Wednesday, March 4, 2009

Temerloh Bandar Ikan Patin atau Seniman Sudirman


Bila saya melihat papan tanda menghala kebandar Temerloh yang berbunyi Temerloh Bandar Ikan patin untuk membeli buku-buku DBP diBandar Temerloh ,saya teringat kisah saya berkhidmat diPejabat Tanah dan daerah dahulu. Saya rasa perusahaan ikan patin tu, kami yang mulakan dengan DO, Tuan Nasarudin yang baru-baru ni melompat dari UMNO kePKR dan kemudian dari PKR keUMNO, saya pun naik hairan pada gelagat orang politik.Masa saya dengan Tuan Nasar masa itu ada dua tiga sangkap ikan patin diTemerloh.Saya selalu menanyakan pada Tuan Nasar kenapa kita tidak berikan mereka Tol (permit sementara), dia kata takperlu, saya memikirkan ini adalah untuk mengutip hasil bagi negeri dan mereka menjaga kawasan mereka dengan baik, sebab dapat permit.Selepas itu bercambahlah perusahaan menternak patin diTemerloh.Kedai masakan ikan patin pun makin maju seperti Kedai pak Yusof, kedai patin dekat maybank dan lain-lain.Malahan dengan banyak perusahaan ini dan kerja kuat kakitangan pejabat tanah kami telah menjadi Juara sebagai Pejabat Tanah Terbaik Seluruh Malaysia dalam kategori kutipan hasil.Tapi sayangnya sistem SSB tidak menyebelahi saya kerana kemenangan ini sebagai ketua bahagian hasil tanah, tetapi ADO bahagian Pembangunan mendapat anugerah dari DO, Jaafar Mat ketika itu, saya memang terkilan dan kemudian memohon tukar keUPEN , Pahang.

Selain dari bandar ikan patin bagi Temerloh kenapa tidak bandar Seniman Sudirman yang namanya terkenal diperingkat antarabangsa.Sudirman ini kalau mengikut Abang Amid adalah sekelas dengan dia diSABS, Kuantan.Lagu Sudirman ,Basikal Tua begitu mengusik ingatan saya kepada seorang India Muslim yang sanggup berbasikal lebih kurang 10km kekampong kami,Relong hanya semata mencari nafkah dengan menjual roti tawar dan roti kaya dari Kuala Lipis.Jadi bagi menentukan bandar Temerloh jadi bandar ikan patin atau bandar Seniman Sudirman, biarlah penduduk Temerloh menentukan dengan kita buat undian dan bukan diberi kepada ahli-ahli majlis bandar Temerloh membuat keputusan.Sudah sampailah masanya kita lebih memberi perhatian kepada public opinion.Biar orang Temerloh menentukannya.

Dr Aminudin (Kaget dengan Bandar Maran adalah bandar ayam kampong, kenapa tidakbandar ayam beroga.Kalu begitu Jerantut mahu jadi bandar Ikan Kelah, Bera bandar Sawit, Lipis bandar Empang Jalih, tersenyum saya dengan pendekatan yang kurang sesuai)

Tuesday, March 3, 2009

BalaiRaya Lama Kampong Kami


Balairaya lama kami dahulu terletak diatas bukit sempadan dengan kampong Bapong.Ia didirikan atas bukit yang dibawahnya pekan sari seperti yang saya ceritakan dimana orang kampong berjual beli .Hasil tanaman kampong dan juga gerai-gerai makan yang memang sedap ketika itu.Gerai abang Nor dan Akak Nab memang menjadi tumpuan kami terutama makan bersama Abang Mat Renek.Gerai itu juga menyediakan rojak dan pecal emak Abang Nor yang hingga hari ini terasa sedapnya.Ini kerana pecal dihari ini yang biasa saya dapati dibulan puasa dipasar Ramadan, Kuantan tidaklah seenak mana hanya sekadar komersial saja.

Balairaya ini memang tempat disediakan oleh kerajaan untuk penduduk kampong menggunakannya, namun oleh kerana faktor jauh dari penempatan orang ramai seperti kedai runcit, sekolah dan perumahan ia kurang efektif.Balairaya lama mulai terbiar, walaubagaimanapun kami bebudak masa itu menggunakanya tempat bermain dan kadang-kadang tempat berihat setelah puas bermain bedil atau menyetik burung dekat rumah Abang Dollah yang terletak dibawah bukit dekat balairaya ini.Kalau taksilap saya kontrektor membuat tangga menaiki bukit kebalairaya lama tersebut adalah we Kadir, jadi ini membolehkan Nuar datang bersama ayahnya kesitu dan bermain dengan kami. Hari ini balairaya tersebut telah dipindahkan kedekat padang sekolah Relong, ditepi jalan menuju kemasjid kampong.Ia juga sudah terdapat sebuah dewan orang ramai yang agak besar dan boleh bermain badminton.

Dr Aminudin (melihat ada balairaya disetengah kampong dipahang terbiar dan tidak digunakan)

Kelicap (Arachnothera magna)

Kelicap adalahsejenis burung yang saya selalu perhatikan.Kelicap akan berterbangan hinggap dipohon yang berbunga dimusim buah apabila pokok mulai berbunga.Pokok durian kami yang beberapa batang seperti saya ceritakan dalam blog saya yang lepas bila musim bunga akan datanglah burung-burung kelicap menghisap madunya.Kadang-kadang saya cemburu melihat ia menyedut madu-madu itu kerana saya pun meminati madu bunga durian yang enak itu.Apa boleh buat rezeki Allah yang memberi, namun kerana terlalu lebat bunga-bunga durian berkembangan kadang-kadang kelicap pun jadi takmampu lagi menghisap madu-madu itu.Selain dari itu kelicap juga suka menghisap bunga-bunga jambu bangkok kami, bunga jambu bangkon ini kelihatan kemerahan dan mempunyai stigma yang keputihan yang sungguh indah pada pandanga saya ketika itu.Tapi apakan daya kami tidak mempunyai kemera ketika itu , ia hanyalah ingatan dan kenangan dalam benak saya hingga kehari ini.Inilah keindahan ciptaan Ilahi , dan tiada siapa yang boleh menandingiNYA.

Kelicap biasanya berparuh panjang yang membolehkan ia menghisap madu bebunga, bahagian lehernya biasa berwarna kuning ,manakala dada dan perutnya agak kehitaman dan kakinya biasa berwarna orange.Kelicap sebetulnya species yang menghuni tanah tinggi dan kajian mendapati ia terdapat diFraser Hill dan diSungai Buluh.Hari ini dikampong kami masih lagi saya perhatikan , ada kelicap yang kadang-kadang kelihatan seperti menari-nari dihadapan saya.Ada kala ia hinggap juga pada pokok dedalu yang membuat saya teringat pada peribahasa ini iaitu seperti dedalu api hinggap dipohon kayu,hinggap dibatang, batangnya mati,hinggap diranting,rantingnya patah.Ini membawa maksud kalau kita berkawan dengan orang jahat rosaklah kita.

Dr Aminudin (memilih kawan biarlah betul-betul)

Terkenang Ibuku + Tokyo+ Koto + Haiku


Hingga sekarang memang saya ingat betul dan terkenangkan ibu angkatku dijepun seorang pemuzik koto.Bukan calang-calang kaum perempuan diJepun yang boleh memainkan alat muzik tradisional koto.Koto alat muzik yang popular diJepun ia semacam piano dibarat.Pemainnya diberi penghormatan tinggi dan berpelajaran tinggi pula ia dimainkan oleh golongan perempuan. Koto yang merupakan alat sepanjang kira-kira 2 meter .Koto dikatakan berasal dari Negeri Cina yang diberi bertali .Ia kebiasaanya bertali 17 dan sebenarnya tidak banyak diketahui tentangnya dan dikenali mulai abad yang ke16 yang dikatakan diasaskan dijepun oleh Tsukushi-goto.Pada abad yang ke17 baharulah koto diperdengarkan bersama sang penyanyi dan kian popular pada abad yang ke18.Sekarang koto telah dimodenkan oleh pemuzik seperti Michio Miyagi dan Tadoo Sawai.Bila ibuku memainkan muzik koto, saya teringatkan bait-bait Haiku yang mula saya sampai keTokyo dan mempelajari dari ibu seperti berikut:-

Tokyo aku sampai,
Termanggu-manggu,
Bangunan batu.

Tokyo disini,
Aku berdiri,
Gegaran bumi selalu.

Tokyo kau berlari,
Keretapi laju,
DiShinjuku.

Tokyo makan apa?
Halalkah dia,
Sushi dan Tenpura.

Tokyo aku pulang,
Tinggallah ibuku,
Iroiro arigato gozaimashita.

Dr Aminudin

Monday, March 2, 2009

Epistle Buat Abang Amid

Abang Amid yang dingati dan dihormati kini berada diKucing ,Sarawak.

Warkah ini dikirim melalui email yang seringkali down.Canggih dan ranggi yang kadang-kadang sepi serta sunyi tanpa diperhati.Kita sama-sama membesar didesa hijau dan berbalam sewaktu pagi.Sejuk air mengalir melewati bebatu kuning disungaibatu yang kita cintai.Bebatu besar tepi gedung masih putih dan gembira melihat kita bermain air dipintunya yang abang kata akan didirikan rumah sebuah untuk hari tuamu.Aku sering bertanyakan pada wan bila kita dapat bermain kembali semacam dulu.Mana mungkin, kita telah mencecah usia setengah abad ia sudah mengurniakan kiat zuriat yang kita telah membesar dan mungkin telah berkeluarga pula.

Abang amid mungkin mengingat kembali persamaan diantara kita tentang nama isteri kita yang sama,tentang kita satu kumpulan kedet yang sama,tentang lantikan PTD yang sama dan tentang kerja diagensi keselamatan yang sama.Kenangan ini membuat saya tidak lupa itu segala sampai bila-bila.Abang amid memang mengingati betapa hebatnya lagu-lagu Jefridin,A.Ramlee,S.Jiben,A.Romzi dan lain-lain dulu.Kita menghafalnya satu persatu yang dicartakan dalam Top ten dari sebuah transister kecil berwarna choklat.Begitu juga Medagu, Abang Dollah dan Nuarkadir mendendangkan lagu-lagu tersebut dibawah pohon jambu dengan kugiran mainan kayu.Begitu juga malam-malam membuat kekalu dan emping yang sering kita pergi melalui batas-batas sawah keceruk membebek, ianya kini tiadalagi batas-batas itu yang hanya tanah-tanah gersang tanpa diusahakan lagi.Hari ini desa kita tidak semeriah dulu lagi terutama musim raya menjelang, kita dulu selalu beraya dimalam hari bila pembaca mohor raja-raja mengistiharkannya.Kini jauh berbeza kerana kita lebih rela berada didepan TV dan anak-anak lebihkan duit raya bukan macam kita bermain dan berjalan raya.

Sekian dulu jumpa dilain bicara

Adikmu Minun

Tiong(Eurystomus orientalis)

Tiong sejenis burung yang bijak, malah boleh berkata-kata.Saya melihat ada burung tiong dijual dikedai burung diKuantan sekitar jalan batu 5 ,jalan gambang.Saya dapati ia boleh bercakap beberapa patah perkatan seperti hai, apa khabar, dan siapa tu.Dimasa saya kecil tiong memang banyak terdapat dekat Guabama terutama ia membuat sarang pada pokok-pokok tinggi seperti tualang dan keladan.Pokok ini terdapat dalam tanah We Muhammad tepi guabama.Bila sebatang dari pokok tersebut tumbang tanpa kami sedari terdapat anak-anak burung ada didalam punggor pokok tersebut, jadi ayah saya telah menemuinya semasa menengok pokok tersebut tumbang dan hampir menghempap lukahnya disungai teris.Ayah memang selalu memasang jaring atau lukah disungai teris dekat tanah We ditepi Guabama.Bila ayah membawa balik burung tiong ini, kami bebudak bukan main suka lagi.Mula-mula kami simpan anak tiong ini dalam bujang, maklumlah ia belum boleh terbang lagi.Sementara itu ayah membuat sangkar burung dari pokok pedor yang diambilnya dari Bukit Perupok dimana kebun getah kami masa itu sedang ditanam anak getah cantum.

Batang pedor ini kena dikikis bagi melicinkannya supaya tidak mengerutu bila dipegang.Rangka- sangkar biasanya ayah buatkan berbentuk empatsegi dengan mengambil batang-batang pedor yang dikikis tadi disamping dindingnya adalah dari kulit pedor yang diraut halus sebesar lidi penyapu.Setelah siap kami cari botol plastik yang kemudian dipotong bahagian bawahnya sebagai tempat mengisi air untuk minuman burung tiong kami itu.Makanan pula kami kena mencari sesibor dan belalang yang terdapat dipadang dekat rumah Pakangah man.Cara kami menangkap sesibor dan belalang ini adalah menggunakan getah nangka yang diletak hujung lidi penyapu.Kami akan kepadang dan menghendap-hendap sesibor dan belalang, bila berjumpa kami akan lekapkan getah nangka dihujung lidi tadi pada badan sesibor dan belalang tersebut, apa lagi mengelupor dan melekatlah dia.Ini adalah kenangan yang susah saya nak lupa dengan Jefri atau Alim .Hari ini memang ada banyak sesibor dan belalang tetapi telah menjadi komersial dek kerana kedai burung membelinya untuk makanan burung dan juga ikan terutama kelisa.

Tiong kami akhirnya tumbuh bulu dan boleh terbang rendah, ia amat jinak maklumlah kami jaga sejak ia tiada bulu.Waktu malam kami letakan pelita dekat dia agar ia tidak sejuk.Ada juga Pakngah Man kata dia akan menjadikan tiong kami ni boleh cakap dengan mengikisnya dengan emas, tapi kami kata biar dia besar dahulu, tetapi sayangnya semasa tiong kami berjalan-jalan keluar dari sangkarnya sebiji nyor telah jatuh dari pokoknya dan bergolek menuju keburung tiong kami dan mengenainya, inilah nasib malang yang siapa tidak menyangkanya dan mengakibatkan tiong kami mati.Kami begitu sedih dan sejak peristiwa itu saya bertekad tidak lagi mahu membela tiong, maklumlah susah nak cari makanan dia...terhendap-hendap tengah padang untuk menangkap sesibor.

Dr Aminudin

Manggis(Garcinia mangostana)


Manggis sekarang mendapat sambutan yang menggalakan dalam pasaran buahan tempatan dan diluar negara terutama Jepun dan Eropah.Saya terkejut semasa diTokyo bila bersama dengan ibu angkat saya berjalan dipasar tokyo yang harga mencecah kira-kira RM 3.oo(tiga ringgit sebiji ketika itu diawal 1990an.Hari ini buah manggis sudah digelar raja buah diJepun, mereka kata manis menggila dan berkhasiat.Memang kita dapati jus manggis menjadi bahan makanan tambahan yang boleh diperolehi dari farmasi-farmasi.Manggis mengingatkan saya dan bebudak Relong bahawa kalau musim buah termasuk manggis, memang bebudak perempuan diSungai batu lebih hebat memanjat dari bebudak lelaki.Saya ingat manggis banyak menjadi bila sampai musimnya dekat rumah saya dekat Guabama ada pokoknya, dekat rumah PakgahMan lebih banyak pokoknya tetapi paling banyak pokok manggis seingat saya adalah dicerok membebek.Ramai bebudak perempuan seperti Miah,Meah,Nor dan lain-lain memanjatnya.Buah manggis ni tidak boleh dijatuhkan ketanah kalau jatuh dia jadi kerang kata kami.Jadi kenalah ada bakul dibawa bersama ketika memanjatnya.Satu kelebihan pokok manggis ni dia liat ,ia itu payah patah walau kita pergi hingga kehujungnya untuk mengambil buah-buahnya.Dalam teknik mengambil buah manggis ini seingat saya ,Me dagu yang paling handal hingga kehujung dahan manggis itu dia boleh pergi.Getah buah manggis merupakan getah yang payah nak ditanggalkan bila kita membasuh pakaian yang terkenal getah itu, jadi kalau nak selamat dari kena marah oleh emak kami selalu panjat manggis tanpa baju.Inilah membuatkan bebudak perempuan yang ikut memanjat mengejek atau gelihati melihat badan kami yang cantik-cantik!

Pokok manggis sebenarnya boleh hidup hingga 60tahun dan boleh menghasilkan buah yang banyak.Dimasa kami kecil emak kata manggis tidak boleh dimakan dengan gula dia kata cika.Hingga kini saya masih tidak mengujinya.Akhirnya saya akhiri serangkap pantun berkaitan manggis :-

Manisnya manggis bukan kepalang,
Bila masak dimakan dek keluang,
Terkenalah sudah SiNegeri Pahang,
Adalagi yang miskin dan takberwang.


Dr Aminudin (Syorkan program hapuskan kemiskinan sepenuhnya diPahang)