Saturday, August 6, 2011

Biografi Abang Mejar (B) A-Siri 1


PERTEMUAN DENGAN ABANG MEJAR (B) A
Dalam bulan ramadhan yang mulia ini saya mula menulis tentang biografi Abang Mejar (B)A yang banyak berbakti kepada Lembah Bama.Seperti yang saya katakan Lembah Bama memang tersembunyi Khazanah yang tidak ternilai. Kini saya menyingkap khazanah modal insan yang banyak berbakti kepada Lembah Bama atau Kuala Lipis.Ahli sejarah Pahang atau Lipis banyak membuat seminar disana dan sini, namun warga yang banyak berjasa nampaknya dilupakan.Saya banyak menulis tentang hal-hal sejarah melalui pendekatan yang berbeza dengan orang yang mempunyai displin sejarah kerana saya mempunyai latarbelakang akedemik yang bukan sejarah.Orang dari displin sejarah mengatakan tulisan saya bukannya bertunjangkan sejarah dan tidak menurut displin sejarah.Jadi ulasan saya ialah orang displin sejarah kenalah menulis dan memdokumentasi tulisan sejarah dan menulis pula mengikut methodologi penyelidikan sejarah, kalau tidak didokumentasikan masakan iannya menjadi sejarah. Dengan kata lebih tepat ialah jangan pandai bercakap saja tetapi hendaklah ditulis apa yang mereka cakapkan atau orang lain cakap tentang Lembah Bama atau Kuala Lipis misalnya.

Berbalik kepada pertemuan dengan Abang Mejar(B) A yang sepatutnya saya temui bila buku saya Menyingkap Sejarah Lembah Bama yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Percetakkan RK Letra siap pihak pengurusnya Abang Kassim berkata Abang Mejar (B) A kagum dengan tulisan saya itu. Setelah itu kami dapat bercakap melalui handpone dan hanya pada tahun ini 2011 kami dapat berjumpa dibatu 5,Kuantan bersama Akak N. Saya sebenarnya menganggap beliau sebagai abang saya sendiri kerana dimasa kecil saya selalu sendirian dan saya selalu bermain dengan orang lain seperti sepupu-sepupu saya dan juga rumah berhampiran dengan rumah kami diRelong.Jadi rumah Akak N dan Kama adalah dekat rumah kami. Rumah Pakitam A tempat saya bermain dan juga merupakan jalan menuju kerumah Pakandak Dahan.

Bersambung

Sunday, July 24, 2011

Sempena Penerima Ijazah Kehormat Ph.D Dari Universiti Cosmopolitan


Saya mengucapkan syukur diatas tulisan-tulisan saya baik yang berupa buku dan blog, saya dihargai oleh Universiti Cosmopolitan, Missiouri, USA untuk menerima Ijazah Kehormat Ph.D dalam bidang Komunikasi dan Maklumat.Sempena penerimaan ijazah tersebut saya akan menyampaikan ucapan yang berjudul " De Relong A Pictorial History " yang mana saya dedikasikan kepada kampung kesayangan saya iaitu Kampung Relong,Kuala Lipis.Dalam teks itu akan saya paparkan foto-foto zaman saya bebudak dan foto-foto yang saya kira antik.Diantaranya ialah gambar Sekolah Relong yang menjadi latarbelakang pengambaran kumpulan ayah saya Haji Abdul Karim Ali dan kawan-kawan beliau dimasa muda misalnya Ustad Idris,Pakandak Dahan, adik ayah saya Haji Husin Ali,Pakangah Hashim (Datok Hashim),Pakcu Zakaria Derani dan lain-lain.

Sekian, terima kasih atas sokongan anda sekelian.

Dr Aminudin

Saturday, July 16, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 5


Terjemahan dari The Straits Times, 26 October 1927

Tragedi disungai.

" Malay mail telah melapurkan bahawa satu malapetaka telah berlaku diSungai Jelai diPahang pada hari sabtu.Disitu telah berlaku hujan yang lebat pada hari tersebut sekitar bukit-bukit diladang Selborn, Padang Tengku,Kuala Lipis yang mengakibatkan air sungai naik mendadak.Pada jam 3.00 pagi sebuah feri yang melintasi sungai tersebut yang tidak jauh dari ladang Selborn yang membawa penumpang seramai 28 yang kebanyakannya perkerja-perkerja ladang tersebut yang terdiri dari kebanyakkan Orang Melayu telah terbalik ditengah-tengah sungai dan sebahagian besar dari mereka terhumban kedalam air sungai.Kebanyakan dari penumpang telah dapat menyelamatkan diri dengan bergayut pada feri dan kemudian berenang menuju ketepi sungai namun agak malang ada diantara wanita-wanita tersebut yang tenggelam iaitu seramai enam orang.Tiga orang telah ditemui oleh perkerja landang dan seorang ditemuai sekitar satu batu dari tempat kejadian dan tiga lagi masih hilang.Difahamkan feri tersebut biasanya membawa penumpang tidak melebehi 15 orang penumpang "

Dr Aminudin

Friday, July 8, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 4


Pada 10 disember 1941, Detachment Takumi telah mendarat diBesut dan salah satu pasukan telah mara keKuala Terengganu dan seterusnya keKuantan dengan menggunakan trak, basikal dan berjalan kaki.Dalam menuju keKuala Terengganu , Jepun telah membuka penempatan mereka idiPulau Kambing dan Pulau Perhentian dijadikan pelabuhan sementara tentera menyerang kawasan-kawasan lain.DiTerengganu, Jepun turut membuka penempatan disekolah -sekolah umpamanya Sekolah Sultan Sulaiman dan Sekolah Melayu Paya Bunga. Akhir ,Jepun dapat menawan seluruh Terengganu pada 20 disemver 1941.

Bila Terengganu telah ditawan ,Jepun mudahlah mara keKuantan melalui Batu Hitam dan Semambu, malah tidak disedari oleh Batalion ke5 dari Rejimenke11 Sikh itu yang sedang berkubu diBeserah.Bila sampai diJabor, Jepun telah menawan pengurus ladang Jabor ketika itu dan dijadikan orang tawanan perang.Jabor yang merupakan satu-satunya jalan kenderaan yang ada ketika itu. Manakala Jalan Beserah keSemambu adalah merupakan jalan yang sempit dan hanyalah laluan bagi basikal dan pejalan kaki, sedangkan kawasan lain ketika itu adalah hutan tebal.

Dr Aminudin

Monday, July 4, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 3


Terjemahan dari Straits Times Weekly Issue, 17 September 1889 bertajuk Pengembaraan DiPahang.

Pada 20 haribulan Julai 1889 kami telah tiba di Pulau Tawar dan kami berjumpa dengan Sultan Pahang.Kami menikmati makan malam bersama beliau yang merupakan seorang yang baik dan dapat memerintah dengan baik.Pada pandangan saya beliaulah seorang raja Melayu yang terbaik yang pernah saya temui.Beliau seorang ahli sukan yang kemudian memerintah orangnya menyediakan sasaran ditempat beliau tinggal dan memperlawa kami sama-sama menembak sasaran tersebut.Didapati beliau dan anaknya dapat menembak sasaran dengan tepat sebagaimana kami juga.Semasa kami tinggal diPulau Tawar kami telah makan malam dengan beliau dan dapat melihat hadiah-hadiah yang beliau perolehi terutama sekali gading-gading gajah dan juga senapang dan rifle yang beliau ada.Pemandangan ditepi tebing sungai diPulau Tawar sungguh cantik, disini saya dapati kawasan begitu lapang sekitar istana Sultan.Istana Sultan dikelilingi oleh gedung yang kelihatan banyak itek dan belibih berkeliaran bermain air dalam gedung itu.Kami cuba menembaknya beberapa kali dengan peluru-peluru penabur yang kami ada, kami telah memperolehi beberapa ekor belibih dan beberapa ekor ayam hutan yang berkeliaran disekitar gedung itu.Kadang-kadang kami terserempak dengan beberapa ekor babi liar yang mencari makan dan kami dapat menyunkurkan beberapa ekor babi tersebut yang sengaja mencari naas.

Dr Aminudin

Sunday, June 26, 2011

Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar-Akhbar Tahun 1889-1952-Nukilan 2


Terjemahan The Singapore Free Press and Merchantile Advertiser 1889-1942,bertarikh 18 August 1934.

Tajuk : R.A.F Melawat Kuantan

Dua buah mesin yang bernombor 205 (Bot Terbang) dari Squadron telah memulakan penerbangan keKuantan sejak hari rabu dan dijangkakan akan kembali semula keSeletar.Penerbangan ini diperintah oleh Squadr Leader Lloyd. Ketua pasukan penerbangan ialah Kapten S.W.Smith dan Lieutenant Bladen yang sama-sama dalam satu kapalterbang.Ini adalah pertama kali mereka melawat Kuantan.Kapalterbang-bot (flyingboat) itu mendarat dengan cukup baik dikawasan sungai yang sememangnya dikhaskan bagi tempat kapalterbang seumpama itu.H.M.S Terror pula telah berlabuh diSungai tersebut (Sg Kuantan) yang diketuai oleh Mejor General E.O.Lewin yang merupakan pegawai pemerintah.

Kuantan sudah pasti tercatat dalam Sejarah yang unik ini dan sudah pasti Mejor General Lewin dan Kapten Smith dan pegawai-pegawai tentera udara dan laut diraikan oleh jamuan makan malam dan juga dihiburkan dengan acara tari menari diKuantan Kelab.Diantara yang hadir dalam acara tersebut ialah Lieut Col.F.J.Ayres, O.C.Pahang State Troops.

Dr Aminudin

Wednesday, June 15, 2011

Rona-Rona Pengembaraan,Peristiwa Dan Pembangunan Pahang Menerusi Analisis Kandungan Terhadap Akhbar Dari Tahun 1889-1952-Nukilan 1


Ini adalah petikan Dari Kapitel (Bab) KeEmpat Dari Buku Diatas

Sejarah Sesuatu Yang Hidup Dan Invigorate

Tema penulisan saya kali ini ialah SEJARAH ITU HIDUP. Ini boleh dilihat dari perkataan vigour yang bermakna " be lively" dari Bahasa Latin iaitu Vigere. Begitu juga dari Bahasa Indo-Eropean dari istilah "wog" yang bermakna "be lively or active". Manakala dari istilah Englishnya "vigil" bermakna wake and watch pada masa dahulu tetapi sekarang sudah berubah maknanya iaitu "live" yang diambil dari bahasa Peranchis iaitu dari perkataan "Vigour" pada abad yang ke14 dan pada abad yang ke17 perkataan ini telah menjadi "Invigorate" dan hinggalah sekarang kekal perkataan tersebut.Ini juga sejarah dari istilah dari dahulu hingga sekarang yang jarang dari kita mengambil peduli tentangnya.Tetapi sebagai seorang penyelidik macam saya inilah yang mengembirakan hati saya kerana saya dapat melihat perubahan istilah dari dari dahulu hingga sekarang yang menjadi tema penulisan saya.Banyak persoalan yang ditanyakan kepada saya kenapa berminat dengan Sejarah sedangkan bidang pengkhususan saya adalah ICT.Dimasa belajar diperingkat Ijazah Pertama lagi saya ada juga mengambil matapelajar Sejarah selain dari Matapelajaran Teras iaitu Sosiologi dan Ekonomi.Bila saya membuat kajian tentang Lembah Bama saya menggunakan keadah atau pendekatan Knowledge Management yang boleh mengkaji Sejarah.DiUSA tempat saya belajar peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Sejarah diajarkan menerusi penggunaan ICT(Komputer).Laman Web yang popular menggunakan ICT untuk mengajar Sejarah ialah http://teachinghistory.org.Bagi menghidupkan matapelajaran Sejarah kita kenalah melibatkan diri kita dengan sejarah dan bagi pelajar pula hendaklah menggunakan bahan-bahan Sejarah yang banyak seperti Surat-surat, Catatan,Surat Khabar,Sejarah Lisan dari Tokoh-tokoh,temuduga,dokumen-dokumen,gambar-gambar ,artifak dan lain-lain lagi.

Dr Aminudin