Tuesday, July 20, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 12- Puteri Kaguya


Lanang yang lima orang itu akhirnya kecundang untuk memenuhi kehendak Puteri Kaguya.Puteri Kaguya pula kelihatan lebih gembira hidup bersama kedua orang tua angkatnya itu.Walaubagaimanapun berita kejelitaannya mulai sampai ketelinga Maharaja Jepun sendiri.Pada satu hari Maharaja Jepun memanggil pembesarnya dan mula bertanyakan tentang kejelitaan Puteri Kaguya dan akhirnya bercadang hendak melihat sendiri wajah puteri itu.Namun hasratnya dihalang oleh pembesar baginda.Pembesarnya mengatakan mereka akan memeriksanya dahulu bagi memastikan perkara ini betul-betul benar dan pembesar itu kemudian pergi kerumah Puteri Kaguya dan menjemput orang tua ayah puteri datang keistana setelah mendapati berita tersebut adalah tulin.Orang tua ayah puteri datang menghadap Maharaja dan bila dia tiba dibalai istana dia dilayan dengan begitu baik oleh Maharaja.Malahan Maharaja berjanji akan memberikan pangkat yang tinggi kepada orang tua ayah puteri.Maharaja menjemput puteri datang keistana tetapi dia tetap menolaknya dengan baik kehendak Maharaja itu.Hinggakan ayah puteri memujuknya dan puteri sanggup membunuh diri kalau dia dipaksa juga.

Inilah yang membuat kedua orang tua angkatnya itu begitu risau hinggalah entah macam mana bila Maharaja pergi memburu maka tidak semena-semena mereka telah tersesat kekawasan rumah puteri itu.Ini menjadikan kedua orang tua itu panik dan terus menghadap Maharaja dihalaman rumah mereka dan menjemputnya masuk kerumah mereka.Tanpa berlengah-lengah lagi Maharaja masuk kerumah itu dan menuju kebilik Puteri Kaguya dan bila dia membuka tirai bilik Puteri Kaguya dan terlihat cahaya bergemerlapan memancar-mancar dari muka Puteri Kaguya yang sedang duduk diatas getanya yang beralaskan bantal bersulam emas dengan memakai baju sutera dan memandang puteri itu.Dia telah melihat sendiri puteri itu yang kejelitaannya tidak ada tolok-bandingnya didunia ketika itu.Dia pun ingin balik keistana ketika itu juga kerana hampir-hampir hilang penglihatannya terkena cahaya yang memancar dari wajah Puteri Kaguya.Dia memohon pergi dan kembali keistana dengan segala para pembesarnya serta itu juga.

Sejak itu Maharaja tidak datang menjenguk Puteri Kaguya kerana amat terkejut dan masa berlalu begitu cepat hingga menjangkau empat tahun yang kini menjelanglah pada bulan akan mengambang dan dapat kelihatan awan yang cerah dari tingkap rumah Puteri Kaguya.Kedua orang tua angkatnya itu agak sedih mengenangkan nasib puteri mereka itu.Pada satu malam yang hening sekitar bulan Ogos itu Puteri Kaguya menerangkan yang akan memberitahu kepada orang tuanya itu rahsia sebenar tentang dirinya.Puteri Kaguya dengan sedih dan kelihat beberapa titik air matanya bergelinangan dikelopak matanya seraya berkata " Kini tibalah masanya ingin ku khabarkan kepada kedua orang tuaku bahawa aku bukan berasal dari bumi dan tidak seperti manusia lain disini.Aku dilahirkan dinegeri bulan dan aku dihantar kebumi untuk sementara waktu dan sekarang aku akan pulang kerana panggilan dari bulan sering mengamitku dan masanya telah tiba bila bulan mengambang penuh dibulan Ogos ini.Aku tetap tidak dapat melupakan kamu wahai kedua orang tua ku, tapi apakan dayaku ".

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, July 17, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 11- Puteri Kaguya


Jaka seperti Iso-No- Kamimaro mentafsirkan kehendak Puteri Kaguya iaitu mencari kulit kerang milik burung layang-layang bermakna kulit kerang itu terletak dalam perut burung tersebut.Para pengikutnya mengiakan sahaja tetapi apa yang mereka selalu berjumpa bila menangkap dan membunuh bermacam-macam jenis burung tidaklah pernah terjumpa kulit kerang dalam perut burung-burung tersebut.Mereka akhirnya ketawa berdekah-dekah sesama mereka.Tetapi bila Iso-No-Kamimaro mengetahuinya dia menampelak mereka.Setelah itu adalah seorang tua dari kalangan orang suruhannya itu memberikan pandangan bahawa burung layang-layang ada membuat sarang diKuil Gunung Horai tetapi burung itu membuat sarang diatas bumbung kuil tersebut.Jadi mereka pergilah kekuil tersebut melihat burung layang-layang membuat sarang.

Iso-No-Kamimaro berminat dengan cadangan itu dan memilih 20 orang suruhan supaya bersamanya mendaki kuil itu.Bila mereka sampai disana mereka telah membina para-para yang tinggi bagi melihat burung layang-layang membuat sarang.Bila burung itu melihat orang ramai dia mulai takut dan ini menjadikan dia pergi dari situ buat sementara waktu.Melihatkan gelagat burung layang-layang sebegitu rombongan Iso-No-Kamimaro membuat keputusan untuk tidak mengacaunya.Orang-orangnya mencadangkan bila waktu malam mereka menyediakan bakul bagi mengisi sarang layang-layang itu bagi memudahkan mengambil telur dan kulit kerang yang diletakkan oleh burung itu nanti.Setelah bakul dipasang diatas bumbung kuil itu dengan memasukkan sarang burung dalam bakul itu.Mereka juga berfikir bilakah burung itu mahu bertelur pula dan mereka berpendapat biarkan begitu dan mereka akan terus memerhati tindakan burung layang-layang itu.Orang suruhan Iso-No-Kamimaro terus menunggu tetapi dia sendiri tidak sabar dan memanjat ketas bumbung kuil itu dan menunggu burung layang-layang masuk kesarang.

Tidak lama kemudian kedengaran burung layang-layang berbunyi chik-chik-chik, dan dia kelihatan semacam menari-nari diatas tepi bakul yang mereka letak sarangnya didalam bakul itu sambil melibas-libas ekornya dan orang-orang Iso-No-Kamimaro mengharapkan
bulu burung layang-layang itu tercabut dari ekornya.Iso-No-Kamimaro menunggu penuh sabar dan mengharapkan burung itu boleh bertelur dalam sarang itu dan setelah burung itu pergi dari situ Iso-No-Kamimaro pergi mendekati bakul yang mereka letak itu dan dia mulai meraba kedalam sarang burung itu dan dia merasakan ada sesuatu dan dia berteriak " Aku dapat kulit kerang dalam sarang burung layang-layang dan cepat bantu aku turun ".Entah macam mana sekeping atap kuil itu telah tergelincir akibat terkena pedang Iso-No-Kamimaro dan membuat yang lain turut sama mengelunsur dan menjadikan dia turut tergelunsur dan dia jatuh atas tong kayu mengisi air dibawah salur air hujan dikuil itu.Bergedebuk! bunyinya dan orang-orangnya melihat dengan kasihan dan cepat-cepat membantunya.Dia kesakitan terutama dibahgian pinggang dan belakang, namun dia dengan bangga mengatakan dia memperolehi kulit kerang dalam sarang layang-layang itu dan meminta orang-orang melihat tetapi hanyalah batu-batu kecil.Orang-orang suruhannya macam hendak ketawa berdekah-dekah tetapi tidak sampai hati melihat tuan mereka sakit teruk.

Mereka akhirnya berangkat balik kerumah tuannya dan dalam perjalanan mereka mencari tabib kerana tuannya sakit teruk akibat jatuh dari atas bumbung kuil itu.Beberapa minggu dia dirawat dirumah dan bila dia agak sihat dia ada berkata " Celaka sungguh,mencari kulit kerang dari Gunung Horai aku mendapat sakit tetapi ketulan batu yang aku perolehi dalam sarang burung itu, malu aku ".Cerita pengembaraan Iso-No-Kamimaro mencari kulit kerang milik burung layang-layang sampai juga kepengetahuan Puteri Kaguya dan puteri ada mengutus surat dan memberikan beberapa hadiah untuknya bagi memulihkan semangat Iso-No-Kamimaro, manakala dia masih terhingut-hingut berjalan menggunakan tongkat kayu kerana kakinya masih belum pulih maklumlah terhentak diatas tong kayu.

Bersambung

Dr Aminudin

Friday, July 16, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 10- Puteri Kaguya


Gegandan bagi tugas untuk Putera Ishitsukuri, maklumlah hendak mencari mangkok bekas kegunaan Buddha.Berita tentang mangkok ini tidak kedengaran lansung diseluruh Jepun.Namun Putera Ishitsukuri ada juga mendengar cerita-cerita tentangnya dari orang tua beliau itupun dikatakan ada terdapat dikuil Shaka diIndia.India pastilah terlalu jauh dari Jepun mungkin melebihi 2000 batu.Cuaca diIndia pula panas bukan main.Inilah yang membuat Putera Ishitsukuri susahhati malahan tergerak hatinya untuk mengarang surat kepada Puteri Kaguya yang kandungannya berbunyi demikian :-

" Yang Mulia Puteri, hari ini aku merencanakan satu pengembaraan untuk mencari mangkok Buddha seperti yang kamu hajati, sekiranya aku menemukannya aku sudah pasti dapat memilikimu dan sudah pasti rumahku ini bertambah seri lagi dengan kehadhiran kamu.Saya akan mengembara jauh dari negeri ku ini dan yang pasti tinggallah gunung-ganang dan sungai yang air cantik mengalir hingga kelaut yang ombaknya cukup tinggi menghempas kapal kami.Begitu juga belibih yang berterbangan sejak beberapa musim yang lalu serta musim bunga yang pasti tiba akan tidak dapat aku nikmati sehinggalah aku kembali.Aku sendiri merasa takut untuk menyertai pengembaraan ini tetapi demi cintaku padamu aku teruskan juga ". Inilah warkah yang begitu syahdu ditulis oleh Putera Ishitsukuri dan dia kemudian memanggil orang-orang suruhan mencari mangkok tersebut.Orang-orang suruhannya kelihatan begitu gelisah namun terpaksa juga akur akan perintah tuannya itu.

Jadi mereka berjalan dan mencari mangkok itu disegenap kuil dinegara Jepun itu dan bila berjumpa saja mangkok-mangkok yang agak lama habis dikutip dan diangkutnya.Berbagai bentuk dan saiz telah mereka temui .Masa telah berlalu dengan pantas hinggalah menjelang tiga tahun dan mangkok yang telah dikutip sudah macam busut jantan dan mereka membawa balik kerumah tuannya itu.Bila Putera Ishitsukuri melihat sebegitu banyak mangkok yang diperolehi dia mulalah memeriksa mangkok-mangkok itu satu persatu dan banyaklah yang diperiksaannya tetapi banyak pula yang ditolak atau tidak berkenan dihatinya.Malahan akibat keletihan memilih mangkok-mangkok yang banyak itu dia berkata " Adakah mustahil diantara kamu tidak berjumpa dengan mangkok yang aku kehendaki?".Melihat putera yang kelihatan marah itu datanglah orang suruhannya yang paling tua seraya menunjukkan beberapa mangkok yang telah dipilihnya dari banyak-banyak yang dibawa balik itu.Dia telah memilih mangkok yang paling tua dan kelihatan kotor pula sambil berkata " Tuanku, dari pencarian kami hingga kenegeri Cina sehingga beberapa hari kami disana sampailah kami kesebuah kuil yang terdapat berberapa orang rahib yang tahu tentang mangkok Buddha.Mereka memberi tahu bahawa mangkok itu dibawa dari India dan mereka sanggup menjualkan kepada kami dan inilah kami bawakan kepada tuanku".

Putera Ishitsukuri mengambil mangkok itu dan menyuruh orang-orangnya membungkus dengan kain sutera yang paling mahal dan membawanya menuju kerumah puteri.Dalam perjalanan dia sempat pula membeli sejambak bunga dan dibungkusnya bersama mangkok tersebut.Agak ramai juga para pengikut Putera Ishitsukuri pergi kerumah tuan puteri dan bila sampai disana dia telah ditunggui oleh tuan puteri dengan penuh debaran dan puteri berkata " Aku menunggu penuh hormat akan barangan oleh Tuanku berupa mangkok yang pernah digunakan oleh Buddha ".Putera menyerahkan bungkusan itu dan kemudian puteri membuka bukusan itu dan dia mendapati habuk penuh serta beberapa kelopok-kelopak bunga ros melekat pada mangkok itu dan kemudian puteri berkata " Mangkok yang asli yang digunakan oleh Buddha akan bercahaya ibarat cahaya cakrawala tetapi yang ini berwarna hitam dan ini bukanlah mangkok asli,ini palsu ".Puteri kelihatan begitu kesal dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha tersebut dan masuk kedalam biliknya.Putera Ishitsukuri pula kelihatan begitu menyinga dan seakan mahu diterkamnya orang-orang suruhannya dan berkata " sungguh malu aku,ini satu penghinaan dan celaka betul mangkok ini ".Dia bergegas keluar dari rumah tuan puteri dan bila dia sampai diluar tembok rumah itu dia terus menyepak kaki kudanya dan menjadikan kudanya terperanjat dan dia terpaksa pulang berjalan kaki sendirian yang diiringi oleh pengikutnya sedangkan pengikutnya berbisik dengan mangatakan " itulah Putera Ishitsukuri Sama yang malang,mangkok paslu, kuda lari dan dia mendapat malu ".

Bersambung

Dr Aminudin

Wednesday, July 14, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 9- Puteri Kaguya


Enca hati kedua kawan Otomo-No-Miyuki yang kecundang dengan tugas masing-masing.Kini bagi Otomo-No-Miyuki pula yang hidupnya sederhana sahaja walaupun keluargnya orang berada.Dia juga cuba memenuhi kehendaki Puteri Kaguya.Namun hatinya gundah-gulana juga kerana untuk mendapatkan 5 biji permata dari mulut naga bukanlah suatu yang senang.Dia kemudiannya memanggil orang-orang suruhannya supaya mencari permata tersebut dengan apa cara sekalipun dan jika mereka memperolehinya mereka akan menjadi kaya-raya.Sebagai permulaan mereka diberikan beberapa buntil wang emas dan yang pasti orang-orang suruhannya menjadi gembira dan ada dikalangan mereka berbisik sesama sendiri sedemikan bunyinya ," Ini tugasan yang berbahaya yang tuan kita suruh, aku ada mendengar cerita tentang Gunung Horai itu.Mereka juga berkata ada kuasa sakti naga digunung itu yang membuat kita tidak dapat mendekatinya dan bagaimanakah kita hendak mengalahkannya ?.Bila kita balik nanti dengan tangan kosong kita tidak mendapat apa-apapun, jadi sekarang kita ambil apa yang diberikan kepada kita dan juga menjaga diri kita dari kena bahaya naga itu ".

Tidak ada siapa yang berani mati kerana naga itu dan mereka dengan bijak menagihkan wang emas itu dikalangan mereka.Manakala Otomo-No-Miyuki pula sibuk membesarkan rumahnya kerana sekiranya tugasan mereka berhasil mendapatkan permata itu dia akan beroleh puteri itu sebagai isterinya dan inilah yang selalu bermain dalam benaknya.Berberapa pula berlalu tiada tanda-tanda yang orang-orang suruhannya kembali dan oleh kerana bosan menunggu dia mengambil keputusan untuk mencari sendiri naga itu.Dia dengan beberapa orang suruhan lain membuat perahu yang boleh dinaiki oleh beberapa orang awak-awak.Pada mulanya awak-awak keberatan untuk mengikutnya tetapi setelah dia menerangkan kepada mereka jangan bimbang awak-awaknya bersetuju.Setelah belayar beberapa bulan dilautan dalam cuaca yang baik dan bila menghampiri pulau Kyushu tiba-tiba lautan bergelora dan angin bertiup begitu kencang dan perahu mereka dilambung ombak serta hampir terbaik.Namun tidak lama kemudian angin pun reda dan mereka sampai kegigi pantai dan berkhemah disitu.Beberapa hari kemudian Otomo-No-Miyuki melihat sekitar pantai itu kelihatan sebuah gunung dan dalam hatinya berbisik inilah agaknya gunung Horai.

