Tuesday, January 25, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 11


Agama Islam

Menurut wikipedia.org bahawa tokoh Jepun yang mula-mula sekali memeluk agama Islam ialah Kotaro Yamaoka atau Omar Yamaoka dan Ahmad Ariga. Begitu juga dengan Yamada Toajiro yang merupakan seorang peniaga Jepun yang menentap diIstambul serta menjadi wakil konsul Jepun disana dengan memakai nama Islamnya,Abdul Khalil. Ada orang Islam yang mendapat perlindungan diJepun satu ketika dahulu adalah mereka yang berbangsa Turki-Tartar .Dimana ketika itu mereka mempunyai bilangan seramai hanya 600 orang pada tahun 1938. Penduduk Jepun ada juga yang memeluk Islam yang kebanyakkannya memeluk Islam bila bertemu dengan golongan Muslim yang saya katakan itu. Masjid Kobe telah dibina pada tahun 1935 dengan pembiayan dan sokongan komuniti Turki-Tartar yang merupakan golongan perniaga diJepun. Masjid Tokyo pula dirancang pembinaannya pada tahun 1908 dan hanya dapat disiapkan pada tahun 1938 yang mana mendapat sokongan kewangan dari pihak Zaibatsu. Imam-imam Masjid Tokto yang pertama ialah Abdul Resid Ibrahim dan Abu Hay Qarbangali.

Dai Nihon Kaikyo Kyokai adalah Pertubuhan Islam Jepun yang diasaskan pada tahun 1930, dimana merupakan pertubuhan Islam yang pertama diJepun.Pertubuhan ini mendapat restu dari pihak Maharaja Jepun ketika dalam Perang Dunia Yang Kedua dan ketika itu kira-kira 100 buah buku dan Jurnal Islam diterbitkan diJepun. Diantara tujuan penerbitan itu ialah untuk memberi kefahaman tentang Islam dan juga menentang kolonialisme. Lantaran itu kita dapat menyaksikan ramai cerdik pandai dan para ilmuan Islam datang keJepun ketika itu.Disamping itu kegiatan menterjemah Al-Quran mula dilakukan oleh Shumei Okawa yang beliau telah meninggal dunia pada tahun 1957. Dalam Perang Dunia Yang Kedua ramai juga tentera Jepun yang memeluk Islam terdiri dari juruterbang Jepun. Namun tidak ditonjolkan oleh kebanyakkan buku sejarah Jepun bahawa mereka ini diberikan arahan bahawa diminta mengucap dua kalimah syahadah iaitu " La ila Ahli lalah ", bila kapal terbang mereka ditembak jatuh oleh pihak musuh. Dari banyak bukti bila mereka melaungkan kalimah yang mengingati Allah itu pada ketika mereka ditimpa musibah akibat tembakan musuh telah membantu menyelamatkan mereka ( en.wikipedia.org/Islam in Japan )

Dr Aminudin

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN JEPUN

Budaya Jepun yang kompleks ini agak sukar bagi setengah penilai atau penyelidik kebudayaan dan kesenian yang merupakan orang luar semacam saya.Huraian tentang kebudayaan Jepun banyak disingkap melalui sejarahnya dan sedikit benar disingkap secara terus tentang kebudayaan dan keseniannya. Banyak tulisan dibuat berdasarkan sejarah Jepun merangkumkan aspek budaya dan kesenian didalamnya.Namun secara permulaanya bolehlah kita lihat pada kebudayaan Jepun dari perspektif keugamaan seperti Shinto,Buddha,Konfucianisme,Kristian dan Islam.

Shinto

Shinto adalah kepercayaan asal masyarakat Jepun yang dikatakan telah sebati dengan masyarakat tempatan dan tuhan yang disembah ialah Kami. Kami merupakan kuasa suci yang terjelma dalam pelbagai bentuk seperti matahari,gunung,pokok,angin,batu,pasir dan berbagai-bagai lagi.Penganut Shinto diajar supaya mencintai alam dan menghormati roh datuk moyang mereka. Orang Jepun mempercayai "Jinja" yang merupakan tempat kediaman Kami dan mereka menganggap tempat ini sebagai suci. " Matsuri " pula adalah cara orang Jepun menyembah Kami yang dilakukan dirumah atau di "Jinja ". Ada beberapa jenis Shinto diJepun yang diantaranya ialah Shrine Shinto (Jinja-Shinto), Imperial Household Shinto (Koshitsu-Shinto),Folk Shinto (Mizoku-Shinto),Sect Shinto(Shua -Shinto) dan Koshinto (Ko-Shinto).Diantara rumah-rumah yang terkenal diJepun dari sejumlah 80,000 rumah atau tempat Shinto adalah seperti berikut:-

1.Atsuta Shrine,Naguya
2.Chichibu Shrine,Saitama
3.Heian Jingu,Kyoto
4.Hikawa Shrine,Omiya
5.Hokkaido Shrine,Sapporo
6.The Ise Jingu,Ise,Mie
7.The Gassan Hongu,Yamagata
8.Itsukushima Shrine,Hirosima (A World Heritage)
9.Iwashimizu Shrine,Yawata,Kyoto
10.Izumo Taisha,Izumo
11.Kasuga Shrine,Nara
12.Katori Shrine,Chiba
14.Nikko toshogu,Nikko
15.Osaki Hachiman Shrine,Miyagi
16.Sendai Toshigu,Sendai
17.Shiogama Shrine,Miyagi
18.Tsurugaoka Haciman Shrine,Kamakura
19.Usa Hachiman Shrine,Oita
20.Yasukuni Shrine,Tokyo

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, January 8, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 9


Era Meiji

Pada tahun 1873,Masehi Kerajaan Maharaja Jepun telah membentuk Undang-Undang Ketenteraan DiRaja Jepun.Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk memodenkan dan memperkukuhkan pemerintahan demokrasi diJepun.Samurai pula menerima implikasi dengan kehilangan statusnya dan ini digambarkan dengan baik terutama dalam film yang berjudul The Last Samurai yang dilakunkan oleh Tom Cruise dan juga Kan Watanabe seperti yang kebanyakkan dari kita menontonnya.Kembali kepada institusi Maharaja adalah intipati dizaman Meiji dimana dikenali diJepun sebagai "tenno atau mikado ".Dizaman ini kelihatan generasi agak muda mendominasi zaman ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang personaliti seperti Sanjo Sanetomi,Iwakura Tomomi,Okubo Toshimichi,Terashima Munenori,Godai Tomoatsu,Takasugi Shinsako,Omura Masujiro,Ito Hirobumi,Kumamaoto,Yuri Kimimasa dan lain-lain.Mereka ini dididik secara tradisional disamping teknikal dalam bidang ketenteraan dikawasan masing-masing.Umpamanya Ito seorang penterjemah,Kido pula seorang penasihat kepada Daimyo.Manakala dari segi pemikiran pula mereka ini dipengaruhi oleh Konfucianisma yang mementingkan terhadap kesetiaan dan dedikasi terhadap matlamat mereka.

Permodenan Meiji dilakukan berdasarkan Sumpah Piagam DiRaja yang dibuat pada tahun 1868 iaitu menekankan tiga perkara utama iaitu pencapaian ilmu dari segenap pelusuk dunia, mengenepikan amalan lama dan semua tindakan kerajaan akan berpandukan pada undang-undang antarabangsa.Dizaman Meiji Tokyo atau Edo telah menjadi ibu negara Jepun dan kelihatan juga pengaruh Shinto diterapkan dalam sistem pentadbiran tersebur.Unit-unit pentadbiran yang dahulunya dikenali sebagai "han" telah digantikan dengan "ken" yang kemudiannya dijadikan unit-unit kecil yang dikenali sebagai "gun" (daerah),"machi"(bandar) dan "mura'(Kampung) yang mana terletak dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.Refomasi yang kita lihat dibuat dari aspek tanah dan kewangan.Diadakan juga khidmat wajib dalam tentera bagi semua lelaki yang berumur 21 tahun keatas.Jadi kita dapati "bushi" telah hilang tradisinya namun nilai tersebut terus dikekal dalam gaya hidup tentera dan dikalangan masyarakat Jepun.

Bersambung

Dr Aminudin

Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 8


Era Edo (1603-1867,M)

Zaman ini dianggap zaman yang aman dibawah Shogun Tokugawa.Golongan daimyo pula dilihat amat taat kepada Shogun.Peperangan dibandar Osaka telah berlaku pada tahun 1614-1615,Masehi adalah usaha-usaha terakhir puak-puak yang ingin menentang Shogun.Ada sekumpulan samurai berusaha menggunakan berberapa strategi dalam era sengoku dahulu.Begitu juga berlaku konflik diOsaka ditahun 1850an merupakan penentangan terhadap zaman Edo yang merupakan pergaduhan diperingkat jalanan.Dilihat juga ada penyibaran agama Kristian dari pendakwah Portugis dan peniaga dari Cina yang merupakan ancaman kecil kepada pemerintah Tokugawa.Pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Shimabara ada berlaku.Adanya kapal berserta meriam dilaut dilihat memberi tekanan pada dasar tutup pintu Jepun dan menjadikan Shogun kian lemah dan diakhir-akhir zaman Shogun terdapat Peperangan Boshin yang kadang-kadang dipanggil Perang Tahun Naga sekitar tahun 1868-1869,Masehi yang merupakan tanda akan akhir era Shogun.

Zaman Jepun Moden

Setelah mengalami zaman yang agak tenteram, Jepun mulai membawa masuk peralatan senjata dari luar dan kemudiannya membuat pula mengikut acuan mereka sendiri, inilah kelebihan orang Jepun.Semasa Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904-1905,Masehi, Jepun telah menjadi negara Asia yang pertama memenangi perperangan terhadap kuasa Eropah.Pada tahun 1902,Masehi juga Jepun menjadi negara pertama diAsia menandatangani perjanjian pertahanan dengan negara Eropah iaitu British.Ini menunjukkan Jepun memasuki dunia perlumbaan untuk menjajah dunia.Walaupun begitu Jepun hanyalah merupakan sebuah negara yang sedang membangun ketika itu.Jepun juga mulai berjinak dengan peperangan dimana telah memerangi Amerika Syarikat didalam Perang Dunia Yang Kedua yang mana ketika itu Jepun hanya mempunyai kekuatan hanya Satu Persepuluh dari kekuatan Amerika Syarikat.

Bersambung Era Meiji

Thursday, December 23, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru-Siri 7


Era Azuchi-Momoyama (1568-1600 M)

Diera ini kita dapati mula kelihatan bandar-bandar penting dalam menggunakan senjatapi setelah berlaku pertempuran dengan Portugis.Arquebus (senapang bertopang) telah mula diperkenalkan diJepun pada tahun 1543.Akibat dari ini penggunaannya mulai meluas pula penggunaan senjata berasaskan bahan letupan dan diguna pakai diJepun .Ini juga merupakan revolusi dalam taktik peperangan diJepun terutama dalam susunatur tentera dan senibina kota-kota diJepun.Pada tahun 1575 Masehi Peperangan Nagashino memperlihatkan 3ooo arquebus digunakan oleh Oda Nobunaga telah mengurangkan beribu-ribu samurai yang diperlukan.Oleh kerana tidak begitu tepatnya sasaran tembakan senjata ini dan memakan masa untuk mengisi peluru bila menggunakan arquebus atau orang Jepun memanggilnya "teppo" ,mereka telah memperbaikinya dengan menggunakan kayu-kayu pula sebagai penopang senjata itu dan ini memudahkan mereka membuat tembakan.

Samurai pula yang selalu memakai pedang dan sering menunduk hormat dengan menganguk-anguk kepala ketika itu.Setelah ketumbukan tentera Jepun ada yang berugama Buddha mereka pula menghasilkan senjata api dan dalam konteks ini ada setengah kumpulan rahib mengambil peluang menggunakan rumah ibadat sebagai tempat pertahanan mereka.Ketika itu "ikki" dikira sebagai satu cabang tentera yang bersifat keugamaan telah memperlihatkan peranan mereka dalam peperangan pula diJepun. Sejak zaman Sengoku peperangan mula kelihatan semakin kompleks dari segi taktiknya dimana dizaman ini banyak juga berlaku peperangan diantara negeri-negeri.Dalam tahun 1592-1598,Masehi ,Toyotomi Hideyoshi telah menghimpunkan 160,000 orang tentera darat dan laut Jepun untuk menawan kerajaan Cina.Tentera Jepun telah mendarat ditanah Cina itu hingga keSungai Yalu dan pemangku Raja ,Tokugawa Ieyasu pernah mengetuai tentera Jepun dizaman tersebut dan menang dalam perang Sekigahara dan memakai gelaran Shogun.

Bersambung Era Edo

Dr Aminudin

Tuesday, December 21, 2010

Teori Raut Wajah: Menjejak Wajah-Wajah Wanita Dari Tamadun Cina-Jepun-Melayu Bagi Keturunan Datok Linggi DeRelong,Kuala Lipis



Bahagian Kelima

ANALISIS DAN KESIMPULAN

Wajah-wajah wanita Cina-Jepun-Melayu sebenarnya tidak banyak berbeza.Dari kajian saya terhadap wajah-wajah saudara mara saya yang berketurunan Datok Linggi adalah merupakan wajah-wajah yang seiras dengan wanita Jepun terutamanya dan amnya wanita Cina.Begitu jugalah dengan kegemaran mereka iaitu minum teh bagi wanita Jepun dimasa santai dan teribat dalam kegiatan kebudayaan seperti "kabuki" (kabuki adalah sejenis bentuk drama seni yang dengan para pelakun profesional, set dan sebagainya )."Kabuki" ini tidak jauh bezanya dengan drama bangsawan Melayu yang pernah saya siarkan artikelnya dalam blog ini bertajuk " Nostalgia Pada Makandak Dan Bangsawan ".Dimana Makandak Minah I adalah salah seorang yang mengerakkan drama bangsawan deRelong.Sebagai buktinya saya paparkan foto diatas yang menunjukkan Makandak Minah I dan Makcu Wan Sepiah W I terlibat dalam aktiviti tersebut.Begitu juga saya telah menghuraikan dengan agak panjang lebar dalam Kajian Lembah Bama tentang penanaman padi padi dimasa lalu deRelong.Dimana diantara aktiviti tersebut ialah mencangkul sawah,mengubah,menanam padi,menuai padi, mengirik,mengangin padi, menjemur, menumbuk padi dalam lesung atau dengan indek. Saya juga mengimbau kembali peristiwa mengemping dan kekalu yang kini tiada lagi dilakukan derelong, namun tradisi ini tiada terdapat dinegara Cina dan Jepun.Emping begitu enak dimakan dengan kelapa parut dan gula kabung serta lebih-lebih lagi dimakan dengan serawa telor.Inilah uniknya Lembah Bama yang sepatutnya tradisi ini dipelihara.

Sebagai kesimpulan dari analisis foto secara digital mendapati bahawa significantlah wajah-wajah wanita Jepun ditahun 1930an yang juga saya paparkan diatas dengan gambar foto Makandak Minah I dan rakan-rakan sebayanya.Dalam foto itu gambar yang paling kanan sekali adalah significant dengan wanita Jepun yang memegang bakul, manakala yang mendukung anak significant dengan rakan sebaya Makandak Minah I yang berdiri nombor 3 dari kiri itu.Ini semua merupakan imej-imej wajah-wajah wanita orang Kampung Relong yang significant dengan orang Jepun dan begitu jugalah yang pernah saya jelaskan dalam Facebook saya bahawa kaum lelaki turut menunjukan significant yang sama dengan pemerintahan Zaman Meiji bagi Wajah-wajah Pakcu Husin,Pakcu Zakarian Derani dan saya sendiri.Malahan nama orang Relong sendiri adalah dari Slang Bahasa Jepun iaitu seperti Maro,Choh,De,Kama,Tama,Minou (nama julukan saya ),Zuki dan lain-lain dan adakah ini semua secara kebetulan ?.Saya berpendapat ianya adalah saling berkaitan atau dalam istilah Jepun dipanggil "Kankei".

Dr Aminudin

Tuesday, December 14, 2010

Teori Raut Wajah: Kajian Susur Galur Datok Linggi Sebagai Pemerintah Kerajaan Johor-Riau-Linggi


Sejak kebelakangan ini saya sedang membuat kajian bertajuk , PENDUDUKAN JEPUN DIPAHANG: SATU DEMENSI BARU, rupakannya mempunyai significant juga dengan Kemaharajaan Jepun itu. Zaman pemulihan dan pemodenan Meiji membuatkan Maharaja dan para pemerintah saling berkerjasama.Perdana Menteri yang pertama Jepun bernama Hirobumi Ito,(lihat foto disebelah atas sekali) manakala Maharaja Meiji yang ketika itu berusia 20 tahun (lihat foto kiri sekali)adalah mereka yang berkuasa diJepun ketika itu.Dalam buku saya yang terbaharu berjudul, MEMOIR PTD KUMPULAN 3, ada saya muatkan analisis tentang Hikayat Seri Rama yang ditulis oleh orang Lembah Bama,Kuala Lipis itu tidak banyak bezanya dengan cerita legenda dari Jepun yang turut saya muatkan bertajuk Puteri Kaguya itu berasal dari perdu buluh . Manakala orang-orang Bukit Betong,Kuala Lipis pun dikatakan berasal dari keturunan buluh betong.Selanjutnya nama Putera Isitsukuri dan Iso-No-Kamimaro adalah tidak banyak bezanya dengan nama orang Kampung Relong iaitu Skururi dan juga Maro yang terdapat dikampung kami itu.Kini bila saya mendapat foto Pakcu Zakaria dan Pakcu Husin,yang merupakan kedua orang bapa saudara saya itu bila digandingkan dengan foto Maharaja Meiji dan Perdana Menteri Jepun itu ia melihat kesignificantnya. Begitu jugalah dengan foto saya sendiri yang boleh anda lihat yang fotonya disebelah kanan sekali manakala foto kedua bapa saudara saya itu adalah ditengah-tengah sekali.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Afandi Zakaria yang memaparkan dalam FB dan foto tersebut saya terapkan untuk tatapan kita semua.

Dr Aminudin