Sunday, October 3, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Nukilan Kapitel 9 Sejarah Johor


Kapitel Kesembilan -Sejarah Johor Siri 2


Kekuatan Sultan Alauddin telah membolehkan mereka menawan semula Melaka, namun begitu dengan kemunculan Acheh telah mengugat kekuatan Kerajaan Johor. Disamping itu pihak Portugis turut memberi tekanan kepada Kerajaan Johor. Pada pertengahan Abad yang ke16, Masehi Acheh telah muncul sebagai pusat perdagangan diAlam Melayu. Tiga kuasa ketika itu ialah Acheh, Johor dan Pertugis melihat bahawa kawasan perdagangan diSelat Melaka amatlah strategik. Justeru itu ketiga-tiga kuasa tersebut saling bermusuhan dan bersengketa.Permusuhan diantara tiga kuasa ini berlaku sehingga keseratus tahun jangkamasanya. Adakalanya Johor bergabung dengan Pertugis untuk menghentam Acheh tetapi yang uniknya Acheh tidak pernah bergabung dengan Johor.Bagi Johor pula pernah diserang oleh Pertugis dan kekalahan diarmada laut Johor pada tahun 1536. Namun Johor bangkit membalas pula terhadap Portugis ditahun 1551 dengan menyerang Melaka tetapi dapat dipatahkan oleh Portugis. Manakala Acheh telah menyerang Johor dan dapat menawan Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1564 dan membawa Sultan itu keAcheh. DiAcheh Sultan Alauddin Riayat Shah II mangkat dan puteranya dibenarkan pulang keJohor dan menjadi Sultan Johor dengan bergelar Sultan Muzaffar Shah II dan yang pastinya beliau berada dibawah telunjuk Achah. Kuasa barat selain Portugis yang sering mundar-madir dan menunggu peluang diAlam Melayu ialah Belanda. Mereka tiba diKepulauan Alam Melayu sekitar tahun 1590an. Belanda dikesan berada diPetani, Grisik,Ambonia, Banda,Acheh, Ternate, Bantam dan Johor. Kerajaan-kerajan Melayu ketika itu gembira dengan adanya Belanda yang dengan adanya mereka boleh dilagakan dengan Portugis dalam perebutan perdagangan rempah yang digemari oleh orang Eropah ketika itu.

Bersambung.

Dr Aminudin

No comments: