Saturday, January 8, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 9


Era Meiji

Pada tahun 1873,Masehi Kerajaan Maharaja Jepun telah membentuk Undang-Undang Ketenteraan DiRaja Jepun.Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk memodenkan dan memperkukuhkan pemerintahan demokrasi diJepun.Samurai pula menerima implikasi dengan kehilangan statusnya dan ini digambarkan dengan baik terutama dalam film yang berjudul The Last Samurai yang dilakunkan oleh Tom Cruise dan juga Kan Watanabe seperti yang kebanyakkan dari kita menontonnya.Kembali kepada institusi Maharaja adalah intipati dizaman Meiji dimana dikenali diJepun sebagai "tenno atau mikado ".Dizaman ini kelihatan generasi agak muda mendominasi zaman ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang personaliti seperti Sanjo Sanetomi,Iwakura Tomomi,Okubo Toshimichi,Terashima Munenori,Godai Tomoatsu,Takasugi Shinsako,Omura Masujiro,Ito Hirobumi,Kumamaoto,Yuri Kimimasa dan lain-lain.Mereka ini dididik secara tradisional disamping teknikal dalam bidang ketenteraan dikawasan masing-masing.Umpamanya Ito seorang penterjemah,Kido pula seorang penasihat kepada Daimyo.Manakala dari segi pemikiran pula mereka ini dipengaruhi oleh Konfucianisma yang mementingkan terhadap kesetiaan dan dedikasi terhadap matlamat mereka.

Permodenan Meiji dilakukan berdasarkan Sumpah Piagam DiRaja yang dibuat pada tahun 1868 iaitu menekankan tiga perkara utama iaitu pencapaian ilmu dari segenap pelusuk dunia, mengenepikan amalan lama dan semua tindakan kerajaan akan berpandukan pada undang-undang antarabangsa.Dizaman Meiji Tokyo atau Edo telah menjadi ibu negara Jepun dan kelihatan juga pengaruh Shinto diterapkan dalam sistem pentadbiran tersebur.Unit-unit pentadbiran yang dahulunya dikenali sebagai "han" telah digantikan dengan "ken" yang kemudiannya dijadikan unit-unit kecil yang dikenali sebagai "gun" (daerah),"machi"(bandar) dan "mura'(Kampung) yang mana terletak dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.Refomasi yang kita lihat dibuat dari aspek tanah dan kewangan.Diadakan juga khidmat wajib dalam tentera bagi semua lelaki yang berumur 21 tahun keatas.Jadi kita dapati "bushi" telah hilang tradisinya namun nilai tersebut terus dikekal dalam gaya hidup tentera dan dikalangan masyarakat Jepun.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: