Apa yang mengembirakan tentang Jenan ini ialah kawan-kawan semuanya "ngam-ngam" berlaka walaupun kami berlainan negeri.Kawan saya yang ngam dari Perak macam Yunus dan Sanusi Awi, bila ada cuti pendek saya mengikut mereka kePerak iaitu Manjoi, bila saya berkhidmat dalam Jabatan Keselamatan DiPerak ,saya ada juga mencari balik Yunus dan Sanusi diManjoi tetapi tidak menjumpai lagi rumah yang saya pernah pergi dimasa sekolah diJenan itu.Masa berkhidmat diPerak saya ditempatkan diPejabat Daerah Kroh, Perak yang ketika itu saya duduk serumah dengan Fadzil dari Kedah.Berbalik semasa diJenan juga ,saya mempunyai abang angkat yang saya nyatakan dalam blog ini iaitu Abang Jabar yang sekarang Dato' Jabai Che Nai dari Kampung Padang Dan dekat Kuala Ketil Baling.Masa cuti juga kami balik kampung mereka dengan mencari buah-buah kayu kata orang Kedah.Bila saya bertugas diKroh,Perak dan kereta saya ditimpa pokok saya menumpang barang dirumah ayah angkat saya inilah malahan bila Abang Jabar kawin di Perak kami ramai-ramai berkomboi mengiringinya.
Di Jenan kegemaran kami adalah pergi kepekan Jitra untuk makan bihun sup yang berwarna kuning dan ais kacang yang kadang-kadang digelar "ais ganja".Ais kacang ini bukan main sedap bila kami makan, saya sendiri kalau dah mai keJitra akan pekena ais kacang itu sekurang-kurangnya tiga mangkok.Selain dari itu kawan-kawan pasti pesan suruh bawa balik punya.Selain dari itu kami kepekan Jitra masa itu ialah untuk tengok wayang gambar cerita hindustan yang cukup popular masa itu.Malahan bebudak yang kaki hindustan sanggup keluar pintu dekat pokok getah yang ada lubang atau longkang untuk curi keluar asrama pergi tengok wayang.Saya tidaklah gila sanggat tengok wayang sebab saya adalah Kelab Wayang gambar sekolah kami yang tugasnya menunjukan wayang pada pelajar Jenan dalam dewan sekolah masa itu.Seingat saya Sabri Yusof adalah senior kami bagi kelab itu yang kemudiannya bila saya berkhidmat diJPA Latihan kami berjumpa semula yang mana kemudiannya saya dengar dia jadi Pegawai Daerah Kuala Kangsar bila saya berkhidmat diUPEN,Pahang.
Bila cuti panjang sekolah yang menyeronokan saya ialah balik dengan keretapi yang bermula distesen Alor Star sampailah keKuala Lipis.Pelajar Jenan akan ada gerabaknya sendiri yang kami kadang-kadang tidaklah duduk sangat.Kami suka berjalan-jalan dengan Dolah Awang Kecik,Wan Yusof,Ahmad, Wan Yunus dan lain-lain dari satu gerabak kesatu gerabak.Saya dapati ada setengahnya bebudak jenan telah tersalah naik gerabak kerana bila sampai diGemas akan berlaku pertukaran keretapi, jadi bebudak yang suka sangat berjalan ni dah leka kerana tak sedar gerabak yang mereka naiki itu adalah untuk keJohor,jadi mereka sampai hingga keJB.Tetapi nasib baik ada kawan-kawan dari Johor misalnya Fuzi,Mohd.Zaki,Yusof B dan lain-lain membantu.Saya bila sampai diLipis biasanya terlalu pagi jadi tidurlah distesen keretapi sementara menunggu bas Long Majid untuk balik keRelong.
Hari ini bebudak Jenan sekelas saya semua dah jadi orang besar dan ternama sekarang dan begitu juga senior-senior saya yang beberapa nama dapat saya ingati disini misalnya Abang Jabar (Datuk Jabar)menjadi orang besar diKementerian Luar bandar,Datuk Dr Ibrahim Komo dahulu Timbalan Naib Chancellor UKM,Abang Dr Sukri(saya dah taktahu dihospital mana dia bertugas sekarang) dan sekelas dengan saya Fuzi menjadi Yang DiPertua Bandaran ,Datuk Mohd Zaki sekarang Hakim ,Adhan Kecik, menjadi Peguam dan Wakil Rakyat,Razak menjadi Pegawai RTM Sabah,Mansor dahulu kerja dengan Maybank sekarang bersara macam saya juga,Ahmad (Kelantan)menjadi guru kanan,Ramli menjadi guru kanan,Wan Aziz menjadi profesor diUTM,Fatimah menjadi pensyarah kanan diMaktab Perguruan, Roslan telah mulai bersara juga,Salmiah dulu pengetua sekolah diPulau Pinang dan lain-lain.Satu yang saya puji bagi bebudak lepasan Jenan ini mereka sering berhubung dan ada semacam kelab informal yang biasanya Azman Panjang dari Bernas yang begitu berinisaitif menemukan kami semula.Saya misalnya sudah tidak bertemu dengan Mohd Zaki sejak 30 tahun begitu terharu bila berjumpa beliau yang begitu "sendul" dimasa diJenan dahulu.Jenan menang namanya menjadi kenangan.
Dr Aminudin
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
Memori Alam Persekolahan V- Jenan
Bila sebut Jenan atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah semua orang tahu dan mengiktirafnya sebagai sekolah yang berasrama penuh yang terkenal disebelah utara tanah air ketika itu.Saya walaupun sedih juga mengenangkan betapa jauhnya Jenan dengan Sungaibatu,diLipis agak gembira bila Pakcu Husin dan Makcu Siti hendak menghantar saya keJenan.Jauh memang jauh dari Lipis keRaub dimana perjalanannya mengikuti jalan-jalan keKuala Kubu yang jalan macam ular kepalu waktu itu menuju keIpoh kemudian keKuala Kangsar waktu itu ,mana ada lebuhraya macam sekarang.Rihat entah berapa kali saya pun takingat dan akhirnya kami kePulau Penang naik feri untuk balik kampung Makcu diBalik Pulau.Maka banyak saudara mara Makcu orang Pulau Pinang bertanya, Apa tak khabak ? begitulah mesranya mereka kalau kita kerumah mereka disana.Malahan bila Bidi anak tertua Makcu kawin Perdana Menteri pun datang, Paklah ketika itu.Selepas bermalam diBalik Pulau keesokannya kami berlepas keSungai Petani kemudian keAlor Star dan lepas tu baru sampai diJenan.Perjalanan bukan main jauh membuat juga saya teringkatkan kampung dan mengapa tak belajar saja diClifford,Kuala Lipis.Oleh kerana jiwa saya seorang yang suka mencari pengalaman ,Jenan menjadi pilihan.Setelah Pakcu dan Makcu balik saya ditempatkan diasrama paling hujung dekat kebun getah dan masjid sekolah kami, kalau tak salah saya guru yang menjaga asrama kami ialah Dr Kassim yang merupakan Pengarah Yayasan Sabah bila dia berhenti dari Jenan.Di Jenan ada juga kawan-kawan saya dari Pahang macam Aziz,Ramli,Zamani,Zamilah,Azri dan lain-lain.
Apa yang menariknya Jenan ini sekolah asrama penuh yang mempunyai dwi-jantina bagi murid-muridnya iaitu ada lelaki dan perempuan.Bukan macam MCKK, STAR, dan Kolam Air ketika itu yang jantina sejenis sahaja.Kawan sedarjah saya masih dikenang sampai sekarang Mansor,Ramli,Fuzi,Mohd Zaki,Adhan Kecik,Razak,Fatimah,Roslan,Kassim,Wan aziz,Aziz,Salmiah,Sayuti dan lain-lain.Mereka ini nakal macam saya juga dan saya suka pula bercampur dengan bebudak kelas lain macam Wan Yusof,Abdullah Awang Kecik,Ismail,Yunus dan lain-lain.Guru kelas kami Cikgu Norsiah dan lain-lain guru yang mengajar seperti Aruwah Tansri Megat Junid,Dr Ibrahim, Mr Roger dan lain-lain.Masa itu Guru Besarnya Cikgu Mahmood yang lembut orangnya tetapi boleh mengatasi masaalah murid-murid Jenan yang nakal.Boleh dikatakan keputusan pelajar ketika itu untuk masuk Jenan memerlukan kelulusan SRP yang cemerlang, jadi bebudak yang belajar takperlu diajar beria sangat oleh guru-guru macam wan Aziz kalau diberi kerja matematik semua jadi kacang dan begitu juga Adhan dan Mohd Zaki amat pasih berbahasa Inggeris hingga Mr Roger ajak kerumah dan bila kena pada saya mulalah dia suruh saya duduk depan kelas yang dia katakan saya takberapa nampak huruf yang dia tulis macam cacing.
Bersambung
Dr Aminudin
Apa yang menariknya Jenan ini sekolah asrama penuh yang mempunyai dwi-jantina bagi murid-muridnya iaitu ada lelaki dan perempuan.Bukan macam MCKK, STAR, dan Kolam Air ketika itu yang jantina sejenis sahaja.Kawan sedarjah saya masih dikenang sampai sekarang Mansor,Ramli,Fuzi,Mohd Zaki,Adhan Kecik,Razak,Fatimah,Roslan,Kassim,Wan aziz,Aziz,Salmiah,Sayuti dan lain-lain.Mereka ini nakal macam saya juga dan saya suka pula bercampur dengan bebudak kelas lain macam Wan Yusof,Abdullah Awang Kecik,Ismail,Yunus dan lain-lain.Guru kelas kami Cikgu Norsiah dan lain-lain guru yang mengajar seperti Aruwah Tansri Megat Junid,Dr Ibrahim, Mr Roger dan lain-lain.Masa itu Guru Besarnya Cikgu Mahmood yang lembut orangnya tetapi boleh mengatasi masaalah murid-murid Jenan yang nakal.Boleh dikatakan keputusan pelajar ketika itu untuk masuk Jenan memerlukan kelulusan SRP yang cemerlang, jadi bebudak yang belajar takperlu diajar beria sangat oleh guru-guru macam wan Aziz kalau diberi kerja matematik semua jadi kacang dan begitu juga Adhan dan Mohd Zaki amat pasih berbahasa Inggeris hingga Mr Roger ajak kerumah dan bila kena pada saya mulalah dia suruh saya duduk depan kelas yang dia katakan saya takberapa nampak huruf yang dia tulis macam cacing.
Bersambung
Dr Aminudin
Layang-layang Nostalgia GuaBama
I
Layang-layang kau melayang tinggi dipuncak gua
berkumpulan kau bermain dan menyanyi
aku yang dibawah sana memang bebudak gayat
dan kuatir kau jatuh nanti jatuh diatas bebatu
besar dan keras tempat ibu menjemur padi
disungaibatu.
Layang-layang terbang melayang dipuncak gua
species kau Hirundo tahitica yang ku kaji berterbangan
diawan dimana-mana sekarang dan dipanggil disana sini
mendapat khidmatmu mengarang sangkar yang berharga
dimana-mana baik didesa dan bandar
yang dahulunya kita kawan sepermainan.
II
Layang-layang kau tumbuh rimbun dikaki gua
musim buahmu ku hampiri dan sukai
kami bermain bersama Jefri dan Alim
tepi paya yang menguning dimusim padi masak
buah kau ditiup anging melayang-layang jauh jatuh
kami nikmati yang kami kenali Cryptocarya griffithiana.
III
Layang-layang yang kami buat dari kertas jarang
berbingkai buluh mahupun bilah pedor
bertali benang berwarni-warni yang bila angin
datang Alim memegang dihujung sana dan kau mulai menaik
dan aku menarik sementara kau melayang tinggi
dipaya kami disungaibatu yang telah kering dan
tiada lagi musim mencangkul, mengubah, menanam padi, mengemping,dan menuai
disungaibatu ini
dan hanya tinggal nostalgia
serta sebuah gua yang tegap berdiri
Guabama.
Dr Aminudin , Ramadhan 7.
Layang-layang kau melayang tinggi dipuncak gua
berkumpulan kau bermain dan menyanyi
aku yang dibawah sana memang bebudak gayat
dan kuatir kau jatuh nanti jatuh diatas bebatu
besar dan keras tempat ibu menjemur padi
disungaibatu.
Layang-layang terbang melayang dipuncak gua
species kau Hirundo tahitica yang ku kaji berterbangan
diawan dimana-mana sekarang dan dipanggil disana sini
mendapat khidmatmu mengarang sangkar yang berharga
dimana-mana baik didesa dan bandar
yang dahulunya kita kawan sepermainan.
II
Layang-layang kau tumbuh rimbun dikaki gua
musim buahmu ku hampiri dan sukai
kami bermain bersama Jefri dan Alim
tepi paya yang menguning dimusim padi masak
buah kau ditiup anging melayang-layang jauh jatuh
kami nikmati yang kami kenali Cryptocarya griffithiana.
III
Layang-layang yang kami buat dari kertas jarang
berbingkai buluh mahupun bilah pedor
bertali benang berwarni-warni yang bila angin
datang Alim memegang dihujung sana dan kau mulai menaik
dan aku menarik sementara kau melayang tinggi
dipaya kami disungaibatu yang telah kering dan
tiada lagi musim mencangkul, mengubah, menanam padi, mengemping,dan menuai
disungaibatu ini
dan hanya tinggal nostalgia
serta sebuah gua yang tegap berdiri
Guabama.
Dr Aminudin , Ramadhan 7.
Saturday, August 29, 2009
Tsuzuku Kobijutsu 5-Pongkes

Pongkes dalam bahasa Inggerisnya ialah shallow open basket to carring earth.Pongkes zaman kami bebudak disungaibatu deRelong digunakan oleh orang tua dan kami untuk mengangkat tanah-tanah yang telah dicangkul atau digali.Dalam blog saya ini ada saya menceritakan tentang Abang Akil membuat lubang letkua (letakuali)bagi memasak dodol bila menjelang hari raya.Bagi mengali lubang-lubang ini pongkes digunakan bagi membuang tanah-tanah tersebut.Bagi perkerja yang tinggal dikongsi kuari pecah batu disungaibatu pula saya dapati mereka menggunakan pongkes-pongkes ini untuk mengutip batu-batu yang pecah oleh mesin pemecah batu.Pongkes juga berguna bagi mengangkat baja tahi kelawar yang diambil oleh bebudak dari guabama.Misalanya Man anak pakandak Dahan yang berminat sungguh mengambil tahi kelawar dari guabama itu.Tidak ketinggalan juga masa perkerja JKR yang banyak menggunakan pongkes apabila mereka menambun dan mengangkat tanah atau batu granait semasa membina jalan Kuala Lipis-Padang Tengku saya lihat banyak pongkes digunakan.Biasanya pongkes ini diperbuat dari rotan dan jarang lagi kita sekarang dapat melihat perkerja dalam industri pembinaan jalan raya sekarang menggunakan pongkes.Ini mungkin kerana sekarang sudah banyak jentera moden yang menggantikan tulang empat kerat dan pongkes.Coretan ini dibuat adalah untuk mengimbau kembali penggunaan pongkes yang satu masa dahulu digunakan dan membantu kita dan kita patut menghargai alat kecil ini.Saya kadang-kadang kesian juga melihat usahawan Azmi dibatu lima,Kuantan yang banyak pasir dan batu putihnya bagi kegunaan bengkel "dapur kubur " diambil orang berpongkes-pongkes diwaktu malam.Rupanya ada juga pongkes digunakan untuk mencuri.
Dr Aminudin
Tsuzuku Kobijutsu 4- Pelita
Pelita atau oil lamp mengingatkan saya kepada saya semasa zaman bebudak pada kuih Pelita Talam yang dihidangkan kepada kami bebudak sungaibatu deRelong.Kuih ini emak buat bila tiba bulan puasa, jadi sempena Ramadhan ini dan mencari kuih ini dipasar Ramadhan diBalok memang jarang jumpa.Kalau jumpapun tahun lepas rasanya tidaklah sesedap mana maklumlah ia dibuat untuk tujuan komersial.Pelita talam sebenarnya adalah kuih yang dibuat dari tepung gandum yang diberikan berkepala dari santan kelapa.Jadi setelah siap ia akan menjadi berlapis-lapis iaitu bahagian bawahnya yang akan berwarna chokelat yang biasanya dicampur dengan gula merah dan lapisan atas adalah berwarna putih yang menjadi kepalanya dari santan kelapa yang saya katakan tadi.Kuih ini selalu dimakan oleh keluarga kami dan juga dibuat oleh orang lain disungaibatu seperti Akak Nab,Akak Siti,Wan Kiah dan lain-lain untuk dibawa kesurau We Muhammad bagi dimakan oleh orang yang datang sembahyang terawih disurau itu.Bila makan beramai-ramai inilah yang menyelerakan dan membuat kami cukup gembira bila tiba bulan puasa.Cerita ini ada ada muatkan dalam entry blog ini dibawah tajuk Meriahnya Surau We Muhammad.Inilah kenangan saya dan saya kira juga orang yang pernah tingal sekitar sungaibatu de Relong.Begitu juga pada pelita minyak tanah yang kami pasang pada malam tujuh likor bila tiba penghujung bulan puasa dan juga pada malam raya.Pelita sekarang ada dijual dikedai-kedai mahupun disupermarket yang diperbuat dari tin atau plastik.Kami dahulu membuat pelita ini dari buluh betong yang kami potong pendek diberikan sumbu yang kami perbuat dari taligundi dengan didalam buluh itu kami taruhkan minyak tanah.Inilah yang menjadi kenangan kepada saya zaman bebudak bila tiba masa berpuasa dan menjelang hari raya.Apa yang menjadi ingatan saya juga kami bebudak tidak ada yang ponteng puasa kerana emak dan ayah akan buatkan kami baju gombang untuk dipakai pada hari raya kerana berpuasa penuh.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Friday, August 28, 2009
Tsuzuku Kobijutsu 3 -Getah Gelung
Getah Gelung yang berwarna warni terdapat dijual dikedai-kedai runcit zaman kami bebudak Sungaibatu deRelong menjadi kenangan kepada saya hingga hari ini.Sebagai budak lelaki emak dan ayah saya tidaklah membelikan saya gelang emas macam Pakandak dan Makandak membelikan untuk Azi dan Ainon.Saya lebih gembira membeli gelang getah yang berwarna merah,hijau,kuning,putih,choklat dan dan lain-lain.Getah gelung ini saya pernah coretkan menjadi bahan bagi kami membuat lastik dan juga alat bagi permainan senapang terung manggo.Selain dari itu ada juga kami bermain baling getah gelung ini kedalam kotak-kotak yang berisikan nombor-nombor diatas tanah yang kami tikam atau campak dari satu tempat yang dibuat garisan.Dari situ kami campak getah gelung tadi kedalam kotak nombor 8 misalnya dan kalau masuk "taukeh" yang kena bayar sebanyak 8 gelung kepada kami, kalau tidak masuk kotak atau kena garisan ,taukeh ambil gelung getah kami itu.Kadang-kadang kalau nasib mujur hari itu saya penuh lengan dengan getah gelung macam saya lihat ada setengah wanita Melayu dipasar payang diKota Bahru, Kelantan tangannya penuh dengan gelang emas.Begitulah banyak yang mereka pakai tetapi kami pakai getah gelung ditangan itu hanya mainan dimasa bebudak dan kadang-kadang selepas main itu kami membawanya sekali mandi dalam parit dekat rumah Pakencik Akob dibawah pokok durian yang rendang itu untuk menuju kedalam calvert yang pernah saya ceritakan.Hari ini getah gelung tidak banyak digunakan oleh bebudak sekarang kerana mereka mempunyai berlambak-lambak jenis permainan yang harganya mencecah ribuan ringgit berbanding dengan kami dahulu yang hanya getah gelung yang kini hanya berharga berberapa sen sangat.Inilah jurang (gap)antara kami dengan generasi sekarang yang perlu dilihat oleh ibu-bapa moden sekarang dalam menyediakan kemudahan untuk permainan anak-anak.Kadang-kadang saya terfikir permainan tradisional vs moden yang pernah saya coretkan dalam blog ini sudah sampai waktunya pensyarah-pensyarah diuniversiti tempatan kita membuat penyelidikannya kerana banyak permainan moden yang kita masuk bertanding tidak mencapai taraf dunia dan kalau masuk bertanding pun selalu kecundang, jadi apa salahnya kita tumpukan pada permainan tradisional kita seperti gasing,congkeh,layang-layang,tarik upeh,baling botol dan lain-lain yang dapat menjimat kewangan negara dan kalau nak sangat perkenal negara ini maka promotelah permainan tradisional tersebut diperingkat antarabangsa.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Tsuzuku Kobijutsu 2 - Gantang
Gantang atau Measuring capacity of paddy yang semasa saya kecil melihat emak atau ayah menyukat beras untuk disimpan atau dibuat lemang bagi menyambut hari raya.Ukuran kecil pada gantang ialah cupak iaitu 4 (empat cupak) satu gantang, dimana ukuran ini bebudak sekarang sudah tidak ambil peduli lagi kerana sekarang telah menggunakan ukuran metrik.Kadang-kadang dengan mengikut peraturan globalisasi budaya ukuran Melayu kita turut hilang, inilah harga kita patut bayar.Namun tidak begitu dengan masyarakat Jepun yang mereka kekalkan budaya dan bahasa dan mereka sanjung.Berbalik pada gantang kami dizaman bebudak sungaibatu de Relong ini biasanya dibuat dari tin yang boleh dibeli diKuala Lipis atau Padang Tengku.Orang yang menjual buah bidara diPekan sari Relong juga menggunakan cupak dan gantang.Saya memang suka memakan buah bidara kampung tetapi sayangnya diRelong tidak banyak pokok bidara lagi yang tumbuh.Namun begitu semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh masih banyaklah buah biadara kampung ini dijual dipekan sari hari ahad ditepi sungai Pahang itu.Ini mungkin datang dari Kampong Awah atau kampung-kampung diMaran yang masih banyak lagi pokok tersebut.Kadang-kadang juga musim ikan naik lek (biasanya musim banjir seperti yang pernah saya coretkan)ikan ini bermain dan menghempaskan telurnya ketika itu mudahlah ditangkap dan bila dapat ditangkap kadang-kadang saya lihat ayah pernah menyukat-yukatnya menggunakan gantang dan banyaknya bergantang-gantang juga.Bila orang mengadakan kenduri kahwin sudah semestinya gantang akan digunakan untuk mereka menyukat beras yang hendak ditanak itu.Pada kebiasaanya kita bertanak nasi dalam kawah akan mengacau beras itu bila tiba waktunya tetapi setelah satu kemahiran orang Relong bertanak nasi tanpa mengcaunya yang seingat saya Abang Nor Akak Nab mempunyai kemahiran ini orang Relong sudah tidak riau lagi tentang nasi mentah.Namun dimasa kami bebudak yang suka menenguk orang memasak nasi kawah ialah bila nasi menjadi berkerak dan inilah yang suka kami ambil makan dengan dicecah dengan gulai daging yang masih panas-panas.Bagi saya akhiri entry ini mengenai cupak dan gantang ialah simpulan bahasa berbunyi cupak asli, cupak berkeesaan,cupak hanyut,cupak pesuk,cupak tegak sudah diisi dan mengisi gantang pesuk serta melukut ditepi gantang yang memang anda sekelian tahu maknanya.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Subscribe to:
Posts (Atom)