Wednesday, November 17, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 3


Era Yamato (250-710 M)

Nampaknya ada pertalian dizaman silam Jepun dengan Kesatuan Gaya diSemenanjung Korea atau Kerajaan Baekje diKorea itu. Korea dilihat sebagai negara pengeksport barang pakaian besi dan juga senjata keJepun. Diera Yamato pada sekitar 525 Masehi Maharaja Kerajaan Baekje memohon bantuan dari Yamato untuk membantu mereka menentang musuh-musuh mereka diKorea. Terdapat wakil-wakil Kerajaan Baekje menghantar hadiah keistana Yamato seperti patung-patung Buddha dan juga kata-kata hikmat Buddha, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Jepun ketika itu berminat tentang ugama Buddha.

Peperangan Baekgang yanag berlaku pada tahun 663, Masehi adalah juga dipenghujung zaman Kerajaan Korea silam. Dalam catatan Nihonshoki menunjukkan bahawa Yamato telah menghantar tentera seramai 30,000 orang dan kapal sebanyak 1000 buah bagi membantu Kerajaan Baekje untuk menentang tentera Silla-Tang. Tetapi armada Jepun itu dihalang dan dimusnahkan oleh armada Silla-Tang.Ini menandakan kejatuhan Kerajaan Baekje. Lantaran kemenangan pasukan Silla-Tang itu telah membantutkan hasrat Jepun untuk terus mengadakan hubungan dengan Semenanjung Korea untuk berberapa dekad waktu yang menjadikan Jepun mengalihkan pandangannya pula keCina.

Era Nara (710- 784 M )

Kebudayaan Jepun mula bersemarak diera Naralah dimana dizaman ini Jepun telah mulai menerima Ugama Buddha, menerima Sistem Tulisan Cina dan Upacara Meminum Teh. Jepun juga mula kelihatan bersatu dibawah satu sistem pemerintahan feudal yang dikatakan diasaskan sejak zaman ini. Juga sudah kelihatan ada semacam displin dan teknik pertahanan atau persenjataan dikalangan Samurai secara sikit demi sedikit.Senjata-senjata seperti perisai penutup kepala, pedang ,tombak dan lembing digunakan seperti kebanyakan sistem ketenteraan negara lain didunia. Teknologi persenjataan didunia ketika itu tidak banyak berbeza dan yang pasti bahawa sudah mulai kelihatan kelibat Shogun yang pertama diera ini iaitu Otomono Yakamochi.

Bersambung diEra Heian (794-1185 M )

Dr Aminudin

No comments: