Wednesday, November 17, 2010
Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 3
Era Yamato (250-710 M)
Nampaknya ada pertalian dizaman silam Jepun dengan Kesatuan Gaya diSemenanjung Korea atau Kerajaan Baekje diKorea itu. Korea dilihat sebagai negara pengeksport barang pakaian besi dan juga senjata keJepun. Diera Yamato pada sekitar 525 Masehi Maharaja Kerajaan Baekje memohon bantuan dari Yamato untuk membantu mereka menentang musuh-musuh mereka diKorea. Terdapat wakil-wakil Kerajaan Baekje menghantar hadiah keistana Yamato seperti patung-patung Buddha dan juga kata-kata hikmat Buddha, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Jepun ketika itu berminat tentang ugama Buddha.
Peperangan Baekgang yanag berlaku pada tahun 663, Masehi adalah juga dipenghujung zaman Kerajaan Korea silam. Dalam catatan Nihonshoki menunjukkan bahawa Yamato telah menghantar tentera seramai 30,000 orang dan kapal sebanyak 1000 buah bagi membantu Kerajaan Baekje untuk menentang tentera Silla-Tang. Tetapi armada Jepun itu dihalang dan dimusnahkan oleh armada Silla-Tang.Ini menandakan kejatuhan Kerajaan Baekje. Lantaran kemenangan pasukan Silla-Tang itu telah membantutkan hasrat Jepun untuk terus mengadakan hubungan dengan Semenanjung Korea untuk berberapa dekad waktu yang menjadikan Jepun mengalihkan pandangannya pula keCina.
Era Nara (710- 784 M )
Kebudayaan Jepun mula bersemarak diera Naralah dimana dizaman ini Jepun telah mulai menerima Ugama Buddha, menerima Sistem Tulisan Cina dan Upacara Meminum Teh. Jepun juga mula kelihatan bersatu dibawah satu sistem pemerintahan feudal yang dikatakan diasaskan sejak zaman ini. Juga sudah kelihatan ada semacam displin dan teknik pertahanan atau persenjataan dikalangan Samurai secara sikit demi sedikit.Senjata-senjata seperti perisai penutup kepala, pedang ,tombak dan lembing digunakan seperti kebanyakan sistem ketenteraan negara lain didunia. Teknologi persenjataan didunia ketika itu tidak banyak berbeza dan yang pasti bahawa sudah mulai kelihatan kelibat Shogun yang pertama diera ini iaitu Otomono Yakamochi.
Bersambung diEra Heian (794-1185 M )
Dr Aminudin
Sunday, November 14, 2010
Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 2
SEJARAH JEPUN DARI PERSPEKTIF KETENTERAAN
Era Yayoi (300 SM-250 M)
Berdasarkan kajian diramalkan yang terdapat migrasi dari masyarakat diCina ke Jepun yang membawa masuk sekali teknik menanam. Mereka berasimilasi dengan masyarakat setempat disitu dengan dikenali sebagai zaman Yayoi. Mereka mengerjakan padi basah (sawah)disamping itu kajian-kajian pakar arkeologi mendapati mereka ketika itu boleh membuat seramik dan juga logam.Dizaman Yayoi terdapat teknologi membuat logam seperti tembaga,loyang,besi dan keluli bagi alat-alat kegunaan harian dan senjata.Mereka juga menanam padi dengan tekun dari pagi hingga kepetang dan tahu cara mengalirkan air bagi sawah dan menetapkan waktu menanam.Dikatakan juga dizaman ini telah wujud golongan sami yang mengekalkan semangat terhadap alam seperti tanah, sungai,hujan,angin,bulan dan matahari.Ini semua mereka kaitkan dengan alam semula jadi sebagai semangat padi.Dari sudut persengketaan dari zaman Jomon hingga ke Yayoi ini tidak berhenti dengan perbalahan dikalangan puak-puak.
Sekitar era ini kelihatan hubungan dengan Dinasti Han dari negara Wa( Cina).Dimana pada asalnya mereka yang mempunyai 100 puak sering bergaduh dan dan berperang antara satu dengan lain selama 80 tahun.Sehinggalah lebih dari 30 puak telah disatukan oleh seorang ketua bernama Himiko.Beliau dikatakan telah menghantar wakilnya Nashonmi keCina dengan menghadiahkan hamba-hamba dan pakaian kepada Daifang diCina dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Cao Wei (Kerajaan Cina Wei).
Diakhir abad ke4 ,Puak Yamato telah bertapak dan teguh didataran Nara dan dikatakan mengawal kawasan sekitarnya. Mereka juga mengadakan hubungan diplomatik dan bertukar-tukar perwakilan dengan Kerajaan Korea dan Maharaja Cina. Malahan Yamato telah juga menghantar tenteranya kenegeri yang dikuasai oleh Korea ketika itu bernama Goguryeo.Yamato juga mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan Baekje diKorea yang mereka dapat menerima Ugama Buddha dan tulisan Cina.Bagi menahan serangan dari luar negara Jepun ketika itu membina pengkalan tentera mereka diDazaifu .
Bersambung-Era Yamato (250-710 M) dan Era Nara juga Heian
Dr Aminudin
Saturday, November 13, 2010
Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 1
Atas kekurangan bahan-bahan bacaan Sejarah tentang pendudukan Jepun diNegeri Pahang saya menyahut cabaran untuk memulakan penulisan dalam blog ini dan kemudian berdasarkan soalan temuramah saya dengan mereka yang menyatakan kesanggupan untuk menceritakan memoir mereka dizaman Jepun kepada saya diPahang ini.Sebagai permulaan mari kita lihat sejarah Jepun dari perspektif ketenteraan atau peperangan.
SEJARAH JEPUN DARI PERSPEKTIF KETENTERAAN
Jepun yang mempunyai keluasan geografi 394,744 km sq dengan penduduk seramai 126.8 juta pada tahun 2010 (anggaran).Ibu negaranya ialah Tokyo yang mempunyai penduduk seramai 35.27 juta bagi metro area. Manakala bandar besar yang lain ialah Yokohama,Osaka,Nagoya,Sapporo,Kobe,Kyoto,Fukuoka,Kawasaki,Hiroshima dan lain-lain.
Dikatakan asal usul orang Jepun seperti dicerita dalam Hikayat Kojiki dan Hihongi cukup seronok membacanya.Umpamanya dikatakan orang Jepun berasal dari Kami (Tuhan) yang berasal dari langit dimana kemudiannya berkahwin dengan orang Jepun. Manakala Negara Jepun itu dijadikan mendapat restu dari Kami juga.Menurut versi hikayat lain orang Jepun kini adalah dari generasi yang ketujuh dari Kami dan dikatakan mula-mula tinggal diOnogoro yang terletak didekat Pulau Awaji diSelatan Jepun sekarang.Banyak ahli sejarah Jepun bersetuju berdasarkan hikayat Jepun yang tarikh pembentukan atau kewujudan Negara Jepun adalah pada 660 Sebelum Masehi yang diasaskan oleh Kami bernama Jimmu, namun Maharaja Jepun pula dikatakan dari keturunan Kami bernama Amaterasu yang diiktiraf oleh Pelembagaan Meiji pada tahun 1889,Masehi itu.
Berdasarkan kajian akeologi dikatakan permulaan orang Jepun adalah sejak zaman Jomon.Era bagi Jomon ialah dari 10,000-300 Sebelum Masehi dimana dipenghujung era itu perkampungan mereka dikelilingi parit-parit dan pagar-pagar kayu akibat pertentangan dikalangan mereka dan peperangan dikalangan mereka mengunakan pedang,pisau,panah dan anak panah serta pengikat.
Bersambung - ERA YAYOI (300 SM-250 M)
Dr Aminudin
Saturday, November 6, 2010
Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 8
Setelah Laksamana Tun Abdul Jamil dihapuskan, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah menyusun dan memperkemaskan pentadbiran Kerajaan Johor-Riau dan semua jawatan yang dahulunya disandang oleh keluarga Paduka Raja telah digantikan dengan orang yang baru.Zaman beliau memperlihatkan sikap berbaik dengan pihak Belanda diMelaka dan juga diBetawi (Batavia).Dia juga sudah pasti mengawal raja yang ketika itu dikatakan " tidak makan saman". Bila Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia beliau telah digantikan oleh Bendahara Tun Abdul jalil dan didapati tidak dapat mengawal Sultan Mahmud Shah II hinggalah berlaku peristiwa pembunuhan raja yang cukup terkenal dengan jolokan Marhum Mangkat DiJulang yang telah menghuru-harakan Kerajaan Johor-Riau.Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II yang tidak meninggalkan putera untuk mewarisi takhta Kerajaan Johor-Riau dan baginda jugalah merupakan Sultan Johor dari keturunan Kesultan Melayu Melaka yang terakhir yang mangkat penuh tragedi.Ini memberi peluang membolehkan Bendahara Johor ketika itu iaitu Tun Abdul jalil melantik Sultan Johor bagi mengantikan Marhum Mangkat DiJulang dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Shah dan ini sudah pasti tidak disenangi oleh Orang Laut tetapi beliau pandai mengambil hari Orang Laut dengan menjadikan Riau sebagai pusat pemerintahan Kerajaan Johor untuk mengimbau notalgia dan jasa-jasa orang-orang Laut itu.
Bersambung
Dr Aminudin
Labels:
2008,
Pasukan Tentera Johor,
Sumber Cheah Jin Seng
Tuesday, November 2, 2010
Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Siri 7
Kerajaan Johor yang kalah ditangan Jambi itu bangkit semula dengan kegigihan tokoh Laksamana Tun Abdul Jamil dimana beliau telah menyusun semula angkatan tentera, pentadbiran dan ekonomi Johor dengan memilih Riau sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor ketika itu.Pada tahun 1677, Masehi Sultan Abdul Jalil telah mangkat dan Kerajaan Johor-Riau telah diperintah oleh Sultan Ibrahim Shah dan sudah pasti baginda menurut saja arahan dari Laksamana Tun Abdul Jamil.Sejarah juga memperlihatkan Jambi menerima serangan dan kalah lantaran perana dimainkan oleh Tun Abdul Jamil pada tahun 1679, Masehi itu. Tahun-tahun seterusnya kita dapati Jambi menerima pukulan dan serangan dari Palembang dan Makasar pada tahun 1680, Masehi dan ini memberi peluang Johor menghantar armada lautnya untuk memukul dan mengalahkan Palembang dan Makasar yang sakit akibat melanggar Jambi itu. Pada tahun 1685, Masehi kita dapati Sultan Ibrahim Shah mangkat diPahang dan digantikan oleh Sultan Mahmud Shah II yang juga masih kecil dan ini menjadikan beliau dipangku oleh ibu tirinya yang juga merupakan anak kepada Paduka Raja yang juga Laksamana Tun Abdul Jalil dan tinggallah Bendahara yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam tampuk pemerintahan Johor ketika itu.
Pada tahun 1688, Masehi Tun Habib Abdul Majid telah dilantik menjadi Bendahara Johor dan kita telah menyaksikan dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka bahawa jawatan Bendaharalah yang berpengaruh.Jadi diJohor ia kelihatan lain jadinya peranan Bendahara tiada berkuasa, ini membuatkan Bendahara mula merancang strategi untuk menghapuskan Laksamana dengan sokongan para pembesar Johor yang lain. Nampaknya Bendahara Tun Habib Abdul Majid berjaya mengusir Laksamaan Tun Abdul Jamil dan kemudian lari keTerengganu tetapi dapat ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1688,Masehi.
Pada tahun 1688, Masehi Tun Habib Abdul Majid telah dilantik menjadi Bendahara Johor dan kita telah menyaksikan dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka bahawa jawatan Bendaharalah yang berpengaruh.Jadi diJohor ia kelihatan lain jadinya peranan Bendahara tiada berkuasa, ini membuatkan Bendahara mula merancang strategi untuk menghapuskan Laksamana dengan sokongan para pembesar Johor yang lain. Nampaknya Bendahara Tun Habib Abdul Majid berjaya mengusir Laksamaan Tun Abdul Jamil dan kemudian lari keTerengganu tetapi dapat ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1688,Masehi.
Subscribe to:
Posts (Atom)