Monday, July 4, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 3


Terjemahan dari Straits Times Weekly Issue, 17 September 1889 bertajuk Pengembaraan DiPahang.

Pada 20 haribulan Julai 1889 kami telah tiba di Pulau Tawar dan kami berjumpa dengan Sultan Pahang.Kami menikmati makan malam bersama beliau yang merupakan seorang yang baik dan dapat memerintah dengan baik.Pada pandangan saya beliaulah seorang raja Melayu yang terbaik yang pernah saya temui.Beliau seorang ahli sukan yang kemudian memerintah orangnya menyediakan sasaran ditempat beliau tinggal dan memperlawa kami sama-sama menembak sasaran tersebut.Didapati beliau dan anaknya dapat menembak sasaran dengan tepat sebagaimana kami juga.Semasa kami tinggal diPulau Tawar kami telah makan malam dengan beliau dan dapat melihat hadiah-hadiah yang beliau perolehi terutama sekali gading-gading gajah dan juga senapang dan rifle yang beliau ada.Pemandangan ditepi tebing sungai diPulau Tawar sungguh cantik, disini saya dapati kawasan begitu lapang sekitar istana Sultan.Istana Sultan dikelilingi oleh gedung yang kelihatan banyak itek dan belibih berkeliaran bermain air dalam gedung itu.Kami cuba menembaknya beberapa kali dengan peluru-peluru penabur yang kami ada, kami telah memperolehi beberapa ekor belibih dan beberapa ekor ayam hutan yang berkeliaran disekitar gedung itu.Kadang-kadang kami terserempak dengan beberapa ekor babi liar yang mencari makan dan kami dapat menyunkurkan beberapa ekor babi tersebut yang sengaja mencari naas.

Dr Aminudin

Sunday, June 26, 2011

Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar-Akhbar Tahun 1889-1952-Nukilan 2


Terjemahan The Singapore Free Press and Merchantile Advertiser 1889-1942,bertarikh 18 August 1934.

Tajuk : R.A.F Melawat Kuantan

Dua buah mesin yang bernombor 205 (Bot Terbang) dari Squadron telah memulakan penerbangan keKuantan sejak hari rabu dan dijangkakan akan kembali semula keSeletar.Penerbangan ini diperintah oleh Squadr Leader Lloyd. Ketua pasukan penerbangan ialah Kapten S.W.Smith dan Lieutenant Bladen yang sama-sama dalam satu kapalterbang.Ini adalah pertama kali mereka melawat Kuantan.Kapalterbang-bot (flyingboat) itu mendarat dengan cukup baik dikawasan sungai yang sememangnya dikhaskan bagi tempat kapalterbang seumpama itu.H.M.S Terror pula telah berlabuh diSungai tersebut (Sg Kuantan) yang diketuai oleh Mejor General E.O.Lewin yang merupakan pegawai pemerintah.

Kuantan sudah pasti tercatat dalam Sejarah yang unik ini dan sudah pasti Mejor General Lewin dan Kapten Smith dan pegawai-pegawai tentera udara dan laut diraikan oleh jamuan makan malam dan juga dihiburkan dengan acara tari menari diKuantan Kelab.Diantara yang hadir dalam acara tersebut ialah Lieut Col.F.J.Ayres, O.C.Pahang State Troops.

Dr Aminudin

Wednesday, June 15, 2011

Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa Dan Pembangunan Pahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar Dari Tahun 1889-1952-Nukilan 1


Ini adalah petikan Dari Kapitel (Bab) KeEmpat Dari Buku Diatas

Sejarah Sesuatu Yang Hidup Dan Invigorate

Tema penulisan saya kali ini ialah SEJARAH ITU HIDUP. Ini boleh dilihat dari perkataan vigour yang bermakna " be lively" dari Bahasa Latin iaitu Vigere. Begitu juga dari Bahasa Indo-Eropean dari istilah "wog" yang bermakna "be lively or active". Manakala dari istilah Englishnya "vigil" bermakna wake and watch pada masa dahulu tetapi sekarang sudah berubah maknanya iaitu "live" yang diambil dari bahasa Peranchis iaitu dari perkataan "Vigour" pada abad yang ke14 dan pada abad yang ke17 perkataan ini telah menjadi "Invigorate" dan hinggalah sekarang kekal perkataan tersebut.Ini juga sejarah dari istilah dari dahulu hingga sekarang yang jarang dari kita mengambil peduli tentangnya.Tetapi sebagai seorang penyelidik macam saya inilah yang mengembirakan hati saya kerana saya dapat melihat perubahan istilah dari dari dahulu hingga sekarang yang menjadi tema penulisan saya.Banyak persoalan yang ditanyakan kepada saya kenapa berminat dengan Sejarah sedangkan bidang pengkhususan saya adalah ICT.Dimasa belajar diperingkat Ijazah Pertama lagi saya ada juga mengambil matapelajar Sejarah selain dari Matapelajaran Teras iaitu Sosiologi dan Ekonomi.Bila saya membuat kajian tentang Lembah Bama saya menggunakan keadah atau pendekatan Knowledge Management yang boleh mengkaji Sejarah.DiUSA tempat saya belajar peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Sejarah diajarkan menerusi penggunaan ICT(Komputer).Laman Web yang popular menggunakan ICT untuk mengajar Sejarah ialah http://teachinghistory.org.Bagi menghidupkan matapelajaran Sejarah kita kenalah melibatkan diri kita dengan sejarah dan bagi pelajar pula hendaklah menggunakan bahan-bahan Sejarah yang banyak seperti Surat-surat, Catatan,Surat Khabar,Sejarah Lisan dari Tokoh-tokoh,temuduga,dokumen-dokumen,gambar-gambar ,artifak dan lain-lain lagi.

Dr Aminudin

Sunday, May 1, 2011

Kata Pengantar Buku Terbahru


Vorwort(Kata Pengantar)

E.H.Carr dalam bukunya What is History, 1974 berpendapat Sejarah adalah proses interaksi diantara sejarawan dengan fakta-faktanya secara berterusan. Inilah yang saya lakukan dengan " Menginvigorate Sejarah Pahang Dari Tahun 1889-1952 Menerusi Pendekatan Analisis Kandungan" yang sudah lama tidak saya praktiskan.Saya telah menulis pendekatan Analisis Kandungan tersebut sejak 1988 semasa saya bertugas diJPM dahulu hinggalah apabila saya bersara kini mempunyai masa untuk menginvigoratenya semula.Ianya ibarat tali-temali yang sering bersambungan seperti pukat lama yang tidak digunakan tiba-tiba amat diperlukan.Ianya benar berlaku pada diri saya bila pukat lama diperlukan oleh saya untuk menghalang memerang (Amblonyx cinerea) mengerjakan ikan-ikan dalam kolam dikawasan rumah kami. Inilah sejarah yang berulang atau hidup dalam kehidupan kita.Sejarah hari ini kurang mendapat perhatian dari para sarjana kerana mereka menganggapnya barang antik tetapi sebenarnya amat berharga malahan lebih mahal dari harta karun.Kuala Lipis adalah daerah kelahiran saya yang menyimpan Treasure yang terlalu banyak terutama dari aspek mineralnya, kebudayaan, sejarah,alam semula jadi ,flora dan fauna yang perlu dikaji oleh generasi muda sekarang.Saya telah membuat kajian berjudul Menyingkap Lembah Bama (2009) dan Hikayat Seri Rama (2011) telah mengali sedikit demi sedikit Treasure tersebut.

Dr Aminudin

Wednesday, April 13, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 12


Analisis Perbandingan Pendudukan Jepun Dengan Penjajahan British

Sekarang mari kita lihat andaian yang mengatakan Jepun melakukan kekejaman pada kaum Cina diPulau Pinang ,kalau mengikut catatan Kapten Ahmad Meah tentera Jepun memberikan layanan baik pada orang Cina diPulau Pinang dengan membenarkan perayaan sambutan hari raya cina, mengadakan perarakan Chingay, membenarkan pertunjukan wayang dan opera cina, memberikan bantuan kepada persatuan penarik beca Pulau Pinang dan membantu kantin persatuan penarik beca dengan memberi susidi beras dan juga melantik hakim baru dari orang Cina iaitu Encik Lim Koon Teik ,Encik Khoo Soon dan Encik Lim Cheng Ean. Jadi kalau Jepun mendendam dan membenci orang Cina sudah tentu dan tidak akan melantik orang cina menjadi majistret ketika pemerintahan Jepun. Manakala kalau sebelum ini ada saya nyatakan tentang kesukaran orang mendapat pakaian dizaman Jepun tetapi tidaklah pula diPulau Pianag yang merupakan sebuah pelabuhan ketika itu dari catatan penulis diatas bahawa pakaian boleh didapati dengan banyak serta barang lain iaitu kain, baju, seluar, sikat, berus gigi yang didapati disyarikat Daimaru yang dibawa dari Jepun dan dalam catatan harian bertarikh 10 disember 1943 diberitahukan bahawa kakitangan kerajaan mendapat pakaian dari jabatan masing-masing yang dibuat dari jenis "khaki". Manakala pada perayaan Maulud nabi Gabenor Jepun hadir memberikan ucapan dan ini tidak sama sekali dilakukan oleh British masa menjajah Tanah Melayu.

Harga barang melambung tinggi dizaman Perang Dunia Ke2 dan dicatatkan harga kelapa sebiji ialah $6.00 sebiji dengan dibayar oleh Wang daun Pisang. Dan ini adalah munasabah kerana nilai Wang Daun Pisang dikatakan tidak bernilai ketika itu tetapi sekarang ini walaupun duit kita dikatakan kukuhpun harga sebiji kelapa muda diTelok Chempedak,Kuantan sudah mencecah harganya $4.00 sebiji. Jadi kesimpulannya zaman Jepun walaupun susah ada erti atau pengajaran yang boleh kita belajar darinya dimana banyak penciptaan barangan gantian telah dilahirkan (bersambung dalam edisi akan datang)

Dr Aminudin

Saturday, April 2, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 11


Analisis Perbandingan Pendudukan Jepun dengan Tokoh Hugh Clifford

Setelah mengalahkan pasukan Mat Kilau,Datok Bahaman dan Tok Gajah diJeram Ampai oleh British, Hugh Clifford berhasrat untuk memusnahkan pahlawan-pahlawan Melayu itu hingga keTerengganu dan Kelantan. Hugh Clifford telah melakukan kekerasan dan kekejaman keatas orang Melayu yang enggan memberikan bantuan atau maklumat kepadanya diantara yang dilakukan seperti mana yang ditulis oleh Buyong Adil dalam Sejarah Pahang, 1984 adalah seperti berikut :-

"... Clifford telah mendapat tahu iaitu dua hari lepas , pahlawan Pahang telah mudik keulu lagi dengan perahu diberikan oleh orang Kampung Lancar yang bernama Wan Sarih. Keterangan itu diberi oleh wan Sarih setelah Califford memaksa dan memukul Wan Sarih dengan rotan sebanyak enam kali (Buyong Adil, 1984: 392)"

"...apabila Clifford sukar untuk menemui pahlawan Pahang dia telah memerintahkan orang Melayu berkumpul dan tinggal diLembahan Sungai Lebir. Begitu juga semua beras yang ada dikampung tidak boleh disimpan dirumah tapi dikumpul disatu tempat yang dipilih oleh Clifford dan dijaga dengan orang bersenjata senapang.Perintah ini juga dikenakan oleh Clifford kepada Orang Melayu diUlu Terengganu (Buyong Adil, 1984:393)

Saya tidaklah hendak membuat penyelidikan tentang riwayat hidup Hugh Clifford namun kita boleh mengkaji sistem pentadbirannya di Sri Langka, Gold Cost, Nigeria dan Trinidad semasa dia bertugas disana. Tetapi apa yang jelas semasa beliau diPahang , Pahang telah mengalami krisis kewangan yang tenat dan terpaksa berhutang dengan kerajaan negeri-negeri Selat sejumlah $800,000. Salah satu faktor penyebab ialah pemberontakkan diPahang oleh orang Melayu akibat tindak-tanduk beliau yang tidak memahami budaya orang Melayu dengan menyingkir pembesar Melayu. Walaupun dia tahu berbahasa Melayu tapi jiwanya adalah "jiwa penjajah yang ingin menekan orang Melayu".

Ini berbanding dengan masa pendudukan Jepun walaupun Jepun mengenakan catuan makanan tetapi mereka menggalakkan tanaman padi dan tanaman lain seperti ubi kayu, jagung,keledek dan lain-lain dibawah rancangan tiga tahun sara diri. Padi dari Taiwan telah diperkenalkan oleh Jepun bagi menjayakan tanaman padi 2 kali setahun. Malahan dalam kajian saya yang terdapat dalam akhbar The Straits Times yang bertarikh 4 Julai 1946 dibawah tajuk " Lebihan Makanan DiMalaya " adalah hasil tindakan pendudukan Jepunlah.Jadi kalau kita sering disogok oleh tulisan yang mengatakan Jepun kejam dan zalim , British lebih zalim terhadap pahlawan Melayu Pahang dan Kelantan. Mereka telah mengantung mayat Tok Janggut dengan kepala kebawah diPadang Merdeka sebelum dikebumikan diPasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Hingga hari ini kita masih tidak meminda fakta sejarah tentang tokoh-tokoh British yang memjajah kita dan inilah yang saya katakan "Sejarah itu Sentiasa Hidup" bukannya Static iaitu memerlukan pindaan dari masa kesemasa.

Semua Kajian berjudul " Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan diPahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar-Akhbar Dari Tahun 1898-1952 Dengan bantuan Akses Dari National Library Singapura " akan diterbitkan.

Dr Aminudin

Thursday, March 24, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


Analisis Perbandingan Pendudukan Jepun Dengan Zaman Darurat 1948-60

Banyak penulis telah menulis tentang zaman Jepun dan zaman darurat tetapi mereka jarang melihat aspek jiwa yang terkorban. Malahan banyak yang menulis zaman Jepunlah yang melakukan kekejaman terhadap orang Cina khasnya dan orang Melayu dan India amnya. Jadi kita lihat data dari buku bertajuk Darurat 1948-1960 yang disunting oleh Profesor Khoo Kay Kim dimukasurat 231-233 seperti berikut :-

Bilangan Gerila Komunis yang dibunuh seramai 6,133 orang dan keseluruhan yang tawan dan menyerah ialah 10,061 orang (termasuk dibunuh).

Bilangan Penganas yang dibunuh mengikut kaum Cina (6,253),Melayu (223) dan India (119)
Bilangan orang awam terbunuh mengikut kaum Cina (1713),Melayu (320)dan India(228)

Bilangan tentera/polis terbunuh mengikut kaum Cina(26),Melayu (386) dan India (25)

Analisis- semasa pendudukan Jepun orang Melayu boleh dikatakan dilayan dengan baik kerana Jepun mengiktiraf kuasa Raja-raja Melayu dan dalam foto kajian saya dapati Sultan Pahang menghadhiri mesyuarat dengan General Yamashita dan Mayor Syonan diSingapura tahun 1942. Orang Melayu juga dilantik menjawat jawatan tinggi dan orang Melayu banyak yang menulis sinis tentang pemerintahan Jepun , misalnya Ibrahim Chik menulis dalam Memoirnya, " saya benci pemerintahan Jepun dan juga British ". Ini mungkin dalam zaman Jepun diTemerloh makanan utama dari beras sudah bertukar kepada ubikayu dan pisang. Sayangnya setelah beliau berjuang sebagai orang atasan PKM dia tidak pula membandingkan kehidupannya dengan zaman Jepun itu. Dia mungkin orang atasan yang memperolehi berbagai keistimewaan dalam bergerila itu. Bila British datang mereka menjalankan langkah atau mengistiharkan darurat dan banyaklah orang Melayu dan Cina terkorban. Apa yang dapat saya tarik kesimpulan ialah " British telah berjaya menjadikan gelanggang darurat sebagai tempat orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bertempur dengan pengganas dengan menghasilkan data diatas berbanding dengan pendudukan Jepun pula adalah bersifat untuk menyedarkan orang Melayu supaya menentang penjajahan British walau ada kala tindak tanduk Jepun itu kejam saya percaya data kematian orang Melayu,Cina dan India adalah lebih kecil berbanding dengan Permainan darurat oleh British tersebut.Malahan akibat pendudukan Jepunlah yang menyedarkan orang Melayu dalam wawasan politik untuk mencapai kemerdekaan. Itupun hari ini orang Melayu masih ramai yang menyanjung British ". Inilah yang dikatakan " Sejarah Hidup Hingga Kehari ini " yang mana satu pendekatan baru yang pernah saya pelajari diUSA yang ingin saya ketengahkan dalam buku baru saya berjudul " Analisis Sejarah Pahang dari tahun 1889-1952- Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan laporan ".

Dr Aminudin