnya.Disitulah terdapat penjualan gula kabung yang terkenal diPahang hingga kehari ini.Dahulu dimasa saya bebudak gula kabung yang dijual dipekan sari benta adalah bulat dan besar yang dibaluti oleh daun kering.Hari ini telah menjadi kecil dan harganyapun telah mahal.Disamping itu dipekan sari ini menjual juga buah-buah hutan yang saya minati seperti buah salak,kelubi,tampoi,perah dan lain-lain.Saya juga gemar makan satey yang dijual digerai-gerai dalam pekan sari tersebut disamping mee rebusnya yang enak.Disamping itu untuk menikmati gulai ikan Sungai kedai makan depan Balai Polis Benta dimasa dahulu amatlah menyelerakan .Dipekan benta ini ada beberapa kawan saya seperti Amirudin (sekarang seorang guru),Rahman (dahulu Pengetua SM Sulaiman,Bentong) dan juga Rahim Kassim (sekarang PTD diLabuan) dan lain-lain lagi.Keluarga Rahim Kassim dahulu adalah seorang perniaga yang berjaya dibenta, malahan mereka kerap datang kepekan sari kampong Relong berjual barangan mereka.Mereka inilah kawan-kawan saya dan jarang dapat menghubungi mereka lagi kerana kesibukan urusan masing-masing.Begitu jugalah Pakcu Husin Ali,bapa saudara saya juga penah menjadi Pengetua SMKBenta ini.Jadi pekan Benta sepatutnya membangun dengan pesat sebab ia mempunyai kedudukan yang strategik, tapi apakan daya ia masih macam dahulu juga dengan sedikit perubahan, itulah pembangunan daerah lipis yang saya dapati telah mulai ditinggalkan oleh Kelantan yang diperintah oleh bukan BN, itulah kelebihan mereka yang perlu orang politik Pahang ambil perhatian segera.

Dr Aminudin

Bawang(Kelompok Amaryllidaceae)

Bila kita memperkatakan bawang, terdapat berberapa jenis bawang iaitu bawang besar, bawang kecil yang biasa kita panggil bawang merah, bawang putih dan lain-lain.Bila menyebut bawang ini teringat saya dimasa kecil disungaibatu,kampong Relong yang gotong-royong mengupas dan mengiris bawang apabila tiba musim orang kenduri kahwin.Biasa orang perempuan akan beramai-ramai membuat persedian bagi menyediakan bahan untuk memasak ini termasuklah mengupas dan mengiris bawang.Oleh kerana dimasa kecil saya selalu mengikut emak kekenduri kendara ini saya adalah diantara bebudak lelaki yang bercampur gaul dengan orang-orang perempuan dikerja-kerja gotong-royong ini.Sebab itu saya mudah mesra dengan mereka seperti Akak Milah,Akak Nab,Wan Kiah,Akak siti,Encik Pah,Makandak dan lain-lain lagi.Kami mengupas bawang-bawang besar,bawang kecil dan bawang putih bagi disediakan untuk buat ramuan bagi masakan gulai ataupun sayor bagi masakan orang kenduri kahwin tersebut.Kelemahan saya adalah tidak tahan dengan bau atau aroma bawang yang menyucuk hidung dan mata saya.Jadi saya selalunya bertugas memungut bawang yang dikupas atau dihiris tersebut dengan mengumpulnya kedalam satu besen besar untuk disimpan sementara yang akan digunakan dalam memasak gulai atau sayor yang akan disediakan bagi tukang masak kelak.Selain dari bawang-bawang ada juga sayor lain yang dibersihkan atau dibuang kulit seperti kentang, mentimum,lada dan sebagainya.Setelah kerja-kerja bergotong-royong ini kami akan menyediakan makanan bagi yang datang bergotong-royong ini.Biasanya kegemaran saya ialah masak acar mentimun muda dengan tauchu dan lada besar muda (biasa kami gelar lada pegor).Emak dan Akak Nab biasa pandai memasak acar tauchu ini dan saya akan memakan nasi banyak disamping goreng ikan yang kami dapat masa berikan yang biasanya dari gedung wan seperti lampang,potak,puyu,toman dan lain-lain, malahan ikan bador goreng ranggup pun amat sedap dimakan masa bergotong-royong ini.Jefri dan Alim jarang ikut gotong -royong mengupas bawang ini kerana emak dia (akak siti biasanya membawa adik Jefri yang perempuan ikut bersama)selain dari itu saya juga gemar memakan acar mentimun ini dengan mencecah roti keping yang mamak jual dari Lipis yang pernah saya ceritakan.Sejarahnya bawang adalah tumbuhan yang dikatakan berasal dari kawasan Iran dan pakistan dan jarang kita dapati ditanam dinegara ini dan dia merupakan tanaman yang diimport.Hari ini saya dapati bawang putih pula menjadi popular sebagai makanan tambahan yang dikatakan boleh membawa kesihatan kepada kita, iaitu rahmat Allah melalui tumbuhan-tumbuhan yang diciptaNYA.Kitapun kalau mamak mengoreng telur dadar atau roti canaisading tanpa bawang rasanya tidak enak bukan ?

Dr Aminudin

Saturday, June 27, 2009

Bolo

Bolo atau juga dalam bahasa persuratan dipanggil balang yang umumnya bermulut besar .Bolo ini biasanya emak saya mengisi kuih-kuih yang biasanya dibuat dekat hari raya seperti bahulu,semprit,putu kacang,bangkit dan lain-lain.Bolo juga biasanya emak gunakan untuk mengisi gula pasir dan gula merah.Bagi kami bebudak SungaiBatu diRelong biasanya membantu emak menjelang hari raya membuat kuih muih ini terutama bahulu dan kemudianya menyusun kuih-kuih tersebut dalam bolo dan kemudian apabila terasa nak makan mengambilnya satu demi satu hinggakan bila menjelang hari raya kuih-kuih itu telah sedikit.Bagi rumah kami kuih-kuih ini tidaklan menjadi hal kerana ia masih banyak bila menjelang raya, ini adalah kerana saya seorang saja berbanding dengan anak-anak Pakangah man,Pakencik Akob dan We Muhamad yang boleh dikatakan ramai anak-anak mereka.Kuih bahulu biasanya dibuat oleh emak dengan menggunakan telor ayam yang dipukul dengan pemukul telor dalam bekas yang diperbuat dari tembikar dan yang menjadi mangsanya ialah bebuduk seperti kami yang disuruh memukul telor dan ini merupakan keseronokan kepada kami bila melihat telor yang dipukul itu mengembang dan menaik .Selepas itu kami juga diminta menghidupkan api untuk membakar bahulu dalam acuan yang telah diisi adunan bahulu.Apabila bahulu telah masak kami bebudak akan memakan bahulu ini tadi dan menyusunnya dalam bolo.Kegembiraan kami menyusun bahulu dalam bolo ini merupakan detik manis dikalangan kami iaitu Jefri dan Alim.Alim yang masih kecil dan percakapan masih pelat membilang, atu, ua,iga dan seterusnya membuat kami begitu terhibur dan gembira melihat gelagat dia .Bila kami terasa dahaga kami akan mengambil buah kelapa gading yang pokoknya rendah tepi gedung wan dekat rumah kami untuk minum, air kelapa yang manis dan segar menjadi santapan kami yang tidak terperi enaknya bagi selera kami bebudak takala itu. Ini adalah kenangan manis bagi kami yang kadang-kadang bila saya melihat lemari kaca sekarang ini dipenuhi oleh pinggan mangkok yang sepi tanpa digunakan.Berbanding dengan dahulu rumah kami tidak mempunyai pinggan mangkok yang banyak tetapi hanyalah bolo-bolo kaca yang akan hanya dipenuhi oleh kuih-kuih raya apabila menjelang hari raya.Inilah kehidupan kami bebudak kampong yang hatinya gembira dan penuh keceriaan dimasa kecil yang saya kenang dan menjadi rona-rona kehidupan saya yang tidakm akan dilupakan sepanjang hayat.Kaca- kaca sebahagian dari dinding rumah saya kelihatan berwarna warni dipancar cahaya lampu mengingat saya semua ini, ia cukup indah dalam memoriku.

Dr Aminudin

Friday, June 26, 2009

Busut(small hill,ant hill)

Busut memang banyak dibawah pokok bidara dan durian dekat rumah kami ditepi Gua Bama dan juga dalam kebun getah kami dekat rumah Cikgu Bakar (kemudiannya kami pindah kesitu kerana lari dari hujan batu dari pecahan batu kuari) yang pernah saya cotetkan.Mengikut ayah saya busut ini asalnya ada kubu-kubu dizaman pemberontakan orang Melayu menentang British dahulu. Betullah apa yang diceritakan oleh penulis sejarah yang juga saya petik kajian mereka untuk menjadi rujukan saya bahawa Gua Bama adalah salah satu tempat Datok Bahaman bertapa dan kawasan rumah kami adalah kubu bagi rakan-rakannya berlindung yang mana Aki saya salah seorang darinya rakan-rakan beliau itu.Berbalik pada kubu atau busut ini tadi menjadikan target kami bebudak membongkornya dan memecah tanah-tanah busut tersebut.Kami bebudak mengerjakannya adalah kerana untuk mencari telor anai-anai untuk dijadikan umpan pancing.Selain dari itu memang menyeronokan kami bebudak meramas dan memecahkan sarang anai-anai ini.Saya ,Jefri dan Alim begitu seronok memecahkan sarang anai-anai yang gebu dan berwarna coklat muda itu, disamping mengumpulkan telor-telornya untuk dijadikan umpan ikan puyu,sebarau,kepor ataupun lampang.Selain dari itu busut-busut juga banyak terdapat dalam Padang Tanah Pakngah Man menuju kerumah Pakencik Akob.Dalam padang ini seperti yang pernah saya coretkan terdapat terowong yang kami cipta untuk menyorok dan bermain.Jadi selain dari terowong itu terdapat juga busut-busut ini yang menjadi kubu atau tempat kami berlindung bagi kami bermain perang bedil buah terong manggo.Busut ini juga tempat kami bersandar dan kadang-kadang tertidur diatasnya.Inilah kenangan yang sukup indah dan manis bagi kami bebudak masa itu.Hari ini banyak rumah kita dinaiki oleh anai-anai, begitu jugalah saya semasa bertugas diTemerloh yang mana saya menduduki rumah kerajaan habis koleksi buku-buku saya dimakan oleh anai-anai, jadi nakkata apa lagi, mungkin inilah balasan kerana saya telah memusnahkan generasi anai-anai disungaibatu dahulu.Jadi petua bagi mereka yang hendak membina rumah, sebelum dibangunkan binaan rumah tersebut hendaklah disiram tapak rumah itu dengan minyak diesel terlebih, lepas itu barulah dimulakan pembinaanya.

Dr Aminudin

Thursday, June 25, 2009

Bangsal(Shed)

Bangsal(shed) mengikut Kamus Delta ,1988 yang diselenggarakan oleh Awang Sariyan dan Lufti Abas ialah suatu tempat yang beratap.Bebanding dengan definasi diberikan oleh Kamus Dewan, 1989 pula memberikan makna bangsal adalah rumah panjang atau balai.Inilah beberapa perbezaan istilah dikalangan pengamal bahasa, dimana DBP selalu dirujuk sebagai yang arif.Bagi kita pengguna perlulah meneliti dari konteks pemakaianya samada ia bersesuai atau tidak.Bila kita kata bangsal ia adalah sebuah pondok kecil dimana tempat meletak barang-barang atau tempat kami bebudak disungaibatu,Relong bermain-main.Bangsal yang ayah buat dekat rumah kami yang bersempadanan dengan tanah Pakngah Man adalah juga dekat indek padi kami.Dibangsal itu ayah biasanya meletak barang-barang kelengkapan pertanian dia seperti cangkul, pengali,gegaji,ketam kayu,tukul, bakul dan lain-lain.Disamping itu dibangsal inilah tempat yang selalu kami bermain dengan Jefri,Alim dan seorang adik perempuan mereka.Hari ini bebudak dapat bermain dengan selesa ditaman permainan yang disediakan dengan segala macam jenis permainan, tetapi dizaman kami dahulu itulah saja yang ada sebuah pondok kecil yang beratapkan rembia ataupun daun pedor.Bangsal ini tidak berdinding tetapi hanya berlantaikan papan yang ayah ketamkan dengan ketam tangan dan kemudian pakukan pada gelegar beluti.Dibangsal inilah kami bermain pondok-pondok yang biasanya masak-memasak.Saya ingat lagi kami memasak rebus daun kangkong dan paku yang kami kutip tepi paya rumah kami itu.Rebus kangkong dengan sedikit garam sungguh enak, disamping itu kami juga menjolok atau menyetik buah mempelam,bacang atau pauh Pakman muda untuk dimakan dengan garam atau kicap yang kami bebudak panggil cencolek buah.Rasanya bukan main sedap bagi selera kami ketika itu.Disamping itu juga kami memang selalu mencari telor itek yang terdapat atas busut dalam gedong wan yang bila kami jumpai akan kami rebus dan kalau Pakngah Man tiada dirumah Jefri akan pergi sahaja kereban itek rumah mereka mengambil telur itek bagi kami rebus.Telur itek yang direbus begitu sedap dimakan.Selain dari itu kalau kami rajin ,kami akan mencabut ubikayu yang ada hujung padang tanah PakNgah Man untuk kami bakar dan ini merupakan makanan yang cukup enak bagi kami bebudak ketika itu.Bangsal ini juga akan dipenuhi oleh bebudak bila kami mengadakan kenduri kendara dan selalulah menjadi ingat bagi bebudak lain supaya ibubapanya juga membuatkan mereka bangsal tempat bermain.Hari ini saya dapati setengah pengusaha telah mengenakan harganya agak tinggi bagi ibubapa yang ingin membuat wakaf diperkarangan rumah mereka hingga mencecah RM 10,000(sepuluh ribu).Saya telah mendapatkan sebut harga sedemikian dari kontraktor.Apabila saya melihat harga yang tinggi ini saya telah membuat pilihan dengan cara membina dan membeli barang bagi pembuatannya, saya dapat menyiapkanya hanya dengan harga RM6,000(enam ribu), jadi disini pengajarannya bahawa pilihan kos melepasnya adalah ditangan pengguna, dimana pengguna hendaklah bijak membuat pilihan atau alternatif.Sekian dahulu.

Telur itek dari senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik diSingapura,
Badan terlantar dilangkawi. (Sejarah Melayu)

Dr Aminudin

Wednesday, June 24, 2009

Batu(Stone)

Tempat saya dilahirkan adalah dekat rumah kami tepi GuaBama, Sungai batu,Kampong Relong,Kuala Lipis,Pahang.Sungai Batu mengambil sempena banyaknya batu besar yang merupakan akar atau sebahagian dari Gua bama.Batu-batu yang besar dekat rumah kami itulah tempat kami bebudak bermain.Saya masih ingat batu-batu besar itu juga tempat emak menjemur padi yang sudah pasti cepat keringnya.Batu ini amat menarik pandangan saya dari jauh yang kelihat semacam warna perak bila dipancar oleh cahaya matahari.Pada bahagian yang menghadap kegedung wan batu-batu besar ini merupakan tempat kami duduk bermain dan memancing bersama Jefri dan Alim.Kalau hari cuti sekolah bebudak lain anak Pak Encik Akob seperti Lalmi,Miah dan Meah ada datang sama bermain.Saya juga ingat dekat batu-batu itu tumbuh banyak pokok kelat dan ara yang banyak burung datang memakan buah.Disamping itu banyak pula pokok rembia tumbuh yang membolehkan isinya diberi makan itek dan kadang-kadang emak membuat sagu dari rembia tersebut.Bila musim kering pula seperti yang pernah saya coretkan ialah gedong wan akan dikeringkan dan membolehkan kami berikan dalam gedung tersebut dan ikan selalunya banyak duduk dicelah batu-batu besar yang terdapat dalam gedung itu.Dari kajian saya juga, saya percaya batu-batu dari Lembah bama inilah diangkut atau dikirimkan keMesir untuk membuat sebahgian dari Piramid itu.Hanya saya belum kesempatan untuk meneliti dan menguji kesahihan batu-batu tersebut.Hingga sekarang didapati pembinaan piramid menjadi misteri bahawa dari mana datangnya batu-batu tersebut.Selain dari itu yang masih kekal hingga kehari ini ialah tentang perpindahan kami dari rumah lama dekat GuaBama itu adalah kerana pembinaan pecah kuari disitu yang membuatkan rumah kami sering dihujani batu kuari yang diletupkan setiap minggu oleh pengusaha kuari.Ada juga perkerja dari kuari pecah batu itu menjadi kawan kami sehingga kehari ini seperti Abang Gani dan adiknya Ngah yang hari ini telah kembali kekampong halaman mereka diTerengganu.Batu -batu halus sebesar jari kita pula kami jadikan batu telangkup sebagai permainan popular kami dimasa bebudak.Batu-batu sebesar jari ini kami pilih sebanyak 7 biji yang mana dilambungkan berpasang-pasang dengan sebiji batu sebagai pelambungnya untuk ditangkap dan kemudian apabila selesai dilambung bagi satu set akan ditimbang dibelakang tangan dengan dikira bilangan yang dapat ditangkap.Permainan ini adalah permainan bebudak perempuan tetapi kami memainkanya dan malahan bebudak lelaki lebih pandai dari bebudak perempuan seperti Lalmi dan Medagu.Batu lada pula menjadi kegunaan kami sebagai peluru bagi kami melastik burung dan bila musim buah ia menjadi peluru bagi kami menyetik buah pauh atau mempelam Pakngah Man.Hari ini saya dapati batu-batu sungai menjadi kesukaan peminat hiasan rumah bagi digunakan dalam hiasan halaman dalaman rumah mereka.Majlis Perbandaran Kuantan juga turut menyediakan satu laluan perjalan kaki diTaman Gelora bagi peminat urutkaki yang dibuat dari batu sungai dan ini adalah sebahagian dari kegunaan batu-batu dalam kehidupan kita.Akhirnya simpulan bahasa berkaitan dengan batu yang berbunyi batu air,batu ajuk,batu ambar,batu amzil,batu badar,batu buyung,batu kali,batu pualam dan lain-lain semenangnya anda mengerti maknanya.

Dr Aminudin

Tuesday, June 23, 2009

Bebunga

Kecantikan bebunga terutama bunga ros telah saya huraikan dalam kajian saya diLembah Bama yang merupakan tempat pengeluran bunga dimasa silam.Musim bebunganya durian yang berlaku disungaibatu,Relong amatlah menyeronok kami bebudak dimasa itu seperti yang saya coretkan dalam tajuk lempeng bunga durian dan juga lempeng buah getah.Sungguh manis kenangan dimusim bunga durian kerana kami bebudak ketika itu dapat mengutip bunga-bunga durian dan juga dapat mengirup madu bunga durian yang tidak dapat dikatakan enaknya.Bagi pemandangan pula sungguh indah dimusim bunga durian juga biasanya sekali dengan musim bungga bacang, pauh,rawa,rambutan dan langsat.Bunga buah-buah itu sungguh indah ibarat musim gugur diEropah yang berwarna -warni dengan pokok-pokok disana.Tetapi disungai batu musim bunga berwarna-warni dengan bunga durian yang kelihatan kelopak-kelopak bunga keputihan dan kekuningan bagi kelosongan bunganya, begitu juga bunga bacang yang nampak kemerahan disegenap pokok, manakala bunga-bunga rambutan dan rambai dari jauh kelihat berjurai-jurai menguning disegenap pokok.Bunga rambutan dikebunkami dekat rumah Cikgu Bakar begitu lebat dan bermacam jenis dan begitu juga bunga rambai dikebun Pakngah Man yang tidak jauh dari kebun kami itu berbunga lebat disamping bunga dari pokok jambu bangkok tepi paya turut kelihat cantik berwarna merah jambu.Sayang sungguh keindahan ini kalau dapat saya rakam dengan kamera warna masa itu sungguh lagi menakjubkan, tapi hanya kenangan saja dalam memori saya kini dan walaubagaimanapun dapat sedikit sebanyak menyejokan hati saya kerana dalam blog ini dapat saya rakamkan catperi(catatan peribadi) tersebut.Paling mengasikan saya adalah gelagat beburung tertama kelicap yang menari-nari dihujung bebunga untuk menghisap madunya.
Hari ini segala macam bunga turut berperanan dalam bidang kosmetik dan juga dalam pemulihan kesihatan yang dipanggil aromaterapi.Bunga-bunga digunakan sebagai bahan yang boleh memulihan kesihatan dan juga bagi kesihatan dalam wanita dan lelaki ,disamping herba yang lain.Sebenarnya industri penjualan bunga terutama diBelanda memperolehi pendapatan berbillion dolar setahun dan kita dari negara Asia masih jauh ketinggalan, namun begitu saya dapati HongKong telah maju kehadapan dalam bidang industri bunga ini.Negara kita sememangnya telah berjalan agak lama dengan dimulai diCameron Highlands sebagai tempat pengeluran bunga seperti orkid dan tulip tetapi tidaklah berskala besar dan betul-betul insentif.Tetapi berdasarkan kadar peneroka tanah yang tidak terkawal boleh merosakan cuaca disana akan boleh pula mengugat kadar pertumbuhan bebunga disana.Oleh itu langkah-langkah perlulah diambil bagi menjaga keadaan alam semula jadi diCameron Hinglands untuk menyelamatkan industri bunga disana.Seingat saya ada satu syarikat yang ingin membangunkan industri lelongan bunga diCameron Highlands secara bersepadu tetapi saya tidak tahun perkembangannya lagi.Akhirnya saya akhiri dengan pantun berkaitan bebunga:-

Bungan berembang jatuh kepantai,
Diambil orang dibawa kepekan,
Begitu nasib kain cindai,
Kerana cantik menjadi cagaran.(Pantun Melayu Sastera Rakyat)

Bunga mawar,bunga rampai,
Ragikan kain Nila Utama,
Bila Gerangan niatku sampai,
Hendak bertemu duduk bersama.(Mastika Januari,1956)

Bunga telepok kembang semarak,
Kembang bersusun setiap batang,
Awan bertepuk, mega bersorak,
Bulan terbit dipagar bintang.(Pantun Melayu)

Bunga lada tingginya sama,
Ambil serangkai kembang melati,
Dinda berjanji terlalu lama,
Tidak sanggup kanda menanti.


Dr Aminudin