Tuesday, September 1, 2009

Memori Alam Persekolahan VII-Jenan 3


Dakwaan saya mencoret personaliti yang gah atau besar saja adalah tidak benar.Kebetulan dua personaliti iaitu Dato'Jabar Che Nai adalah abang angkat saya yang saya kenangi lagipun semasa dia bertugas diPejabat Tanah dan Galian Pahang kami tinggal serumah bertemankan adiknya Zahid ketika itu.Personaliti kedua Datuk Dr Ibrahim Komo saya kenal benar "girlfriend" dia semasa diUKM iaitu Cik Rahimah dari fakulti Sosiologi, lagipun buku dia edit berjudul Warisan Geologi Malaysia, telah memuatkan kajian tentang geologi diGuabama yang mana saya gunakan sebagai bahan rujukan bagi buku saya yang berjudul Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong) yang mana saya minta Azman Panjang hebahkan.Namun tidak ada sambutan dari kawan-kawan kita yang sudah mengenepikan sejarah sekarang ,jadi bagimanalah jadinya bila tiba kepada generasi anak-anak kita nanti sudah pastilah sejarah kita sudah tidak bermakna lagi.Sebenarnya kawan-kawan saya diJenan dahulu semuanya kecil-kecil orangnya malahan orang Pahang kata hampir "kemetot" baik sekelas saya atau lain kelas.Malahan yang besarpun macam Abdullah Awang kecik pun walau badannya agak besar namun kecik hatinya bila berhadapan perempuan.Kawan-kawan saya sekelas yang kecik ialah Wan aziz, Zul Cina Melaka, Roslan, Kassim, Ahmad (Kelantan),Fauzi,Kamal dan lain-lain.Kalau yang agak besar dan tinggi lonjong macam Tajudin, Masod dan Muhammad.Begitu juga kawan lain seperti Wan Yunus,Sanusi,Yunus dan lain-lain agak kecil juga.Jadi keseluruhan kawan-kawan saya orang kecil dan lagipun Orang "besar-besar" ini bila kita bersama dia ,dia buat selamba aje dan tidaklah mesra dengan kita.Inilah resam dunia dan bila "orang besar " ini pencen nanti mereka akan tidak dihiraukan oleh orang lagi dan saya lihat sendiri Datuk-Datuk ini terkebil-kebil membeli ikan segar dipasar-pasar besar Kuantan tanpa disapa oleh orang ramai yang lalu lalang walhal semasa mereka berkerja dahulu amat dihormati.

Berbalik kepada kenangan saya semasa diJenan ialah peristiwa kita bergiat dalam aktiviti luardarjah yang orang hari ini gelar kokurikulum.Kita dahulu selalu main ragbi sampai patah-patah dan main hoki macam berlaga ayam diKelantan.Apa yang terjadi penyokong kita yang tersadai tepi padang.Bebudak bila tengok Popei atau Sabri membuat masukan gol mula menjerit-jerit dan ada satu perlawanan kita melawan hoki dengan Kolej Sultan Abdul Hamid , pecah kepala bebudak Kolej itu yang diluar padang ,bukannya pasukan yang main.Kadang-kadang pengadil ada pun yang kena luku.Itulah kenakalan budak Jenan yang saya sendiri terlibat ,maklumlah kami masa itu nakal sungguh, apa nak kata.Pengawas pun satu hal keras sangat pada bebudak yang kalau salah sikit saja kena "ketuk ketampi".Dalam kelas kami kalau tak silap saya Kassim, Mohd Zaki,Fauzi,Fatimah dan lain-lain jadi pengawas saya lihat tidaklah "seberat" mana pengawas lain.Saya rasa kenakalan kami masa itu kerana termakan "kerak roti" kesukaan kami seperti yang saya coretkan dalam Blog saya SungaibatudeRelong dibawah entry Kulat Sisir ( Schizophyllum commune) yang mana kita cecah roti dengan kari mamak tukang masak itu tetapi lebih sedap dicecah dengan kuah sambal kulat sisir, malangnya mamak-mamak tukang masak kita dahulu itu mana tahu buat sayor kulat sisir!.

Selain dari itu kita juga memasuki aktiviti Takewando yang kalau orang Pahang disebelah Dong memberi makna pergi ambil wan kamu didong( Take Wan Do..tambah ng jadi Dong)agak mengelikan juga bila saya teringkatkan Zul Cina dari Melaka yang bagai lebih dari Siguru dari Korea itu , malahan ada juga kawan-kawan kata dia jadi anak angkat Tokguru itu.Bila petang-petang saya lihat Zul kadang-kadang menendang-nendang pokok cempaka yang ada dekat dewan sekolah kita dan ada juga memecahkan batu-bata yang entah dikutip dari mana tidaklah saya ketahui. Ini semua untuk mengeraskan tapak kaki dan tangannya sebagai ahli Takewando yang kita gilai ketika itu.Sebaliknya pula ada kawan-kawan kita dari Kelantan mulai naik sawan bila belajar silat Harimau yang kadang-kadang saya lihat terjelepuk jatuh dekat longkang dekat masjid kita itu.Ada yang kata mereka ini berlajar silat dari salah satu Tarikat, saya pun tak berapa faham ketika itu kerana bila tanya Wan Yunus dia pun tak faham juga.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: