Semasa saya berkidmat dalam PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik) saya terlibat secara lansung dalam bidang latihan diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan Malaysia terutama diagensi berkaitan keselamatan dan juga pelajar-pelajar tajaan JPA untuk dihantar keluar negeri.Dimasa saya berkhidmatan dalam jabatan keselamatan dahulu kami biasanya menjalankan latihan ditempat yang disediakan penginapan oleh jabatan kami.Kalau tiada tempat diinstitusi latihan kerajaan misalnya INTAN, Pusat Latihan JKR dan sebagainya kami akan menempah hotel atau resort bagi kami jadikan pusat latihan.Biasanya saya dan bos saya Encik Ramli akan menjadi urusetia kursus yang kami jalankan.Para peserta akan datang dari seluruh negara bagi menghadhiri kursus yang kami anjurkan.Disamping itu subjek kegemaran saya ialah memberikan ceramah tentang strategi komunikasi dan penggunaan mass media, manakala bos saya Encik Ramli akan memberikan ceramah kegemaran dan kebolehannya iaitu mengenai lukisan dan poster,saya kadang-kadang tergelak juga melihat lukisan dia penuh dalam biliknya tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang PTD dan sebagai polis simpanan.Manakala subjek lain akan disampaikan oleh mereka dari jabatan kami sendiri seperti Pak Abu,Imaluddin,Pak Sulaiman dan lain-lain agensi keselamatan.Jadi secara umumnya sebelum latihan kami kenalah menyediakan sinarai semakan (check list) bagi 5 tajuk utama berikut :-
1.Sebelum Latihan dijalankan.Dimana sinarai semaknya iaitu
i.Apa objektif kursus kita hendak jalankan itu ?
ii.Berapa ramai bilangan peserta yang kita hendak jemput ?
iii.Apakah latarbelakang mereka dan tugas-tugas yang mereka jalankan ketika itu ?
iv.Apa yang kaitan kerja mereka dengan kursus yang kita akan jalankan itu ?
v.Apakah yang mereka boleh memberikan maklum balas dalam kursus itu nanti ?
Vi.Apakah sumber-sumber yang kami ada untuk kursus ini ?
Vii.Cukupkah masa yang diuntukan bagi latihan itu ?
Viii.Bagaimana urusetia memilih para peserta kursus ?
2.Perancangan Latihan
A.Objektif kursus
i.Senaraikan objektif kursus
ii.Objektif hendaklah jelas dan khusus
iii.Jelaskan hasil diperolehi dari kursus tersebut
iv.Jelaskan bagaimana kursus itu diukur dan dipantau
v.Bagaimana kita tahu objektif kursus tersebut tercapai
Vi.Apakah tindakkan selepas kursus dilaksanakan
B.Keadah Kursus
i.Dimana kursus itu akan dijalankan?
ii.Apa bentuk latihan yang akan dijalankan?
iii.Apa tajuk-tajuk yang akan disampaikan ?
iv.Bagaimana keadah penyampian kursus ?
v.Rekabentuk (design) kursus dan pengajaran yang diperolehi darinya.
