Sunday, August 29, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Aspek Budaya


Aspek budaya Orang Melayu terutama berpakaian dahulu dapat dicerminkan pada foto-foto ditahun 1900 terutama dikalangan orang Melayu.Ini berkaitan rapat dengan sistem pengangkutan dikala itu yang menggunakan gajah.Bagi kaum perempuan dikalangan orang kebanyakan Melayu ketika itu ialah berbaju kurung atau berbaju kebaya yang biasanya dibuat dari kain sutera, disamping memakai selipar, memakai barang kemas ditangan dan juga dileher.Sedangkan kaum lelaki Melayu pula memakai baju Melayu, bersongkok dan bersamping serta memakai kasut.Imej dikalangan mereka yang agak berstatus tinggi ini adalah disekitar tahun 1930an dimaka ketika itu diadakan banci penduduk yang seperti baru-baru ini kita alami.Golongan luarbandar Melayu seperti yang saya paparkan dalam blog yang lalu semasa lawatan penjajah Inggeris ke Tembeling telah saya paparkan fotonya.

Edisi akan datang kita lihat Imej Raja-Raja Melayu

Dr Aminudin

Saturday, August 28, 2010

Johor Bahru :Kaitan Dengan Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam



Kalau bandar Kuala Lipis dan Kuantan yang menjadi ibu Negeri Pahang kita lihat pula Johor Bahru yang merupakan ibu Negeri Johor kini.Negeri Johor yang bersejarah bagi Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang diasaskan dipenempatan bernama Pekan Tua yang berhampiran dengan Sungai Johor itu.Johor yang bermakna permata dan juga Bahru itu ialah baru dan gabungan ini menjadikan permata baru bagi Johor bahru.Dinamakan secara resmi pada tahun 1886 oleh Temenggong Abu Bakar.Bandar ini pernah ditawan oleh Jepun pada tahun 1942 yang dikenali sebagai Battle of Malaya.Kini Johor Bahru mengikut banci pada tahun 2008 mempunyai penduduk seramai 1.2 juta.Dari foto-foto yang saya dapati dari poskad lama bagi bandar Johor Bahru dimasa dahulu iaitu tahun 1906 hanya kelihat beca penumpang yang ditarik oleh tenaga empat kerat (orang) dan pasar ditepi Sungai Sengget yang sudah tiada lagi sekarang.Foto-foto ini dipetik dari " Malaya 500 Early Postcards", oleh Cheah Jin Seng,2008.

Dr Aminudin

Friday, August 27, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Aspek Pengangkutan



Kajian terhadap aspek pengangkutan air telah saya coretkan dalam blog ini sebanyak 5 siri dimana dari Penemuan Terusan diLembah Bama yang wujud dari Kedah (Cheruk Tok Kun) melalui Lembah Bama dan berakhir diKuala Pahang ,Pekan,Pahang. Lakaran Terusan itu saya muatkan dalam buku Kajian Lembah Bama Bahagian Pertama. Buku Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam ini adalah lanjutan dari kajian tersebut.Edisi kali ini saya akan melihat sistem pengangkutan diLembah Bama dari aspek pengangkutan darat yang mula digunakan diera tahun 1900.Pada umumnya sistem pengangkutan darat menggunakan jalan yang menggunakan gajah.DiPahang khasnya gajah begitu digemari ,malahan lambang negeri pahang juga ada mengambil gajah sebagai sebahagian dari lambang tersebut.Dari foto yang saya paparkan gajah menjadi kenderaan resmi diraja dan begitu juga diPerak dilihat digunakan oleh orang biasa.Saya akan paparkan kemudian apabila melihat corak pakaian perempuan Melayu dahulu dengan menaiki gajah.Gajah sebagai binatang besar ini boleh mengantikan feri sebelum ada feri diPahang dimana dia mengharung Sungai Pahang.Bagi kenderaan bermoto pula kita lihat bas adalah pengakutan awam yang menarik ramai penumpang yang berulang alik dari Lipis keSelangor seperti dipaparkan dalam foto yang saya petik dari " Malaysia A Pictorial History 1400-2004 " oleh Wendy Khadijah Moore,2008 ".


