Tuesday, October 26, 2010
Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 6
Akibat dari perbuatan Sultan Abdul jalil itu puteri Jambi telah datang keJohor untuk menemui suaminya tetapi telah dihalang oleh Sultan Johor kerana katanya Raja Ibrahim telah ditunangkan dengan anak Laksamana Tun Abdul Jamil. Oleh kerana tidak dapat menahan perasaan kasih sayangnya itulah agaknya Jambi telah menyerang wilayah jajahan Johor iaitu Inderagiri dan Tungkal. Bila hal ini diketahui oleh Kerajaan Johor mereka pun melancarkan serangan balas dan tidak lama setelah itu Johor telah menyerang Jambi dengan bantuan orang Inderagiri. Bagi Jambi pula mengatur strategi dengan menggunakan orang yang berkemahiran dalam hal kelautan iaitu Orang Laut dalam usaha mereka menentang Johor. Perang demi Perang telah berlaku antara Johor dengan Jambi yang ini berlarutan sehingga 20 tahun lamanya.Ibarat kanak-kanak yang lahir kini telah menjadi dewasa itulah lamanya perang.Perang sudah pasti menjejaskan banyak perkara terutama digugusan kepulauan Melayu. Sebagai penjajah mereka yang asalnya mempunyai motif perdagangan yang tinggi menganggap perang ini merupakan ancaman kepada perdagangan mereka dan penjajah Belanda yang ketika itu ingin menjadi orang tengah telah ditolak oleh Johor.Atas rasa ingin membalas dendam agaknya Pangeran Dipati Anum pada tahun 1673, Masehi telah melancarakan perang secara habis-habisan bagi memusnahkan Kerajaan Johor dan akhirnya berjaya menawan Johor Lama dan sekaligus menawan Bendahara Johor namun Sultan Abdul Jalil Shah dan Laksanama Tun Abdul Jamil telah dapat melarikan diri.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment