Monday, January 25, 2010
Saya Bangga Menjadi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra @ JENAN
Hari ini saya membaca Berita Harian, Malaysia bertarikh 26 Januari 2009, tentang sinarai 2o Sekolah Hebat, diMalaysia.Telah disinaraikan sekolah kami iaitu Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah atau lebih terkenal dengan panggilan JENAN.Saya telah menulis dalam blog ini memori saya tentang Jenan beberapa siri yang mendapat riaksi yang baik dari warga bekas pelajar JENAN.Kami bekas pelajar SMSAH atau JENAN mempunyai "kelab" informal yang biasanya diusahakan pertemuan atau perjumpaan sempena Hari Raya Puasa yang selalunya diinsiatif oleh Azman dari Bernas.Bila kami berjumpa baik yang senior atau junior kami amat mesra sekali.Kawan-kawan sekelas saya dari dahulu hingga sekarang amat mesra bila berjumpa, contohnya saya begitu lama tidak berjumpa dengan Datok Zaki, bila berjumpa dalam pertemuan itu amat terharu sekali perasaan saya dan juga dia mengingatkan kenakalan kami diJENAN dahulu.Boleh dikatakan lepasan JENAN sekarang telah menjadi ketua-ketua Jabatan sekarang, misalnya abang angkat saya yang kini telah menjadi KSU, Kementerian yang dahulu kami sering mandi air sungai diBaling,Kedah itu.
Apa yang saya ingin imbau kembali dimasa kami diJENAN ,selain belajar dengan tekun ,kami juga giat dalam permainan seperti Rugbi,bolasepak,olahraga,hoki dan kegiatan kelab.Kalau sebut JENAN sudah pasti permainan rugbi masa itu adalah yang terkenal sekali, malahan sekolah kami dapat menewaskan MCKK sekalipun.Apa yang mengembirakan kami lagi JENAN adalah merupakan sekolah Asrama penuh yang mempunyai Dwijantina(Lelaki dan Perempuan) pada masa itu yang tidak terdapat diasrama penuh lain yang hanya lelaki atau perempuan sahaja, umpamanya MCKK (lelaki saja),Kolam Air (Perempuan) sahaja.Manakala para guru JENAN pada ketika itu ialah Alahyarham Tan Sri Megat Junid, Dr Shahnon Ahmad ,Dr.Ibrahim,Dr Kassim,Cikgu Nasriah,Cikgu Aisah,Ciku Aminah dan lain-lain adalah tokoh-tokoh guru yang hebat.
Saya sebagai anak kampung dari Sungaibatuderelong,Kuala Lipis menaiki keretapi bila musim cuti panjang balik kampung.Ini mengingatkan saya betapa banyak bezanya sistem pengangkutan keretapi sekarang.Semasa saya bertugas diEPU sebelum bersara kami diEPU bertungkus lumus mencari sumber kewangan untuk menjayakan landasan keretapi berkembar yang kini dari Kuala Lumpur ke Ipoh telah beroperasi.Saya juga difahamkan sistem yang sama akan sampai kePadang Besar. Ini sudah pasti membuatkan pelajar JENAN sekarang cukup selesa untuk balik kampung bila tiba musim cuti sekolah panjang.Inilah nikmat kemerdekaan yang mungkin tidak dapat kita kecapi sekiranya kita masih dibawah belenggu penjajah.Jadi inilah Malaysia tanah air kita yang mana kita dapat belajar dengan selesa dan kemudian dapat masuk universiti yang cukup banyak sekarang, bukannya macam zaman kami dahulu yang beberapa buah sahaja dan kalau dapat masuk macam rasa berada dikemuncak Gunung Kinabalu.
Akhirnya Tahniah JENAN kerana kecemerlanganmu.Syabas.
Dr Aminudin
Saturday, January 23, 2010
Anekdot 21-Kumbang,Kelulut dan Kelip-Kelip
Dalam blog ini saya telah mencoretkan binatang yang sering kami jadikan mainan dimasa kami bebudak disungaibatudeRelong dahulu iaitu ikan karim dan juga spider.Kali ini saya coretkan pula tentang serangga yang kami jadikan permainan atau melihatnya sebagai penghibur hati kami iaitu Kumbang,kumbang gajah,kelulut dan juga kekelip.Kesemua serangga ini,masih terdapat lagi dihari ini.Kumbang yang biasanya bagi kami disungaibatuderelong dahulu selalu bersarang dalam kayu pada rumah padi kami,bangsal dan surau We Muhammad.Pada kayu-kayu inilah kumbang mengorek dan membuat lubang, jadi kami akan menangkapnya dengan menggunakan botol yang ditekup pada lubang kumbang bersarang itu, bila kami dapati dia telah memasuki lubang itu.Saya akan menekup kepala botol pada lubang sarang kumbang itu dan biasanya Jefri atau Alim akan mengetuk kayu tempat kumbang itu bersarang.Jadi bila kumbang itu terkejut dia akan keluar dari lubang sarangnya dan masuk kedalam botol yang saya tekup tersebut.Bila kumbang ini telah masuk dalam botol ,kami akan ikat kakinya pada benang yang agak panjang yang kemudian kami lepaskan ia terbang dipadang Pakangah Man menuju kerumah Pakencik Akob itu untuk kami kejar dan bermain-main dengan kumbang-kumbang itu.Inilah permainan yang tidak ada lagi sekarang yang dahulu begitu indah dan mengasyikan kami semasa kanak-kanak disungaibatudeRelong dahulu.Kumbang oh Kumbang, kau begitu indah bila terbang bertali-tali menuju awan.
Berbanding pula dengan Kumbang Gajah yang banyak memakan anak-anak kelapa dan pisang dekat rumah kami ditepi Guabama itu, kadang-kadang banyak sungguh dia mengerjakan pokok-pokok yang ayah kami tanam.Kumbang-kumbang ini adalah mahluk perosak tanaman ketika itu.Ianya kadang-kadang kami kutip dan kadang-kadang dibuat berlaga.Namun ia tidak begitu "menjadi" berlaga berbanding dengan ikan karim atau spider yang kuat berlaga seperti yang kami jadikan peraduan berlaga.Oleh itu kumbang gajah ini hanyalah setakat kami beradu siapa dapat kumbang gajah yang besar atau kumbang gajah yang cantik yang mana kami dapati banyak juga kumbang gajah tersebut yang berwarna-warni.
Kelulut pula adalah sejenis tebuan yang biasanya terdapat pada bawah rumah yang mana ia bersarang pada gelegar rumah atau pokok-pokok tepi rumah kami.Kelulut ini sering kami perhatikan ia menghirup madu-madu bunga dan kemudian membuat sarang kelulut.Oleh kerana lebah dimasa kami bebudak masih banyak membuat sarang dipokok-pokok tualang atau keladan dekat Guabama, susu kelulut kuranglah digemari.Namun saya difahamkan setengah negara seperti Afrika dan India, kelulut inilah mereka usahakan sebagai menghasilkan madu.Masa dahulu saya pernah juga merasa susu kelulut atau sebenarnya madu kelulut yang sedap tetapi hari ini saya percaya tidak ada lagi dikampung kami (Relong).
Akhirnya kelip-kelip yang mengeluarkan cahaya dibawah perutnya, sering saya lihat banyak dekat pokok rambutan kami tepi paya menghadap Guabama itu.Biasanya bila rumah kami atau rumah Pakangah Man ada membuat kenduri, ramailah bebudak datang dan kebetulan kelip-kelip ini ada,jadi kami tangkap beberapa ekor dan masukan dalam botol yang warna jernih , ia akan kelihatan cahaya yang cantik dan biasanya kami gantung botol-botol itu dibangsal dekat rumah kami itu.Inilah pemandangan kelip-kelip yang cantik diwaktu malam kenduri dirumah kami yang biasaya menggunakan lampu gaslin ketika itu.Hari ini semua rumah dikampung Relong telah ada api letrik dan kalau ada kelip-kelip pun sudah hilang kecantikan cahayanya kerana cahaya letrik yang terang itu.Namun begitu semasa saya bertugas diPejabat Tanah Temerloh,Pahang saya dapati rumah kami tepi padang bola itu banyak kelip-kelip tinggal diwaktu malam, dan ini mengingatkan saya kepada kelip-kelip disungaibatu dahulu.Selain itu itu kelip-kelip ini juga dipanggil kunang-kunang telah dijadikan "tarikan pelancung" oleh agensi pelancungan diKelang bagi orang ramai datang kesitu.Inilah anugerah Allah yang perlu kita jaga.
Dr Aminudin
Tuesday, January 19, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 16
78.Heta no dogu shirabe (Seorang tukang yang buruk ialah Tukang yang meyalahkan peralatannya)
Dalam peribahasa Melayu berkaitan tukang ada juga iaitu Tukang loak ialah para peniaga yang berniaga barang-barang buruk.Tukang sikut pula bererti suka curang.Tukang ukur ialah orang yang suka mundar-mandir atau penganggur.Tukang tidak membuang kayu pula bermakna orang bijaksana mengganggap semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.Manakala tukang pukul ialah orang yang mengambil upah memukul orang.
79.Herazuguchi o tatakuna (Tangguhkan lidah kamu)
Simpulan bahasa Melayu berkait dengan lidah ialah lidah kelu yang bermakna tidak dapat berkata-kata.Lidah manis adalah kata-kata yang sedap didengar orang.Lidah terkalang ialah tidak dapat menolak kerana terhutang budi.Lidah tidak bertulang ,salah petik jiwa hilang pula bermakna malang kerana tidak pandai menjaga tutur kata.Lidah pendeta ialah kata-kata hikmat.
80.Hige no chiri o harau (Rasa kari bergantung pada sesorang)
Simulan bahasa kita rasa hati ialah perasaan.Rasa termengkelan dihati ialah musykil tentang sesuatu.Masak diluar mentah didalam ialah diluar nampak baik tetapi hatinya jahat.Masak akal ialah matang pemikirannya.Masin mulut pula bermakna apa yang dikatanya benar-benar terjadi dan masin lagikan garam sendiri bererti mengutamakan saudara mara sendiri daripada orang lain.
81.Himojii toki ni mazuimono nashi (Kelaparan adalah perasa yang terbaik)
Asam garam ialah bahan-bahan untuk masakan ataupun bermakna pengalaman hidup.Asam digunung, ikan ditebat bertemu didalam belangga, pula bermakna kalau jodoh walau jauh akan bertemu juga.Bagi lapar pedal bermakna lapar.
82.Hito dareka ayamachi nakaran (Melakukan kesilapan adalah sifat manusia)
Silap haribulan bermakna tidak kena masanya.Silap mata, pecah kepala bermakna kalau tidak hati-hati akan padah akibatnya.Silap kira bermakna salah duga.Tiada gading yang tidak retak bermakna tiada yang sempurna.Tiada berkibar panji-panji sutera yang mulia, melainkan berdiri ditiangnya yang hina bermakna raja menjadi besar dan mulia kerana hormatkan rakyat yang hina-dina.
Dr Aminudin
Saturday, January 16, 2010
Anekdot 20- Kulur,Kundur dan Kemili (Ubi)
Kali ini ingin saya coretkan tentang sayur-sayuran yang menjadi kegemaran kami bebudak diSungaibatudeRelong masa dahulu.Diantaranya sayur buah kulur,sayur kundur,sayur keladi kemahang yang telah saya coretkan dalam blog yang lalu, begitu jugalah acar mentimun,sayur kacang panjang, ubi kemili dan lain-lain.Biasanya sayur-sayur ini menjadi bahan perencah atau penyedab bagi sayur yang dicampur dengan ikan puyu,toman, sembilang,sebarau,lampang,potak dan lain-lain jenis ikan.Manakala masakan itu biasanya dibuat masak lemak atau masakan tempoyak.Pokok kulur yang kami panggil disungaibatu, jarang sudah kelihatan sekarang, namun ia seakan pokok " sukun" sekarang ini dan buahnya agak lebih kurang sama, namun "sukun" hari ini boleh digoreng dan sedap rasanya.Buah kulur dimasa kami bebudak dahulu ,semasa mudanya boleh dibuat sayur lemak atau sayur tempoyak dengan ikan puyu atau ikan toman yang bila dimakan dengan nasi, kami pasti makan dengan banyak.Manakala yang sudah tua pula bijinya sedap direbus dan dibuat sayur juga.Buah kulur ini bila berbuah dan bertembung dengan musim buah-buah lain ia tidak akan terusik.Ia jatuh bergelempangan dibawah pokok dekat rumah lama kami ditepi Gua Bama itu. Bebudak macam saya, Jefri dan Alim akan memijak-mijak buah yang bergelempangan yang tidak dikutip orang itu, supaya terpancut bijinya dimerata-merata kawasan itu dan kemudian mengutipnya untuk diberi kepada jiran-jiran yang mahu.Perbuatan memijak-mijak buah kulur inilah yang mengembirakan kami ketika itu malahan bersorak gembira bila melihat biji kulur yang terpancut paling jauh, malahan kadang-kadang tergelincir dan terduduk atas empulur buah kulur yang pecah itu.
Buah kundur pula masih boleh didapati hingga kehari ini, namun saya jarang melihat orang kampung Relong menanamnya lagi.Dahulu pokok ini ada ditanam bersama-sama pokok labu dicerang-cerang terutama dikampung Keledek tempat saya selalu mencari landak dengan We Idin.Namun hari ini kundur ditanam oleh petani kaum Cina dan boleh dibeli dipasar besar.Dimasa kami dahulu, selain sayur labu dibuat juga oleh orang yang kenduri kahwin sayur kundur yang dimasak lemak atau masa air.Hari ini agak jarang bila orang kenduri kahwin menghidangkan sayur kundur lagi.Selain dari itu kundur juga ada dibuat "serawa" bagi dihidangkan sebagai kuih dimusim raya puasa dan saya juga teringatkan "serawa" kelapa yang seakan "serawa" kundur dikampung kami dahulu, namun hari ini saya dapati sudah jaranglah kelihatan dihidangkan dirumah orang kampung Relong kerana sebagaimana saya katakan orang Relong sedang menuju kezaman modenisasi.Atau mungkin "kundur " yang boleh dianggap "mundur" yang perlu dilupai ?
Manakala ubi kemili (Coleus tuberosus)adalah yang berwarna putih dan unggu (warna biji kundang)yang menjadi kegemaran kami masa bebudak dahulu.Hari ini susah benar nak kelihatan dikampung Relong ataupun diKuala Lipis.Ubi kemili kalau dibuat sayur masam (masakan tempoyak),begitu sedap sekali hingga menjilat jari, kata bebudak sekarang, dimana biasanya emak kami mencampur dengan ikan puyu atau ikan "kepor".Ia menjadi lebih sedap lagi kalau cara masakanya menjadi ubi kemili itu "lekit" dan ikan puyu pula baru ditangkap dari paya musim padi masak.Oh! begitu manis rasanya.Selain dari itu ubi ini direbus masa musim hujan yang kami bebudak tidak boleh kemana-mana dan juga ianya dimakan dengan ubi kayu yang dibakar dekat bangsal rumah lama kami ditepi Gua bama itu, sambil melihat air mulai naik dekat gedung wan dan menunggu ikan akan naik "lek "( ikan akan bermain dan menghempaskan telor ) dekat paya rumah kami dan Pakangah Man, disungai batu.Inilah kenangan yang tidak dapat lagi dilihat dimana-mana lagi cuma diSungaibatudeRelong dahulu.
