Showing posts with label Sumber: Malaysia A Pictorial History 1400-2004. Show all posts
Showing posts with label Sumber: Malaysia A Pictorial History 1400-2004. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 3


Era Yamato (250-710 M)

Nampaknya ada pertalian dizaman silam Jepun dengan Kesatuan Gaya diSemenanjung Korea atau Kerajaan Baekje diKorea itu. Korea dilihat sebagai negara pengeksport barang pakaian besi dan juga senjata keJepun. Diera Yamato pada sekitar 525 Masehi Maharaja Kerajaan Baekje memohon bantuan dari Yamato untuk membantu mereka menentang musuh-musuh mereka diKorea. Terdapat wakil-wakil Kerajaan Baekje menghantar hadiah keistana Yamato seperti patung-patung Buddha dan juga kata-kata hikmat Buddha, ini menunjukkan bahawa Kerajaan Jepun ketika itu berminat tentang ugama Buddha.

Peperangan Baekgang yanag berlaku pada tahun 663, Masehi adalah juga dipenghujung zaman Kerajaan Korea silam. Dalam catatan Nihonshoki menunjukkan bahawa Yamato telah menghantar tentera seramai 30,000 orang dan kapal sebanyak 1000 buah bagi membantu Kerajaan Baekje untuk menentang tentera Silla-Tang. Tetapi armada Jepun itu dihalang dan dimusnahkan oleh armada Silla-Tang.Ini menandakan kejatuhan Kerajaan Baekje. Lantaran kemenangan pasukan Silla-Tang itu telah membantutkan hasrat Jepun untuk terus mengadakan hubungan dengan Semenanjung Korea untuk berberapa dekad waktu yang menjadikan Jepun mengalihkan pandangannya pula keCina.

Era Nara (710- 784 M )

Kebudayaan Jepun mula bersemarak diera Naralah dimana dizaman ini Jepun telah mulai menerima Ugama Buddha, menerima Sistem Tulisan Cina dan Upacara Meminum Teh. Jepun juga mula kelihatan bersatu dibawah satu sistem pemerintahan feudal yang dikatakan diasaskan sejak zaman ini. Juga sudah kelihatan ada semacam displin dan teknik pertahanan atau persenjataan dikalangan Samurai secara sikit demi sedikit.Senjata-senjata seperti perisai penutup kepala, pedang ,tombak dan lembing digunakan seperti kebanyakan sistem ketenteraan negara lain didunia. Teknologi persenjataan didunia ketika itu tidak banyak berbeza dan yang pasti bahawa sudah mulai kelihatan kelibat Shogun yang pertama diera ini iaitu Otomono Yakamochi.

Bersambung diEra Heian (794-1185 M )

Dr Aminudin

Wednesday, October 20, 2010

Teori Raut Wajah Dari Perspektif Islam : Kajian Terhadap Legacy Datok Linggi-Kapitel 9 Sejarah Johor Siri 4


Apabila hubungan Johor-Belanda menjadi renggang ini memberi peluang bagi Johor untuk berbaik-baik pula dengan Portugis dan peluang Belanda untuk menguasai Melaka telah gagal.Pada masa pemerintahan Sultan Maayat Shah yang dikenali juga sebagai Sultan Hammat Shah, baginda telah mengukuhkan kedudukan Kerajaan Johor dimana baginda juga turut membina kota diBentan dan diLingga.Baginda telah berusaha mengembangkan perniagaan Kerajaan Johor hingga menjadikan Lingga sebagai pusat perdagangan yang maju. Ini manjadikan kapal-kapal dagang dari Siam, Patani,Jawa dan Makasar bertumpu keLingga. Kelihatan dimasa itu kedudukan Kerajaan Johor mantap hasil perjanjian dengan Portugis dan mereka berjaya mengusir Acheh dari wilayah Johor, namun begitu Aceh sentiasa mencari jalan untuk menundukkan Johor dan telah menyerang Lingga pada tahun 1623,Masehi dan berjaya memusnahkan Lingga dan turut dapat menghalau keluar Sultan Hammat Shah yang sempat pula melarikan diri kePualu Tambelan dan beliau mangkat dipulau tersebut. Baginda telah digantikan oleh anak saudaranya iaitu Sultan Abdul jalil Shah.Pada abad yang ke17 kita melihat Kerajaan Johor berdiri dengan bergaya dan megah lantaran kekalahan Aceh musuh ketatnya yang dihentam teruk oleh Portugis dan Portugis pula terpaksa tunduk kepada Belanda diMelaka pada tahun 1641, Masehi.

Bersambung

Dr Aminudin