Saturday, April 2, 2011
Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 11
Analisis Perbandingan Pendudukan Jepun dengan Tokoh Hugh Clifford
Setelah mengalahkan pasukan Mat Kilau,Datok Bahaman dan Tok Gajah diJeram Ampai oleh British, Hugh Clifford berhasrat untuk memusnahkan pahlawan-pahlawan Melayu itu hingga keTerengganu dan Kelantan. Hugh Clifford telah melakukan kekerasan dan kekejaman keatas orang Melayu yang enggan memberikan bantuan atau maklumat kepadanya diantara yang dilakukan seperti mana yang ditulis oleh Buyong Adil dalam Sejarah Pahang, 1984 adalah seperti berikut :-
"... Clifford telah mendapat tahu iaitu dua hari lepas , pahlawan Pahang telah mudik keulu lagi dengan perahu diberikan oleh orang Kampung Lancar yang bernama Wan Sarih. Keterangan itu diberi oleh wan Sarih setelah Califford memaksa dan memukul Wan Sarih dengan rotan sebanyak enam kali (Buyong Adil, 1984: 392)"
"...apabila Clifford sukar untuk menemui pahlawan Pahang dia telah memerintahkan orang Melayu berkumpul dan tinggal diLembahan Sungai Lebir. Begitu juga semua beras yang ada dikampung tidak boleh disimpan dirumah tapi dikumpul disatu tempat yang dipilih oleh Clifford dan dijaga dengan orang bersenjata senapang.Perintah ini juga dikenakan oleh Clifford kepada Orang Melayu diUlu Terengganu (Buyong Adil, 1984:393)
Saya tidaklah hendak membuat penyelidikan tentang riwayat hidup Hugh Clifford namun kita boleh mengkaji sistem pentadbirannya di Sri Langka, Gold Cost, Nigeria dan Trinidad semasa dia bertugas disana. Tetapi apa yang jelas semasa beliau diPahang , Pahang telah mengalami krisis kewangan yang tenat dan terpaksa berhutang dengan kerajaan negeri-negeri Selat sejumlah $800,000. Salah satu faktor penyebab ialah pemberontakkan diPahang oleh orang Melayu akibat tindak-tanduk beliau yang tidak memahami budaya orang Melayu dengan menyingkir pembesar Melayu. Walaupun dia tahu berbahasa Melayu tapi jiwanya adalah "jiwa penjajah yang ingin menekan orang Melayu".
Ini berbanding dengan masa pendudukan Jepun walaupun Jepun mengenakan catuan makanan tetapi mereka menggalakkan tanaman padi dan tanaman lain seperti ubi kayu, jagung,keledek dan lain-lain dibawah rancangan tiga tahun sara diri. Padi dari Taiwan telah diperkenalkan oleh Jepun bagi menjayakan tanaman padi 2 kali setahun. Malahan dalam kajian saya yang terdapat dalam akhbar The Straits Times yang bertarikh 4 Julai 1946 dibawah tajuk " Lebihan Makanan DiMalaya " adalah hasil tindakan pendudukan Jepunlah.Jadi kalau kita sering disogok oleh tulisan yang mengatakan Jepun kejam dan zalim , British lebih zalim terhadap pahlawan Melayu Pahang dan Kelantan. Mereka telah mengantung mayat Tok Janggut dengan kepala kebawah diPadang Merdeka sebelum dikebumikan diPasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Hingga hari ini kita masih tidak meminda fakta sejarah tentang tokoh-tokoh British yang memjajah kita dan inilah yang saya katakan "Sejarah itu Sentiasa Hidup" bukannya Static iaitu memerlukan pindaan dari masa kesemasa.
Semua Kajian berjudul " Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan diPahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar-Akhbar Dari Tahun 1898-1952 Dengan bantuan Akses Dari National Library Singapura " akan diterbitkan.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment