Saturday, November 28, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 8


37.Ebi de tai o tsuru (Satu umpan yang kecil menangkap ikan yang besar)
Pepatah kita tentang ikan agak banyak juga diantaranya yang berbunyi Ikan biar dapat,serampang jangan pokah yang membawa erti segala kerja janganlah terlebih sangat.Manakala ikan terkirap, jala tiba pula membawa makna hendaklah mengambil tindak segera apabila ada peluang dihadapan kita.Namun jangan jadi seperti pepatah ini iaitu Ikan belum dapat,air sudah keruh,jala sudah koyak yang membawa erti Objektif belum tercapai kita pula menghadapi bermacam-macam masalah.

38.Eiko seisui wa yononarai (Dalam sebuah kehidupan ada keatas dan kebawah)
Pepatah kita ada mengatakan Panas tidak sampai kepetang yang bererti kebahagian yang tidak kekal.Begitu juga dengan simpulan bahasa yang berbunyi Roda hidup yang bermakna nasib baik dan nasib buruk.Tetapi amat kontra dengan pepatah yang berbunyi Roda yang berpaling,kuda sudah digerindin yang bermakna orang yang nampak kaya tapi dia miskin.

39.Eiyu iro o konomu (Lelaki yang kuat selalu lemah dalam bercinta)
Ada sedikit peribahasa kita tentang cinta iaitu cinta kasih ,cinta monyet dan cinta komersial.

40.En wa inamono ajinamono (Berkahwinlah macam dishurga)
Pinang dibelah dua yang bermakna pasangan pengantin yang yang sama cantik.Pinang muda pula bermakna orang tengah yang menjodohkan gadis dan teruna.Manakala Pisang masak separak pula bermakna keluarga yang bahagia.

41.Ete ni ho o age yo (Berlayarlah sebelum taufan tiba)
Pepatah kita berbunyi Berjalan sampai kebatas,belayar sampai kepulau yang bererti buat kerja hingga selesai.Berkayuh sambil kehilir pula bermakna dengan satu kerja,dua atau tiga maksud tercapai.Tetapi jangan jadi Kapal besar ditunda jongkong yang membawa makna Ketua mengikut kata orang bawahan.

Dr Aminudin

Monday, November 23, 2009

Teori Kajian Lembah Bama Berpusat DiKg.Relong,Kuala Lipis,Pahang Disahkan oleh Ahli Sejarah



Baru ini saya membeli buku terbaharu iaitu Sejarah Melayu The Malay Annals, MS Raffles no.18, disusun oleh Cheah Boon Kheng, yang dirumikan oleh Prof Abdul Rahman haji Ismail,MBRAS REPRINT 17,Resort World Bhd,2009.Dimana dalam buku ini telah mengesahkan Teori saya bahawa saya mengatakan dalam buku saya Meyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong),2009 pada halaman 50 seperti berikut :-

"...Saya percaya Hikayat Seri Rama dihasilkan oleh pengarang berasal dari Lembah Bama "
Begitu juga dihalaman 25 ,saya menulis "...apa yang menyakinkan kita juga adalah bahasa yang digunakan dalam hikayat itu adalah bahasa yang digunakan oleh kami seperti kena tuba,keruh,sagempal, berjamu,suruh kampungkan dan lain-lain...perkataan yang terdapat dalam hikayat ini selalu digunakan oleh kami dikawasan Kuala Lipis ".

Prof.Abdul Rahman telah menulis dalam Buku Sejarah Melayu tersebut diatas dihalaman 20 ,seperti berikut :-

"... Sulalat us-Salatin naskah Raja Bungsu adalah naskah yang paling asli kandungan dan bahasanya.Naskah lebih awal yang lebih awal daripada naskah Raja Bungsu dihasilkan ialah naskah yang diselamatkan keGua Pahang selepas 1535 dan dibawa kembali keJohor pada 1612.cuma dalam hal ini Hikayat Melayu itu tentunya telah dibawa kembali kePasir Raja sebelum tarikh perintah Raja Dihilir pada 13 mei itu, dan bukannya selepas september 1612.Kehadiran banyak perkataan yang berasal atau dieja menurut sebutan pantai timur Semenanjung bukan saja membuktikan hunbungan rapat Melaka-Johor-pahang tetapi juga mengukuhkan tanggapan bahawa penyusun Sulalat us-Salatin adalah orang sedarah sedaging dengan loghat pantai timur...adalah lebih besar kemungkinan orang yang berperanan utama menyalin dan menyusun Sulalat us Salatin dari Gua ialah Tun Bambang".

Kesimpulannya Teori yang saya katakan Lembah Bama adalah pusat Kesusasteraan dan Kebudayaan Zaman Silam DiTanah Melayu telah disahkan oleh ahli sejarah yang berwibawa dan Teori Sejarah Melayu yang dikatakan oleh Tun Sri lanang bahawa peranan Bendahara tuan asal kepada Bangsa Asal Melayu-Islam dipertikaikan oleh artikel saya dibawah entry "Peranan Sultan dan Bendahara: Satu Pembetulan " adalah significant kerana penyusun Sejarah Melayu adalah orang Lembah Bama (dari Gua Sai) sepertimana saya huraikan dalam buku kajian saya.


Dr Aminudin

Friday, November 20, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 7


32.Daiji no ue niwa daiji o tore (Semak dua kali sebelum membuat keputusan)
Simpulan bahasa kita ada menyebut berhati-hati yang bermakna cermat,teliti serta berjaga-jaga.Begitu juga berhemat sebelum habis yang bermakna hati-hati supaya tidak menyesal dikemudian hari.

33.Daiji wa iccho isseki de narazu (Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari)
Sebuah Kerajaan yang besar tidaklah dirikan dengan sekelip mata.Pepatah kita berbunyi Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar yang kekuatan sesebuah negara itu kerana rakyat saling bantu membantu dan begitu juga pepatah yang berbunyi Kuat berdiri pohon kerana akarnya,kuat akar kerana tanah dimana membawa pengertian yang kekuatan kita kerana suka berpakat.

34.Damarimono no he wa kusai (Lelaki pendiam ibarat air tenang, lagi dalam lagi bahaya)
Pepatah Melayu ada menyatakan Air tenang menghanyutkan yang bermakna orang pendiam membahayakan.Manakala Air tenang jangan disangka tiada bahaya yang bermaksud kalau pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.Tetapi pepatah yang berbunyi Air yang jernih,sayak yang landai bermakna segala sesuatu yang berlaku dengan adil dan benar.

35.Danketsu wa chikara nari (Jerami yang banyak boleh mengikat seekor gajah)
Sebesar-besar gajah dirimba,jatuh juga ketangan manusia yang bermakna orang kuatpun boleh dikalahkan.Jadi janganlah kita menjadi Gajah pengangkut lada,kuda pelejang bukit yang bermakna anak muda yang sanggup jadi orang suruhan kerana pujian.

36.Darenimo sakaeru toki ga aru (Setiap anjing ada harinya)
Pepatah Melayu kita tentang anjing banyak juga diantaranya Anjing diberi makan nasi,bilakah kenyang ? yang bermakna orang tamak tidak pernah puas.Anjing bersepit ekor yang membawa erti pergi kerana malu.Manakala pepatah berbunyi Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas sekalipun nescaya berulang-ulang juga ketempat najis yang memberi erti bahawa orang jahat tak akan berubah.

Dr Aminudin

Sunday, November 15, 2009

Makanan Dari Perspektif Islam Dan Kajian Saintifik Yang Terbaharu Siri 1

Setiap makanan mempunyai khasiat yang berbeza, dalam blog saya ini saya telah mencotetkan berbagai jenis makanan ,buahan dan sayuran kepada anda sekelian.Kini tibalah masanya saya mencoretkan pula khasiat dan kelebihannya menurut pandangan Islam dan juga kajian saintifik yang telah dilakukan sekiranya berkaitan.

1.Madu- madu telah ditemui sejak zaman silam dan banyak ahli perubatan silam mengunakan sebagai bahan penyembuhan.Nabi Muhammad S.A.W bersabda " gunakanlah dua ubat ini: Madu dan Al-Quran". Allah S.W.T berfirman yang maksudnya " Dari perutnya keluar minuman yang pelbagai warna,sebagai penyembuh kepada (penyakit) manusia.Sesungguhnya itu merupakan tanda( kebesaran Allah) bagi orang yang mahu berfikir".Manakala malaikat pula memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada menyimpan madu didalam rumahnya.Jika kita memakan madu bermakna seribu ubat telah masuk dalam perut kita.Nabi Muhammad S.A.W selalu meminum madu dengan air setiap pagi ketika perut kosong.Jadi kita amalkan minum madu lebah.Namun begitu sayangnya banyak pokok Tualang diSungaibatuderelong yang tumbang atau ditebang untuk lebah memnbuat sarang, coretan saya tentang tualang dan merbau mengimbau suasana mencari madu lebah yang telah amat berkurangan sekarang.

2.Telur-dalam blog saya ada diceritakan tentang ayam dan telur itek. Dari segi pemakanan telur yang baik ialah telur ayam (baydah) ia dimakan sebelum masak penuh (kita panggil telur separuh masak atau tiga suku masak).Khasiat putih telur dapat melegakan keperitan kulit badan kita dari panas tarik matahari, membantu menyembuhkan kulit yang terbakar atau membaiki parut pada kulit.Telur juga boleh meransang daya sex.Bagi mereka inginkan kurus dan mengurangkan lemak kajian yang dibuat oleh para pengkaji dari Universiti Louisina State mendapati " egg protein is filling, so you eat less later in the day " .Bila anda makan telur anda akan kurang makan hari tersebut, ini membolehkan berkurangan berat badan kita berlaku.

3.Epal- Kajian dari sudut Islam, epal atau Tuffah adalah buah yang masam dan sejuk serta manis.Epal boleh menguatkan hati kita.Kajian oleh pelajar-pelajar dari Universiti Penn State mendapati bahawa " an apple a day can keep weight gain a bay".Selain dari itu epal merupakan "antioxidants" dan boleh menghalang "metabolic syndrome".

4.Tamar- buah ini sering juga kita panggil kurma.Saiydina Ali r.a. berkata sesiapa yang memakan tujuh buah kurma aiwa (kurma istimewa diMadinah) setiap hari nescaya terbunuh segala haiwan perosak didalam perutnya, dan sesiapa memakan dua puluh satu anggur kering yang merah setiap pagi hari nescaya ia tidak akan melihat dalam jasadnya sesuatu yang dibenci (Sir-al-Salikin).Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda " Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada makanan ".Nabi S.A.W sendiri menanam tamar atau kurma.Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda " Orang yang ada kurma, bukalah puasa dengannya,jika tiada kurma berbukalah dengan air.Sesungguhnya inilah kebaikan ".Tamar amat kaya dengan karbohidrat serta mineral yang baik untuk tulang dan mengandungi banyak vitamin A yang penting bagi kesihatan mata dan kulit.

5.Susu- susu atau laban yang disebut dalam Al-Quran Surah An-Naml Ayat 66 dan juga Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa tiada penganti bagi susu.Baginda bersabda " Minumlah susu kerana ia menyapu panas daripada hati seperti jari menyapu peluh didahi.Ia menguatkan belakang,mengelukan otak,meningkatkan kecerdasan akal,menajamkan penglihatan dan menghilangkan lupa".Susu mengandungi bahan-bahan seperti protein,karbohidrat,lemak,vitamin dan mineral.Susu juga mengandungi vitamin B2 (riboflavin) untuk proses pengoksidan.Begitu juga dalam susu ada vitamin d yang penting juga untuk kesihatan.Akhirnya dalam susu turut terdapat kalsium yang penting untuk pembinaan tulang terutama dimasa kanak-kanak dan juga untuk gigi,saraf dan otot-otot.

Bersambung

Dr Aminudin

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 6


26.Chabara mo ittoki (Sedikit lebih baik dari tiada lansung)
Bidalan kita ada mengatakan sedikit-sedikit,lama -lama jadi bukit yang bermakna tekun dan sabar akan beroleh kejayaan.Samalaj juga bidalan yang berbunyi sedikit-sedikit teku,lama-lama menjadi bukit yang bermakna berjimat-jimat sedikit-sedikit lama-mana simpanan jadi banyak.

27.Chinmoku wa kotoba yorimo yuben nari ( Senyap adakala tanda kebijaksanaan)
Pepatah Melayu ada menyatakan diam itu setinggi-tinggi mutu sibodoh yang bermakna kalau tidak tahu,lebih baik diam.Begitu pula diam ubi, diam berisi yang bermakna diam bukan kerana bodoh.Manakala diam ubi lagi kental,diam besi lagi sentil yang bermakna orang berilmu kalau diam dia berfikir, orang bodoh kalau diam sia-sia saja.

28.Chiri mo tsumoreba yamato naru (Lautan terjadi dari setitik air)
Pepatah kita tentang laut ada berbunyi Laut datang memunggahkan mutiara yang bermakna orang berilmu datang mangajar.Manakala Laut ditembak darat kena bermakna lain yang dihajat, lain yang dapat.Pepatah yang berbunyi laut madu berpantaikan gula bermakna sudahlah bahasanya lembut,orangnya pun cantik.

29.Chisha niwa senryo no isshitsu ari (Kita tidak selalu bijak dalam semua perkara)
Pepatah Melayu ada menyatakan Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ketanah juga yang bermakna orang pandai sekalipun akan buat silap juga.

30.Chiwa kenka wa koi no iroage (Bila pasangan kasih bertengkar, kasih sayang kian bertambah)
Pepatah Melayu ada berbunyi sesekali perahu lalu,sekali kiambang terkuak yang bermakna bila masalah selesai,pihak yang berkonflik akan baik semula.

Dr Aminudin

Tuesday, November 10, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Bab III

Islam tidak sahaja menerima serangan dalam bentuk fizikal dari penentangnya malahan juga dalam bentuk puisi pada zaman permulaan Islam.Dari sejak itu para perjuang Islam telah mempertahankan dari serangan tersebut dalam bentuk kesusasteraan iaitu dengan tokoh-tokoh handalan kesusasteraan Islam seperti Hassan ibn Thabit,Ka'b ibn Malik dan Abdullah ibn Rawahah.Manakala kesusasteraan Islam dalam bentuk prosa pula berkembangan seiringan dengan proses penurunan Al-Quran.Cerita-cerita dalam Al-Quran turut diguna sebagai media dakwah seperti yang dijalankan oleh tokoh-tokoh seperti Hasan al-Basri,Tamim al-Dari,Thawus ibn Kaisan dan lain-lain lagi.Puisi Arab sebelum Islam dipanggil Razaj yang telah wujud sekitar kurun ke 6 Meshi yang merupakan ucapan-ucapan kepercayaan agama.Manakala karangan dalam bentuk peribadi diketika itu dipanggil Diwan.Justeru dengan kekayaan bahasa Arab dan situasi penyair-penyair Arab yang berbakat ketika itu telah menjadikan bentuk-bentuk puisi Arab berbagai-bagai dan mereka yang memahami bahasa Arab sahaja dapat menikmatinya.Qasidah adalah salah satu bentuk puisi Arab yang mengkagumkan dimana puisi ini mengandungi 50 hingga 100 baris dan dizaman sebelum Islam ia dideklamasikan dengan iringan muzik dan hingga sekarang masih disanjungi.Manakala Ayyam adalah bentuk prosa Islam yang menerangkan kisah-kisah berkaitan perhubungan diantara kaum Arab tentang persahabatan ataupun persengketaan diantara mereka.

Syair adalah merupakan kesenian Arab yang bermakna puisi yang mempunyai timbangan yang dipanggil arud.Dimana dalam syair ini ia mempunyai persamaan irama dihujung bagi setiap baris yang digelar qafiyah.Seterusnya cerita-cerita Nabi (Qisas al-Anbiya) adalah cerita-cerita tentang nabi yang terdapat didalam Al-Quran yang disusun ketika pemerintahan Saidina Uthman ibn Affan(644M-655M).Cerita tentang nabi-nabi terdapat dalam pelbagai surah yang kemudiannya disusun dipanggil Qisas al-Anbiya dan diantara Qisas al-Anbiya yang masih kekal hingga kehari ini ialah Tarikh al-Rasul wa al-muluk (Riwayat Para Rasul dan Raja) oleh Muhammad ibn Jarir at-Tabri dan juga oleh at-Tha'labi dalam bukunya berjudul Aras al-Majalis: Qisas al-Anbiya (Majlis-majlis Pengantin: Cerita Nabi-Nabi dan lain-lain).Cerita-cerita Nabi ini turut berkembangan kedalam kesusasteraan Melayu dalam bentuk hikayat-hikayat.

Kesusasteraan Islam adalah untuk menanam rasa khushu kepada Allah disamping memberikan ketenangan jiwa mahkluk Allah yang dicipta dengan fitrah yang sukakan kepada kesenian dan keindahan.Justeru itu seni dalam Islam lebih bersifat seni kerana Allah .Serta untuk manusia, makhluk dan alam sekitar.Diantara bidang kesenian Islam yang boleh dikaji ialah khat.Khat adalah merupakan seni tulisan yang indah dan mempunyai nilai-nilai kesenian.Kepentingan seni khat adalah juga mengikut saranan junjugan Nabi S.A.W supaya umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat Al-Quran dengan baik dan khat difikirkan dapat memudahkan pembelajaran.Keindahan tulisan khat adalah gabungan diantara kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.Rasullulah turut menyatakan penulisan khat dalam sabdanya " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana diantara kunci sumber rezeki ".Khat mempunyai model asas utama yang diantaranya ialah Kufi,Thuluth,Nasakh,Farisi,Riq'ah,Diwani,Diwani Jali dan Raihani.

Bersambung

Dr Aminudin

Monday, November 9, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 5


21.Baka ni tsukeru kusuri wa nai ( Tiada ubat bagi Kebodohan)
Peribahasa Melayu tentang kebodohan ada juga seperti Bodoh sombong yang bermakna bodoh dan degil.Manakala bodoh macam telur bererti terlalu lurus.Bagi pepatah yang berbunyi bodoh-bodoh sepat,tidak makan pancing emas pula bermakna nampak bodoh tetapi tidak boleh ditipu.

22,Bijin hakumei ( Cantik dan bertuah selalunya saling bergandingan)
Pepatah kita tentang kecantikan ialah bunga kembang menanti layu yang bererti kecantikan perempuan tidak kekal.Bunga tengah kembang ditaman,baunya merbak kemana-mana yang bererti kecantikan seorang gadis itu diketahui dimana-mana.Bunga bahasa ialah bahasa yang indah.

23.Binbo himanashi (Orang susah mana ada masa lapang)
Pepatah Melayu tentang kesusahan ada berbunyi Orang buta kehilangan tongkatnya yang bermakna orang yang sudah susah bertambah lagi susah.Orang galang pula bermakna orang yang sanggup berkorban nyawa.Orang kalau adalah pemain nobat dan orang keputihan adalah orang yang taat pada ugama.

24.Bun wa bu ni masaru (Pena lebih tajam dari pedang)
Peribahasa ini ada juga dalam perumpamaan kita yang membawa pengertian tentang tulisan lebih kekuatannya dari pedang(berperang).

25.Chi no ri wa hito no wa ni shikazu (Bersatu kita Kukuh)
Peribahasa kita ada mengatakan Bagai aur dengan tebing yang bermakna saling bantu membantu.Manakala bagai dakwat dengan kertas yang bermakna tidak boleh bercerai.Begitu juga peribahasa berbunyi Bagai keroncor dengan belangkas yang membawa erti sepakat.

Dr Aminudin