Monday, July 4, 2011
Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 3
Terjemahan dari Straits Times Weekly Issue, 17 September 1889 bertajuk Pengembaraan DiPahang.
Pada 20 haribulan Julai 1889 kami telah tiba di Pulau Tawar dan kami berjumpa dengan Sultan Pahang.Kami menikmati makan malam bersama beliau yang merupakan seorang yang baik dan dapat memerintah dengan baik.Pada pandangan saya beliaulah seorang raja Melayu yang terbaik yang pernah saya temui.Beliau seorang ahli sukan yang kemudian memerintah orangnya menyediakan sasaran ditempat beliau tinggal dan memperlawa kami sama-sama menembak sasaran tersebut.Didapati beliau dan anaknya dapat menembak sasaran dengan tepat sebagaimana kami juga.Semasa kami tinggal diPulau Tawar kami telah makan malam dengan beliau dan dapat melihat hadiah-hadiah yang beliau perolehi terutama sekali gading-gading gajah dan juga senapang dan rifle yang beliau ada.Pemandangan ditepi tebing sungai diPulau Tawar sungguh cantik, disini saya dapati kawasan begitu lapang sekitar istana Sultan.Istana Sultan dikelilingi oleh gedung yang kelihatan banyak itek dan belibih berkeliaran bermain air dalam gedung itu.Kami cuba menembaknya beberapa kali dengan peluru-peluru penabur yang kami ada, kami telah memperolehi beberapa ekor belibih dan beberapa ekor ayam hutan yang berkeliaran disekitar gedung itu.Kadang-kadang kami terserempak dengan beberapa ekor babi liar yang mencari makan dan kami dapat menyunkurkan beberapa ekor babi tersebut yang sengaja mencari naas.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment