Dr Cant(1973) telah menulis bahawa tammadun Hoabinh telah datang kenegeri Pahang menerusi Kelantan berdasarkan pelan geografi yang beliau lakarkan dan dari sini saya berpendapat memang wujud tamadun itu diLembah Bama.Dari kajian dan tulisan Adi (1983) telah menemukan berberapa alatan dari batu dan tembikar diGua Bama ,Kg.Relong.Saya telah membuktikan yang kg Relong adalah pusat pertanian dan perternakan kerbau yang terkenal dimasa lampau.Oleh kerana banyak kerbau disitu ramai orang kampong telah dapat menunaikan haji.Kerbau yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kerbau disungai (bubalus bubalis) boleh didapati diIndia,Mesir dan Eropah,sekumpulan lagi ialah Kerbau diswamp yang digelar bubalus carabanesis yang terdapat diAsia barat,India,Indocina,Indonesia dan Malaysia.Kerbau digunakan oleh manusia sejak zaman awal prasejarah.Kerbau diguna untuk membantu dalam usaha membajak sawah dan semua bahagian tubuhnyanya boleh digunakan.
Dalam Hikayat Seri Rama menceritakan tentang kerbau berlawan dengan Maharaja Belia Raja dan telah bersetuju berlawan didalam gua.Raja Belia telah berpesan pada saudaranya yang jika terdapat darah merah maka kerbau mati dan jika darah putih dia mati.Setelah berlawan dan didapati oleh pengikut Surgiwa yang terdapat darah merah dan putih,maka ia beranggapan kedua-dua telah mati.Mereka menutup gua itu dengan batu dan ia kembali keistana dan memerintah.Bila Belia Raja dapati kerbau telah mati dia mengambil tanduk kerbau dan mencongkeh batu gua dan balik keistana dan beliau terus bertengkar dengan saudaranya dan menurut Hikayat Seri Raya dia telah melontar saudaranya kehutan belantara dan rampailah dia kebawah pokok asam jawa yang ketika itu daunnya sebesar daun keladi.
Dari situ dapatlah disimpulkan bahawa kerbau seekor bintang yang kuat dan bijak dan pokok asam jawa pula banyak terdapat dikampong kami.Bukti ini cukup kuat untuk mengatakan Lembah bama memang wujud dan dari sejarah kedatang kerbau juga boleh menjadikan penanda aras tentang permulaan tarikh Lembah Bama berdasarkan migrasi kerbau kesini. Kajian telah menunjukan bahawa sejak 5000 tahun dahulu kerbau telah ada ditanah Melayu dan ia pasti berada diLembah bama lebih tua dari itu.Kedua dari segi evolusi daun asam jawa dari daun sebesar daun keladi hingga sebesar sekarang,berapakah jangka masanya hanya pakar botani saja yang boleh menjawabnya.
Dari Dr Aminudin
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Saya tertarik dengan kajian sdr. kalau boleh buat kajian tentang Kampung berikut :-
1. Ulu Teris, Berang, Bapong, Tempoyang,Ulu Kecau,Pdg.Tengku,Lubuk Kulit, Merepoh,Telang,
Saya juga seperti Md. Sauk tertarik dengan kajian Dr. teruskan usaha.
Terima Kasih kepada Sdr Zaini kerana sependapat dengan saya. Berikut ini saya bariskan nama-nama tempat/kampung di sekitar Lipis yang perlu di kaji oleh tuan punya blog untuk pengetahuan anak-anak muda Lipis,bermula dari bandar Lipis termasuk nama-nama yang telah saya sebutkan sebelum ini:-
1. Sungai Kerpan,
2. Batu Kurap,
3. Empang Jalih.
4. Jalan Chenderas kini di tukar
keJalan Padang Tengku,
5. Kampung Gua @ Pdg.Tengku
6. Ulu Teris
7. Bapong
8. Berang
9. Kg. Telang
10. Berecang
11. Kecau
12. Relong
dan banyak lagi..!!
Sdr Md Sauk sebelum ni saya ada sebuah buku yang saya beli di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan pada 1999 bertajuk "Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang" Bhg II di karang oleh Allahyaraham Dato Hj Zakaria bin Hitam. Dalam daerah Lipis terdapat beberapa nama asal usul kampung yang dipaparkan oleh beliau seperti berikut :
Pulau Berhala
Kg Pertang
Budu
Empang Jalih
Tanjung Sekali Lagi
Pasir Pakat
Padang Tengku.
terdapat beberapa nama itu telah saya muatkan di dalam Blog Saya.
Kita berharap semoga ada ilmuan seperti Dr Aminuddin Abdul Karim,Ir Mazelan bin Hj Abd Samad anak jati Lipis membuat kajian tersebut untuk tatapan anak muda yang kebanyakan buta sejarah.
Terima Kasih sekali lagi pada Sdr.Zaini, tentang buku yang sdr maksudkan saya pernah juga terbaca namun pra sejarah nama-nama Kampung ada yang tersasar jauh dari daerah Lipis, saya mengarapkan kajian hanya meliputi kawasan Daerah Lipis sahaja..seperti nama-nama kampung yang saya sebutkan.nama seperti Budu,Benta, Penjong sememang dlm daerah Lipis lingkaran ada yang tersasar yang melibatkan daerah Jerantut dan Raub. Sebagai contoh Kg. Kuala Lana.. ??
Sdr Zaini dan Md suak. Kajian kampong seperti disinaraikan adalah termasuk dalam parameter kajian saya.Insyallah akan di terbitkan tidak lama lagi hanya minta komen dari Profesor UM dan UkM kalau tak ada , akan saya terbitkan.Empang Jalih umpamanya nama seorang bomoh yang membina empangan tersebut zaman perlombongan british dulu.Batu Kurap sebenarnya kesilapan sebutan seorang cina kontraktor tentang jalan batu yang telah diturap sebab ia pelat.Padang Tengku sempena nama Sultan Ahmad Shah (riau lingga)yang membuka Kg Relong dimana ia sampai kePadang Tengku melalui sg Jelai dan mendapat lain dapat dilihat juga pada buku Pak Zakaria Hitam. Dr Aminudin
Jawapan Sdr terlalu samar dan egostik
untuk itu saya tidak lagi berminat mengikuti blog sdr?? Sdr tak perlu mendapatkan komen dari Profesor UM dan UkM..memadai dengan rujukan dari warga Mas di kampung berkenaan ????
Post a Comment