Monday, December 8, 2008

Sejarah Kampong Relong ,Kuala Lipis dan lain-lain

Sejarah Kampong Relong dan lain-lain kampong dalam kawasan Lembah Bama berdasarkan kajian dimulai dengan kampong Relong yang merupakan pusat pusat pentadbiran lembah tersebut.Kampong Relong merupakan nama yang wujud sebab bentuknya yang merelong seperti mangkok atau lebih tepat lagi merupakan satu kawasan jelapang padi (rice bowl).Asal nama kampong Relong adalah sesuatu yang berkaitan dengan kawasan strategic terutama sekali kalau kita sampai kekemuncak Gua Bama dan kalau kita memandang kebawah pemandanganya memang seperti penempatan pentadbiran sebuah kerajaan dimasa lampau.Saya telah melihat pemandangan ini beberapa kali apabila naik kepuncak Gua Bama dan dikatakan ada sebuah mahligai diatasnya satu ketika dahulu bersama kolam renang yang luas dizaman lampau.Begitu juga dengan kampong lain yang termasuk dalam kawasan Lembah Bama seperti kampong Keledek yang mengambil sempena nama pokok keledek yang menjadi hasil pertanian terutama dikampong tersebut yang begitu menjadi atau menghasilkan isi keledek yang banyak dan besar-besarpula.Semasa saya kecil saya selalu mengikut Allayarham Pakwe Idin saya diladang keledeknya yang begitu menjadi atau menghasilkan keledek yang banyak disamping tanaman labu yang begitu enak direbus.Begitu juga nama Kampong Beletik yang berasal dari nama pokok betik yang merupakan hasil pertanian kita sekarang.

Seterusnya Kampong Lubuk Kulit pula mendapat namanya setelah sebuah kepok padi telah lari atau pergi kesebuah lubuk dikampong tersebut kerana merajuk atau tidak dihiraukan lagi oleh tuannya.Manakala Kampong Kuala Medang seperti yang saya huraikan diawal tulisan ini adalah nama asal Negeri Pahang iaitu dari sejenis pokok dipanggil Medang.Jadi nama Kuala Med ang ini juga berasal dari nama pokokMedang.Sejarah banyak membuktikan nama-nama tempat adalah berasal dari nama pokok-pokok.Selain dari itu nama Kampong Behrang pula sempena keberangan gajah yang naik minyak dan menyerang orang kampong disitu dan sekaligus membuatkan orang dikampong itu menamakan kampong Behrang dan ini juga menunjukan Lembah Bama memang banyak gajah.Tetapi sayangnya Kampong Behrang telah begitu sunyi kerana ramai dari penduduknya telah berhijrah ketempat lain.Rumah yang selalu saya kunjungi untuk bermain dan mandi digedung ialah rumah Aki Berahim dan sekarang telah sepi kerana anak-anaknya tidak mahu lagi tinggal disitu,sungguh sayang.

Kampong terakhir yang ingin saya sentuh ialah Kampong Bukit Betong adalah sempena dengan banyak pokok buloh betong dikampong itu.Selain dari itu ada dikalangan penduduk disitu yang dikatakan keturunan dari anak buluh betong.Dimana mereka yang berketurunan ini tidak boleh makan rebung dari buluh betong.Dalam hikayat Seri Raya sendiri menceritakan bahawa Tuan Puteri Madu-dari adalah dijumpai dalam rumpunan buluh betong.Kajian Linehan juga mendapati keturunan pembesar dari Jelai adalah dari anak buluh betung dan tidak boleh terdedah kepada jerami pokok selinsing.

Saya petik bahan ini dari Kajian saya bertajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal DiAsia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relon)

Dr Aminudin

11 comments:

Hanya untuk aku said...

Satu lagi kampung yang sdr.tidak sebut " BAPONG " paling tidak ada sebuah gua di tengah sawah..saya ingin tahu ???

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr md.suak, kg.Bapong memang masuk dalam parameter kajian saya dengan memocuskan pada kegiatan pertanian padi iaitu lembah bama sebagi pusat jelapang padi terbesar dan benih padi yang tersedap ialah beras jenek.Pernah sdr makan nasi beras jenek? saya rasa sdrpernah kalu asal dari bapong atau ulu teris.Aki wahab ulu teris ada tanam padi jenis ni, sila tanya kak kiah jururawat hospital lipis.Gua tiada dalam sawah kg bapong tapi batu akar gua bama adalah,sila tanya ustaz Idris.Kg Suak tak ada dalam database saya kalau ada pohon tunjuk lokasi boleh saya update untuk version terbaharu.Sekian atas feedback sdr.

Hanya untuk aku said...

TKasih pada Sdr.diatas penjelasan, sebenarnya Suak memang ujud diantara Ulu Teris dan Empang Jalih daerah Penjong, Sdr boleh rujuk ke bahagian perairan dan sungai2 Pahang bagi Daerah Lipis, sebenarnya saya juga kabur dalam mendapat maklumat yang tepat tentang Suak, bagaimana pun kalau Sdr. rajin bertanya kepada orang-orang tua dari Ulu Teris atau Berang saya pasti Sdr akan dapat cerita disebalik kehidupan di Kg.terpencil di pendalam hutan di Daerah Lipis - salam

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Sauk, dalam parameter geologi saya iaitu gold centeral belt yang paling banyak emas didunia bahawa Kg Sauk adalah ada tetepi terletak disekitar paya pulai,temerloh.buat masa ini didirikan logi air yang baru oleh JBA Pahang.Emas berbetuk uraian/alluvia mengalir dari Lembah Bama hingga keRompin.Point yang selalu tersekat alluvia itu ialah diempangan jalih sebab itu ia banyak berkumpul dan kalau betul kg sdr bernama sauk memang betulah kerana ia menyekat aliran atau streem itu.Patut tanya orang tua kg sdr tentang hal ini.lagipun empangan jalih sempena seorang bomoh yang handal dalam sekat-menyekat air.terima kasih

Dr Aminudin

Hanya untuk aku said...

Saya menghormati Kajian sdr tentang SUAK, ketepatan mungkin ada namun ingin saya perjelaskan tentang Kg.Suak yang sebenarnya pernah ujud dihutan pendalaman jalan susur ke Ulu Teris, sebenar SUAK hanya satu nama yang di sebut-sebut oleh suku Kampar yang berasal dari Sumatra dalam bahasa mudah pendatang asing tahun 1930-40 an yang meneroka hutan di daerah hilir Perak hingga ke Pahang, kebanyakan mereka ini berketurunan Kampar, bagaimana pun pada zaman darurat kedamaian suku tersebut tergugat apabila tercetusnya pertempuran pihak keselamatan dengan pengganas Komunis dari situ mereka terpaksa berpindah meredah hutan belantara kerana tidak tahan dengan ancaman pengganas Kominis. Penghijrahan mereka hingga sampai kesebuah perkampung yang tidak bernama yang terdapatnya sawah padi,mereka terus mengusahakan sawah padi melalui beneh padi yang di bawa dari Suak yang di beri nama padi Suak, dan menama kan kampung mereka sebagai Suak. Sdr. Sebenarnya Suak nerupakan satu nama yang terdapat di mana-manam seperti di Acheh, malahan juga terdapat di Lembah Arazona,

Sambung..........

http://www.maplandia.com/malaysia/perak/kampong-suak-pelong/

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr Sauk, terima kasih atas penerangan saudara tentnag asal suak @ sauk yang kami gelar dilepeh, nama kampong sebenarnya banyak persamaan .RELONG ada diperak, ada dikedah dan ada diIndonesia. ini kerana kita serumpun Melayu yang berbahasa Kolun mengikut pengkaji traitkaum didunia.kita orang melayu berasal diBama dari kajian geologi telah wujud 30000 (tigapuluh ribu tahun dahulu)jadi sdr perlu bangga yang turun temurun kita dari Bama dan betebaran seluruh dunia.Dalam zaman penganas memang orang bapong dan ulu teris banyak mengjadi takut kerana ada dari mereka yang menjadi ahli Ten Regement PKM yang diketuai oleh Abdullah Cd dan Shamsiah Fakeh.Hal ini disahkan oleh Musa Ahmad seorang ahli kanan 10 Regement PKM. Satu cerita tentang kegiatan komunis diPahang akan saya tuliskan sebagai kenangan saya dalam GSPS(psy.warfare) dulu.Terima kasih atas sumbangan sdr. Dr Aminudin

Hanya untuk aku said...

Terima Kasih sekali pada Sdr.diatas
"fedback" yang di berikan,iklas saya katakan saya tertarik dengan usaha Sdr, di sebabkan itu saya menjadikan blog saudara sebagai favorites, mungkin orang lain tidak tertarik kerana kesamaran matlamat kajian namun saya mendalaman setiap apa yang saudara yang saudara tulis, bahasa suku sakat kita dari Relong,Bapong dan sekitar lepeh memang unik..

KAWAN said...

salam.. saya teringin nak mengkaji tentang sejarah di kawasan kuala lipis. saya masih mencari tajuk tesis yang sesuai.. bleh x tlong sy.email..syakirah_87@yahoo.com.my

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Kajian puteri mestilah khusus tentang sejarah apa? sejarah pembukaan kamppong,sejarah politik kampong,sejarah sosio-ekonomi,sejarah tokoh,sejarah kesenian dan kebudayaan.contoh Tajuk kajian: Sejarah Pembukaan Kampong Bapong dari dahulu hingga sekarang.Sejarah Membuat Tikar Mengkuang DiKampong Beletik ,Sejarah Pahlawan Bama dari Tahun 1770-185o dan lainlain tajuk yang penyelia puteri setuju.sekain

Dr Aminudin

Musbri Mohamed said...

Asalamu'alaikum

Saya baru saja sms Abang Amin. Tahniah kerana berjaya adakan blog ini.

Saya akan bantu Abang.
Insyallah.

SkreMpes! said...

assalamualaikum. Dr, saya kehilangan saudara mara secara parktikalnya telah lama putus hubungan. asal bapa memang dari kg.gua, pdg tengku. asal mak pula dari Ulu Atok-Bapong-Relong.moyang lelaki,namanya (Pawang) Bidin & moyang perempuan-Selamoh.Sekiranya ada sabit keturunan/saudara dalam ni tolonglah beritahu. Sebab nama bapong dan relung sangat selalu disebut dlm keluarga.Sekarang keluarga tinggal di Ulu Cheka.

Anak Ulu Cheka.