Dr Aminudin

Wednesday, August 25, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites dan Budaya



Bandar Kuala Lipis mempunyai artifak atau bangunan yang lama sejak tahun 1888 hingga 1955, apabila bandar ini menjadi ibu negeri Pahang dan kemudian apabila berpindah keKuantan pada tahun 1955, ia kelihat begitu ketinggalan dari segi pembangunan.Diantara artifak yang boleh dilawati dibandar Kuala Lipis ialah Kompleks Pejabat Daerah yang dibina pada tahun 1919,Stesen Keretapi,Masjid Lama Lipis,Pejabat Pos,Rumah Pegawai kerajaan diBukit Bius,Pahang Kelab,Sekolah Menengah Clifford,Rumah Rehat Jalan Residen,Asrama Juru rawat dan lain-lain.

Apabila ibu negeri Pahang bertukar keKuantan pada tahun 1955 itu ianya yang merupakan sebuah penempatan pada orang Melayu tahun 1850an .Kuantan dikenali ketika itu sebagai Kampung Teruntum yang mendapat nama dari pokok teruntum.Nama bandar Kuantan dikatakan mendapat nama dari orang Kampung Orang Kuantan dari Sumatera dan akhirnya melekat nama itu hingga kehari ini.Pada asalnya bandar Kuantan hanya memiliki sederet bangunan kedai seperti yang saya paparkan berdasarkan foto yang dipetik dari " Malaysia : A Pictorial History 1400-2004",oleh Wendy Khadijah Moore,2008.

Diedisi akan datang kita lihat sistem pengankutan diPahang

Dr Aminudin

Tuesday, August 24, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites Dan Budaya



Edisi kali ini izinkan saya paparkan imej orang Melayu dahulu terutamanya diNegeri Pahang.Penjajah Inggeris yang telah bertapak diPahang sejak era Clifford sudah pasti menjelajahi seluruh ceruk dan pelusuk Negeri Pahang.Dari siri-siri penjelajahan ini mereka mereka merakamkan peristiwa tersebut melalui foto-foto yang saya paparkan disini.Misalnya High Commissioner of Federated Malay States telah menjelajah hingga keKuala Teh,Tembeling.Dalam foto itu kelihat High Commissioner tersebut tetapi rakaman foto dan penduduk kampung membuat upacara menyampaikan ucapan kepada rombongan tersebut. Dari gambar itu dapat kepada kita bahawa pakaian Orang Melayu Pahang ketika itu pada tahun 1912 adalah berserban dan berjubah, baju gombang dan kain pelikat dan bersongkok. Mereka ini mewakili masyarakat kampung Melayu ketika itu dan bagi mengambarkan pakaian Panglima pula dipaparkan gambar Panglima Kakap Husin dari Kuala Tahan pada tahun 1912.Kedua gambar ini saya petik dari "Malaysia : A Pictorial History 1400-2004 ", oleh Wendy Khadijah Moore,2008.Bagi edisi akan datang akan saya paparkan Pejabat Daerah Lipis dan bandar Kuantan.


Dr Aminudin

Monday, August 23, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi @ Sultan Ahmad I Riayat Shah Dilihat Dari Segi Sites



Cabaran bagi para penyelidik atau pengkaji ialah mendapatkan bahan-bahan bacaan dan juga foto-foto bagi kajian tersebut.Foto-foto lama agak sukar ditemui atau kadang-kadang tidak mendapat kebenaran orang yang memilikinya.Namun sebagai penyelidik kita janganlah berputusasa dan hendaklah dedikasi terhadap kajian perlulah dilipat gandakan. Ini adalah kerana akan menjadi tatapan generasi yang akan datang.Kajian saya terhadap Susur galur kami dari Datuk Linggi berdasarkan foto-foto lama agak sukar, namun oleh kerana Sites (Kawasan Kajian ) terutama Kuala Lipis dan Johor Bahru boleh kita selidiki melalui poskad-poskad lama.Justeru itu buat permulaan kita lihat Sejarah Bandar Lipis menerusi foto-foto dan juga poskad-poskad lama yang berkaitan dengan kajian saya ini.


Kuala Lipis- Kuala Lipis adalah ibu negeri Pahang yang mengantikan Pekan pada tahun 1898, namun ibu negeri Pahang telah berpindah keKuantan pada tahun 1955.Nama bandar Lipis dikatakan mengambil sempena nama pokok Serau Lipis dan ada yang mengatakan pula kerana terletak diKuala Sungai Lipis ,maka ia bernama Kuala Lipis, walau apapun ia kekal hingga sekarang dipanggil Kuala Lipis.Orang dikampung kami memanggilnya Lepeh.Nak kemana tu ? Nak kelepeh.Kuala Lipis dihubungkan dengan keretapi keJohor Bahru sejak tahun 1926 dan setelah itu agak kurang orang diantara dua bandar ibu negeri ini menggunakan jalan sungai lagi.Foto-foto lama yang saya paparkan bagi permulaan ini ialah gambar Sekolah Kebangsaan Relong yang masih atapnya dari daun pedor,gambar ini saya perolehi dari Abang Ahmad bin Muhammad yang menunjukkan Pakanak Ni semasa bersekolah diSekolah Relong.Gambar kedua pula ialah Gambar Rumah Rakit diSungai Lipis yang diambil dari Poskad tahun 1908 dari Koleksi Malayan 500 Early Postcards, oleh Profesor Cheah Jin Seng,2008

Edisi Akan datang Foto Bandar Lipis , Kuantan dan Johor Bahru

Dr Aminudin

Friday, August 20, 2010

Makanan Orang Jepun A-Z Digandingkan Dengan Makanan Melayu Sekiranya Ada Siri 3


Asatsuki- sejenis sayur yang dalam kumpulan sayur kucai.Nama saintifiknya dipanggil Allium ledebourianum. Sayur ini selalunya digoreng dan dibubuh serbuk herba sebagai penyedapnya.

Atsuage- rincisan nipis tofu yang digoreng dalam minyak yang banyak dan agak lama. Makanan ini boleh dimakan dengan sos kacang soya yang ditaruh halia dan dihidangkan sebagai makanan dinamai nimona ,itamemono atau kadang-kadang dipanggil juga sebagai name age.

Awa- sejenis bijirin sekoi yang biasa dimakan oleh gulungan bawahan di Jepun sebagai penganti nasi.Pokok ini ditanam diKyushu dan juga diShikoku. Ianya boleh dimasak bersama dengan beras tetapi hendaklah dimakan waktu panas-panas kerana kalau sudah sejuk ia menjadi keras.Ada juga dikalangan orang Jepun menjadikan bijirin ini sebagai kek yang dipanggil awamochi, dibuat juga bebola dipanggil awadango dan juga gula-gula candy dipanggil awaame.

Awabi- ialah abalone, merupakan siput yang boleh dimakan tetapi berharga mahal diJepun.Ia boleh dimakan secara mentah-mentah,disteam, direbus dan juga dimasak yang menjadikan makanan dipanggil ishiyaki.

Ayu- sejenis ikan yang nama saintifiknya Plecoglossus altivelis. Ikan ini jenis ikan air tawar yang boleh didapati dipasar Jepun. Ikan ini biasanya boleh diperolehi disekitar bulan Jun dan Ogos.Ikan ini selalunya dipanggang dan rasanya enak sekali yang dikenali sebagai Shioyaki yang biasanya dicecah dengan sos tade su bila dihidangkan.

Azuki- sejenis kekacang yang nama saintifiknya Virgna angularis. Kekacang ini jenis merah yang agak kecil dan menjadi ramuan bagi makanan yang dipanggil Sekihau. Sejak dahulu lagi kekacang ini dimasak dan dicampur dengan nasi. Kebanyakan kuih-muih diJepun selalu membubuh azuki dan gula dalam kuih-muih tersebut.

Bai- sejenis siput yang nama saintifiknya Babylonia japonica. Kadang-kadang siput ini dipanggil juga baigai.Isi atau dagingnya dikeluarkan dari kulitnya dan direbus yang dijadikan makanan bergelar sunomono,aemona dan juga tsukudani.DiMalaysia seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini ialah tentang siput sedut yang biasanya kami diSungaibatu,Relong memperolehi diSungai Teris siput sedut ini enak dibaut masak lemak cili padi dan kulitnya bila dibakar lama dijadikan kapor sirih.

Bancha- dikenali sebagai tea hijau.

Basashi- daging kuda.Teristimewa dikawasan Kumamoto dan Nagano ,daging kuda ini dihiris nipis-nipis dan dihidangkan secara mentah dengan halia dan juga bawang putih dengan dicecah sos kacang soya.

Battera- nama yang dipinjam dari Bahasa Portugese iaitu Bateira yang bermakna bentuk perahu.Di Osaka,makanan ini dibuat dengan dibubuh dalam sejenis kotak kayu khas yang mana sushi dan nasi dipenyek berserta cuka makerel dan dibubuh diatasnya apa yang dipanggil konbu.


Dr Aminudin