Sunday, February 20, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 9


SHO II-TENTERA JEPUN

Unit-unit Khas Imperial Japanese Army

Kempei-tai

Imperial Japanese Army (IJA) agak popular dizaman Perang Dunia Ke2 kerana Kempei-tainya.Tugas Kempei-tai adalah mirip Polis Tentera seperti tentera-tentera negara lain.Walaubagaimanapun tugas lain Kempei-tai adalah mencakupi bidang tugas yang lebih luas lagi.Selain bertugas sebagai Polis Tentera, mereka juga ditugaskan mengawal dan menjaga displin angkatan tentera Jepun tetapi mereka juga ditugaskan mengawal penduduk yang negara mereka jajah. Dari tahun 1937 bilangan anggota Kempei-tai telah berkembang begitu pesat dari 315 orang pegawai menjadi 6000 orang. Mereka ini ditugaskan menjaga dasar-dasar yang dikuatkuasakan dinegeri yang mereka jajah sejak 1942.Hal ini juga menjadikan bilangan anggota mereka kian melonjak ramai kepada jumlah yang begitu mengkagumkan iaitu 10,700 orang pegawai diJepun sahaja dan ada seramai 18,300 orang diManchukuo,Cina dan Korea. Manakala diIndocina seramai 480 orang, 1,100 orang diTanah Melayu, 940orang diThailand,540orang diBurma,830orang diFilipina, 1080orang diDucth East Indies dan Borneo,745 orang diFarmosa dan 90 orang diKepulauan Pasifik (Philip Jowett, 2008:16).

Bersambung Aktiviti Kempei-tai

Dr Aminudin

Sunday, February 6, 2011

Buku Kajian Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Telah DiTerbitkan


Sukacita saya memaklumkan bahawa buku saya yang berjudul " Kajian Terhadap Hikayat Seri Rama Dari Perspektif Strategi Dan Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara Yang DiKarang oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang " telah saya terbitkan dengan cetakkan terhad sebanyak 150 buah. Buku ini yang memuatkan kandungan seperti berikut :-

1.Atipan I- Sejarah Hikayat Seri Rama
2.Atipan II-Konsep Melayu
3.Atipan III- Negara Kota DiAlam Melayu Termasuk Lembah Bama
4.Atipan IV- Peranan Bahasa dan Kesusasteraan Islam Di Alam Melayu
5.Atipan V- Perbincangan Mengenai Naskhah Tertua DiNusantara
6.Atipan Vi- Strategi Peperangan Islam,Cina,India dan Alam Melayu
7.Atipan Vii-Strategi Pemerintahan dan Peperangan Yang Terdapat dalam Hikayat Seri Rama.
8.Atipan Viii-Pengaruh bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu
9.Atipan IX- Pengaruh Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu
10.Atipan X-Pembuktian Hikayat Seri Rama ditulis oleh Orang Lembah Bama
11.Atipan Xi-Epitome

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi email saya-aminrelong@yahoo.com.my.Buku ini dijual kepada para peminat kesusasteraan pada harga RM45( empat puluh lima ringgit )termasuk kos pos.


Dr Aminudin

Tuesday, January 25, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 11


Agama Islam

Menurut wikipedia.org bahawa tokoh Jepun yang mula-mula sekali memeluk agama Islam ialah Kotaro Yamaoka atau Omar Yamaoka dan Ahmad Ariga. Begitu juga dengan Yamada Toajiro yang merupakan seorang peniaga Jepun yang menentap diIstambul serta menjadi wakil konsul Jepun disana dengan memakai nama Islamnya,Abdul Khalil. Ada orang Islam yang mendapat perlindungan diJepun satu ketika dahulu adalah mereka yang berbangsa Turki-Tartar .Dimana ketika itu mereka mempunyai bilangan seramai hanya 600 orang pada tahun 1938. Penduduk Jepun ada juga yang memeluk Islam yang kebanyakkannya memeluk Islam bila bertemu dengan golongan Muslim yang saya katakan itu. Masjid Kobe telah dibina pada tahun 1935 dengan pembiayan dan sokongan komuniti Turki-Tartar yang merupakan golongan perniaga diJepun. Masjid Tokyo pula dirancang pembinaannya pada tahun 1908 dan hanya dapat disiapkan pada tahun 1938 yang mana mendapat sokongan kewangan dari pihak Zaibatsu. Imam-imam Masjid Tokto yang pertama ialah Abdul Resid Ibrahim dan Abu Hay Qarbangali.

Dai Nihon Kaikyo Kyokai adalah Pertubuhan Islam Jepun yang diasaskan pada tahun 1930, dimana merupakan pertubuhan Islam yang pertama diJepun.Pertubuhan ini mendapat restu dari pihak Maharaja Jepun ketika dalam Perang Dunia Yang Kedua dan ketika itu kira-kira 100 buah buku dan Jurnal Islam diterbitkan diJepun. Diantara tujuan penerbitan itu ialah untuk memberi kefahaman tentang Islam dan juga menentang kolonialisme. Lantaran itu kita dapat menyaksikan ramai cerdik pandai dan para ilmuan Islam datang keJepun ketika itu.Disamping itu kegiatan menterjemah Al-Quran mula dilakukan oleh Shumei Okawa yang beliau telah meninggal dunia pada tahun 1957. Dalam Perang Dunia Yang Kedua ramai juga tentera Jepun yang memeluk Islam terdiri dari juruterbang Jepun. Namun tidak ditonjolkan oleh kebanyakkan buku sejarah Jepun bahawa mereka ini diberikan arahan bahawa diminta mengucap dua kalimah syahadah iaitu " La ila Ahli lalah ", bila kapal terbang mereka ditembak jatuh oleh pihak musuh. Dari banyak bukti bila mereka melaungkan kalimah yang mengingati Allah itu pada ketika mereka ditimpa musibah akibat tembakan musuh telah membantu menyelamatkan mereka ( en.wikipedia.org/Islam in Japan )

Dr Aminudin

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN JEPUN

Budaya Jepun yang kompleks ini agak sukar bagi setengah penilai atau penyelidik kebudayaan dan kesenian yang merupakan orang luar semacam saya.Huraian tentang kebudayaan Jepun banyak disingkap melalui sejarahnya dan sedikit benar disingkap secara terus tentang kebudayaan dan keseniannya. Banyak tulisan dibuat berdasarkan sejarah Jepun merangkumkan aspek budaya dan kesenian didalamnya.Namun secara permulaanya bolehlah kita lihat pada kebudayaan Jepun dari perspektif keugamaan seperti Shinto,Buddha,Konfucianisme,Kristian dan Islam.

Shinto

Shinto adalah kepercayaan asal masyarakat Jepun yang dikatakan telah sebati dengan masyarakat tempatan dan tuhan yang disembah ialah Kami. Kami merupakan kuasa suci yang terjelma dalam pelbagai bentuk seperti matahari,gunung,pokok,angin,batu,pasir dan berbagai-bagai lagi.Penganut Shinto diajar supaya mencintai alam dan menghormati roh datuk moyang mereka. Orang Jepun mempercayai "Jinja" yang merupakan tempat kediaman Kami dan mereka menganggap tempat ini sebagai suci. " Matsuri " pula adalah cara orang Jepun menyembah Kami yang dilakukan dirumah atau di "Jinja ". Ada beberapa jenis Shinto diJepun yang diantaranya ialah Shrine Shinto (Jinja-Shinto), Imperial Household Shinto (Koshitsu-Shinto),Folk Shinto (Mizoku-Shinto),Sect Shinto(Shua -Shinto) dan Koshinto (Ko-Shinto).Diantara rumah-rumah yang terkenal diJepun dari sejumlah 80,000 rumah atau tempat Shinto adalah seperti berikut:-

1.Atsuta Shrine,Naguya
2.Chichibu Shrine,Saitama
3.Heian Jingu,Kyoto
4.Hikawa Shrine,Omiya
5.Hokkaido Shrine,Sapporo
6.The Ise Jingu,Ise,Mie
7.The Gassan Hongu,Yamagata
8.Itsukushima Shrine,Hirosima (A World Heritage)
9.Iwashimizu Shrine,Yawata,Kyoto
10.Izumo Taisha,Izumo
11.Kasuga Shrine,Nara
12.Katori Shrine,Chiba
14.Nikko toshogu,Nikko
15.Osaki Hachiman Shrine,Miyagi
16.Sendai Toshigu,Sendai
17.Shiogama Shrine,Miyagi
18.Tsurugaoka Haciman Shrine,Kamakura
19.Usa Hachiman Shrine,Oita
20.Yasukuni Shrine,Tokyo

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, January 8, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 9


Era Meiji

Pada tahun 1873,Masehi Kerajaan Maharaja Jepun telah membentuk Undang-Undang Ketenteraan DiRaja Jepun.Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk memodenkan dan memperkukuhkan pemerintahan demokrasi diJepun.Samurai pula menerima implikasi dengan kehilangan statusnya dan ini digambarkan dengan baik terutama dalam film yang berjudul The Last Samurai yang dilakunkan oleh Tom Cruise dan juga Kan Watanabe seperti yang kebanyakkan dari kita menontonnya.Kembali kepada institusi Maharaja adalah intipati dizaman Meiji dimana dikenali diJepun sebagai "tenno atau mikado ".Dizaman ini kelihatan generasi agak muda mendominasi zaman ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang personaliti seperti Sanjo Sanetomi,Iwakura Tomomi,Okubo Toshimichi,Terashima Munenori,Godai Tomoatsu,Takasugi Shinsako,Omura Masujiro,Ito Hirobumi,Kumamaoto,Yuri Kimimasa dan lain-lain.Mereka ini dididik secara tradisional disamping teknikal dalam bidang ketenteraan dikawasan masing-masing.Umpamanya Ito seorang penterjemah,Kido pula seorang penasihat kepada Daimyo.Manakala dari segi pemikiran pula mereka ini dipengaruhi oleh Konfucianisma yang mementingkan terhadap kesetiaan dan dedikasi terhadap matlamat mereka.

Permodenan Meiji dilakukan berdasarkan Sumpah Piagam DiRaja yang dibuat pada tahun 1868 iaitu menekankan tiga perkara utama iaitu pencapaian ilmu dari segenap pelusuk dunia, mengenepikan amalan lama dan semua tindakan kerajaan akan berpandukan pada undang-undang antarabangsa.Dizaman Meiji Tokyo atau Edo telah menjadi ibu negara Jepun dan kelihatan juga pengaruh Shinto diterapkan dalam sistem pentadbiran tersebur.Unit-unit pentadbiran yang dahulunya dikenali sebagai "han" telah digantikan dengan "ken" yang kemudiannya dijadikan unit-unit kecil yang dikenali sebagai "gun" (daerah),"machi"(bandar) dan "mura'(Kampung) yang mana terletak dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.Refomasi yang kita lihat dibuat dari aspek tanah dan kewangan.Diadakan juga khidmat wajib dalam tentera bagi semua lelaki yang berumur 21 tahun keatas.Jadi kita dapati "bushi" telah hilang tradisinya namun nilai tersebut terus dikekal dalam gaya hidup tentera dan dikalangan masyarakat Jepun.

Bersambung

Dr Aminudin

Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 8


Era Edo (1603-1867,M)

Zaman ini dianggap zaman yang aman dibawah Shogun Tokugawa.Golongan daimyo pula dilihat amat taat kepada Shogun.Peperangan dibandar Osaka telah berlaku pada tahun 1614-1615,Masehi adalah usaha-usaha terakhir puak-puak yang ingin menentang Shogun.Ada sekumpulan samurai berusaha menggunakan berberapa strategi dalam era sengoku dahulu.Begitu juga berlaku konflik diOsaka ditahun 1850an merupakan penentangan terhadap zaman Edo yang merupakan pergaduhan diperingkat jalanan.Dilihat juga ada penyibaran agama Kristian dari pendakwah Portugis dan peniaga dari Cina yang merupakan ancaman kecil kepada pemerintah Tokugawa.Pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Shimabara ada berlaku.Adanya kapal berserta meriam dilaut dilihat memberi tekanan pada dasar tutup pintu Jepun dan menjadikan Shogun kian lemah dan diakhir-akhir zaman Shogun terdapat Peperangan Boshin yang kadang-kadang dipanggil Perang Tahun Naga sekitar tahun 1868-1869,Masehi yang merupakan tanda akan akhir era Shogun.

Zaman Jepun Moden

Setelah mengalami zaman yang agak tenteram, Jepun mulai membawa masuk peralatan senjata dari luar dan kemudiannya membuat pula mengikut acuan mereka sendiri, inilah kelebihan orang Jepun.Semasa Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904-1905,Masehi, Jepun telah menjadi negara Asia yang pertama memenangi perperangan terhadap kuasa Eropah.Pada tahun 1902,Masehi juga Jepun menjadi negara pertama diAsia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara Eropah iaitu British.Ini menunjukkan Jepun memasuki dunia perlumbaan untuk menjajah dunia.Walaupun begitu Jepun hanyalah merupakan sebuah negara yang sedang membangun ketika itu.Jepun juga mulai berjinak dengan peperangan dimana telah memerangi Amerika Syarikat didalam Perang Dunia Yang Kedua yang mana ketika itu Jepun hanya mempunyai kekuatan hanya Satu Persepuluh dari kekuatan Amerika Syarikat.

Bersambung Era Meiji

Thursday, December 23, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru-Siri 7


Era Azuchi-Momoyama (1568-1600 M)

Diera ini kita dapati mula kelihatan bandar-bandar penting dalam menggunakan senjatapi setelah berlaku pertempuran dengan Portugis.Arquebus (senapang bertopang) telah mula diperkenalkan diJepun pada tahun 1543.Akibat dari ini penggunaannya mulai meluas pula penggunaan senjata berasaskan bahan letupan dan diguna pakai diJepun .Ini juga merupakan revolusi dalam taktik peperangan diJepun terutama dalam susunatur tentera dan senibina kota-kota diJepun.Pada tahun 1575 Masehi Peperangan Nagashino memperlihatkan 3ooo arquebus digunakan oleh Oda Nobunaga telah mengurangkan beribu-ribu samurai yang diperlukan.Oleh kerana tidak begitu tepatnya sasaran tembakan senjata ini dan memakan masa untuk mengisi peluru bila menggunakan arquebus atau orang Jepun memanggilnya "teppo" ,mereka telah memperbaikinya dengan menggunakan kayu-kayu pula sebagai penopang senjata itu dan ini memudahkan mereka membuat tembakan.

Samurai pula yang selalu memakai pedang dan sering menunduk hormat dengan menganguk-anguk kepala ketika itu.Setelah ketumbukan tentera Jepun ada yang berugama Buddha mereka pula menghasilkan senjata api dan dalam konteks ini ada setengah kumpulan rahib mengambil peluang menggunakan rumah ibadat sebagai tempat pertahanan mereka.Ketika itu "ikki" dikira sebagai satu cabang tentera yang bersifat keugamaan telah memperlihatkan peranan mereka dalam peperangan pula diJepun. Sejak zaman Sengoku peperangan mula kelihatan semakin kompleks dari segi taktiknya dimana dizaman ini banyak juga berlaku peperangan diantara negeri-negeri.Dalam tahun 1592-1598,Masehi ,Toyotomi Hideyoshi telah menghimpunkan 160,000 orang tentera darat dan laut Jepun untuk menawan kerajaan Cina.Tentera Jepun telah mendarat ditanah Cina itu hingga keSungai Yalu dan pemangku Raja ,Tokugawa Ieyasu pernah mengetuai tentera Jepun dizaman tersebut dan menang dalam perang Sekigahara dan memakai gelaran Shogun.

Bersambung Era Edo

Dr Aminudin