Saturday, October 23, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 : Sejarah Johor Siri 5


Kekalahan Aceh itu ada kemungkinan akibat mereka diperintah oleh kalangan perempuan (Ratu).Lantaran kemerosotan Aceh dan kekalahan Portugis itu telah melonjak Kerajaan Johor yang takala itu diperintah oleh Sultan Abdul jalil Shah II dikota pentadbirannya diBatu Sawar yang juga merupakan pelabuhan ketika itu.Disamping itu kawasan jajahan Johor pun turut berkembang hingga meliputi Pahang, Sungai Ujung, Kelang, Terengganu, Kepulauan Riau, Karimun, Siak, Rokan, Kampar dan Inderagiri. Riau dizaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah II telah menjadi pelabuhan yang begitu maju dengan mengendalikan barang-barang dagangan secara lebih sistematik dan cekap.Barangan yang sering didagangkan diRiau ketika tu ialah emas, kayu gaharu, bijih timah, rotan, lilin,lada hitam, garam, beras, tembaga,kain sutera, tembikar, keluaran hasil lautan dan lain-lain.Bagi memonitor perdagangan lada hitam Sultan Abdul jalil Shah II telah melantik Syahbandar Johor menyelia perdagangan bahan-bahan tersebut kewilayah seperti Bengkalis, Rokan, Siak, Inderagiri dan Kampar.

Agak malang pada pertengahan abad yang ke17, kegemilangan Johor telah dicatit dan dicalar oleh peristiwa Perang Johor dengan Jambi. Perang ini sebenarnya berpunca dari perebutan takhta Kerajaan Johor diantara Raja Ibrahim dengan Sultan Abdul Jalil Shah dimana setelah Sultan Hammat Shah mangkat yang ketika itu anaknya Raja Ibrahim baru berusia dua tahun.Sedangkan para pembesar Johor telah melantik Raja Abdul Jalil Shah menjadi Sultan Johor dengan syarat bila sultan Ibrahim besar hendaklah dilantik beliau menjadi Sultan pula.Namun lain pula jadinya bila Sultan Abdul Jalil Shah enggan melepaskan takhta bila Raja Ibrahim telah dewasa dan hanya melantiknya menjadi Raja Muda sahaja.Kebetulan pula Raja Ibrahim telah berkahwin dengan Pengeran Ratu yang memerintah Jambi pada tahun 1659 dan sudah pasti hubungan mereka erat dengan Kerajaan Jambi. Inilah yang merisaukan Sultan Abdul Jalil Shah dan dia bertekad dan datang keJambi dengan melarikan Raja Ibrahim dengan membawanya keJohor.

Bersambung.

Dr Aminudin

No comments: