Showing posts with label Sumber Cheah Jin Seng. Show all posts
Showing posts with label Sumber Cheah Jin Seng. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 8


Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil dihapuskan, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah menyusun dan memperkemaskan pentadbiran Kerajaan Johor-Riau dan semua jawatan yang dahulunya disandang oleh keluarga Paduka Raja telah digantikan dengan orang yang baru.Zaman beliau memperlihatkan sikap berbaik dengan pihak Belanda diMelaka dan juga diBetawi (Batavia).Dia juga sudah pasti mengawal raja yang ketika itu dikatakan " tidak makan saman". Bila Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia beliau telah digantikan oleh Bendahara Tun Abdul jalil dan didapati tidak dapat mengawal Sultan Mahmud Shah II hinggalah berlaku peristiwa pembunuhan raja yang cukup terkenal dengan jolokan Marhum Mangkat DiJulang yang telah menghuru-harakan Kerajaan Johor-Riau.Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang tidak meninggalkan putera untuk mewarisi takhta Kerajaan Johor-Riau dan baginda jugalah merupakan Sultan Johor dari keturunan Kesultan Melayu Melaka yang terakhir yang mangkat penuh tragedi.Ini memberi peluang membolehkan Bendahara Johor ketika itu iaitu Tun Abdul jalil melantik Sultan Johor bagi mengantikan Marhum Mangkat DiJulang dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Shah dan ini sudah pasti tidak disenangi oleh Orang Laut tetapi beliau pandai mengambil hari Orang Laut dengan menjadikan Riau sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Johor untuk mengimbau notalgia dan jasa-jasa orang-orang Laut itu.

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, October 23, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 : Sejarah Johor Siri 5


Kekalahan Aceh itu ada kemungkinan akibat mereka diperintah oleh kalangan perempuan (Ratu).Lantaran kemerosotan Aceh dan kekalahan Portugis itu telah melonjak Kerajaan Johor yang takala itu diperintah oleh Sultan Abdul jalil Shah II dikota pentadbirannya diBatu Sawar yang juga merupakan pelabuhan ketika itu.Disamping itu kawasan jajahan Johor pun turut berkembang hingga meliputi Pahang, Sungai Ujung, Kelang, Terengganu, Kepulauan Riau, Karimun, Siak, Rokan, Kampar dan Inderagiri. Riau dizaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah II telah menjadi pelabuhan yang begitu maju dengan mengendalikan barang-barang dagangan secara lebih sistematik dan cekap.Barangan yang sering didagangkan diRiau ketika tu ialah emas, kayu gaharu, bijih timah, rotan, lilin,lada hitam, garam, beras, tembaga,kain sutera, tembikar, keluaran hasil lautan dan lain-lain.Bagi memonitor perdagangan lada hitam Sultan Abdul jalil Shah II telah melantik Syahbandar Johor menyelia perdagangan bahan-bahan tersebut kewilayah seperti Bengkalis, Rokan, Siak, Inderagiri dan Kampar.

Agak malang pada pertengahan abad yang ke17, kegemilangan Johor telah dicatit dan dicalar oleh peristiwa Perang Johor dengan Jambi. Perang ini sebenarnya berpunca dari perebutan takhta Kerajaan Johor diantara Raja Ibrahim dengan Sultan Abdul Jalil Shah dimana setelah Sultan Hammat Shah mangkat yang ketika itu anaknya Raja Ibrahim baru berusia dua tahun.Sedangkan para pembesar Johor telah melantik Raja Abdul Jalil Shah menjadi Sultan Johor dengan syarat bila sultan Ibrahim besar hendaklah dilantik beliau menjadi Sultan pula.Namun lain pula jadinya bila Sultan Abdul Jalil Shah enggan melepaskan takhta bila Raja Ibrahim telah dewasa dan hanya melantiknya menjadi Raja Muda sahaja.Kebetulan pula Raja Ibrahim telah berkahwin dengan Pengeran Ratu yang memerintah Jambi pada tahun 1659 dan sudah pasti hubungan mereka erat dengan Kerajaan Jambi. Inilah yang merisaukan Sultan Abdul Jalil Shah dan dia bertekad dan datang keJambi dengan melarikan Raja Ibrahim dengan membawanya keJohor.

Bersambung.

Dr Aminudin