Era Haiku Moden dalam kesusasteraan Jepun dapat dikesan menerusi puisi Kawahigashi Hekigoto (1873-1937) yang tidak terikat lagi dengan 17 suku-kata bunyi dan puisi-puisi beliau lebih bersifat menghampiri realiti. Para pengkaji melihat puisi Hekigoto lebih panjang yang beliau tuliskan seperti berikut:-
konogoro tsuma naki agak baru isteri meninggal
yaoya kedairuncit
na o tsumu timbunan sayur-sayuran
negi o tsumu timbunan bebawang
aruji musume suami dan anak perempuan
Dalam puisi diatas memperlihatkan keadaan kehidupan pekedai runcit menghadapi keadaan kematian isterinya yang menyebabkan keadaan mereka banyak sayur-sayur yang tidak disusun dan bawang yang tidak disisihkan seperti mana lazimnya dibuat oleh isteri pekedai.Inilah realiti yang digarap oleh Hekigoto dengan begitu baik sekali.Tokoh puisi moden Haiku seterusnya ialah Takahama Kyoshi (1874-1959) yang mengembara dan menulis novel, namun begitu gaya penulisan beliau masih terikat dalam cara penulisan haiku yang tradisional berdasarakn kepada 17 suku-kata bunyi. Diantara haiku yang beliau tulis adalah seperti berikut :-
hakizome no bila kali pertama menyapu
hoki ya tsuchi ni penyapu...ianya telah mengenai
narehajimu ketanah-tanih
Koyshi memecah tradisi penulisan Haiku tentang memecahkan flow puisi itu dibahagian tengahnya. Dengan memecah irama yang biasanya terjadi. Bersambung
Monday, April 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment