Friday, October 30, 2009

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 2


6.Aita kuchi ni botamochi (Tuah datang menang tidak disangkakan)
Pepatah Melayu juga ada mengatakan yang Tuah Badan merupakan untung yang tidak disangka-sangka.Begitu juga Tuah Semangkuk yang mendapat feadah bersama.Namun begitu ada juga tuah membawa malang iaitu pepatah berbunyi Tuah Sebesar Bukit, Celaka Menimpa badan.

7.Aite o mite ho o toke (Jawapan yang bodoh memperlihatkan kebodohan kita)
Pepatah kita ada juga sedemikian iaitu Bodoh tidak dapat diajar ,cerdik tak dapat diikut yang membawa erti bodoh dan tidak menerima nasihat dan Bodoh Sombong pula lagi teruk yang membawa erti bodoh dan degil.

8.Akuin niwa akuka ari (Kejahatan akan menerima balasan)
Bidalan kita ada berbunyi Jangan diperlelar timba keperigi,kalau takputus genting yang bermakna kelakuan jahat kalau diulang-ulang, padah akibatnya.Begitu juga bidalan yang berbunyi Jangan kamu sangka, kapal api besi itu pun masuk guri juga yang bermakna orang yang kuat akan binasa juga.

9.Akusai wa roku junen no fusaku (Tersalah pilih isteri merasa kepincangan sepanjang hayat)
Pepatah kita ada menyatakan Salah Gelogok Hulu Malang,Pandai Bertenggang Hulu Baik yang bermakna sesuatu kerja yang tidak dibuat dengan berhati-hati akan menyusahkan.Manakala pepatah berbunyi Salah Bunuh Memberi Balas,salah cencang memberi pampas yang bermaksud setiap kesalahan akan menerima hukuman setimpal.Begitu jugalah simpulan bahasa yang berbunyi Salah Gelogok yang bermakna bertindak dengan tidak berfikir dalam.

10.Akuzeni mi ni tsukazu (Mudah Dapat ,Mudah hilang)

Dr Aminudin

Memperkenalkan Peribahasa Jepun DiGandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 1


Sebagai kenangan saya belajar dan menimba ilmu diTokyo,Jepun inilah saya coretkan peribahasa dan juga simpulan bahasa Jepun yang gandingkan dengan peribahasa dan juga simpulan Bahasa Melayu sekiranya ada.Semuga usaha ini mendapat feadah kepada kita bersama.

1.Ai no daichigi wa sogo no rikai
( Saling memahami adalah prasyarat utama cinta).
Pepatah Melayu ada mengatakan Pandang Jauh dilayang,pandang dekat ditukikkan ,yang bermaksud teliti, makala Panggilan Cinta pula membawa maksud godaan berahi.Begitu juga dengan cinta pekat yang merupakan cinta mendalam.

2.Ai wa banno nari (Cinta Maha Agong)
Simpulan bahasa Melayu ada menyebut Kasih mesra yang bermakna sangat kasih, begitu juga perumpamaan yang berbunyi Kasih sepantun tulisan pinggan yang bermakna kasih yang abadi, manakala kasih pada isteri dinyatakan dalam bidalan ini yang berbunyi Kasihkan anak tangan-tangankan,kasihkan isteri tinggal-tinggalkan dan bidalan yang ini pula berbunyi Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.

3.Ai wa sentri no michi o toshi to sezu (Gelak Ketawa Cinta Adakalanya Berjauhan)
Kasih sayang anak dan ayah mempunyai perbezaan seperti perpatah yang berbunyi Kasih bapa sepanjang jalan,kasih anak sepanjang penggalan.Begitu juga perpatah mempunyai perbezaan diantara saudara mara,bapa dan sahabat yang berbunyi Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.

4.Aiaigasa no nuretsubame (Dua Kekasih berkongsi sekaki payung)
Pepatah Melayu ada berbunyi Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun yang bererti lebih sayangkan orang lain daripada keluarga sendiri.

5.Aibetsu ribetsu wa yono narai (Didunia ini salah seorang dari kita mestilah menyanyangi seseorang)
Simpulan bahasa kita ada berbunyi Anak Emas iaitu anak yang sangat disayangi dan anak-anakan mentimun pula bermakna anak angkat yang bila besar dijadikan isteri atau menantu.

Dr Aminudin

Monday, October 26, 2009

Anekdot 16-Cagu,Cengkering dan Cirit

Pada keseluruhan kisah-kisah semasa saya kecil disungaibatudeRelong ini kebanyakannya membayangkan suasana kegembiraan dan keceriaan sahaja.Namun begitu sudah tentulah kami bebudak akan merasa sakit atau ditimpa sakit.Ada juga saya coretkan tentang bila saya demam akan berjampi dengan Tok Pawang Muhammad dari Kampung Bapong.Kali ini ingin saya coretkan tentang beberapa penyakit yang sering juga kami alami semasa kami kecil disungaibatu.Pertamanya ialah penyakit Cagu yang merupakan penyakit pada kuku kaki bebudak.Penyakit ini mungkin disebabkan kuman kerana kami selalu bermain dipaya,dibatas-batas dan juga mandi digedung.Maklumlah kalau kita turun kesawah membantu emak dan ayah kami suka bermain lumpur seperti yang saya ceritakan.Lumpur ini memang saya suka "lecek" dan usap bila musim mencangkul sawah.Ini adalah kerana selain mengaul-gaul tanah lumpur itu saya sering berjumpa anak-anak ikan seperti puyu dan toman yang boleh saya jadikan umpan "tajo" untuk mendapat bapak toman pula.Jadi cagu ini yang sering menghinggapi kaki-kaki kami bebudak sungaibatu.Saya masih ingat kaki Abang Hamed, sepupu saya kena penyakit cagu yang agak teruk dan dibuang kuku ibu jari kakinya oleh ayah saya.Saya rasa hingga sekarang dia masih ingat peristiwa tersebut.

Demam cengkering pula adalah demam yang menyakitkan bebudak dizaman kami.Malahan yang kena demam cengkering tidak dapat bermain dengan kawan-kawan yang lain kerana kami lari dari dia takut kalau-kalau berjangkit.Demam ini yang teruknya ialah habis badan berkudis.Jadi biasanya bila kena demam ini kena berjampi dengan minum air kelapa supaya semua cengkering itu keluar.Selepas semua cengkering sudah keluar kita kena menderita pula supaya kudis itu baik pula.Apa yang saya ingat bila saya kena demam ini, emak akan pergi kerumah Pakatih Hassan ,diTeha mengambil daun dari pokok cengkering ini untuk buat rebusan bagi mandi bagi pemulihan dan ubat bagi kudis cengkering ini.Hari ini pokok yang batangnya "bergerutu" itu payah lagi untuk kita jumpa sekarang, kalau ada eluk diselidik khasiatnya kerana zaman sekarang produk herba dinegara kita semakin popular hinggakan FELDA menerjuni bidang ini.

Penyakit cirit ini sebenarnya bukanlah penyakit yang serius benar ketika kami kecil-kecil, ia adalah hasil kami memakan buah-buahan seperti jambu merah atau kami disungaibatu panggil jambu bertih,mempelam,pauh,macang,nenas,belimbing,jambu bangkok dan lain.Buah-buah muda inilah yang kami buat "cengcolet" iaitu makan bersama kicap,lada dan gula yang digaulkan.Ini yang membuat airlior kita jadi "bedecor" dan meleleh melihatnya. Kami makan "cengcolet" beramai-ramai selepas bermain perang,gasing,dengkat,batu tangkup,congkeh dan lain-lain.Malahan kalau musim buah mempelam atau pauh orang-orang dewasa macam Akak Milah dan Abang Mat pun ikut makan bersama kami bebudak masa itu. Jadi kalau makan benda-benda masam ini selalu lagi berak cair dan jalan paling selamat ialah melepas dalam celah-celah pokok padi dalam sawah.Jadi untuk mengubati cirit ini kami selalu diberi mimum air rebusan pucuk jambu batu oleh emak. Ada juga seingat saya kami termasuk orang kampung yang makan kenduri kawin kena ciri birit sebab makan gulai daging kerbau.Mengikut Abang Mat kalau kita alihkan atau terajangkan kayu penyepit leher tempat sembelih kerbau itu kita semua akan cirit bila memakan gulai tersebut.Sampai sekarang saya ingat betul pantang larang ini sebagai kenangan tentang cirit birit ini.Sungguh menghairankan ?

Dr Aminudin

Sunday, October 25, 2009

Anekdot 15- Cabai (Solanaceae), Cebor Dan Cenerai (Grewia umbellata) .

Cabai atau cili adalah dalam kelompok Solanaceae ada berbagai jenis, diantaranya ialah cili padi (capsicum frutescens),cili besar atau lada "pegor" (Capsium anum spp.)yang pernah saya coretkan dalam entry Acar Mentimum dimana saya dicabar berlawan makan lada "pegor" itu dengan Akak Milah oleh Akak Nab,cili besar (Capsicum annumvar .grossum), cili burung dan lain-lain.Nampaknya cabai atau cili atau lada adalah benda yang sama.Namun pepatah tentang lada iaitu " siapa makan lada dialah merasa pedas " sering kita dengar dan kalau kena kat kita inilah yang panas cuping telinga mendengarnya.Semasa saya kecil disungaibatuderelong lada memang banyak ayah tanam terutama dikebun sayur kami dekat rumah Cikgu Bakar sebelum rumah kami pindah kesitu. Seperti yang saya coretkan sebelum ini kami bebudak disuruh oleh emak atau ayah menjaga kebun sayur dengan menyiramnya, membaja, membuang benah,memetik sayur dan lain-lain.Mengenai lada atau cabai ini kami menyemainya dalam takung getah yang dibubuh tanah berbaja dan setelah benih itu tumbuh lebih kurang tiga inci barulah diubah atau ditanam keatas batas yang ayah telah buat.Pokok-pokok ini perlu dibaja atau disiram, bila dia berbuah saya cukup gembira melihatnya ia berwarna kehijauan dan masak kemerahan, saya juga suka memakan mentimun dan kacang muda dalam kebun sayur yang kami buat itu disamping makan sebagai ulam bersama nasi.Bagi Akak Nab dia memang makan nasi berulamakan cili padi ini.Saya ada cuba cuba memakan ulam cili padi ini tetapi perut saya tidak tahan dan mulalah berak cair dan saya selalu berlari ketempat melepas dan kalau tak tahan masuk saja dalam paya dekat rumah kami didekat guabama itu dan kemudian kerana kepanas punggung terus "menceborkan diri" dalam gedung Wan.

Cebor mengikut Kamus Dewan ialah "bunyi seperti bunyi benda dibuang keair" yang memang kami masa bebudak suka buat.Kami selalu mencampakan kelapa yang banyak bergelempangan dekat rumah kami itu.Jefri dan Alim bila saya ajak buang buah kelapa itu kedalam gedung mereka akan berebut-rebut mengutip mana-mana kelapa koming yang ada bawah pokok manggis dekat rumah kami itu dan kemudian mencampaknya kedalam gedung wan bunyinya yang "berkecebor" itu yang membuat kami gembira sambil bersorak-sorak kegembiraan.Inilah kenangan semasa kami bebudak disungaibatu yang hari ini sudah sukar dilakukan semula kerana kami semua sudah jadi orang tua.Hanya pada istilah CEBOR ini bagi kami lebih merupakan situasi dimana bila kami mandi adalah dengan "menceborkan" diri dalam air atau terjun kedalam air.Macam juga saya suka terjun kedalam Sungai Teris dari pokok ara dekat rumah We Kadir bersama Nuar Kadir yang mandi sampai merah biji mata.

Pokok cenerai selalu buahnya kami ambil untuk membuat peluru bedil buluh yang kami main masa kecil-kecil dahulu.Seingat saya pokok cenerai ini ada beberapa batang dekat padang badminton atau sepaktakraw sekolah Rendah Relong itu.Dipadang inilah tempat kami selalu berlawan badminton dan kadang-kadang ada perlawanan badminton yang saya selalu juga masuk bertanding.Saya ingat pada Ciku Suhaimi yang tinggi itu pernah mengalahkan saya.Namun begitu bila saya masuk tingkatan 6 diSMART kebolehan saya telah bertambah baik dan saya dapat mewakili SMART dalam pasukan badminton.Bila saya berkerja pula semasa berkhidmat diPejabat Daerah Kuantan kami mengadakan perlawanan badminton yang mana Pegawai Daerah kami ketika itu kuat main badminton jadi saya berlawan dengan dia dan dapat mengalahkannya.Bukan main marah lagi dia kat saya.Itulah boss selalu nak menang.Mengenai buah cenerai ini yang saya nak gelaknya ada kawan suka mengutipnya bila gugur, ada sesekali itu dia terkutip dan memakan tahi kambing yang serupa benar dengan buah cenerai, apa lagi termuntahlah dia.Inilah pantun mengenai cenerai sebagai mengakhiri entry ini :-

Cenerai ada dipohon delima.
Anak tupai berpuak-puak,
Bermisai kusangka panglima,
Rupanya misai penapis tuak.(Dipetik dan disesuaikan dari Pantun Melayu (AB).

Dr Aminudin

Thursday, October 22, 2009

Anekdot 14- Cendawan@Kulat Dan Hantu


Sebut saja cendawan atau kulat pada hari ini semua orang tahu.Banyak sekarang cendawan dijual dipasar-pasar malam dan juga supermarket yang dikenali dengan cendawan tiram.Saya dizaman bebudak dahulu disungaibatudeRelong banyak mendapati cendawan yang sedap untuk dimakan.Diantaranya yang pernah saya coretkan ialah kulat sisir yang kami kutip pada dahan-dahan getah dikebun getah kami diBukit Perupok bila kami menanam semula getah untuk mendapat bantuan RISDA.Kulat sisir ini memang sedap dimasak lemak cili padi.Hari ini agak jarang lagi saya perhatikan ada dijual dipasar tani tempat kami diKuantan tetapi seingat saya pekan sahari pada hari minggu diTemerloh memang ada dijual kulat sisir.Kajian tentang kulat diMalaysia agak sedikit dan ini perlu diperbanyakkan kerana kulat atau cendawan mempunyai khasiat dan ada syarikat yang mengusahakannya seperti Gano.Cendawan lain seperti cendawan susu (Marcrolepiota procera) dizaman saya bebudak memang banyak tumbuh selepas hujan terutama dekat busut-busut rumah kami ditepi gua bama itu.Mengikut emak bila banyak kekatu datang kerumah itu tanda akan banyak cendawan tumbuh.Cendawan susu ini saya kutip dan emak akan buat sayur cendawan secara "masak air " yang membuat saya makan banyak nasi dan sampai tersandang kedinding kekenyangan.Begitu juga dengan kulat tahun yang warnanya putih bercampur coklat muda itu banyak juga tumbuh dekat rumah kami dan padang Pakangah Man bila banyak akan kami kutip dan jual kepekan sari Kampung Relong bersebelahan Kampung Bapong itu menjadi minat orang ramai membelinya.Kulat ini memang besar kepalanya (cap)yang saya usap bila mencabut dari tanah takala mengutip.Kulat-kulat yang berbagai jenis menang cantik dan berwarna warni.Ada kulat yang boleh dimakan dan ada yang beracun.Kulat yang beracun yang kami masih ingat dan saya selalu sepak ialah Kulat Pelir hantu dan berbau busuk pulak.Inilah mengingatkan saya pada hantu yang selalu ditakutkan oleh orang-orang tua kepada bebudak masa dahulu.

Diantara hantu yang selalu ditakut kepada kami masa bebudak dahulu ialah Hantu Kopek yang kalau kami selalu balik lambat kerumah dan hari dah gelap, kami ditakutkan dengan hantu kopek.Mengikut orang-orang tua yang menyakat kami itu mereka mengatakan hantu kopek selalu menyembunyikan budak-budak bawah kopeknya yang membuatkan orang tidak nampak budak itu dan dia pula menjadi lemas kerana dihempap oleh kopeknya itu.Kami bebudak masa itu jadi takut bila sebut hantu kopek ini.Selain dari itu seperti saya pernah coretkan dalam blog ini saya dan Abang Mat pernah berjumpa hantu bila hendak mengutip burung merebah yang kena getah terap.Hantu ini mengikut Abang Mat ialah hantu tinggi yang tingginya macam pokok kelapa.Disamping itu juga semasa kami balik dari mengemping yang kami buat dirumah Cik Pah (emak pada abang Dollah Sidek) kami juga dikejar oleh hantu api yang membuat kami lentang pukang lari dan abang Hamed jatuh dalam gedung Wan Kiah. Inilah kisah-kisah hantu semasa saya kecil yang pada hari ini kisah hantu dan seram semakin banyak dalam film dan televesyen kita yang merupakan satu fenomina yang perlu dikurangkan atau tidak patut dikembangkan.

Dr Aminudin

Wednesday, October 21, 2009

Anekdot 13- Biri-biri (Sheep) dan Bongkang

Kampung kami disungaibatudeRelong dahulu tidaklah begitu banyak memelihara biri-biri mahupun kambing.Namun begitu seingat saya ada juga beberapa ekor biri dan kambing yang ayah bela.Rebannya seingat saya ayah bina ditepi paya dekat kebun getah kami yang bersebelahan rumah Ciku Bakar sebelum kami pindah kesitu akibat pembinaan kuari Guabama yang percikan batu "sebedor" yang menghentam rumah lama kami dekat GuaBama itu.Reban ini saya lihat ayah buat dengan tiang-tiangnya dari pokok kelat dan juga kemuning, manakala dindingnya dari kepingan papan yang saya kira tidak diketam dan lantainya dari kayu-kayu kelat dan juga buluh.Manakala tangganya kalau tidak salah saya dari batang kelapa yang dibelah dua.Tugas saya masa bebudak ialah memberi biri-biri ini makan dan saya lihat biri-biri ini suka juga memakan daun menerung dan rumput dalam paya.Jadi bila "menerang" sawah padi ayah dan emak mencabut menerung dan rumput dalam sawah serta mengumpulnya dan meletakkan diatas batas yang kemudian saya kutip dan memberi makan kepada biri-biri tersebut.Satu perkara yang betul tentang membela biri-biri ini ialah kita kena" mengasapnya " kerana ia mudah kembung, jadi terpaksalah saya mencari sabut kelapa dan kayu-kayu kecil dan membakarnya dibawah reban biri-biri itu, apa yang melemahkan saya ialah asap yang bakar itu selalu "mengurung" saya, entah kenapa, saya pun taktahu.

Tentang biri-biri ini semasa saya bertugas diBahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam ,saya berkesempatan melawat Univeriti-universiti diAustralia dan juga ladang biri-biri.Disana dipanggil Sheep Station, manakala pemilik ladang dipanggil Grazier berbanding dengan diAmerika ,ladang biri-biri digelar Ranch, manakala pemilik ladang digelar rancher.Ladang biri-biri terbesar didunia terletak diAustralia iaitu di Anna Creek diAustralia Selatan yang mempunyai keluasan 6,000,000 ekar.Ladang-ladang diAustralia mempunyai rumah perkerja,kilang menyembelih dan memproses daging, tasik dan empangan dan juga landasan kapalterbang kecil bagi membolehkan doktor haiwan melawat ladang yang dikenali Royal Flying Doctor Service. Inilah sistem perladangan moden yang ada disana berbanding dengan kita membela biri-biri secara kecilan dan inilah dikatakan "lain padang lain belalang".

Bila biri-biri kembung dan sakit perut ia boleh mengakibat ia mati dan kadang-kadang terbongkang ditengah jalan menuju kerumah Pakangah Man.Saya sudah tentu sedih dan memberitahu ayah yang biri-biri kami telah terbongkang tengah jalan itu.Saya selalu mencari Jefri dan Alim membantu kami membuat lubang bagi ditanam biri-biri yang terbongkang mati itu.Ada juga kami dapati kadang-kadang kerbau yang tidak dikenali tuannya terbongkang dilanggar lori balak dijalan Padang Tengku keKuala Lipis tengah kampung kami itu yang kadang-kadang telah berbau busuk sudah lama terbongkang barulah diambil orang untuk ditanam.Saya pun kadang-kadang mendapat tahu ada lembu atau kerbau yang terbongkang setelah dilanggar kereta atau lori diambil orang dan dijual dagingnya kepada orang ramai dan saya agak geli hati juga bila mengingatkan ADO(Penolong Pegawai Daerah)bernama Samsudin yang hendak pergi mesyuarat diTemerloh boleh terlanggar babi tunggal yang terbongkang ditengah jalan yang mengakibatkan kakinya sakit hingga sekarang dan keretanya rosak teruk masuk longkang.

Dr Aminudin

Monday, October 19, 2009

Anekdot 12-Buntat,Bingka dan Bendul

Hari ini memang jarang kita berjumpa buntat lagi, kalau berjumpa pun merupakan satu penemuan yang bertuah dan sering mendapat perhatian ramai.Bebudak sekarang mungkin tidak tahu apa itu buntat.Mengikut Kamus Dewan ,Buntat ialah batu yang terdapat dalam tumbuhan dan lain-lain.Jadi dari ingatan saya diSungaibatudeRelong ada kami masa budak-budak dahulu terjumpa buntat ini dalam buah durian,betik dan kelapa. Batu ini juga ada didapati dalam perut kerbau dan juga ular.Seingat saya Wan Tekah (Wan saya) ada menyimpan bebarapa" batu buntat " ini.Tetapi saya masa bebudak bukannya hiraukan sangat.Malahan ada juga Wan menyimpan "buntat harimau" yang mungkin peninggalan Aruwah Aki Husin dahulu.Mengulas Kamus Dewan ini ,suka saya katakan ada juga perkataan "Buntat" yang kami gunakan diSungaibatu yang membawa erti budak atau anak yang mereka manjakan atau sayangi.Mereka ini mengelar budak itu "buntat-buntat" dan saya pernah mendengarnya gelaran ini dipanggil bagi seorang anak kepada anak Cikgu Bakar dekat rumah kami yang bukan dekat Guabama itu.Jadi Kamus Dewan perlulah menambahbaikan versinya.

Bingka pula adalah sejenis kuih penganan yang saya suka makan terutama sekali bingka labu.Bingka labu ini selalu emak,Wan Kiah,Akak Nab, Akak Siti dan lain-lain buat bila musim puasa.Kami bebudak suka makan bingka labu ini terutama kalau digunakan gula kabung.Memang Sedap dan Memang Best, kata bebudak sekarang.Apa yang membuat saya terkenangkan bingka labu ini ialah saya selalu disuruh oleh emak "melecek" labu yang telah direbus untuk dia gaulkan dengan tepung dan gula.Bagi bebudak lelaki macam saya tentulah perkara ini "leceh" bagi saya, tetapi sebagai budak yang suka makan bingka labu masa itu saya membuatnya dengan senang hati dan kadang-kadang labu yang telah direbus itu saya " bantai" atau makan dengan digaul dengan gula kabung dan hanya tinggal "seketet" saja.Jadi bingka labu dapat dibuat sebokor kecil aje!.Bingka oh bingka dah habis taksampai separuh jalan.

Akhirnya Bendul, memang banyak orang kita kenal.Malah ada perpatah mengatakan lurus bendul.Bendul biasanya dipasang pada tiang bawah rumah kami orang kampung.Dimana ada saya lihat ia terjunggul keluar hingga kepelantar dan kadang-kadang saya terlanggar jadi jatuh tertirap atas pelantar.Nasib baik takjatuh ketanah dan kalau jatuh masa bebudak naas jadinya .Saya juga ada mendapat tahu anak Pakwe Muhamaad banyak yang perempuan dan masa saya kecil dahulu, ada juga Makteh Saadiah bercerita dengan emak saya yang Akak Munah anaknya kena "langkah bendul" ,jadi saya masih bebudak ketika itu berkata ini mudah aje atau orang sungaibatu kata "sedir".Langkahlah bendul rumah Pakwe itu, apa yang susahnya.Namun begitu sebenarnya orang yang hendakkan Akak Munah itu kena menyediakan hantaran pertunangan juga kepada Akak Yah, yaitu kakak kepada Akak Munah dalam ertikata sebenarnya "langkah bendul".Bendul oh Bendul yang seingat saya sering kepala saya terantuk dibuatnya bila kami bermain dibawah dirumah Pakwe itu dengan Mi Roslan.

Dr Aminudin.