Wednesday, September 2, 2009

Tsuzuku Kobijutsu 6-Leletup(Passiflora foetida)

Pokok leletup semasa saya bebudak disungaibatuderelong dahulu memang banyak terutama dalam padang tanah Pakangah Man yang saya selalu ikut jalan menuju kerumah Pakencik Akob.Pokok itu adalah tumbuhan yang menjalar dan bila ia berbuah ia boleh dimakan.Rasanya manis dan mempunyai biji yang seakan-akan biji selasih.Bila sebut selasih ini saya teringatkan minuman kegemaran saya bila tiba waktu berbuka puasa.Dikampung kami dahulu bila tiba bulan puasa ada dua jenis minuman kegemaran kami bebudak sungaibatu iaitu airbatu sirap dan airbatu sirap yang dibubuh biji selasih yang telah dikembangkan.Minuman air batu sirap masa dahulu dimana tiada peti ais macam sekarang ini.Kami bebudak kena membelinya dikedai Aki Subuh dekat padang sekolah Relong .Awal-awal lagi kami menunggu untuk membelinya yang mana beliau beli dari bandar Lipis.Biasanya satu ketul besar sebesar seguni dua puluh kilo itu akan dipotong kecil-kecil sebesar 4 inci x 4 inci.Kami akan membelinya dan dibungkus dengan habuk kayu serta kertas surat khabar untuk dibawa balik.Dengan ketul ais yang demikian besarnya kami bawa balik kerumah dan bila sampai dirumah sudah menjadi kecil akibat belaku pencairan.Bila sampai dirumah kami barulah dibuat sirap dengan memasukan biji selasih.Bila menjelang waktu berbuka ia telah menjadi cair semuanya namun adalah rasa sejuk airbatu.Itupun sudah mencukupi dan Alhamdulillah.Hari ini semua rumah orang kita mempunyai petisejuk dirumah masing-masing dan patutlah bersyukur kepada Allah yang ada kedapatan teknologi tersebut.Itupun masih ada dikalangan kita terus berunggut-runggut dan anak-anak yang dah besarpun tidak mahu berpuasa.Akhirnya berbalik kepada pokok leletup tadi ia boleh direbus bagi membuat basuhan bagi kulit kita yang gatal.Selamat Berpuasa.

Dr Aminudin

1 comment:

Webmaster said...

Jemput ke blog kome

http://umnolipis2020.blogspot.com

Terima kasih

Webmaster
Ex-SMART 1974-1977