Wednesday, December 31, 2008

Generasi Sekarang Kena Tabah dan Jangan Cepat Marah

Saya telah membaca komen Sdr Suak, yang mengatakan saya ego kerana merujuk kepada profesor UKM dan UM.Sdr Suak tidak membaca komen saya dengan teliti bahawa saya merujuk buku saya yang akan memadamkan sejarah Melaka yang dikatakan lebih tua dari mana-mana sejarah diMalaysia.Teori saya mendapati kerajaan pahang lebih tua dari kerajaan Melaka dari sejarah dan juga yang mula menerima Islam.Kalau ini tidak dapat diterima oleh profesor sejarah diuniversiti tersebut tidak mengapa,tetapi sejarah melaka yang selama ini diagong-agongkan akan terpadam.Maka mereka yang menulis sejarah kena tulis sejarah baru yang baru ini telah diwarwarkan oleh menteri besar melaka.Penulisan saya memang berdasaran mulut masyarakat setempat yang saya applykan dalam kajian ini menerusi pendekatan knowlegde management.Saya dididik diuniversiti amerika peringkat PHD(Saint Regis University) apa saya nak takut profesor malaysia yang taraf univeristi malaysia ditahap bawah ranking 50.

Saya pernah bertugas dalam agensi keselamatan dan peluru bersimpang siul semasa zaman masih belum tamat darurat dipahang.kita tetap sabar walau kawan saya putus kaki dihentam jerangkap sama akibat mencari fooddump diRaub, kami teruskan berkerja dan akhirnya kominis telah menyerah sekarang.perangsaraf terhadap ilmu penting untuk kita membangun negara, profesor tempatan kita rujuk saja bukan bergantung pada keputusan mereka.Sdr Suak mungkin terlalu terikat dengan wadah tempatan jadi buka sedikit minda kita untuk bersifat global dimana seperti saudara merujuk peta-peta dunia.Peta dunia sebenarnya hidup dari kajian kita dan inilah yang saya rujuk untuk melihat pahang sebagai pusat perdagangan asia tenggara yang ulung.

Sekian dari Dr Aminudin

Wednesday, December 24, 2008

Kisah Kerbau DiLembah Bama

Dr Cant(1973) telah menulis bahawa tammadun Hoabinh telah datang kenegeri Pahang menerusi Kelantan berdasarkan pelan geografi yang beliau lakarkan dan dari sini saya berpendapat memang wujud tamadun itu diLembah Bama.Dari kajian dan tulisan Adi (1983) telah menemukan berberapa alatan dari batu dan tembikar diGua Bama ,Kg.Relong.Saya telah membuktikan yang kg Relong adalah pusat pertanian dan perternakan kerbau yang terkenal dimasa lampau.Oleh kerana banyak kerbau disitu ramai orang kampong telah dapat menunaikan haji.Kerbau yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kerbau disungai (bubalus bubalis) boleh didapati diIndia,Mesir dan Eropah,sekumpulan lagi ialah Kerbau diswamp yang digelar bubalus carabanesis yang terdapat diAsia barat,India,Indocina,Indonesia dan Malaysia.Kerbau digunakan oleh manusia sejak zaman awal prasejarah.Kerbau diguna untuk membantu dalam usaha membajak sawah dan semua bahagian tubuhnyanya boleh digunakan.

Dalam Hikayat Seri Rama menceritakan tentang kerbau berlawan dengan Maharaja Belia Raja dan telah bersetuju berlawan didalam gua.Raja Belia telah berpesan pada saudaranya yang jika terdapat darah merah maka kerbau mati dan jika darah putih dia mati.Setelah berlawan dan didapati oleh pengikut Surgiwa yang terdapat darah merah dan putih,maka ia beranggapan kedua-dua telah mati.Mereka menutup gua itu dengan batu dan ia kembali keistana dan memerintah.Bila Belia Raja dapati kerbau telah mati dia mengambil tanduk kerbau dan mencongkeh batu gua dan balik keistana dan beliau terus bertengkar dengan saudaranya dan menurut Hikayat Seri Raya dia telah melontar saudaranya kehutan belantara dan rampailah dia kebawah pokok asam jawa yang ketika itu daunnya sebesar daun keladi.

Dari situ dapatlah disimpulkan bahawa kerbau seekor bintang yang kuat dan bijak dan pokok asam jawa pula banyak terdapat dikampong kami.Bukti ini cukup kuat untuk mengatakan Lembah bama memang wujud dan dari sejarah kedatang kerbau juga boleh menjadikan penanda aras tentang permulaan tarikh Lembah Bama berdasarkan migrasi kerbau kesini. Kajian telah menunjukan bahawa sejak 5000 tahun dahulu kerbau telah ada ditanah Melayu dan ia pasti berada diLembah bama lebih tua dari itu.Kedua dari segi evolusi daun asam jawa dari daun sebesar daun keladi hingga sebesar sekarang,berapakah jangka masanya hanya pakar botani saja yang boleh menjawabnya.

Dari Dr Aminudin

Sunday, December 14, 2008

Wangian Dari Bunga dan Kayu Kesukaan Para Nabi

Begitu ramai para nabi yang diutuskan keplanet bumi mempunyai roh yang sama namun bentuk badan,warna kulit dan bahasa mereka berbeza.Allah telah menjadikan mereka Roh kenabian yang berasal dai Cahaya Allah.Diceritakan yang roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya hingga ia berpeloh, jadi dari peloh itu menjadi roh bunga ros yang pernah saya cetrakan dahulu.Para nabi menggunakan bunga-bungaan dan minyaknya sebagai bahan penyembuh.Ada orang yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mempunyai ramai pengikut ketika berjalan keran memunggut titisan peluh baginda.Mereka dapati peluh baginda semerbak baunya lebih harum dari bau bunga sebab peluh baginda wangi.Roh atau zat bunga boleh dikeluarkan dengan berbagai cara seperti menekan bunga itu hingga keluar minyak atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga atau dengan mencampurkan minyaknya dengan minyak asas (base oil).Kalau kita mencampurkan alkohol pada zat bunga itu akan membunuh zat bunga oleh itu, minyak wangi yang bercampur alkohol tidak disukai oleh para ulama atau ahli sufi.Banyak tempat ibadat orang ulama atau sufi atau wali Allah misalnya diPakistan dimana dibilik uzlahnya dibacakan ayat-ayat suci al-quran pada bunga ros.Mereka mengutip mengutip bunga-bunga tadi sambil membaca zikir dan bunga itu dikeringkan dalam bilik khas bersama ribuan naskah al-quran dan dikhabarkan disitu (Pakistan) itu terdapat empat al-quran yang tertua wujud sejak zaman Saidina Uthman r.a. Cara mengunakan minyak dari bungaan ini ialah dengan mengosok sedikit minyak ditangan kanan dan tapak tangan.Kemudian minyak digosok keseluruh janggut dan dagu dan seterus menyapu pada semua pergelangan tangan.Bagi kita yang mengalami gangguan mental hendaklah dititiskan setitik dua diatas putik kapas dan kemudian sapukan pada dipelenggar telinga (bukan dalam telinga).

Selain dari bunga ros wangian juga boleh kita perolehi iaitu kasturi yang dinyatakan dalam hadis Nabi Muhammmad s.a.w bahawa baginda amat suka memakai bauan kasturi.Minyak kasturi tulin didapati dari kelenjar sejenis rusa yang mana sifatnya panas dan kering, ada orang tidak sukan wangian kasturi kerana asalnya dari binatang.Kasturi dikatakan boleh menyembuhkan sakit pada jasmani dan penyakit-penyakit jantina. Wangi Myrrh ialah getah atau damar yang baunya agak pahit yang diperolehi dari pokok renik yang digunakan untuk buat kemeyan dan minyak wangi.Myrrh bersifat panas dan kering yang digunakan oleh Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s untuk perubatan. Tentang myrrh dapat kita cari dalam al-Quran yang boleh menyembuh penyakit.Pokok ini boleh didapati diTunisia dan Maghribi adalah yang paling bermutu.Bunga melur pula bersifat sejuk dan kering ,sifat bunga melur adalah sejuk tapi zat minyaknya panas, bunga melur amat digemari oleh ahli sufi atau wali yang banyak diTurki.Minyak melur akan membolehkan kita meningkatkan perasaan (mood) dan mengurangkan tekanan mental.

Sekian dahulu dari Dr Aminudin

Saturday, December 13, 2008

Sejarah Pahang Lebih Tua Dari Sejarah Melaka :Satu Penemuan Baru(Sambungan)

Buku yang agak terkini iaitu berjudul Melaka Pusat Penyibaran Islam DiNusantara oleh Mohd Jamil Mukmin (2004) telah membincangkan teori penyibaran Islam kePahang adalak kerana akibat penalokkan Pahang oleh Melaka dizaman Sultan Mansur Syah.Penulis tersebut berpendapat Negeri Pahang sebelum penalokkan adalah bukan berugama Islam.Respons saya kepada Datok Mohd.Jamil ialah bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penyibaran Islam kePahang boleh diperolehi kalu beliau rajin mencarinya namun beliau terus menulis sedemikian "orang-orang Melayu Pahang belum dapat dipastikan samaada sudah berugama Islam atau tidak kerana tiada bukti sejarah yang dapat dipegang".Buku dan rencana yang boleh diperolehi dan dirujuk oleh beliau mislannya buku bertajuk Sejarah Orang Syed diPahang oleh Dr Mahayudin Hj.Yahya (1984),rencana bertajuk "Negeri Pahang DiTengah-tengah Perkembangan Agama Islam dan Kristian (1997) dan kertas kerja Othman Yatim bertajuk "Sejarah Islam Awal DiPahang: Satu Renungan Kembali ,(1997).Sejarah membuktikan orang Pahang menerima terus Islam dari Arab atau dengan kata lain menerusi pedagang-pedagang Arab sejak Abad ke10 mesihi lagi.Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu nesan diKampong Pematang Pasir,Pekan yang merupakan seorang tokoh ulama dan juga wali yang datang kePahang dan telah meninggal disitu.

Penulis seperti W.Linehan dan P.Wheatley sejak dahulu lagi telah dapat mengesan bahawa Islam telah sampai dahulu lagi kePahang dari Melaka.Pekan merupakan tempay persinggahan pedagang-pedagang arab dan ini dapat dibuktikan banyak makam-makam syed sebelum abad yang ke15 lagi. Malahan dalam Sejarah Melayu sendiri diceritakan tentang seorang Arab yang bernama Nahkoda Saidi Ahmad yang tinggal diKuala Pahang telah membantu mengambil dan melarikan Tun Teja dan kemudian diberi hadiah oleh Sultan Melaka berupa emas dan Nahkoda Saidi Ahmad diberikan gelaran Tun Setia Diraja oleh Sultan Melaka.Apa yang kita perolehi dari sini ialah bukti bahawa orang Arab yang membantu orang Melaka melarikan Tun Teja telah lama tinggal dinegeri Pahang.Kajian Profesor Dr Nik Hassan Shuhaimai tentang artifak-artifak yang ditemui boleh dijadikan bukti bahawa Pahang amat terkenal dimata ahi pelayaran dan perdagang seluruh dunia diabad yang ke11dimana belaiau menulis :-

'Pulau Tioman dalam sumber-sumber Arab dan Cina sebagai pelabuhan persinggahan yang p[enting dalam abad yang ke11 dan seterusnya menandakan satu lagi perkembangan perdagangan antarabangsa dirantau Asia amnya dan Malaysia khususnya sebelum kelahiran sebauh entepot diMelaka pada abad yang ke15"(Dr Nik Hassan Shuhaimi,1997)