Namun inilah pantun berkaitan kemili yang saya nukil dari Hikayat Raja Donan (MS 80)
yang boleh kita kongsi bersama-sama:
Kemili berjunjung naik,
Datang selingkar jatuh kelubuk,
Jerangkan air dipangkal titi,
Saya berdiri sudah nak naik,
Berilah tikar saya nak duduk,
Berilah air pembasuh kaki.
Dr Aminudin
Thursday, January 14, 2010
Anekdot 19- Emping,Empuk dan Empulur
Dibawah tajuk "Musim Mengemping Dalam Kenangan " dan Anekdot 6 bertajuk "Alu,Indek dan Lesung", saya telah mencoretkan betapa gembirannya bebudak diSungaibatudeRelong bila rumah mereka membuat emping.Emping dari padi yang masak akan ditumbuk dalam lesung dengan alu atau indek setelah digoreng. Hari ini dikampung Relong, sepengetahuan saya tiada siapa yang menyimpan indek sebagai kenangan.Namun begitu dinegeri Kedah,Perlis dan Negeri Sembilan boleh dilihat indek sebagai model bagi pelawat yang datang keprogram "homestay".Emping apabila siap ditumbuk dan ditampi amat sedap dimakan dengan serawa telur atau digaul dengan kelapa muda dan juga gulakabung.Ini adalah kegemaran kami zaman bebudak dahulu yang kadang-kadang emak bekalkan kami untuk bekalan makanan kami waktu rihat disekolah kebangsaan Relong.Biasanya kami makan dekat katin sekolah yang terletak ditepi padang sekolah itu sambil bernyanyi-nyanti lagu kegemaran kami ketika itu "Ngit-ngit semut" atau "selebu we-we".Emping sebenarnya mempunyai banyak serat yang baik untuk kesihatan kita, namun pada hari ini dek kerana kami diRelong tidak lagi menanam padi maka kami tidak lagi membuat emping.Jadi emping hanyalah tinggal kenangan bagi orang Relong, sungguhpun disatu masa dahulu ada dibuat pesta mengemping dikampung kami.Walaubagaimanapun diRelong baru-baru ini diadakan upacara menyambut tahun baru yang menyiarkan gambar orang disitu saling berkerjasama dalam kampung tersebut dan inilah fenomina yang kampung itu menuju modenisasi disamping meninggalkan tradisi lama mengemping yang kami rindui.
Empuk kalau mengikut Kamus Longman (2009) ialah soft and easy to chew.Kata lain ialah lembut.Jadi bagi kami bebudak disungaibatudeRelong dahulu memang tidur diatas tilam yang empuk yang dibuat dari kapas kekabu, namun bagi mereka yang kuat kencing malam sudah pastinya esuk dikerah oleh emak menjemur tilam yang berat itu.Ini sudah tentu lebih mudah zaman kanak-kanak sekarang yang tidur atas tilam "sponge" yang ringan dan mudah diusung kesana dan kemari.Manakala makanan yang empuk pula disukai oleh orang-orang tua dan juga bebudak macam kami dahulu ialah bahulu,pelita talam,lemang yang lembut bukan garing dan lain-lain.Kami suka juga membantu wan (nenek) dengan mengobek sirih mereka supaya senang mereka mengunyahnya berbanding dengan yang terus digulung dengan daun sirih dan lain-lain bahan dari tepak sirih.Buah-buah pula kebanyakan yang isi empuk adalah durian,jambu bangkok,kelapa,macang,rambutan dan lain-lain.Namun ada juga buah macang yang banyak jeraminya dan kelapa muda yang telah keras isinya kami makan kerana perut dah lapar bila letih bermain.Saya sendiri mengemari tombong kelapa yang juga enak dan empuk dimakan serta juga sayur umbut kelapa yang dibuat kerabu.Hari ini makanan tersebut amat jarang lagi kita dapati dijual dikedai-kedai makan yang saya rasakan berpotensi dikomersialkan.Kegembiraan kami terbayang bila pokok-pokok kelapa ditebang bagi diambil umbutnya.Bila tumbang kami memulas buah-buah muda dan membuangkan kedalam parit sambil berlawan siapakah yang kuat membaling putih kelapa.
Empulur pula ialah "a soft white substance that fills the stems of some plants" dari Kamus yang sama diatas.Empulur ini mengingatkan saya pada kebolehan anak-anak gadis disungaibatuderelong dahulu, macam Miah,Akak Milah,Akak Nab dan Akak Yah membuat kraftangan dari pokok teberau yang diambil pulurnya dijadikan perhiasan.Begitu juga ,ayah saya membuang empulur pedor untuk dibuat lukah,temilau dan juga sangkar burung.Kami bebudak bila ayah meracik pedor sudah tentu diminta membuang empulur tersebut yang begitu empuk dan lembut untuk kami buat main.Setelah itu yang paling menyeronokan ialah membakar empulur tersebut yang cukup menyeronokan bagi kami.Lawatan-lawatan pelancung keperkampung Orang Asli yang saya fahamkan adalah cara mereka menghidupkan api dan salah satu bahan yang membantu mereka ialah empulur yang dapat cepat menghidupkan api.Jadi empulur memang berguna dikalangan masyarakat orang asli ini.Saya juga percaya empulur kalau dikomersialkan boleh menjadi bahan "pelapit atau sponge" bagi pembungkusan barang yang mudah pecah.
Dr Aminudin
Tuesday, January 12, 2010
Anekdot 18-Damar,Dangau dan Debuk-Debak
Agak lama juga saya tidak menulis tentang cerita-cerita pendek (anekdot)memori saya disungaibatudeRelong.Kali ini saya mencoretkan tentang pokok Damar yang hari ini kebanyakan bebudak dikampong kami sudah tidak mengenalinya lagi.Dari pokok ini ia mengeluarkan sejenis getah yang keras.Biasanya berwarna kuning keemasan.Damar laut yang nama saintifiknya Parashorea stellata.Ada juga disetengah tempat pokok damar ini digelar buah kekeras.Mereka mengambil buah ini untuk dijadikan permainan "berlaga buah kekeras".Dari segi penggunaan perkataan "berdamar" pula disetengah tempat bermakna sakit kena tempeleng.Kami masa bebudak dahulu kalau bergaduh ,selain dari kena tempeleng selalu juga kena "debuk" dibahagian perut.Selepas itu kalau menangis dan selalunya membawa diri ketepi paya atau sawah yang ada dangau dan berihat disitu.
Seingat saya dangau kami ditepi gua bama itu dibuat dari lantai buluh dan beratapkan daun pedor.Disitu juga tempat kami bermain dan duduk-duduk dengan Jefri dan Alim ,sambil melihat sawah padi yang terbentang luas menghadap Gua Bama.Kalau musim padi menguning atau padi masak kami biasanya diarahkan oleh ibu-bapa kami menghalau pipit dan ciak yang memakan padi.Kami biasanya menggunakan tin-tin kosong yang dipasang tali hingga ketengah sawah untuk kami tarik dan sudah pasti akan mengejutkan burung-burung tersebut semangnya bila ia berbunyi berkentung dan berketang.Inilah bunyi yang kami gemari dan kemudiannya berteriak "lari-lari" atau " jangan makan padi kami" kepada burung-burung tersebut.Namun suasana ini sekarang sudah tiada lagi.Orang sungaibatu dan juga orang Relong tidak menanam padi lagi.Udara dan angin didangau yang kami ada disungaibatu itu sungguh nyaman serta membolehkan kami bernyanyi sambil menikmati buah-buahan kampung yang kami petik seperti durian,rambutan,bidara,macang,kundang,rawa,mempelam dan lain-lain.
Pokok durian yang ada beberapa batang dekat rumah kami dan juga dekat rumah Pakangah Man ,bila tiba musim gugur akan gugur berdebuk dan berdebak jatuh ketanah.Bunyi Inilah yang mengembirakan kami selain mengutipnya dan kemudian mengopek dan memakannya ditepi dangau itu yang rasanya bukan kepalang sedapnya dan penuh kegembiraan.Selain dari itu seingat saya durian tepi parit dekat rumah Pakencik Akob adalah sepokok durian yang sangat besar.Bila ia gugur sudah pasti kami bebudak mengejarnya dan mencari dalam rumput-rumput dibawah pokok durian itu.Kadang-kadang ada juga yang jatuh bergolek kedalam parit tepi pokok durian tersebut.Selain dari itu pokok durian ini juga bila tiba musim durian banyak bebudak datang mengutipnya kerana ia terletak ditepi jalan dan tepi jalan itu juga terdapat sebuah calvert yang membolehkan kami mandi-mada sepuas-puasnya dan kadang-kadang sampai merah biji mata.Hari ini semua itu tinggal kenangan yang mengimbau kami kezaman bebudak dimasa dahulu yang penuh keindahan dan gelak-ketawa yang mengasyikan.Ianya tiada lagi suasana sedemikian dihari ini.
Saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun berkait dengan damar dinukil dari Pantun Melayu, berbunyi
Damar batu damar keluluk,
Belah kundur tengok bijinya,
Tanda percaya kata mulut,
Belah perut tengok isinya.
Dr Aminudin
Sunday, January 10, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 15
74.Hari no ana kara tenjo nozoku ( Lihatlah awan menerusi corong)
Simpulan bahasa kita tentang awan ialah awan larat ialah ukiran yang saling berkaitan.Manakala Awan mengandung hujan bererti tidak pasti.Corong radio pula bermakna alat yang menyiarkan suara bunyi radio.Sedangkan cuci mata bermaksud memandang hal-hal yang cantik dan menawan.
75.Hashi nimo bi nimo kakaranai hito da (Dia (lelaki) berbuat baik tanpa apa sebab)
Simpulan bahasa Melayu yang berbunyi berbuat baik bermakna berbudi.Manakala peribahasa yang berbunyi Berbuat kerja seperti yajud wa majuj pula bererti menangguhkan kerja.Sedangkan Berbudi diri bagai pisang lebat pula bermakna mendapat susah kerana sifat keangkuhan.Biar buruk kain dipakai,asal pandai mengambil hati adalah bidalan yang bermakna pakaian yang indah boleh dibeli tetapi budibahasa yang halus sukar dibeli.
76.Hayai mono ni jozu nashi(Baik dan cepat biasanya serasi)
Bidalan Melayu ada berbunyi Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak yang bermaksud sementara menunggu perkara yang lebih baik ada baiknya kita melakukan kerja-kerja yang berfaedah.Manakala Baik bukan teladan, tidak baik bukan sempadan yang bermakna tiru perkara yang baik dan jangan tiru perkara yang buruk.Sedangkan cepat kaki,ringan tangan adalah pepatah yang bermaksud cekap dan suka menolong orang ramai.Cepat menangkap pula bermakna cepat faham.Sedangkan simpulan bahasa yang berbunyi Cepu dengan tudungnya bermakna sangat sesuai atau serasi.
