Main kutu ,entry saya kali ini saya definasikan sebagai "group of people who collects money monthly and determine who gets the money by casting lots",kalau tidak ada pula " kutu" yang merujuk makna kutu ini dengan Kamus Dewan yang membawa erti binatang halus yang terdapat pada rambut manusia atau bulu bintang dan lain-lain.Biasanya ada berbagai jenis permainan kutu ini yang mana pada kebiasaannya berbentuk kutu wang dan kutu barangan.Tujuan kutu wang adalah tabungan bagi ahli-ahli dalam jumlah yang agak besar ,ini akan membolehkan ahli-ahli merancang penggunaan wang bagi maksud pendidikan anak-anak,majlis kenduri,majlis perkahwinan dan perbelanjaan perlancungan.Disamping itu kutu ini akan melepasi kerenah bank kalau ahli-ahli mahu meminjam dari bank, lagipun orang kampong kami diRelong mereka tidak begitu tahu prosedur pinjaman bank ketika itu.Manakala kutu barangan pula seperti pinggan mangkok,karpet ,perabut dan lain-lain adalah memudahkan ahli-ahli yang bermain kutu ini apabila dapat barangan ini tidaklah lagi perlu meminjam dari orang lain bila mereka perlukan.
Seingat saya emak saya, kak Nab,Akak Siti,Akak Yah,Makandak,dan lain-lain bermain kutu ini dan mereka memperoleh hasil kutu secara giliran ataupun undian.Cara giliran adalah lebih bersifat muafakat misalnya akak nab perlukan wang untuk membuat khenduri maka kalau belum tiba giliran dia ,ahli-ahli akan berbincang untuk berikan kutu tersebut kepada dia.Seingat saya kutu barangan yang popular diRelong ialah kutu barangan pinggan mangkok terutama jenama arcoroc ketika itu, bagi kutu barangan karpet pula seingat saya Makcu saya dari Raub akan datang membawa karpet-karpet ini.Kajian oleh Shaharin Abdullah,1996 tentang main kutu diRelong telah membuat kesimpulan sebagai salah satu sumber kredit bagi masyarakat peasant ,kutu telah berjaya mengatasi serba sedikit masalah ekonomi disini.
Dr Aminudin (Apa yang penting sekarang ialah apakah usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan sumber pendapat orang kampong sebelum mereka bermain kutu )
Sunday, March 15, 2009
Terkukur(Streptopelia chinensis)
Bila saya teringkat burung terkukur saya teringat Pakangah Man dekat rumah lama kami dulu didekat Guabama.Pakangah Man dan Akak Siti memang baik dengan saya, saya selalu bermain dengan Jefri dan Alim, tapi Alim begitu kecik masa tu, malahan bercakap pun takpandai lagi masa tu.Hobi Pakangah Man adalah memelihara burung terkukur, burung terkukur yang dia bela ada yang dibuat sangkar cantik, ada yang diletak pada sangkar yang tiada berdiding ,cuma burung itu diikat kakinya dan ada pula reban terkukur yang diletakkan bersama burung-burung terkukur dan merebuk yang lantai rebannya atas tanah sahaja.Kami bebudak memang suka melihat terkukur ini bermain dan kadang-kadang berbunyi, kur..kur.Pada ketika itu setahu saya tiada pertandingan bunyi terkukur dikampong kami tetapi mungin ada ditempat lain yang Pakangah Man pergi menghadhirinya.
Terkukur yang kita semua tahu ia banyak terdapat dimana-mana negara kita,dekat rumah saya sekarang diKuantan saya dapati kadang-kadang burung terkukur ini turun dihalaman rumah saya mencari makan.Dari segi sifat burung ini adalah burung yang tinggal dikawasan tanah rendah (lowlands).Bagi mengenali jantan atau betina burung terkukur bolehlah dikenalpasti dengan rintik-rintik yang terdapat dileher burung tersebut.Panjang burung terkukur ini biasanya 12 inci. Pakangah man juga suka memikat burung terkukur dengan menggunakan denaknya, disinilah peranan kami membantu dia meletakkan denak beliau dimana yang dia arahkan.Dulu kawasan rumah Dahalan penuh dengan pokok kapalterbang dan pokok keduduk disitulah biasanya kami disuruh letakkan denak dia.Kami bebudak memang suka sangat kalau disuruh, apa lagi bawalah denak kesitu tanpa mengira ada tebuan ketidak, jadi sesekali tu terlanggarlah sarang tebuan ,jadi apalagi larilah lintang pukang kedalam sawah sekitar itu dan saya lari kearah pokok rembia dekat gedong disitu dan jatuh dalam air.Jefri telah tinggalkan denak entah dimana.Lepas tu kami takut kalau-kalau ada terdapat tebuan lagi, jadi kenalah minta bantuan Pakangah Man, nasib baiklah tebuan dah tiada dan denak jumpa semula, kalau tidak entahlah...
Akhirnya saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun berkaitan terkukur yang dipetik dari Pantun Melayu Lama berbunyi :-
Burung terkukur terbang menguku,
Makan padi ditapak tangan,
Rasa nak mati dihujung kuku,
Hendak terkubur ditapak tangan.
Dr Aminudin

Saturday, March 14, 2009
Merbau (Intsia palembanica )dan Gasing

Teras merbau yang terdapat ditanah kami diBukit Perupuk selalu kami ambil untuk dibuat gasing.Gasing (top) adalah alat permainan tradisional yang dipusingkan menggunakan tali secara belitan dengan menariknya.Teras merbau yang agak keras membolehkan ia dibuat gasing jenis jantung dan dimainkan secara pangkah.Warna teras kayu merbau adalah jingga keperangan atau perang atau merah perang tua, ia mempunyai corak jalur dari lapisan yang berselang-seli,teksturnya kasar dan tidak sekata, manakala iranya berpintal dan kadang-kadang berombak dan merupakan jenis kayu yang keras kalau dipotong merentang iranya.Ayah membuat gasing untuk saya bermain dengan Abang akil,Abang mat,Abang amit dan Me Roslan.Orang lain membuat gasing masing-masing kerana mereka reti membuatnya.Selalunya tempat kami bermain gasing ialah dihalaman rumah Pakencik Akob menghadap paya dan juga gedong wan. Bagi mencantik dan melicinkan gasing kami menggunakan daun mempelas.
Gasing ada berbagai jenis diantaranya gasing bergelen,gasing toyol,gasing tanjung,gasing kuno,gasing pacitan,gasing lang laut,garing uri,gasing leper,gasing piring,gasing botol,gasing jambu,gasing denak,gasing jantung,gasing timah,gasing berembang,gasing loceng,gasing bakal,gasingpuyuh,gasing leper kelantan,gasing merlimau,gasing pekan,gasing pahang,gasing bajau,gasing riau,gasing bugis dan lain-lain.Dimasa lampau dalam permainan atau perlawanan gasing ada pawang atau bomoh gasing yang mana dihari ini tidak kedapatan lagi.Pawang ini akan menjadi pembantu dalam sesuatu permainan atau perlawanan gasing.Sebelum perlawanan gasing dimulakan peraturan-peratutan telah ditetapkan seperti masa,pakaian,jenis gasing dan peraturan-peraturan pertandingan diberi tahu pada pemain-pemain gasing.Setelah semua selesai pemain akan diberikan minum air jampi iaitu air tapak sebagai penguat semangat.Semua peralatan akan dijampi dan ketua biasanya dibekalkan kemeyan untuk ditaburkan, jika semua arahan pawang diikuti maka kemenangan adalah cerah.Keadah pengunaan pawang mengikut negeri adalah berbeza misalnya dijohor mereka menggunakan keadah falak,diMelaka mereka menggunakan ilmu kebatinan,Negeri sembilan pula menggunakan bantuan dengan jembalang tanah,jin dan hantu bagi menundukan lawan.Orang sebelah utara iaitu Perlis,Kedah dan Pulau Pinang menggunakan pawang dari Siam dan orang selangor pula menggunakan khidmat orang halus.
Kami pula bermain gasing secara suka-suka dan tidak pakai pawang , paling gembira melihat bila abang Mat memusingkan gasingnya yang selalu ketoyong kerana mengikut dia takdibuat secara betul mengikut timbangannya.Jadi bila ketoyong kenalah pusing banyak kali bagi betul-betul ligat untuk dipangkah.Biasanya abang Akil memang pandai memangkah gasing pihak lawan dimana ada yang pecah dua dan ada yang melayang masuk parit depan halaman rumah encik tersebut.Inilah kenangan saya bermain dengan mereka yang lebih berumur dari kami, ia itu bersifat mesra dan selalu berseloro dan lepas itu kalau hari pekan sari belanja kami makan mee rebus dikedai Akak Nab.Semua itu hanya tinggal kenangan namun sesekali bila saya diminta oleh Do untuk aturkan perlawanan gasing diDaerah Temerloh dahulu ianya mendapat sambutan diluar jangkaan dan saya difahamkan hari kehari ini pesta gasing diTemerloh terus berjalan.

Tok Mindok Satu Huraian
Definasi Tok Mindok mengikut Kamus Dewan yang dirujuk adalah sebagai penolong (perantara) dalam permainan puteri.Ini tidak begitu tepat kerana dalam permainan puteri bahawa bomoh puteri dan bomoh mindok adalah sama-sama hebat jadi macamana kita nak kata dia sebagai penolong.DiPerak pula sama dengan main puteri diKelantan dimana tiada peranan Tok Mindok hanya peranan bomoh bagi perubatan yang digelar berhantu, begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh tok bomoh berjin atau bomoh orang burnian.Mereka mengunakan alat muzik dalam masa menjalankan upacara pengubatan.Bomoh berjin sering mengunakan gaya bersifat puisi berbentuk personification yang mengkhususkan kepada mambang seperti mambang bulang,mambang kuning.Manakala bomoh mokpek adalah juga untuk mengubat orang yang sakit,mendapatkan barang yang hilang atau dicuri orang, ini pun dijalankan oleh seorang bomoh sahaja dengan menggunakan perkakas atau peralatan dari beberapa ketong tebu,beberapa ketong rotan dan tongkat berjampi.Jadi natijahnya saya nukil kajian oleh Dr.J.D.Gimlette,1991 yang berbunyi demikian " Bomoh peteri deals with the hantu raya, a very powerful evil spirit, with the black jin and the yellow jin among many others, while the bomoh mindok is more especially interested in the spirits of the hills,those of clouds and winds, and the ghost of the faded lotus( hantu telepok layu).Some of these particulars come from Pahang "(J.D.Gimlette,1991 page 77).
Perkaitan dengan kami dimana saya begitu kecil masa itu belum bersekolah yang tidak begitu ingat lagi yang dilakukan oleh tokpawang Hitam semasa pengubatan terhadap wan .Dimana kalau tak silap saya wan berubat untuk menyembuhkan matanya yang sudah tidak begitu nampak lagi, teknik yang digunakan oleh Tokpawang Hitam ialah dengan menggunakan kain hitam dan beberapa jenis daun-daun kayu dengan mengibas kepada pesakit masa itu.Akhirnya bagi menegaskan yang tok mindok berperanan besar dan boleh bersendirian dalam pengubatan tradisional saya muatkan petikan berjudul " The farewell song of the tok bomoh mindok to nenek jin hitam " dari Buku Dr.J.D.Gimlette(M.R.C.S and L.R.C.P) berjudul Malay Poisons and Charm Cures,1991,page 280 seperti berikut:-
Pergilah nanti dihujung bumi,
serta sakalian jisi kelaparan,
daripada empat penjuru alam,
terima hasil chukai kerajat,
himpunan sakalian jin,
jisi,ibis,shaitan dan hantu,
dari laut dan darat,hutan dan lembah,bukit,gunong dan kampong,
dan makan jamuan ini.

Friday, March 13, 2009
Pertemuan Dengan Rahman Hasan Titik DiKPTM
Sesungguhnya agak lama saya tidak bertemu dengan Rahman Hasan Titik lebih kurang 10 tahun.Hari ini jumaat yang mulia saya dapat bertemu dengan dia pada 13hb Mac 2009.Dia sekarang berkerja diKPTM, batu 5 ,jalan gambang,Kuantan.Tujuan utama saya bertemu dengan dia adalah untuk mengesahkan yang samada bapa dia Hasan Titik telah meninggal dunia atau tidak.Ini menjadi tanggongjawab saya untuk mengesahkannya kerana saya ada menyebut ayah dia telah meninggal dunia.Perkara ini penting bagi saya sebab saya yang dikatakan orang jarang balik keRelong dan dikatakan tidak tahu perkembangan dikampong. Walau pun saya agak jarang balik ,saya sering berhubung dengan saudara mara dikampong.Biasanya saudara mara lain yang suka memainkan emosi orang lain supaya dia diberikan perhatian buat masa ini yang suasana untuk memikat hati orang tertentu bagi menjadikan dirinya popular, itu semua saya tidak perlukan lagi kerana saya berpuashati dengan apa yang ada sekarang, iaitu hidup sederhana dan boleh beramal ibadat tanpa gangguan .
Berbalik pada pertemuan dengan Rahman Hasan dia telah memaklumkan pada saya ayahnya telah kembali kealam baqa pada awal tahun ni sebelum saya membuat penyataan dalam blog ini, jadi ini bermakna betulah apa yang saya katakan. Beliau telah dikebumikan diKota Gelanggi,Jerantut .Kawan kami serumah dibatu 5 dahulu yang masih hidup ialah Ina Hassan (sepupu saya) sekarang berkerja diPKK Cawangan Pahang, Rahman berkerja diKPTM,Kuantan, Gafar sekarang menjadi pengadil silat diJerantut dan Amran telah meninggal. Jadi bagi ayah Rahman hasan dan Amran yang telah meninggal kami hadiahkan Alfatihah untuk mereka.

Thursday, March 12, 2009
Kelapa (Cocos nucifera)

Kelapa adalah dalam kumpulan palma dan semua bahagian pokoknya boleh digunakan.Buah kelapa baik muda atau tua boleh dimakan.Kelapa muda sekarang begitu popular dikuantan untuk diminum air kelapa muda yang dinamakan kelapa pandan dan saya difahamkan dibawa masuk dari Thailand.Sekarang dikuantan ,saya minum sebiji kelapa muda mencecah Rm 4 dan kalau nak beli kelapa tua untuk buat santan kelapa dah berharga Rm 1.30 sebiji. Dulu dekat rumah kami diRelong bergelempangan buah kelapa kotai yang jatuh tiada siapa yang kutip.Ayah kadang-kadang kutip buat umpan sawar untuk mendapatkan ikan dalam gedung kami.Kelapa pula banyak jenis seingat saya masa dulu ada kelapa jenis gading yang berwarna kuning dan kelapa hijau yang berbuah hijau.Kelapa ni bila dia tidak berbuah yang biasa kita panggil melawas kami akan tebang sahaja buat sayor umbut kelapa, ia memang sedap bila dicampur dengan beberapa ramuan lain.Batangnya sudah tentu kita boleh buat titi dan titi yang sangat saya kenang ialah titi dari rumah kami kegedung wan.Dititi batang kelapa inilah tempat kami bebudak ulang-alih menuju keatas batu tepi gedung wan sambil memancing atau duduk-duduk melihat itek-itek berenang dalam gedung terutama itek serati.Sekarang bebudak hari ini dah taktahu mana itek biasa dan mana itek serati ?
Daun kelapa dan lidi nyor banyak kegunaanya seperti daun muda dibuat kulit ketupat dan lidi boleh dibuat penyapu.Hari ini top-top kita dipromosikan oleh minyak kelapa dara, ini adalah satu juga mengakibatkan harga kelapa naik dan bagi saya anak kampong ia memang baik untuk meningkatkan sumber pendapatan para petani.Tetapi apa yang saya lihat dikampong kami pokok kelapa telah tidak dijaga lagi, maklumlah orang muda sekarang mana suka bertani dan yang saya respect ialah Abang Mat Renek yang menjadi petani hingga sekarang.Bagi akhiri pasal kelapa ini kita lihat simpulan bahasa mengenai kelapa iaitu kelapa bulan,kelapa dara,kelapa komeng,kelapa setandan dan kelapa puan, yang maknanya anda semenangnya tahu.

Telor Kerengga(Oecophylla smaraqdina) dan Sigai
Kali ini saya definasikan telor kerengga dan sigai, nanti ada orang merujuk kamus dewan yang unggul itu.Kerengga adalah sejenis serangga yang biasanya dalam kumpulan semut dan kadang-kadang digelar semut-kerengga.Manakala sigai pula adalah rough ladder yang biasanya diRelong semasa saya bebudak dibuat dari buluh.Sigai ini bukan boleh dibuat dari buluh lemang kerana dia tiada bercabang, jadi biasanya dari buluh betong atau buluh berduri yang ada cabang.Ini akan membolehkan pemanjat sigai meletakkan kakinya pada cabang-cabang yang biasanya ditinggalkan kira-kira setengah kaki untuk tempat meletak tapak kaki.Jadi sigai ini biasa kami gunakan untuk memanjat pokok nyor yang agak rendah, pokok jambu bangkok,pokok rambutan,pokok rambai,pokok kekabu,pokok kerekok,pokok bangkong dan lain-lain.Manakala dikalangan pembaca tentu bertanya kenapa pokok-pokok itu perlukan sigai untuk memanjatnya? Jawapannya adalah kerana kebanyakan pokok yang saya nyatakan diatas ada terdapat kerengga yang menjaganya dan membuat sarang.Bagi pokok kelapa yang rendah seperti nyor gading atau nyor kuning batangnya agak licin untuk dipanjat, pokok kerekok,pokok kekabu dia berduri jadi jangan dipanjat jadi gunakanlah sigai dan pokok rambai dan bangkong dahannya rapuh dan takbegitu tahan untuk dipanjat oleh bebudak gemok, maka ia boleh gunakan sigai untuk mendapatkannya.
Pokok jambu bangkok dan rambutanlah terdapat banyak kerengga, misalnya dekat rumah lama kami dekat guabama sarang kerengga banyak dan besar dikedua pokok tersebut.Masa dulu rambutan gading dekat rumah kamilah yang popular kerana sebelum ada lagi rambutan masa sekarang yang isinya lekang.Tetapi masalahnya banyak kerengga dan kalau kena gigit kerengga berair air matakita sakit lebih-lebih kalau dia gigit tentang anu kita, dia gigit sampai mati.Kadang-kadang bila kita marah kita ambil sangkar kerengga itu dan kemudian kita layor atau bakar untuk mendapat telor kerengga.Telor kerengga paling best buat umpan kail dan paling disukai oleh ikan puyu dan sebarau.Jadi bebudak sekarang dah takdapat tengok telor kerengga kerana payah nak jumpa sarang kerengga lagi sekarang sebab banyak sangat racun serangga digunakan untuk tanaman bagi rumbutan dan durian, hinggakan pekebun dari bangsa Cina yang tanam durian takmakan durian yang dia tanam tapi beli durian kampong.Kita pula suka beli durian dari pekebun Cina yang dia tak makan, apa sudah jadi... entahlah saya tak mengerti. Ada simpulan bahasa tentang sigai iaitu Sigai dua segeragai dan sigai sampai kelangit.Tahukah anda maknanya ?
Dr Aminudin (dah serik makan durian pakai kabait untuk gugurkannya)

Subscribe to:
Posts (Atom)