Semua bahan rujukan yang saya nyatakan diatas adalah bahan-bahan rujukan yang lebih lama dari yang dihasilkan oleh Mohd Jamil iaitu pada tahun 2004.Mohd Jamil juga telah mengambil kira pandangan pengembara dari Cina iaitu Wang-Ta-Yuan dalam tahun 1349 yang mengatakan penduduk-penduduk Peng Keng(Pahang) memeram air kelapa untuk minuman (tuak) dan juga fahaman Maharaja mempercayai hantu dan roh.Sukacita saya merujuk berberapa pengembara Cina dan Arab bahawa mereka telah mengenali pantai timur termasuk Pulau Tioman,Pulau Tinggi,Pulau Pemanggil dan lain sejak lama lagi.Tentang kegemaran minum air tuak dan mempercayai hantu dan roh itu adalah perkara yang terpencil yang dapat dilihat oleh pengembara-pengembara tersebut.Hari dalam sebuah negara yang berbilkang kaum dan kita menghormati diantara satu dengan lain dan menghormati kebebasan mereka menganut ugama kita dapat lihat ada juga orang Melayu meminum arak dan mempercayai hantu dan roh.Malahan diSelangor hingga kehari ini terdapat 2 kilang membuat arak.Manakala film-film hantu dan seram semakin banyak ditayangkan dalam televisyen kita.Saya juga mendapat tahu banyak pekara-pekara kurafat dan tahyul berlaku diPulau Besar, Melaka yang merupakan negeri yang merupatakan pusat penyibaran Islam yang terkenal dimasa dahulu.Buku terbahru oleh Ana Fakir Tahun 2008 berjudul Menyingkap Mesteri Pulau Besar menceritakan perkara yang sama.Jadi Pahang diera tahun 1349 yang masih zaman transisi Hindu ke islam sudah tentu tidak terlepas dari pengaruh ini.Akhirnya biarlah saya nukilkan keputusan kajian Dr Mahayudin (1984) tentang kedatangan Islam kePahang seperti berikut :-

"Penghijrahan kaum syed kePahang berlaku secara berperingkat-peringkat dan menerusi dua cara iaitu secara lansung dan tidak langsung.Secara lansung adalah dari Hadramaut kePahang adalah jarang dilakukan tetapi biasanya secara tidak langsung,sebelum sampai kePahang mereka berada dinegeri India dan Indo-Cina sejak abad yangke13 mesehi "

Sekian dari Dr Aminudin

Friday, December 12, 2008

Sejarah Pahang Lebih Tua Dari Sejarah Melaka : Satu Penemuan Baru

Sesungguhnya sejarah Negeri Pahang adalah lebih tua dari sejarah Melaka yang selama ini kita membaca buku sejarah Malaysia sekarang.Ini adalah berdasarkan fakta dan kajian-kajian baru yang menunjukan dan diambil kesimpulan dari kajian-kajian dan tinggalan arkeologi seperti digua-gua seperti diKota gelanggi,Gua Bama(Kg Relong,Gua Batu Luas (Taman Negara,Pulau Tioman,Sejarah Orang syed diPahang dan lain-lain.Kajian dan penyelidikan diPulau Tioman berdasarkan artifak arkeologi telah mengukuhkan teori yang negeri Pahang adalah sebuah negara Maritim yang berpusat dikuala Lipis dan pelabuhan lautannya adalah diPulau Tioman.Kajian Prof Dr Nik Hassan Suhaimi pada 1997 telah mengesahkan bahawa Pulau Tioman adalah pusat maritime.Manakala saya pula akan membuktikan Lembah Bama adalah merupakan Pusat Perdagangan dan pelabuhan ditengah-tengah Tanah Melayu.Catatan ahli-ahlu pelayaran cina seperti Cheo Jun Kun turut mengatakan sejarah Kesultanan Pahang adalah lebih dahulu wujud berbanding dengan sejarah kesultanan Melaka dimana menurutnya Pahang amat terkenal dengan pengeluran lakawood,jadi kajian lebih banyak juga akan terus membuktikan bahawa perkara ini benar dikawasan seperti Lipis,Tioman,Tasek Bera,Tasik Cina dan lain-lain.

Sejarawan seperti wilder pada tahun 1982 telah mengemukan pendapatnya bahawa sejarah Pahang menjadi sebuah kerajaan terawal adalah kerana aspek semulajadinya yang menpunyai sungai-sungai besar dan terdapat galian yang bernilai ialitu emas yang banyak dipahang sejak dahulu lagi dan masih ada hingga kehari ini dimana ianya dilombong sehingga sekarang.Jadi menurut penulis ini sungailah menjadi perhubungan dan emas dielsport keluar negara.Malahan sungai-sungai itu dipanggil sungai-sungai emas (rivers of gold),selain dari itu ada juga pengkaji yang berpendapat bahawa sejarah Pahang adalah lebih awal dari Melaka adalah kerana aspek penempatan mereka.Penempatan yang dimaksudkan ialah kerana ada dua buah tasik besar diPahang iaitu Tasek Bera dan Tasek Cini, malahan nama tasek Bera yang ada kaitan dengan bahasa sanskrit bermakna kesucian (sacredness) yang mana samalah dengan tamaddun terawal dunia seperti diMesir dan India.

Sejarah kedatangan Uslam juga cukup menarik dimana penulis seperti Othman Yatim (1997) mendapati batu nisan diKg Pematang Pasir,Pekan yang bertarikh 419hijrah atau bersamaan 1028 masehi adalah lebih awal yang terdapat dapipada Batu Bersurat yang beratrikh 702 hijrah atau bersamaan 1303 yang dijumpai diTerengganu.Banyak ahli sejarah mengatakan orang Pahang memelok Islam akibat sultan Melaka yang dihantar kePahang.Kajian yang lebih banyak bolehlah dibuat pada kubur-kubur lama diPahang Tua bagi menghalusi perkara ini.Namun bagi saya kubur-kubur lama perlu dianalisis walau tiada bernisan kerana ianya ada kaitan dengan Kerajaan Melayu Aceh dan Riau Lingga yang akan saya jelaskan dalam bab mengesan waris kesultanan tersebut yang membuka penempatan diLembah Bama.

Ini adalah sebahagian dari catatan penulis mengenai bukti Kerajaan Pahang adalah lebih lama atau wujud dari Kesultanan Melaka yang selama ini kita sangkakan.sekian semula jumpa lagi dibahagian sambungannya.

Dr Aminudin

Paksako Kawan Sama Kumpulan 3 PTD

Hari ini saya membaca akhbar berita harian mengatakan bahawa Paksako atau Dato' Ishak Muhamad bersara awal kerana tidak sama dengan prinsip beliau.Saya tabik Pakso yang merupakan kawan saya sama kedet PTD dalam kumpulan 3 bawah Penyeliaan Encik Halim.Kami dari kumpulan 3 bawah mentor Dato Sirajuddin memang berani dan bergitu ceria.Maklumlah Tok Penghulu kumpulan kami orang yang lemah lembut dan penyayang.Banyak diantara rakan-rakan kami ada doktor falsafah seperti Ramli,Badariah,Nazri dan lain-lain.Kepala semua bijak-bijak tapi tidak boleh dipermainkan prinsip kami.Paksako memang pandai main drum dan gitar.Bila dia bertugas diPerak saya bertugas diPahang.Dia menguatkuasakan akta imigeresen saya menguatkan akta tanah.Kami selalu berdepan dengan orang-orang yang hendak melanggar peraturan dan juga bos kami.Bila perkara seperti ini berlaku orang yang langgar peraturan selalu rujuk pada orang besar-besar atau orang politik jadi sebagai pegawai penguatkuasa terpaksa garu kepala.

Bila Paksako bersara awal saya ucapkan tahniah kerana ada prinsip, begitu juga saya berhenti kerana pertahankan prinsip yang kita pegang.Bukan semua wang menjadi hambatan dalam perkhidmatan PTD tetapi inilah menjadi hala tuju kebanyakan dari kita.Selain dari itu kalau sebut arahan bos semua akur dan setuju.Kadang-kadang ada juga bos saya dulu faham akan nasib pegawai bawahannya yang mendapat tekanan dari pihak tertentu dan dia simpati tapi biasanya jalan keluar adalah pertukaran yang dilakukan oleh JPA.Untuk jalan mudah JPA memasukan kita dalam pool atau kolam unit guna sama.Masa saya dalam pool dulu sebelum pencen pilihan banyak orang yang berpinsip duduk berenang dan tunggu masa untuk pencen atau tukar kesatu tempat yang kita taksuka.

Akhirnya banyak sabarlah Paksako dan kalau pencen buatlah program yang dapat membantu masyarakat atau kita kumpul balik kawan-kawan kita kumpulan 3 buat satu kooperasi yang berpotensi untuk besar.Allah Maha Mengetahui apa yang kita laksanakan untuk bangsa dan negara.Rezeki,Jodoh dan Maut Ditentukan oleh Allah, hari ini juga kawan saya Dato Abdullah setiusaha UMNO Pahang pulang kerahmatullah akibat langgar kerbau diTemerloh, jadi kita hadiahkah Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah.

Sekian wassalam Dr Aminudin

Wednesday, December 10, 2008

Wangian dari Lembah Bama dieksport KeArab

Bahan wangian dalam ugama Islam memang memainkan perana vital dalam kehidupan seorang Islam itu sendiri ianya sejak azali lagi .Ia berkaitan dengan Zat Allah juga,bahan wangian dari bunga dan tumbuhan mempuyai sifat fizikal dan zatnya atau rohnya.Setiap pokok mempunyai ciri yang tersendiri misalnya rambutan tidak sama dengan durian dari segi bunga dan buahnya.Bunga durian berbau wangi bila berbunga dan rambutan tidak.Begitu juga bila berbuah dan masak.Buah durian berbau buah rambutan tidak .Ini adalah keagungan ALLAH yang MAHA PENCIPTA. Kita kadang-kadang-kadang hanya tahu memakan buah-buahan tetapi tidak memikirkan kejadian yang dicipta Allah.Dari segi sains korelasi dari bunga hingga berbuah masak mempunyai signifikan yang 100% begitu juga ujian DNA bagi kes-kes yang mempunyai korelasi adalah 99.9%.

Dari segi kajian Lembah Bama saya dapati haruman dari pokok dan bunga telah didagangakan oleh penduduk Lembah Bama dengan Negara Aran sejak abad yang 3 atau 4 sebelum meshi lagi melalui pedagang Arab dan Cina.Dimasa itu satu terusan besar melalui Semenanjung Tanah Melayu terus keLaut Cina Selatan dan bukti geologi dan arkeologi yang saya paparkan dalam kajian itu menunjukan Lembah Bama sebagai Pusat Perdagagan yang lebih dahulu dari Melaka dan kajian ini disokong oleh Prof saya dari UKM yang membuat kajian diPulau Tioman dan Sdr Adi Talha diGua Bama.Diantara bahan yang didagangkan itu ialah kayu gaharu,cendana(sandalwood),kasturi,mawar,melur,getah perca,bungaan dan lain-lain.

Dalam artikel ini saya ingin mengariskan kegunaan beberapa jenis bunga yang istemewa dalam Islam. Bung a ros (mawar) adalah dianggap bunga paling sempura wangiannya dengan badan kita.Zat bunga ini samgat bernilai dengan keseimbangan badan kita.Bunga ini dianggap sebagai ibu segala bunga dalam Taman Ratu Bunga.Dalam kajian terhadap bungaan ada terdapat 300 jenis bunga ros didunia ini yang boleh dijadikan pemulihan dalam bidang aromatherapi.Yang paling baik adalah bunga ros yang dikeluarkan diBulgria ayang masa ini kira-kira USD $500 seauns.Bagi menghasilkan satu kilogram minyak ros kita memerlukan 60,000 paun kelopak bunga ros.DiIndia pemakaian wangi bunga ros adalah semasa perkahwinan Shah Jehan yang membina Taj Mahal yang agong itu.Maharaja Shah Jehan telah memenuhi kolam yang mengilingi istana tersebut dengan bunga ros.Sinaran panas matahari telah memanaskan kolam tersebut dan minyak telah naik keatas dan orang India menyauknya dan menyimpan utuk kegunaan wangian dan selepas itu mereka telah tahu bagaimana nak menghasilkannya.Bunga ros bertindak serentak dalam badan kita, perasaan kita dan kerohanian kita, minyak ini membersih dan meningkatkan fizikal dan mental dan rohani kita.Minyak ini paling kurang sekali toksidnya dan boleh kita minum dan setitik minyaknya boleh dicampuran untuk segelen air.

Itu sedikit sebanyak tentang ciri wangian bunga untu kali ini diartikel akan datang saya akan menghuraikan kegunaan bahan wangian yang lain dan cara menggunakannya.

Sekian dari Dr Aminudin

Monday, December 8, 2008

Sejarah Kampong Relong ,Kuala Lipis dan lain-lain

Sejarah Kampong Relong dan lain-lain kampong dalam kawasan Lembah Bama berdasarkan kajian dimulai dengan kampong Relong yang merupakan pusat pusat pentadbiran lembah tersebut.Kampong Relong merupakan nama yang wujud sebab bentuknya yang merelong seperti mangkok atau lebih tepat lagi merupakan satu kawasan jelapang padi (rice bowl).Asal nama kampong Relong adalah sesuatu yang berkaitan dengan kawasan strategic terutama sekali kalau kita sampai kekemuncak Gua Bama dan kalau kita memandang kebawah pemandanganya memang seperti penempatan pentadbiran sebuah kerajaan dimasa lampau.Saya telah melihat pemandangan ini beberapa kali apabila naik kepuncak Gua Bama dan dikatakan ada sebuah mahligai diatasnya satu ketika dahulu bersama kolam renang yang luas dizaman lampau.Begitu juga dengan kampong lain yang termasuk dalam kawasan Lembah Bama seperti kampong Keledek yang mengambil sempena nama pokok keledek yang menjadi hasil pertanian terutama dikampong tersebut yang begitu menjadi atau menghasilkan isi keledek yang banyak dan besar-besarpula.Semasa saya kecil saya selalu mengikut Allayarham Pakwe Idin saya diladang keledeknya yang begitu menjadi atau menghasilkan keledek yang banyak disamping tanaman labu yang begitu enak direbus.Begitu juga nama Kampong Beletik yang berasal dari nama pokok betik yang merupakan hasil pertanian kita sekarang.

Seterusnya Kampong Lubuk Kulit pula mendapat namanya setelah sebuah kepok padi telah lari atau pergi kesebuah lubuk dikampong tersebut kerana merajuk atau tidak dihiraukan lagi oleh tuannya.Manakala Kampong Kuala Medang seperti yang saya huraikan diawal tulisan ini adalah nama asal Negeri Pahang iaitu dari sejenis pokok dipanggil Medang.Jadi nama Kuala Med ang ini juga berasal dari nama pokokMedang.Sejarah banyak membuktikan nama-nama tempat adalah berasal dari nama pokok-pokok.Selain dari itu nama Kampong Behrang pula sempena keberangan gajah yang naik minyak dan menyerang orang kampong disitu dan sekaligus membuatkan orang dikampong itu menamakan kampong Behrang dan ini juga menunjukan Lembah Bama memang banyak gajah.Tetapi sayangnya Kampong Behrang telah begitu sunyi kerana ramai dari penduduknya telah berhijrah ketempat lain.Rumah yang selalu saya kunjungi untuk bermain dan mandi digedung ialah rumah Aki Berahim dan sekarang telah sepi kerana anak-anaknya tidak mahu lagi tinggal disitu,sungguh sayang.

Kampong terakhir yang ingin saya sentuh ialah Kampong Bukit Betong adalah sempena dengan banyak pokok buloh betong dikampong itu.Selain dari itu ada dikalangan penduduk disitu yang dikatakan keturunan dari anak buluh betong.Dimana mereka yang berketurunan ini tidak boleh makan rebung dari buluh betong.Dalam hikayat Seri Raya sendiri menceritakan bahawa Tuan Puteri Madu-dari adalah dijumpai dalam rumpunan buluh betong.Kajian Linehan juga mendapati keturunan pembesar dari Jelai adalah dari anak buluh betung dan tidak boleh terdedah kepada jerami pokok selinsing.

Saya petik bahan ini dari Kajian saya bertajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal DiAsia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relon)

