Buku yang agak terkini iaitu berjudul Melaka Pusat Penyibaran Islam DiNusantara oleh Mohd Jamil Mukmin (2004) telah membincangkan teori penyibaran Islam kePahang adalak kerana akibat penalokkan Pahang oleh Melaka dizaman Sultan Mansur Syah.Penulis tersebut berpendapat Negeri Pahang sebelum penalokkan adalah bukan berugama Islam.Respons saya kepada Datok Mohd.Jamil ialah bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penyibaran Islam kePahang boleh diperolehi kalu beliau rajin mencarinya namun beliau terus menulis sedemikian "orang-orang Melayu Pahang belum dapat dipastikan samaada sudah berugama Islam atau tidak kerana tiada bukti sejarah yang dapat dipegang".Buku dan rencana yang boleh diperolehi dan dirujuk oleh beliau mislannya buku bertajuk Sejarah Orang Syed diPahang oleh Dr Mahayudin Hj.Yahya (1984),rencana bertajuk "Negeri Pahang DiTengah-tengah Perkembangan Agama Islam dan Kristian (1997) dan kertas kerja Othman Yatim bertajuk "Sejarah Islam Awal DiPahang: Satu Renungan Kembali ,(1997).Sejarah membuktikan orang Pahang menerima terus Islam dari Arab atau dengan kata lain menerusi pedagang-pedagang Arab sejak Abad ke10 mesihi lagi.Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu nesan diKampong Pematang Pasir,Pekan yang merupakan seorang tokoh ulama dan juga wali yang datang kePahang dan telah meninggal disitu.
Penulis seperti W.Linehan dan P.Wheatley sejak dahulu lagi telah dapat mengesan bahawa Islam telah sampai dahulu lagi kePahang dari Melaka.Pekan merupakan tempay persinggahan pedagang-pedagang arab dan ini dapat dibuktikan banyak makam-makam syed sebelum abad yang ke15 lagi. Malahan dalam Sejarah Melayu sendiri diceritakan tentang seorang Arab yang bernama Nahkoda Saidi Ahmad yang tinggal diKuala Pahang telah membantu mengambil dan melarikan Tun Teja dan kemudian diberi hadiah oleh Sultan Melaka berupa emas dan Nahkoda Saidi Ahmad diberikan gelaran Tun Setia Diraja oleh Sultan Melaka.Apa yang kita perolehi dari sini ialah bukti bahawa orang Arab yang membantu orang Melaka melarikan Tun Teja telah lama tinggal dinegeri Pahang.Kajian Profesor Dr Nik Hassan Shuhaimai tentang artifak-artifak yang ditemui boleh dijadikan bukti bahawa Pahang amat terkenal dimata ahi pelayaran dan perdagang seluruh dunia diabad yang ke11dimana belaiau menulis :-
'Pulau Tioman dalam sumber-sumber Arab dan Cina sebagai pelabuhan persinggahan yang p[enting dalam abad yang ke11 dan seterusnya menandakan satu lagi perkembangan perdagangan antarabangsa dirantau Asia amnya dan Malaysia khususnya sebelum kelahiran sebauh entepot diMelaka pada abad yang ke15"(Dr Nik Hassan Shuhaimi,1997)
Semua bahan rujukan yang saya nyatakan diatas adalah bahan-bahan rujukan yang lebih lama dari yang dihasilkan oleh Mohd Jamil iaitu pada tahun 2004.Mohd Jamil juga telah mengambil kira pandangan pengembara dari Cina iaitu Wang-Ta-Yuan dalam tahun 1349 yang mengatakan penduduk-penduduk Peng Keng(Pahang) memeram air kelapa untuk minuman (tuak) dan juga fahaman Maharaja mempercayai hantu dan roh.Sukacita saya merujuk berberapa pengembara Cina dan Arab bahawa mereka telah mengenali pantai timur termasuk Pulau Tioman,Pulau Tinggi,Pulau Pemanggil dan lain sejak lama lagi.Tentang kegemaran minum air tuak dan mempercayai hantu dan roh itu adalah perkara yang terpencil yang dapat dilihat oleh pengembara-pengembara tersebut.Hari dalam sebuah negara yang berbilkang kaum dan kita menghormati diantara satu dengan lain dan menghormati kebebasan mereka menganut ugama kita dapat lihat ada juga orang Melayu meminum arak dan mempercayai hantu dan roh.Malahan diSelangor hingga kehari ini terdapat 2 kilang membuat arak.Manakala film-film hantu dan seram semakin banyak ditayangkan dalam televisyen kita.Saya juga mendapat tahu banyak pekara-pekara kurafat dan tahyul berlaku diPulau Besar, Melaka yang merupakan negeri yang merupatakan pusat penyibaran Islam yang terkenal dimasa dahulu.Buku terbahru oleh Ana Fakir Tahun 2008 berjudul Menyingkap Mesteri Pulau Besar menceritakan perkara yang sama.Jadi Pahang diera tahun 1349 yang masih zaman transisi Hindu ke islam sudah tentu tidak terlepas dari pengaruh ini.Akhirnya biarlah saya nukilkan keputusan kajian Dr Mahayudin (1984) tentang kedatangan Islam kePahang seperti berikut :-
"Penghijrahan kaum syed kePahang berlaku secara berperingkat-peringkat dan menerusi dua cara iaitu secara lansung dan tidak langsung.Secara lansung adalah dari Hadramaut kePahang adalah jarang dilakukan tetapi biasanya secara tidak langsung,sebelum sampai kePahang mereka berada dinegeri India dan Indo-Cina sejak abad yangke13 mesehi "
Sekian dari Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment