Tuesday, September 29, 2009

Pengurusan Latihan (Managing Training) Strategi dan Kenangan

Semasa saya berkidmat dalam PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik) saya terlibat secara lansung dalam bidang latihan diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan Malaysia terutama diagensi berkaitan keselamatan dan juga pelajar-pelajar tajaan JPA untuk dihantar keluar negeri.Dimasa saya berkhidmatan dalam jabatan keselamatan dahulu kami biasanya menjalankan latihan ditempat yang disediakan penginapan oleh jabatan kami.Kalau tiada tempat diinstitusi latihan kerajaan misalnya INTAN, Pusat Latihan JKR dan sebagainya kami akan menempah hotel atau resort bagi kami jadikan pusat latihan.Biasanya saya dan bos saya Encik Ramli akan menjadi urusetia kursus yang kami jalankan.Para peserta akan datang dari seluruh negara bagi menghadhiri kursus yang kami anjurkan.Disamping itu subjek kegemaran saya ialah memberikan ceramah tentang strategi komunikasi dan penggunaan mass media, manakala bos saya Encik Ramli akan memberikan ceramah kegemaran dan kebolehannya iaitu mengenai lukisan dan poster,saya kadang-kadang tergelak juga melihat lukisan dia penuh dalam biliknya tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang PTD dan sebagai polis simpanan.Manakala subjek lain akan disampaikan oleh mereka dari jabatan kami sendiri seperti Pak Abu,Imaluddin,Pak Sulaiman dan lain-lain agensi keselamatan.Jadi secara umumnya sebelum latihan kami kenalah menyediakan sinarai semakan (check list) bagi 5 tajuk utama berikut :-

1.Sebelum Latihan dijalankan.Dimana sinarai semaknya iaitu
i.Apa objektif kursus kita hendak jalankan itu ?
ii.Berapa ramai bilangan peserta yang kita hendak jemput ?
iii.Apakah latarbelakang mereka dan tugas-tugas yang mereka jalankan ketika itu ?
iv.Apa yang kaitan kerja mereka dengan kursus yang kita akan jalankan itu ?
v.Apakah yang mereka boleh memberikan maklum balas dalam kursus itu nanti ?
Vi.Apakah sumber-sumber yang kami ada untuk kursus ini ?
Vii.Cukupkah masa yang diuntukan bagi latihan itu ?
Viii.Bagaimana urusetia memilih para peserta kursus ?

2.Perancangan Latihan
A.Objektif kursus
i.Senaraikan objektif kursus
ii.Objektif hendaklah jelas dan khusus
iii.Jelaskan hasil diperolehi dari kursus tersebut
iv.Jelaskan bagaimana kursus itu diukur dan dipantau
v.Bagaimana kita tahu objektif kursus tersebut tercapai
Vi.Apakah tindakkan selepas kursus dilaksanakan
B.Keadah Kursus
i.Dimana kursus itu akan dijalankan?
ii.Apa bentuk latihan yang akan dijalankan?
iii.Apa tajuk-tajuk yang akan disampaikan ?
iv.Bagaimana keadah penyampian kursus ?
v.Rekabentuk (design) kursus dan pengajaran yang diperolehi darinya.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: