Begitu ramai para nabi yang diutuskan keplanet bumi mempunyai roh yang sama namun bentuk badan,warna kulit dan bahasa mereka berbeza.Allah telah menjadikan mereka Roh kenabian yang berasal dai Cahaya Allah.Diceritakan yang roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya hingga ia berpeloh, jadi dari peloh itu menjadi roh bunga ros yang pernah saya cetrakan dahulu.Para nabi menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai bahan penyembuh.Ada orang yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mempunyai ramai pengikut ketika berjalan keran memunggut titisan peluh baginda.Mereka dapati peluh baginda semerbak baunya lebih harum dari bau bunga sebab peluh baginda wangi.Roh atau zat bunga boleh dikeluarkan dengan berbagai cara seperti menekan bunga itu hingga keluar minyak atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga atau dengan mencampurkan minyaknya dengan minyak asas (base oil).Kalau kita mencampurkan alkohol pada zat bunga itu akan membunuh zat bunga oleh itu, minyak wangi yang bercampur alkohol tidak disukai oleh para ulama atau ahli sufi.Banyak tempat ibadat orang ulama atau sufi atau wali Allah misalnya diPakistan dimana dibilik uzlahnya dibacakan ayat-ayat suci al-quran pada bunga ros.Mereka mengutip mengutip bunga-bunga tadi sambil membaca zikir dan bunga itu dikeringkan dalam bilik khas bersama ribuan naskah al-quran dan dikhabarkan disitu (Pakistan) itu terdapat empat al-quran yang tertua wujud sejak zaman Saidina Uthman r.a. Cara mengunakan minyak dari bungaan ini ialah dengan mengosok sedikit minyak ditangan kanan dan tapak tangan.Kemudian minyak digosok keseluruh janggut dan dagu dan seterus menyapu pada semua pergelangan tangan.Bagi kita yang mengalami gangguan mental hendaklah dititiskan setitik dua diatas putik kapas dan kemudian sapukan pada dipelenggar telinga (bukan dalam telinga).
Selain dari bunga ros wangian juga boleh kita perolehi iaitu kasturi yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammmad s.a.w bahawa baginda amat suka memakai bauan kasturi.Minyak kasturi tulin didapati dari kelenjar sejenis rusa yang mana sifatnya panas dan kering, ada orang tidak sukan wangian kasturi kerana asalnya dari binatang.Kasturi dikatakan boleh menyembuhkan sakit pada jasmani dan penyakit-penyakit jantina. Wangi Myrrh ialah getah atau damar yang baunya agak pahit yang diperolehi dari pokok renik yang digunakan untuk buat kemeyan dan minyak wangi.Myrrh bersifat panas dan kering yang digunakan oleh Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s untuk perubatan. Tentang myrrh dapat kita cari dalam al-Quran yang boleh menyembuh penyakit.Pokok ini boleh didapati diTunisia dan Maghribi adalah yang paling bermutu.Bunga melur pula bersifat sejuk dan kering ,sifat bunga melur adalah sejuk tapi zat minyaknya panas, bunga melur amat digemari oleh ahli sufi atau wali yang banyak diTurki.Minyak melur akan membolehkan kita meningkatkan perasaan (mood) dan mengurangkan tekanan mental.
Sekian dahulu dari Dr Aminudin
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment