Wednesday, April 11, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 6

Taneda Santoka (1882-1940) berkahwin dengan orang muda yang berniaga dan menjadi penulis puisi Haiku ,"jalanan" dan Haiku beliau disiarkan dalam Soun.Atas desakan hidup beliau berhijrah keluar bandar dan tinggal dipondok luarbandar dan ada kalanya mengharap bantuan orang kampung membantu memberinya makanan.Puisinya penuh dengan landscape luarbandar yang diungkapnya dalam haiku beliau seperti demikian bunyinya :-

wakeitte mo  lebih kedalam lagi
wakeitte  mo lebih kedalam lagi
aoi yama        bukit-bukit kehijauan

Malahan bila membuang air kecilpun Santoka tidak lupa menulis puisi beliau yang agak berlainan dengan tradisi menulis haiku , beliau menulis seperti demikian :-

nonbiri ibari suru  buang air kecil sungguh nikmat
kusa no me darake  membasahi pucuk-pucuk rerumput

Pembaharuan haiku oleh Santoka agak jelas dimana tidak terikat lagi dengan "empat-suku katabunyi " yangbiasanya ditulis oleh guru-guru haiku, umpamanya beliau menulis tentang "sesibor " seperti berikut:-

ishi no tonbo  diatas babatu ada sesibor
mahiru no yume miru kelibat dalam mimpi tengahari

Begitu jugalah haiku beliau yang berkenaan kehidupan beliau yang cukup sederhana yang diungkapkan oleh beliau dengan baik sekali :-

ko no ha chiru  daun-daun pokok berguguran
arukitsumeru     kita terus berjalan dan berjalan.

Bersambung

Monday, April 9, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 5

Era Haiku Moden dalam kesusasteraan Jepun dapat dikesan menerusi puisi Kawahigashi Hekigoto (1873-1937) yang tidak terikat lagi dengan 17 suku-kata bunyi dan puisi-puisi beliau lebih bersifat menghampiri realiti. Para pengkaji melihat puisi Hekigoto lebih panjang yang beliau tuliskan seperti berikut:-

konogoro tsuma naki  agak baru isteri meninggal
yaoya                           kedairuncit
na o tsumu                   timbunan sayur-sayuran
negi o tsumu                timbunan bebawang
aruji musume               suami dan anak perempuan

Dalam puisi diatas memperlihatkan keadaan kehidupan pekedai runcit menghadapi keadaan kematian isterinya yang menyebabkan keadaan mereka banyak sayur-sayur yang tidak disusun dan bawang yang tidak disisihkan seperti mana lazimnya dibuat oleh isteri pekedai.Inilah realiti yang digarap oleh Hekigoto dengan begitu baik sekali.Tokoh puisi moden Haiku seterusnya ialah Takahama Kyoshi (1874-1959) yang mengembara dan menulis novel, namun begitu gaya penulisan beliau masih terikat dalam cara penulisan haiku yang tradisional berdasarakn kepada 17 suku-kata bunyi. Diantara haiku yang beliau tulis adalah seperti berikut :-

hakizome no  bila kali pertama menyapu
hoki ya tsuchi ni  penyapu...ianya telah mengenai
narehajimu                  ketanah-tanih

Koyshi memecah tradisi penulisan Haiku tentang memecahkan flow puisi itu dibahagian tengahnya. Dengan memecah  irama yang biasanya terjadi.  Bersambung

Sunday, April 8, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 4

Guru Haiku Klasik seterusnya iaitu yang keempat ialah Masaoka Shiki (1867-1902,Masehi), dimana beliau betul-betul menitik-beratkan puisi haiku yang sepatutnya dinamai "Haiku" yang sebelum ini banyak disebut sebagai Hokku. Penyair Shiki menghidapi penyakit dan sekaligus beliau menjelmakan dalam Haiku beliau yang mana beliau menulis sedemikian bunyinya :-

kame ni sasu tertegak dalam sebuah vas
fuji no hanabusa  kelompok bebunga
hana tarete   berkembang dan bergantungan
yamai no toko ni  diatas katil- sakit
haru kuren to su musim bunga dan bermulalah kegelapan

Disamping itu beliau turut menulis haiku berdasarkan peperangan yang ketika itu berlaku dinegara Cina yang turut diungkap oleh Shiki sedemikan bunyinya :-

nashi saku ya  musim buah pear pula meranum...
ikusa no ato no  selepas berlaku perang
kuzure ie  rumah-rumah musnah

Secara umumnya guru-guru haiku yang saya nyatakan diatas menulis Haiku sebagai fakta sejarah yang nyata namun kadang-kadang diselubungi pula oleh misteri yang sukar bagi para pengkaji untuk menginterpretasikannya dan inilah keistimewaan yang terdapat pada puisi Haiku yang hingga kehari ini terus dikagumi. Haiku tersiber keseluruh pelusuk dunia, misalnya diGerman,Belanda,Sepanyol,USA, Perancis, malahan ada juga saya lihat peminatnya diMalaysia.Namun sayangnya tiada lagi karya Haiku yang berbentuk Antologi  Haiku diterbitkan diMalaysia. Bagi mengakhiri siri ini saya ingin memetik puisi Haiku oleh Hajo Jappe dari German yang menulis sedemikian bunyinya :-

Fern nun die berge kini nun dipergunungan
Wie sind ihre linien  bagaikan satu barisan
einfach geworden sungguh simple!

Bersambung

Saturday, April 7, 2012

Jom Kita Belajar Haiku Siri 3

Guru atau penulis yang terkenal Haiku yang boleh kita kaji dalam kesusasteraan Jepun adalah seperti Yosa Buson (1716-1784,Masehi).Tulisan beliau banyak diungkapan dalam catatan perjalanan beliau  dan juga lukisan-lukisan beliau.Diantara ungkapan yang beliau pernah tulisi adalah sedemikian bunyinya :-

yukaze ya  bayu petang menghembus...
mizu aosagi no  air menitis diriba juga kaki
hagi o utsu juga siburung pucung

Penyair seperti Buson dikenang diJepun lantaran puisi-puisi Haiku dan lukisan-lukisan beliau. Sedang penyair Kobayashi Issa (1762-1826, Mashi ) pula memperihatkan kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dalam karya-karyanya. Diantara ungkapan-ungkapan yang menunjukkan beliau begitu empathy terhadap alam beliau menulis seperti dibawah ini :-

aki no yo ya malam musim autumn
tabi no otoko no  seorang pengembara
harishigoto kerjanya menjahit

onna kara  seorang wanita
saki e kasumo zo menuju kedalam kabus
shiohigata   air pasang rendah

suzushisa ya  kesejukkan sungguh...
hangetsu ugoku  bulan separuh penuh beredar
tamari mizu  takungan

Kami pengkaji kesusasteraan jepun mengingati Issa bila beliau menghasilkan autobiografi beliau berjudul  Ora Ga Haru yang begitu memperlihatkan betapa sensitifnya beliau terhadap alam dan keindahan puisi Haiku yang beliau tinggalkan dalam kesusasteraan Jepun amnya dan dunia penulisan Haiku khasnya.  Bersambung

Thursday, March 22, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 2

Saigyo menulis puisi agak ironic kerana beliau seorang sami yang hidupnya tanpa ikatan, malahan tidak ramai kawan dan dengan mudah pula melupakan dunia ini untuk menjadikan "jiwa gembira".Jadi pengkaji puisi Haiku mendapati tulisannya banyak berunsurkan jenaka namun beliau masih tidak dapat bebas dari pengaruh puisi dari Cina terutama karya-karya seperti Li Po. Ini berbeza dengan karya hasil tulisan Basho yang bersifat kesederhanaan yang merupakan puisi terbaik Haiku diJepun. Beliau banyak menulis tentang alam fauna yang dikaitkan dengan katak (frog), beliau ada menulis sedemikan bunyinya :-

fukuike ya  kolam lama
kawazu tobikomu  seekor katak melompat kedalam
mizu no oto bunyi air

Dalam puisi-puisi Basho banyak beliau mengungkap hal berkaitan dengan katak. Ini tidak dapat dinafikan dalam puisi-puisi Jepun kerana katak sering dikaitkan dengan unsur-unsur nyanyian. Hingga kini lagu-lagu Jepun banyak rekod-rekod yang telah dirakamkan banyak terdapat versi speices katak dibandingan nyanyian Sang Burung. Kadang kala ada juga saya menyatakan pada ibu angkatkan betapa merdunya bunyi burung merebuk dan terkukur diMalaysia hinggakan kami mengadakan pertandingan suara merebuk dan terkukur sambil para pengadil terdongak-dongak memandang dan mendengar merbuk berkukur.Puisi-puisi Basho lebih popular dengan bunyi katak namun ia sering menonjolkan juga betapa indahnya bukit terutama kalau beliau berada dipuncaknya, hinggakan Haikunya turut diungkap oleh beliau tentang bukit yang demikian bunyinya :-

shizukasa ya  kesunyian sungguh
iwa ni shimiru meresap kedalam batu-batu
semi no koe   riang-riang pula menanggis

Basho adalah Mahaguru puisi genre "Renga " yang dipanggil Haikai-no-Renga. Haiku yang ditulis oleh Basho dikenali juga Hokku yang dizaman beliau kadang-kala digelar pula Haibun yang boleh kita terjemahkan sebagai Prosa Haiku. Beliaulah menghasilkan genre ini yang paling popular iaiitu Oku no hosomichi yang secara lansung saya terjemahkan sebagai "Jalan-jalan Nan Sempit di Perdalaman.

Bersambung

Wednesday, March 21, 2012

Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 1

Saya ada mengarang Haiku dalam blog ini.Saya belajar Haiku dari ibu angkat saya semasa saya menjalani latihan pratikal semasa penempatan saya dibawah Program Pandang KeTimur.Ramai mereka yang ditaja oleh JPA telah kembali ketanah air tapi agak jarang mereka mencurahkan balik apa yang mereka perolehi kepada masyarakat terutama aspek seni dan kebudayaan. Sebagai seorang anak seni saya rasa bertanggung-jawab untuk mencurahkan ilmu yang saya perolehi kepada masyarakat dan juga mereka yang berminat dalam seni. Banyak ahli seni hari ini saya lihat lebih suka mengadakan pameran solonya dan menulis mengharapkan hadiah-hadiah seni tapi tidak mencurahkan ilmu yang mereka ada pada masyarakat. Inikah sifatnya sebagai seorang Seniman ?

Haiku diJepun bermula dizaman yang dikatakan "Renga" yang mana Mahaguru "Renga" ialah Matsuo Basho yang hidup dari 1644-1694 ,Masehi yang mengembara keseluruh Jepun untuk mengajar orang Jepun ,"Renga" dan hinggalah "Renga" menjadi milik rakyat terutama dalam kelompok gulungan pertengahan.Namun penulis seperti Basho sendiri dipengaruhi oleh puisi dari Cina yang ketika itu dizaman Dinasti Tang terutama penulis seperti Tu Fu,Li Po dan Po Chu-i. Puisi Haiku memperlihatkan keindahan dan kesederhanaan dalam kehidupan mere yang dibayangi oleh puisi dikarang oleh Saigo seperti berikut :-

to hito mo       walau para pelawat
omoitaetaru     mulai berhenti berfikir panjang
yamazatono     pergunungan dikampung
sabishisa         kesunyian tanpa siapa
sumiukaramashi  kehidupan yang mungkin tidak selesa

Bersambung

Saturday, March 3, 2012

Status Penulisan Saya

Saya agak lama juga tidak menulis dalam blog ini kerana sedang menyiapkan buku-buku saya yang terbaharu untuk diterbitkan. Ini adalah status buku-buku saya yang akan diterbitkan tahun ini iaitu:-

1.Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan Pahang Dari Tahun 1889-1952- Status ,Dummy telah dibaiki dan akan dicetak. Harga jualan RM 48 sebuah. Sinopsis buku ini memuatkan finding yang cukup menarik iaitu 1.Pertubuhan NGO yang Pertama DiTanah Melayu  melaungkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan adalah yang pertama ditubuhkan diKuala Lipis bukannya diPerak atau Selangor seperti ditulis oleh ahli sejarah terdahulu.2.Kekejaman British adalah lebih teruk dari Kekejaman Jepun berdasarkan zaman Hugh Clifford hingga Darurat, fakta berdasarakan sejarah dan statistik kematian orang Melayu, Cina dan India dan zaman darurat. 3.Kos membina Balai Polis ,Kuala Medang,Lipis hanya 25 sen dan ini adalah penindasan British terhadap orang Kuala Medang 4.Konsesi Perlombangan yang terbesar didunia masa penjajahan British ialah Konsesi Jelai juga diLipis 5.Kenapa tidak ada konflik kaum diPahang? sila baca buku saya tersebut bila diterbitkan.

2.Sumbangan Orang lembah Bama Terhadap Kebudayaan,Keselamatan dan Pembangunan Pahang :Biografi Mejar(B) Abdillah- status sedang disedikan Dummy oleh pencetak

3. Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik -status sedang menaip Manuskrip, walaubagaimanapun semua "kuliah" saya boleh diikuti dalam Facebook Group Koleksi Biografi dan ini boleh anda akses secara terus kerana group ini adalah terbuka kepada semua. Saya menyampaikan apa yang saya pelajari dan menyampaikan kepada mereka yang berminat untuk menulis memoir sendiri atau memoir orang lain.

Penerbitan Buku-Buku Akan datang

1.Saya bercadang akan menyambung buku saya "Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga " bagi Volume kedua pula yang akan memuatkan memoir saya semasa alam persekolahan dan kehidupan diKampung Relong.
2.Saya akan menerbitkan " Teori Raut Wajah dari Persepektif Islam :Satu Penerokan bagi Kajian Susur-galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Shah I Riayat Shah, Sultan Negeri Johor-Riau-Lingga" buku ini merupakan Bahagian Kedua Kajian Lembah Bama. Saya akan membentangkan manuskrip kajian ini diIndonesia tidak lama lagi dikalangan ahli Persatuan Profesional Indonesia. Manuskrip ini telah lama disiapkan.
3. Menyiapkan Kamus Ketenteraan, Stategi dan Peperangan- bidang ini adalah bidang kerjaya saya dahulu dan akan saya catatkan segala istilah yang berkaitan dengannya.
4. Pendudukan Jepun DiPahang : Satu Dimensi Baru- buku ini akan saya teruskan walaupun banyak data yang belum saya perolehi misalnya hendak mencari tokoh yang hidup dizaman Jepun, Gabenor Jepun yang memerintah Pahang , perkerja jalan keretapi maut diburma dan lain-lain.
5. Flora Yang Hidup DiPantai Negeri Pahang Dari Pantai Chendor,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemok,Rompin: Satu Gambaran Awal.

Bagi mereka yang berminat dengan buku-buku saya bolehlah diemail kepada : aminrelong@yahoo.com.my

Dr Aminudin