Showing posts with label Sumber Malaysia A Pictorial History 1400-2004 by Wendy Khadijah Moore. Show all posts
Showing posts with label Sumber Malaysia A Pictorial History 1400-2004 by Wendy Khadijah Moore. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar-Akhbar Tahun 1889-1952-Nukilan 2


Terjemahan The Singapore Free Press and Merchantile Advertiser 1889-1942,bertarikh 18 August 1934.

Tajuk : R.A.F Melawat Kuantan

Dua buah mesin yang bernombor 205 (Bot Terbang) dari Squadron telah memulakan penerbangan keKuantan sejak hari rabu dan dijangkakan akan kembali semula keSeletar.Penerbangan ini diperintah oleh Squadr Leader Lloyd. Ketua pasukan penerbangan ialah Kapten S.W.Smith dan Lieutenant Bladen yang sama-sama dalam satu kapalterbang.Ini adalah pertama kali mereka melawat Kuantan.Kapalterbang-bot (flyingboat) itu mendarat dengan cukup baik dikawasan sungai yang sememangnya dikhaskan bagi tempat kapalterbang seumpama itu.H.M.S Terror pula telah berlabuh diSungai tersebut (Sg Kuantan) yang diketuai oleh Mejor General E.O.Lewin yang merupakan pegawai pemerintah.

Kuantan sudah pasti tercatat dalam Sejarah yang unik ini dan sudah pasti Mejor General Lewin dan Kapten Smith dan pegawai-pegawai tentera udara dan laut diraikan oleh jamuan makan malam dan juga dihiburkan dengan acara tari menari diKuantan Kelab.Diantara yang hadir dalam acara tersebut ialah Lieut Col.F.J.Ayres, O.C.Pahang State Troops.

Dr Aminudin

Tuesday, October 26, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 6


Akibat dari perbuatan Sultan Abdul jalil itu puteri Jambi telah datang keJohor untuk menemui suaminya tetapi telah dihalang oleh Sultan Johor kerana katanya Raja Ibrahim telah ditunangkan dengan anak Laksamana Tun Abdul Jamil. Oleh kerana tidak dapat menahan perasaan kasih sayangnya itulah agaknya Jambi telah menyerang wilayah jajahan Johor iaitu Inderagiri dan Tungkal. Bila hal ini diketahui oleh Kerajaan Johor mereka pun melancarkan serangan balas dan tidak lama setelah itu Johor telah menyerang Jambi dengan bantuan orang Inderagiri. Bagi Jambi pula mengatur strategi dengan menggunakan orang yang berkemahiran dalam hal kelautan iaitu Orang Laut dalam usaha mereka menentang Johor. Perang demi Perang telah berlaku antara Johor dengan Jambi yang ini berlarutan sehingga 20 tahun lamanya.Ibarat kanak-kanak yang lahir kini telah menjadi dewasa itulah lamanya perang.Perang sudah pasti menjejaskan banyak perkara terutama digugusan kepulauan Melayu. Sebagai penjajah mereka yang asalnya mempunyai motif perdagangan yang tinggi menganggap perang ini merupakan ancaman kepada perdagangan mereka dan penjajah Belanda yang ketika itu ingin menjadi orang tengah telah ditolak oleh Johor.Atas rasa ingin membalas dendam agaknya Pangeran Dipati Anum pada tahun 1673, Masehi telah melancarakan perang secara habis-habisan bagi memusnahkan Kerajaan Johor dan akhirnya berjaya menawan Johor Lama dan sekaligus menawan Bendahara Johor namun Sultan Abdul Jalil Shah dan Laksanama Tun Abdul Jamil telah dapat melarikan diri.

Bersambung

Dr Aminudin