77.Hayaoki wa sanmon no toku (Burung yang keluar sarang awal-awal pagi akan dapat ulat)
Peribahasa Melayu tentang sarang pun ada misalnya Sarang tebuan jangan dijolok yang bermakna jangan sengaja mencari susah.Sarang unam dimasuki ketam menjadi umang-umang pula bermakna menyamar.Sarang penjahat pula adalah tempat penjenayah menjalanlan operasi.Ulat buku pula bermakna sangat suka membaca dan Ulat dalam batu pun dapat hidup bermakna rezeki itu ada dimana-mana dengan syarat kita berusaha mencarinya.
78.Heichi ni haran o okosuna (Jangan marah atau pengapakan air)
Peribahasa Melayu tentang air memang banyak.Air ampuh ialah air bah.Air batu kering ialah karbon dioksida beku atau keras.Air cendana ialah air kayu gaharu.Air didalam talas bermakna tidak tetap pendirian.Air jernih, ikannya jinak bermaksud negeri yang aman dan rakyatnya baik-baik.Air margajiwa ialah air hikmat untuk panjang umur.Air ruban ialah buih air pada minyak kelapa.Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan yang bermaksud perkara kecil dibesar-besarkan.Air Ukup ialah air wangi dan air yang jernih,sayak yang landai bermakna segala yang berlaku berjalan dengan adil dan benar.
Dr Aminudin
Labels:
Source WWW.flickr.Com,
Taman Bunga Tulip,
Tokyo
Tuesday, January 5, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 14
68.Hakuai shu ni oyobosu (Sifat memderma bermula dirumah dan tidaklah ia berakhir disitu)
Simpulan bahasa Melayu berbunyi Murahhati yang bermakna dermawan.Pepatah yang berbunyi Memberi makan anjing ditembikar, memberi makan gajah dengan alatnya yang bererti memberi sesuatu kena pada tempatnya.Manakala memberi muka adalah bermakna memanjakannya.
69.Hana okereba mi sukunashi (Ramai lelaki dalam kerjaya profesional namun ada yang kurang keikhlasan)
Ada juga simpulan bahasa berbunyi Profesor kayu mati yang bermakna profesor yang tidak produktif.Pujaan gadis adalah lelaki ideal.
70.Hana yori dango (Roti adalah lebih baik dari nyanyian sang burung)
Pepatah Melayu tentang roti ada juga iaitu Rotinya dimakan, katanya diturut yang bermakna kerja yang yang dilakukan tidak berhati-hati akan menyebabkan kerosakan.Manakala tentang burung pula ialah Burung pingai yang bermakna sesuatu yang ajaib dan burung terbang dipipiskan lada yang bermakna berangan-angan.Burung yang liar jangan dilepaskan,khabar yang mustahil jangan didengarkan yang bererti jangan percaya pada berita yang belum sah.
71.Hanashi niwa tokaku ohira ga tsuku (Sebuah cerita tidak akan hilang apabila dikisahkan)
Berita baik bermakna maklumat yang positif.Khabar dengkul bermakna berita palsu.Manakala khabar jauh didengar-dengar,khabar dekat difikir-fikirkan yang bermakna apapun berita yang didengar, selidik dahulu kebenarannya.
72.Hara o kakaete warau (Simpan sedikit perkara untuk gelak ketawa)
Simpulan bahasa kita Gelak manis ialah senyum simpul dan Gelak nabi ialah senyum sindir dan geli hati adalah lucu
73.Hara no mushi ga osamaranu ( Lelaki biasanya menyembunyikan apa yang dia tidak puashati)
Jangan sampai sesat barat,sepuluh kali diukur sekali dikerat yang bermakna jangan buat sebelum difikir baik buruknya.Sembunyi tuma,kepala tersorok, ekor kelihatan yang bermaksud kita sangka perbuatan buruk dapat ditutup tetapi dilihat orang.Begitu juga sembunyikan muka yang bermakna lari dari malu.
Dr Aminudin
Labels:
National Park,
Source WWW.flickr.Com,
Tokyo
Subscribe to:
Posts (Atom)