Bersambung
Dr Aminudin
Tuesday, September 29, 2009
Sunday, September 27, 2009
Kg.Relong Sebagai Pusat R & D (Penyelidikan dan Pembangunan ) Pertanian Lembah Bama DiAbad Ke 3
Kali ini saya akan membuktikan yang Kampung Relong diLipis,Pahang adalah Pusat R and D (Penyelidikan dan Pembangunan, Pertanian) diLembah Bama bagi Abad yang Ke3 Masihi terutama dalam aspek penanaman padi. Lembah Bama yang saya kaji adalah Jelapang Padi dizaman dahulu.Dari segi teori penanaman padi ini menurut The Encylopedia of Malaysia Early History (1998) bahawa penanaman padi berasal dikawasan pendalaman dan juga dari negeri luar " There are two theories on the origin of the rice from Kuala Selising either the paddy growing society in the inland of Pennisular ".Dari sumber Kerajaan Cina dizaman Dinasti Song pula yang mengatakan Tan-Ma-Ling adalah pusat perdagangan beras.Dalam buku Kajian Lembah Bama saya memberi bukti dan hujah bahawa Tembeling itu terletak diKampung Relong iaitu sebelah Bukit Perupuk tempat kami membuat kebun getah dan cerang padi huma masa dahulu.Kajian oleh Hill(1977) juga memberikan perangkaan bahawa kawasan penanaman padi diPahang adalah yang terluas diantara 3 negeri iaitu Pahang 30,123 ekar,Selangor 7,877ekar dan Johor 6,672 ekar pada tahun 1911-1912.Saya juga menulis dalam blog ini tentang sistem pengairan yang unik diKampung Relong iaitu Sistem Radir yang terdapat didekat Ulu Relong dekat rumah Aki Matawi dan juga dekat rumah De Banum.Ini adalah sistem pengairan yang mendahului zamannya.Begitu juga keadah gotong-royong atau berderau dalam usaha menanam, menuai dan mengirik padi diKampung Relong.Saya telah menulis dalam blog saya dibawah entry Musim Padi Menguning.Pesta mengemping yang pernah diadakan diRelong dimasa Exco Dato Omar (dari Kuala Medang) membuktikan orang Lembah Bama mengenang semua peristiwa tersebut. Begitu juga saya menulis tentang sejarah Kerbau dalam blog saya ini merupakan tradisi pesawahan yang cukup lama diRelong.Boleh dikatakan kami pewaris Datok Linggi dahulu banyak membela kerbau malahan Pakencik dan Pakwe saya keMekah satu masa dahulu adalah hasil dari penjualan kerbau dari Sungaibatu yang mereka pelihara.Apa yang lebih membukti hal ini ialah dalam Hikayat Seri Rama yang menulis bahawa " maka sakalian orang duduk dengan kesukaannya.Maka datang orang membawa hidangan nasi bekasnya itu dari emas dan perak " Hikayat Seri Rama halaman 48.Akhirnya saya petik dari buku Carveth Wells(1925:107) yang beliau menulis "... fish-fighting ia national pastime in Malaya, just as fishing is an everyday occupation.That afternoon Noh took me with him when he went fishing in his fathers's rice field.It was almost harvest-time and the rice nearly as tall as boy.Instead of one good-sized rod,he carried no less than twenty little rods, each about two feet long, and he stuck them all over the field, leaving the hooks dangling in the water in which the rice was growing ".Cerita ini adalah sama dengan permainan kami berlaga ikan karim yang pernah saya coretkan dalam blog ini.
Dr Aminudin
Thursday, September 24, 2009
Bukti Kampung Relong Sebagai Pusat Kesusasteraan dan Kesenian Lembah Bama Yang Tertua DiAsia Tenggara
Sementara buku saya dapat diproduksi oleh pencetak diatas tajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong), saya berikan bukti bergambar dalam bentuk Foto yang anda sekelian boleh besarkan dan cetak.Dari bukti sudut kesusasteraan saya telah memberi hujah bahawa buku Hikayat Seri Rama yang diperolehi dari Archbisop Laud pada tahun 1633 itu telah saya katakan merupakan buku kesusateraan Melayu Kelasik yang mula-mula dihasilkan datangnya dari Lembah Bama dan ini menyanggah pendapat Nik Safiah Karim (2008) yang mengatakan buku kesasasteraan Melayu Kelasik yang terawal ialah Aqaid al-Nasafi.Selanjutnya kita dapati generasi penulis kesusasteraan diLembah Bama diteruskan oleh penulis seperti Baharuddin M.Z.,Alias M.Z.,Siti Ameh,Nor Zainuddin dan lain-lain.Manakala dari sudut kesenian pula seperti yang saya berikan bukti dalam buku tersebut diatas ialah pesta drama dan tarian diKampung Relong yang saya paparkan bukti gambar para pengerak drama dan tarian iaitu Pakangah Hashim Idrus (sekarang Y.Bhg Dato' Hashim Idrus),tarian iaitu Makandak saya Aminah Idrus (Allahyarhamah Makandak Minah),Cu Hawa,Cu Mat Kancil (lihat entry bertajuk Cu Mat Kancil) dan lain-lain.Para pemegang watak utama drama seperti Abang Tamam,Abang Din Miah,Abang Teh,Abang Haron dan lain-lain.Gambar bukti ini saya perolehi dari Abang Ahmad Renek.Selamat Hari Raya.
Dr Aminudin
Monday, September 14, 2009
Significant Nama Tempat (Site) Dalam Pembuktian Sejarah
Tajuk kali ini iaitu " Significant Nama Tempat (site) Dalam Pembuktian Sejarah" adalah untuk dibincangkan bersama-sama saudara sekelian bagi saya mendapat maklumbalas berkaitan dengannya. Dalam kajian terhadap Lembah Bama saya mendapati significant nama-nama tempat amatlah relevan.Aspek nama geografi yang terdapat dalam kawasan kajian iaitu Pasir Sia,Perlak,Beralas,Bukit Peninjau,Binjai,Relong,Kuala Teha,Kuala Relong dan Geta meninggalkan nama geografi (Mohd Shafeea Leman ,2001).Manakala saya dalam Kajian Lembah Bama membuktikan yang Tembeling bukan hanya berada diJerantut tetapi juga diKampung Relong iaitu disebelah Bukit Perupuk.Site ini dapat menjadi bukti sejarah tentang sejarah sesuatu masyarakat atau keluarga.Dalam konteks ini Sejarah Datok Linggi yang merupakan Sultan yang memerintah Kesultanan Riau-Lingga-Johor boleh dibukti berdasarkan Site baginda mula dilahirkan hinggalah kemangkatan beliau yang disahkan oleh sejarawan diKampung Relong,Kuala Lipis,Pahang.Baginda yang diputerakan diBaroh pada tahun 1752 dan ditabalkan pada usia 9 tahun bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Riayat Shah setelah kemangkatan ayahanda baginda al-marhum Paduka Sri Sultan Abdul Jalil v Muadzam Shah pada 29 Januari 1761 (Ir.Hj Mazelan Abd.Samad,2003).
Sejarah Kampung Relong juga memperlihatkan nama-nama tempat yang berkembar dengan Sejarah Kedah yang mana menunjukan satu significant yang relevan dari segi usia sejarahnya dimana dalam Kajian Lembah Bama , saya menemui Terusan atau Jalan Laut dari Cheruk Tokkun,Kedah hingga keLembah Bama dan seterusnya berakhir diPekan Pahang dan akhirnya keLaut Cina Selatan.Jadi Lembah Bama adalah Pusat Perdagangan Antarabangsa yang telah wujud sejak abad ketiga masihi lagi dimana Pusat Pentadbirannya diKampung Relong dan pelabuhannya diKuala Medang.Saya juga mempertahankan hujah bahawa nama Pahang adalah berasal dari nama Pokok Medang (Famili:Lauraceae) yang amat banyak diPahang berbanding dengan pokok mahang.Nama kampung Relong terdapat dikedah dan juga Bukit Perupuk pun ada dikedah.Sejarah Kesultanan Riau-Lingga-Johor juga pun mempunyai significant dengan nama-nama tempat diSumatera,Indonesia dimana dikatakan Datuk Linggi berasal dari Bukit Meninjau,Sumatera dan bila dikampung Relong baginda menamakan Bukit Peninjau.Selain dari itu Keluarga Kesultanan Riau-Lingga-Johor yang membuka penempatan diJohor Lama meninggalkan nama Kampung Bukit Berangan yang mana Site ini ada saya sentuh dalam blog saya tentang Sekolah Pondok Bukit Berangan dalam dedikasi saya kepada Ustaz Hj.Zahari bila berpencen.Kajian arkeologi bagi Site ,Gua Bama telah dibuat peringkat awal oleh Sdr Adi bin Haji Taha pada tahun 1983.Justeru itu kajian seterusnya disite-site lain adalah perlu bagi membangunkan semula sejarah Pahang yang saya rasa amat penting ini.
Dr Aminudin
Nukilan Dari Novel Shosetsu Chiisai-Kuari Bukit Bau: Sebedor
"Sebedor" yang dipanggil oleh orang kampung Rebung dan juga Mina sebenarnya ialah Dynamite yang berdasarkan Kamus Dictionary of Civil Engineering oleh U.B.Chopra yang dipinjam oleh Mina dari kolejnya bermakna " A most powerful explosive having nitroglycerine".Dengan kata lain dynamite atau "sebedor" adalah bahan peletup atau peledak yang dicipta oleh Alfred Novel pada tahun 1866 adalah agak selamat dari bahan peledak yang dipanggil black powder dan telah dipatenkan pada tahun 1887 diEngland dan juga Sweden atas nama Novel's Blasting Powder.Tiga bahan utama yang menjadikan dynamite atau "sebedor" ini iaitu nitroglycerine, diatomaceous earth dan sodium carbonate.Ketiga-tiga bahan itu dicampur didalam suatu bekas berbentuk batang-batang atau orang kampung Rebung kata dalam ketung-ketung yang dibaluti kertas.Batang-batang itu biasanya sepanjang 20cm dan ukuran lilitnya 2.5cm yang dibuat bertudung dibahagian atasnya atau dikenali sebagai kepala tudung dynamite.Tudung kepala kepada ketung-ketung dynamite itu dipasang pula wayar yang disambungkan kealat magneto-electric mesin yang kita gelar dynamo.Dynamo ini akan mengeluarkan arus letrik yang sampai kekepala tudung dynamite itu membolehkan ia meledak.Alat dynamo ini pula dipanggil dynamite blasting machine atau exploder.Mungkin "exploder " inilah dipanggil oleh orang kampung Rebung dan Mina sebagai "sebedor" kerana ada bunyi der atau dor itu.Macam juga nama Kampung Paya Sok diTemerloh yang mendapat nama kampung itu dari perkataan sut yang bererti akhir menjadi Sok saja.
Bersambung
Dr Aminudin
Saturday, September 12, 2009
Nukilan Dari Novel-Shosetsu Chiisai-Kuari Bukit Bau: Tokyo
Tokyo adalah ibu negara Matahari Terbit itu -Nihon.Ia terletak dipinggiran Sungai Sumida yang macam juga tempat tinggal Mina ditebing Sungai Terus.Pada mulanya nama Tokyo ialah Edo yang mengambil sempena nama Teluk Edo.Ia menjadi ganti kota Kyoto sejak tahun 1868 sempena Pemulihan Kuasa Maharaja.Edo yang dipilih oleh Tokugawa pada tahun 1603 sebagai pusat pentadbirannya.Sejak itu Tokyo terus berkembang dengan pesat dan pada julai 1943 Greater Tokyo telah diserap menjadi sebahagian Tokyo yang menjadikan ia dikenali sebagai Tokyo-to yang bererti Tokyo Metropolis.Dalam Perang Dunia Kedua Tokyo menerima penderitaan akibat perang dimana 167,000orang mati,cedera seramai 2,862,000orang ,rumah terbakar dan rosak sebanyak 767,000 buah rumah.Ia terus membangun dan pada tahun 1955 penduduknya sudah seramai 8,037,084 orang yang merupakan kota teramai penduduk didunia.Dari segi sejarah pula Tokyo bukanlah Kota Purba bagi Jepun , ia hanyalah kawasan kediaman puak Taira yang menjadi sebahagian Wilayah Musashi yang menjadi wakil kepada Shogun Yoritomo dan ia sebuah perkampungan orang Musashi yang tercoret dalam puisi yang digubah seperti berikut :-
Musashino wa
Tsuki no irubeka
Tama mo nashi
Kusa yori idete
Kusa ni koso ire
Dimana maksud puisi itu yang diterjemah secara bebas oleh Mina adalah berbunyi " Kawasan lapang ini ,milik Musashi,Tiada lansung bukit-bukau,Sang Rang Bulan mengambang, menyinari keseluruhan hamparan rumputnya ".Edo yang sebelum digelar Tokyo itu adalah merupakan sebuah pelabuhan sejak tahun 1457 pada ketika Menteri bernama Ota Dokan dan pada tahun 1950, Tokugawa Ieyasu yang memperolehi 8 wilayah lagi membolehkan Edo menjadi ibukota wilayah tambahan itu.Bila Ieyasu menjadi Shogun ibukota itu terus dibangunkan dan penduduk nya kian bertambah sehingga seramai 1,367,900 orang pada tahun 1787.Bila Edo ditukar nama kepada Tokyo,ia masih memelihara kebudayaan dan artifak-artifak sejarahnya dan ini membuat Mina terpegun dan tersona .Misalnya Istana Maharaja yang asalnya milik Shogun telah diserah kepada Maharaja yang merangkumi taman-taman, kawasan larangan dan dua jambatan yang dipanggil Niju-bashi masih kekal kehari ini.Namun begitu banyak bahagian istana yang rosak akibat Perang Dunia Kedua itu, walaupun begitu rakyat atau orang awam boleh melawat istana ini setiap 3 kali setahun.
Bersambung
Dr Aminudin
Musashino wa
Tsuki no irubeka
Tama mo nashi
Kusa yori idete
Kusa ni koso ire
Dimana maksud puisi itu yang diterjemah secara bebas oleh Mina adalah berbunyi " Kawasan lapang ini ,milik Musashi,Tiada lansung bukit-bukau,Sang Rang Bulan mengambang, menyinari keseluruhan hamparan rumputnya ".Edo yang sebelum digelar Tokyo itu adalah merupakan sebuah pelabuhan sejak tahun 1457 pada ketika Menteri bernama Ota Dokan dan pada tahun 1950, Tokugawa Ieyasu yang memperolehi 8 wilayah lagi membolehkan Edo menjadi ibukota wilayah tambahan itu.Bila Ieyasu menjadi Shogun ibukota itu terus dibangunkan dan penduduk nya kian bertambah sehingga seramai 1,367,900 orang pada tahun 1787.Bila Edo ditukar nama kepada Tokyo,ia masih memelihara kebudayaan dan artifak-artifak sejarahnya dan ini membuat Mina terpegun dan tersona .Misalnya Istana Maharaja yang asalnya milik Shogun telah diserah kepada Maharaja yang merangkumi taman-taman, kawasan larangan dan dua jambatan yang dipanggil Niju-bashi masih kekal kehari ini.Namun begitu banyak bahagian istana yang rosak akibat Perang Dunia Kedua itu, walaupun begitu rakyat atau orang awam boleh melawat istana ini setiap 3 kali setahun.
Bersambung
Dr Aminudin
Friday, September 11, 2009
Novel Saya Menemui Anda-Shosetsu Chiisai-Kuari Bukit Bau
Sementara buku saya tentang Kajian GuaBama siap dicetak dan dibinding oleh pihak pencetak taksedar saya yang novel saya karangi berjudul SHOSETSU CHIISAI-KUARI BUKIT BAU telah siap saya tulis dan akan menemui anda yang berminat tentang kesusasteraan tidak lama lagi. Inilah petikan dari novel itu :-
DAMAI DAN INDAHNYA DESAKU
Desa Rebung yang jauh dipendalaman diKuala Lipis begitu indah sekali pemandangannya diwaktu pagi.Kicauan unggas sungguh mengasyikan.Bebarau, merbuk dan terkukur berkicau dari atas pokok kelat yang masak ranum itu kadang-kadang terkejut dengan kedatangan beberapa ekor monyet yang lalu dengan meloncat dari satu batang kesatu batang pokok lain ditepi Gua Bau itu.Gua Bau yang berdiri kukuh ditepi Sungai Terus itu telah wujud beratus-ratus juta tahun yang lalu.Ia muncul bila lautan menjadi daratan dan penuh dengan fosil-fosil digua yang mana ada kajian mengesahkan ia pada masa zaman silam adalah dataran bagi lautan.Kajian yang dibuat oleh sejarawan tempatan itu juga membuktikan kawasan itu ialah sebuah pusat pentadbiran diabad yang ketiga meshi yang dibina ditepi terusan lautan besar yang menganjur sampai kesebelah timurnya iaitu Pantai laut Cina Selatan.Kampung Rebung memang indah diwaktu pagi kalau kita mendaki sampai kepuncak Gua itu.Ia kelihatan seperti cembung yang sungguh cantik macam mangkuk antik dari Dinasti Ming yang dilukis lakaran awan larat berwarna biru muda.Cuaca sejuk kampung Rebung memang membuat Mina kadang-kadang malas hendak mandi bila hendak pergi kesekolah rendahnya yang terletak dekat Bukit Beringin.DiBukit Beringin memang banyak pokok berangan dan pokok beringin yang kelihatan begitu cantik akar-akarnya yang bergayutan dan terlentuk-lentuk ditiup angin.Mina pula kadang-kadang berhenti tepi kolam dekat Bukit Beringin itu menjengok berberapa ekor ikan kaloi yang dibela oleh Tok Guru sekolah pondok disitu.Mina juga suka sekali minum air telaga yang sungguh jernih dan sejuk dengan menggunakan senduk dari tempurung yang halus ikatannya pada sebatang kayu kemuning yang diraut Tok Guru.
Bersambung
Dr Aminudin
DAMAI DAN INDAHNYA DESAKU
Desa Rebung yang jauh dipendalaman diKuala Lipis begitu indah sekali pemandangannya diwaktu pagi.Kicauan unggas sungguh mengasyikan.Bebarau, merbuk dan terkukur berkicau dari atas pokok kelat yang masak ranum itu kadang-kadang terkejut dengan kedatangan beberapa ekor monyet yang lalu dengan meloncat dari satu batang kesatu batang pokok lain ditepi Gua Bau itu.Gua Bau yang berdiri kukuh ditepi Sungai Terus itu telah wujud beratus-ratus juta tahun yang lalu.Ia muncul bila lautan menjadi daratan dan penuh dengan fosil-fosil digua yang mana ada kajian mengesahkan ia pada masa zaman silam adalah dataran bagi lautan.Kajian yang dibuat oleh sejarawan tempatan itu juga membuktikan kawasan itu ialah sebuah pusat pentadbiran diabad yang ketiga meshi yang dibina ditepi terusan lautan besar yang menganjur sampai kesebelah timurnya iaitu Pantai laut Cina Selatan.Kampung Rebung memang indah diwaktu pagi kalau kita mendaki sampai kepuncak Gua itu.Ia kelihatan seperti cembung yang sungguh cantik macam mangkuk antik dari Dinasti Ming yang dilukis lakaran awan larat berwarna biru muda.Cuaca sejuk kampung Rebung memang membuat Mina kadang-kadang malas hendak mandi bila hendak pergi kesekolah rendahnya yang terletak dekat Bukit Beringin.DiBukit Beringin memang banyak pokok berangan dan pokok beringin yang kelihatan begitu cantik akar-akarnya yang bergayutan dan terlentuk-lentuk ditiup angin.Mina pula kadang-kadang berhenti tepi kolam dekat Bukit Beringin itu menjengok berberapa ekor ikan kaloi yang dibela oleh Tok Guru sekolah pondok disitu.Mina juga suka sekali minum air telaga yang sungguh jernih dan sejuk dengan menggunakan senduk dari tempurung yang halus ikatannya pada sebatang kayu kemuning yang diraut Tok Guru.
Bersambung
Dr Aminudin
Wednesday, September 2, 2009
Tsuzuku Kobijutsu 6-Leletup(Passiflora foetida)
Pokok leletup semasa saya bebudak disungaibatuderelong dahulu memang banyak terutama dalam padang tanah Pakangah Man yang saya selalu ikut jalan menuju kerumah Pakencik Akob.Pokok itu adalah tumbuhan yang menjalar dan bila ia berbuah ia boleh dimakan.Rasanya manis dan mempunyai biji yang seakan-akan biji selasih.Bila sebut selasih ini saya teringatkan minuman kegemaran saya bila tiba waktu berbuka puasa.Dikampung kami dahulu bila tiba bulan puasa ada dua jenis minuman kegemaran kami bebudak sungaibatu iaitu airbatu sirap dan airbatu sirap yang dibubuh biji selasih yang telah dikembangkan.Minuman air batu sirap masa dahulu dimana tiada peti ais macam sekarang ini.Kami bebudak kena membelinya dikedai Aki Subuh dekat padang sekolah Relong .Awal-awal lagi kami menunggu untuk membelinya yang mana beliau beli dari bandar Lipis.Biasanya satu ketul besar sebesar seguni dua puluh kilo itu akan dipotong kecil-kecil sebesar 4 inci x 4 inci.Kami akan membelinya dan dibungkus dengan habuk kayu serta kertas surat khabar untuk dibawa balik.Dengan ketul ais yang demikian besarnya kami bawa balik kerumah dan bila sampai dirumah sudah menjadi kecil akibat belaku pencairan.Bila sampai dirumah kami barulah dibuat sirap dengan memasukan biji selasih.Bila menjelang waktu berbuka ia telah menjadi cair semuanya namun adalah rasa sejuk airbatu.Itupun sudah mencukupi dan Alhamdulillah.Hari ini semua rumah orang kita mempunyai petisejuk dirumah masing-masing dan patutlah bersyukur kepada Allah yang ada kedapatan teknologi tersebut.Itupun masih ada dikalangan kita terus berunggut-runggut dan anak-anak yang dah besarpun tidak mahu berpuasa.Akhirnya berbalik kepada pokok leletup tadi ia boleh direbus bagi membuat basuhan bagi kulit kita yang gatal.Selamat Berpuasa.
Dr Aminudin
Dr Aminudin
Tuesday, September 1, 2009
Memori Alam Persekolahan VII-Jenan 3
Dakwaan saya mencoret personaliti yang gah atau besar saja adalah tidak benar.Kebetulan dua personaliti iaitu Dato'Jabar Che Nai adalah abang angkat saya yang saya kenangi lagipun semasa dia bertugas diPejabat Tanah dan Galian Pahang kami tinggal serumah bertemankan adiknya Zahid ketika itu.Personaliti kedua Datuk Dr Ibrahim Komo saya kenal benar "girlfriend" dia semasa diUKM iaitu Cik Rahimah dari fakulti Sosiologi, lagipun buku dia edit berjudul Warisan Geologi Malaysia, telah memuatkan kajian tentang geologi diGuabama yang mana saya gunakan sebagai bahan rujukan bagi buku saya yang berjudul Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong) yang mana saya minta Azman Panjang hebahkan.Namun tidak ada sambutan dari kawan-kawan kita yang sudah mengenepikan sejarah sekarang ,jadi bagimanalah jadinya bila tiba kepada generasi anak-anak kita nanti sudah pastilah sejarah kita sudah tidak bermakna lagi.Sebenarnya kawan-kawan saya diJenan dahulu semuanya kecil-kecil orangnya malahan orang Pahang kata hampir "kemetot" baik sekelas saya atau lain kelas.Malahan yang besarpun macam Abdullah Awang kecik pun walau badannya agak besar namun kecik hatinya bila berhadapan perempuan.Kawan-kawan saya sekelas yang kecik ialah Wan aziz, Zul Cina Melaka, Roslan, Kassim, Ahmad (Kelantan),Fauzi,Kamal dan lain-lain.Kalau yang agak besar dan tinggi lonjong macam Tajudin, Masod dan Muhammad.Begitu juga kawan lain seperti Wan Yunus,Sanusi,Yunus dan lain-lain agak kecil juga.Jadi keseluruhan kawan-kawan saya orang kecil dan lagipun Orang "besar-besar" ini bila kita bersama dia ,dia buat selamba aje dan tidaklah mesra dengan kita.Inilah resam dunia dan bila "orang besar " ini pencen nanti mereka akan tidak dihiraukan oleh orang lagi dan saya lihat sendiri Datuk-Datuk ini terkebil-kebil membeli ikan segar dipasar-pasar besar Kuantan tanpa disapa oleh orang ramai yang lalu lalang walhal semasa mereka berkerja dahulu amat dihormati.
Berbalik kepada kenangan saya semasa diJenan ialah peristiwa kita bergiat dalam aktiviti luardarjah yang orang hari ini gelar kokurikulum.Kita dahulu selalu main ragbi sampai patah-patah dan main hoki macam berlaga ayam diKelantan.Apa yang terjadi penyokong kita yang tersadai tepi padang.Bebudak bila tengok Popei atau Sabri membuat masukan gol mula menjerit-jerit dan ada satu perlawanan kita melawan hoki dengan Kolej Sultan Abdul Hamid , pecah kepala bebudak Kolej itu yang diluar padang ,bukannya pasukan yang main.Kadang-kadang pengadil ada pun yang kena luku.Itulah kenakalan budak Jenan yang saya sendiri terlibat ,maklumlah kami masa itu nakal sungguh, apa nak kata.Pengawas pun satu hal keras sangat pada bebudak yang kalau salah sikit saja kena "ketuk ketampi".Dalam kelas kami kalau tak silap saya Kassim, Mohd Zaki,Fauzi,Fatimah dan lain-lain jadi pengawas saya lihat tidaklah "seberat" mana pengawas lain.Saya rasa kenakalan kami masa itu kerana termakan "kerak roti" kesukaan kami seperti yang saya coretkan dalam Blog saya SungaibatudeRelong dibawah entry Kulat Sisir ( Schizophyllum commune) yang mana kita cecah roti dengan kari mamak tukang masak itu tetapi lebih sedap dicecah dengan kuah sambal kulat sisir, malangnya mamak-mamak tukang masak kita dahulu itu mana tahu buat sayor kulat sisir!.
Selain dari itu kita juga memasuki aktiviti Takewando yang kalau orang Pahang disebelah Dong memberi makna pergi ambil wan kamu didong( Take Wan Do..tambah ng jadi Dong)agak mengelikan juga bila saya teringkatkan Zul Cina dari Melaka yang bagai lebih dari Siguru dari Korea itu , malahan ada juga kawan-kawan kata dia jadi anak angkat Tokguru itu.Bila petang-petang saya lihat Zul kadang-kadang menendang-nendang pokok cempaka yang ada dekat dewan sekolah kita dan ada juga memecahkan batu-bata yang entah dikutip dari mana tidaklah saya ketahui. Ini semua untuk mengeraskan tapak kaki dan tangannya sebagai ahli Takewando yang kita gilai ketika itu.Sebaliknya pula ada kawan-kawan kita dari Kelantan mulai naik sawan bila belajar silat Harimau yang kadang-kadang saya lihat terjelepuk jatuh dekat longkang dekat masjid kita itu.Ada yang kata mereka ini berlajar silat dari salah satu Tarikat, saya pun tak berapa faham ketika itu kerana bila tanya Wan Yunus dia pun tak faham juga.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Posts (Atom)