Dr Aminudin

Saturday, December 6, 2008

Salaamah Mutaqaaid Ustaz Zahari Uda

Sahabat saya Ustaz Zahari Uda dari KgRelong,Kuala Lipis telah bersara beberapa bualan yang lalu.Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang perspektif saya terhadap profession bidang perguruan dari sudut cost and benefit.Pandangan saya dari bidang profession lain adalah tidak sama dengan mereka yang datang dari bidang perguruan seperti Cikgu Yusof,Adnan,Rahman dan Sarifuddin.Saya mengenali beliau sejak dikampong lagi kemudian sama-sama belajar diUKM walaupun dia senior kami duduk sekali diYPM dan kemudian beliau bertugas diPoliteknik Temerloh ,saya diPejabat Daerah Temerloh dan ini menjadi parameter persahabatan kami.Profession perguruan adalah bidang yang sudah lama usianya dan sering mendapat pengiktirafan dimasa lampau, namun ternyata sekarang mengalami perubahan dan kadang-kadangterhakis oleh arus permodenan.Kalau dahulu profession ini menjadi begitu ketara sebagai batu loncatan dalam dunia politik tetapi sudah menjadi lumarah alam hiraki ini telah didominasi oleh para peniaga dan ahli koprat.Apa yang vital saya katakan cost menghasilkan para guru kebelakangan ini meningkat dengan banyaknya bilangan guru dan pusat-pusat pengeluaran guru.Hari ini profession perguruan menjadi kerjaya graduan untuk menentukan masa depan mereka terjamin dan perkhidmatan kerajaan dan terikat dengan general order.Jadi sebab itu bila tiba masa pencen kita kena pencen dan kalau tidak mahu pencen juga masuklah politik dimana umur pencen tiada hadnya.Jadi dengan itu ada guru masuk politik kerana tidak mahu pencen bukannya seperti Ustaz kita ni yang mahu pencen.Menyentuh tentang teori cost and benefit bidang perguruan telah menjadi kewajaran selari dengan teori ini.Dimana kalau dilihat pada pendapatan dan kos perbelanjaan peribadi guru meningkat sedangkan benefit telah menurun.Umpamanya guru dizaman saya bersekolah dulu tidak mengenakan bayaran apabila memberikan tution bila diperlukan,kualiti displin menjaga guru adalah tinggi,gayahidup yang penuh tatasusila,berjimat dalam perbelanjaan dan tidak menunjuk-nunjuk dalam pembelian barangan material.Dengan kata lain begitu dedikasi dan memberi sumbangan bererti kepada masyarakat.Justeru itu sahabat saya telah bersara ada justify dari segi cost and benefit kepada masyarakat kampong kami khasnya dan Kuala Lipis amnya kerana ia memiliki asas pendidikan pondok dan pendidikan moden.Beliau mendapat pendidikan pondok diBukit Berangan,Kampong Relong dan pendidikan moden diUKM.Natijahnya ialah pendidikan sekolah pondok dan pendidikan moden adalah respsi bagi model pendidikan yang unggul.Teori cost and benefit dalam methodologi ini harus dipakai bagi merancang secara strategik bagi sietem pendidikan kita akan datang.Akhirnya kepada Ustaz zahari yang telah bersara diucapkan sekamat bersara dan kalau nak berpolitik selepas bersara ikutlah rentak Pakngah Hashim yang masih tidak bersara dalam politik.Bagi menutup tulisan ini kita renungi perumpaan Arab yang berbunyi "lakukan segera apa yang mengembirakan anda dan tangguhkan apa yang mendatangkan feadah kepada anda".Sekian wassalam

Dr Aminudin

Friday, December 5, 2008

Sungaibatuderelong


Sungai Batu De Relong diujudkan untuk membangunkan database bagi penduduk atau personaliti yang dilahirkan diKampong Relong,Kuala Lipis,Pahang.Selama ini banyak website hanya dimuatkan dengan pelbagai maklumat dengan tidak mencermin identiti Kampong Relong.Dari analisis saya kepada kebanyakan web site yang ada content Kampong Relong, malahan Sejarah Dato Linggi atau Sultan Ahmad dari Kerajaan Riau-Lingga disalah muatkan dalam website yang tiada ada kaitan dengan orang Kampong Relong.Diatas kesedaran itu website khas ini dan mendapat perhatian orang Kampong Relong.Web ini juga akan memuatkan finding kajian saya berjudul Menyingkap Lembah Bama sebagai Pusat Perdagangan terawal DiAsia Tenggara dan Mengesan Sejarah Sultan Ahmad Shah Sultan Riau-Lingga Yang membuka Penempatan Di Kampong Relong.Saya mengalu-alukan graduan yang lahir diKampong Relong memberikan atau mengemukan (sinopsis) kajian mereka ditahun akhir untuk dimuatkan dalam web ini untuk saya ulas atau dikomen.Sekian,terima kasih

Dr Aminudin