Tidak lama kemudian dia merasa angin bertiup kencang dan dia menjangkakan inilah hembusan nafas sang naga.Tiba-tiba dia dapati bayangan pula diatas gunung itu dan kemudian diikuti oleh guruh dan kilat sabung menyabung dan kadang-kadang semacam menyambar mereka dan dia berkata " Ini mungkin kemarahan sang naga dan hendak mendera kita, segeralah sembah naga itu dan minta maaf darinya".Bila keadaan telah pulih mereka pun beredar dari pulau itu dan berterima kasih kepada Dewa naga kerana tidak memusnahkan mereka.Setelah beberapa minggu kemudian mereka telah mendekati sebuah pelabuhan kecil dan singgah untuk mendapatkan air dan makanan.Bagi setengah awak-awak telah berjalan-jalan disitu dan kemudian bersorak mengatakan " Inilah Akashi,kita telah sampai dinegeri kita, Jepun yang disayangi ".Bila mendengar pekikan awak-awaknya itu Otomo-No-Miyuki terus memerhatikan kawasan sekelilingnya dan dia dapat mengecam akan banyak pepohon ru, langit yang berwarna biru muda dan balam-balam kelihatan gunung-ganang itu adalah negeri mereka.Mereka sebenarnya lama sesat tetapi sesat dinegeri mereka sendiri dan dengan tidak berlengah-lengah lagi orang-orang suruhannya membuat kenderaan usungan bagi Otomo-No-Miyuki dan mengusungnya kembali kerumah,disamping itu orang-orang suruhannya berkata " kita telah berusaha mencari permata itu dalam mulut naga tetapi apakan daya kita ".Bagi Ketua Istiadat Otomo-No-miyuki pula tidaklah ia merasa marah kerana dia mengetahui hal yang sebenar dan mereka juga bersependapat yang permintaan Puteri Kaguya itu adalah mustahil untuk dipenuhi.

Bersambung

Dr Aminudin

Tuesday, July 13, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 8- Puteri Kaguya


Dura juga bagi Menteri Abe-No-Miushi untuk mencari kulit 3 ekor tikus dinegeri Cina, dia telah menulis surat kepada kawannya seorang yang mahir mencari barang-barang pelik iaitu Okyo San.Dalam suratnya itu dia tidak lupa menyertakan sejumlah wang yang banyak berserta menyatakan apakah barang yang dia hajati.Tidak beberapa lama kemudian dia menerima balasan surat dari kawannya itu dengan balasan yang menyatakan " Aku ada mendengar yang sebuah gunung istimewa ada terdapat sejenis tikus sedemikan, namun aku tidak pasti ianya wujud atau tidak.Walaubagaimanapun aku akan mencarinya.Kalau aku tidak menemuinya akan aku buatkan untuk kamu dan aku percaya aku berupaya membuatnya dan aku berharap kamu bersabarlah dalam hal ini ".Setelah menunggu lebih satu tahun, Abe-No-Miushi masih lagi tidak menerima kulit tikus yang dijanjikan dan apabila masuk tahun yang kedua, dia belum lagi menerima perkhabaran tentang hal itu dan bila hampir tahun yang ketiga, dia bercadang untuk mengirim surat kepada kawannya itu tetapi tiba-tiba ia menerima sepucuk surat dari kawannya Okyo san dengan mengatakan yang dia sudah untuk menemui kulit tikus itu, namun setelah mendaki Gunung Horai dan setelah puas mencari disekitar gunung itu dia menemukannya tetapi dia kekurangan wang kira-kira 50 RYO dan dia meminta Menteri Abe-No-Miushi menghantar kepadanya segera.Maka cepat-cepat Menteri Abe-No-Miushi menghantar wang tambahan itu.Apabila orang suruhan pulang dia mendapati mereka membawa barang tersebut dari Okyo San.

Barang tersebut diisikan dalam kotak yang berwarna merah dimana didalamnya terdapat kulit tikus yang amat diperlukan.Dia berkata " Sangat cantik dan sesuatu barangan yang amat berharga bagi ku ".Dia juga berjanji akan memberikan bayaran yang lumayan kepada Okyo San apabila dia kembali dari rumah Puteri Kaguya nanti.Tidak lama selepas itu Menteri Abe-No-Miushi telah pergi kerumah Puteri Kaguya bersama pengikutnya.Apabila sampai dirumah puteri itu, orang tua ayah puteri telah mendapat khabar tentang Menteri Abe-No-Miushi telah menemukan kulit tikus itu dan dia dengan mudah dibenarkan masuk kerumah tersebut.Puteri Kaguya telah menunggu dibalik tabir biliknya dan kemudian puteri Kaguya mengatakan ia perlu menguji akan kulit tikus itu agar dia tidak hangus atau terbakar oleh api.Orang tua ayah puteri tidak berlengah lagi menyuruh orang suruhannya menghidupkan api dengan menghimpunkan kayu api bagi membuat unggun api dikawasan halaman rumah mereka itu.Menteri Abe-No-Miushi pula mengambil kulit tikus dalam kotak yang dibawanya dan mencampakkan kedalam api yang sedang menyala dengan maraknya itu.Tidak lama kemudian kelihatanlah kulit tikus itu kehitaman dan kemudian habis dijilat api hingga menjadi debu.Menteri Abe-No-Miushi sungguh kecewa dan mukanya pucat-lesi serta dengan perasaan marah berkata " Tak guna betul kulit tikus ini dan banyak sudah wangku habis kerananya ".Puteri Kaguya kelihatan tertawa dan dia menyatakan dia tidak perlu lagi berjumpa dengan Menteri Abe-No-Miushi kerana semua dibawanya palsu dan puteri masuk kedalam biliknya.

Bersambung

Dr Aminudin

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 7- Puteri Kaguya


Cura pula pada pandangan orang tua ayah Puteri Kaguya tentang kebolehan Putera Kurumamochi mendapatkan ranting pohon berbola berkelip dari pokok emas itu.Dia beranggapan yang putera itu tidak datang lagi tetapi putera itu datang dengan membawa barang yang dikehendaki oleh sang puteri.Dia mengarahkan pintu besar dibukai dan Putera Kurumamochi dengan senyum lebar memandang orang tua itu .Orang tua itu diserahkan kota kayu bersadur emas itu untuk dibawa kebilik Puteri Kaguya kemudian meminta untuk melihatnya apa yang ada dalam kotak kayu itu dan dia sendiri menganggap adalah mustahil perkara yang dihajatinya dijumpai.Tetapi dia juga telah terkejut bila melihat buah pohon yang berbola putih memancarkan cahaya dari hujung ranting dan bila seluruh kotak itu dibuka didapatinya cahaya memancar berserta pula bunyi suara nyaring dari loceng yang dihasilkan dari bebola putih itu pula.Malahan dia berkata " Sungguh cantik cahaya yang keluar dari bebola itu dan ini pastilah dari pohon emas yang saya maksudkan ".Bagi Putera Kurumamochi pula sudah tidak sabar untuk mendengar permintaannya dipenuhi dan terus menerjah masuk kedalam bilik Puteri Kaguya, namun Puteri Kaguya masih menutup mukanya dan Putera Kurumamochi menghampiri Puteri Kaguya, namun Puteri Kaguya lantas bertanya bagaimanakah ia memperolehi barang yang diarahkannya ini.Tanpa melengahkan lagi Putera Kurumamochi berceritalah bagaimana ia memperolehinya.

" Setelah puteri mengarahkannya dia terus menjalankan tugas tersebut dan setelah sampai dirumah, aku membuat persediaan dan setelah kapal kami siap, kamui berlayar kesatu tempat yang tidak diketahui.Dimanakah Gunung Horai itu ?.Setelah beberapa lama dilautan, tiba-tiba kilat sabung menyabung dan serta tiupan angin kencang telah melanda kapal kami.Beberapa hari akhirnya kapal kami akhirnya tersadai disebuah pantai yang berhampiran sebuah gunung.Kami kemudian membuat kem disitu dan berjumpa dengan seorang wanita cantik yang membawa sebiji bakul berisi barangan emas dan menyapanya serta bertanya apakah nama gunung tersebut.Beliau menjawab yang gunung itu adalah gunung Horai.Setelah itu kami mendaki gunung itu dan setelah menghadapi banyak rintangan pada hari yang kesepuluh kami sampailah kemuncak gunung itu.Kami dapati dikemuncak gunung itu sangat mengkagumkan.Semua kawasannya dipenuhi oleh bunga yang baunya semerbak harum.Diatas kepala kami pula berterbangan berbagai burung yang berwarna-warni yang bersiulan dan tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan emas yang kemudiannya kami menyeberanginya dan dihujung jambatan itu terdapat sebuah pokok emas yang berbola putih yang mengeluarkan cahayanya."

Putera Kurumamaochi mengakhiri cerita palsunya itu, manakala puteri mendengarnya dengan penuh takjub dan bila puteri memandang muka puteri itu dia mengalihkan pandanganya.Melihat hal ini orang tua ayah puteri pun mengarahkan orang bawahannya supaya bersedia mengawinkan puterinya itu.Dia juga menyatakan tidak perlu lagi disediakan hantaran lain kerana banyak wang telah dikeluarkan oleh Putera Kurumamochi dan lagipun dia telah mendapatkan barang yang amat tinggi nilainya.Tetapi tiba-tiba kedengaran dari luar suara orang berteriak yang mengatakan ada surat penting untuk Puteri Kaguya dan akhirnya surat itu diserahkan kepada Puteri Kaguya,surat dibuka oleh puteri yang mana kandungannya berbunyi seperti berikut:-

"Kami adalah orang-orang suruhan Putera Kurumamochi Sama.Kami telah berkerja dengannya dan telah mendaki sebuah gunung.Gunung itu bukan gunung Horai.Kami tidak menemukan pokok emas dengan kata lain kami tidak berjumpa dengan pokok itu.Sebaliknya kami telah dikurung disatu tempat dan diarahkan siang dan malam untuk menyiapkan ranting berbola putih yang berkelipan yang kini dihantar kepada puteri.Atas segala perik-lelah kami dijanjikan dengan ganjaran yang membolehkan kami kaya-raya tidak sehingga kini kami tidak mendapat apa-apa bayaran.Kami sudah tidak percayakan lagi dia, dia adalah pembohong ".

Puteri Kaguya menanggis teresak-esak dan dia sungguh berterima kasih kepada orang-orang suruhan tersebut dan dia sendiri berjanji akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka.Puteri Kaguya mengarahkan ayahnya memberi wang yang banyak kepada mereka dan mereka kembali kerumah dengan cukup gembira.Bagi Putera Kurumamochi pula tunduk malu dan beredar dari situ dan orang tua itu menyuruh orang memulangkan kotak berisi ranting berbola putih.Putera Kurumamochi sungguh kecewa dan dukacita bila rancangannya tidak berjaya dan bila kotak kayu diberikan kepadanya dia terus menyepak kotak kayu itu dengan hati yang sakit, walaubagaimanapun kotak itu dikutip oleh pemandu kereta kuda dan memasukan kedalam kereta itu dan beredar dari situ.

Bersambung

Dr Aminudin

Monday, July 12, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 6- Puteri Kaguya


Kendati pun kelima orang pemuda bangsawan itu kembali kerumah masing-masing walaupun semua permintaan oleh Puteri Kaguya itu adalah mustahil untuk dicapai.Maka ikutilah kisah pengembaraan kelima-lima pemuda tersebut mencari atau mendapatkan apa yang dihajati oleh Puteri Kaguya.Kita ikuti pengembaraan atau rencana yang yang dibuat oleh Putera Kurumamochi yang merasakan tugasan yang diarahkan kepadanya semacam tidak percaya sahaja olehnya kerana mana ada pokok emas dinegeri mereka yang boleh mengeluarkan buah bebola yang boleh mengeluarkan cahaya mengerlip pula.Namun begitu itu dia bertekad untuk menyuruh orang-orang suruhannya membuatnya disatu tempat yang tidak diketahui orang.Sejak itu dia mula mengarahkan orang-orang suruhan bersiap sedia untuk memulakan misi mereka.Pengembaraan yang diketuai oleh putera itu kini terdiri dari orang-orang muda yang pandai bertukang dan sanggup menerima apa juga halangan.Jadi mereka membina kapal untuk menyemberangi lautan dan setelah siap mereka belayarlah dan tidak lama kemudian sampailah segigi pantai yang entah dimana.Namun yang pasti inilah tempat mereka tempat untuk mereka mencipta atau membuat ranting pokok emas yang berbola putih yang mengeluarkan cahaya yang berkelipan.Bila sampai disitu mereka membuat tembok yang tinggi supaya orang tidak mengetahui apa yang mereka lakukan didalamnya.

Orang-orang suruhan kemudiannya mencari pohon yang besar berserta dahan-dahan dan rantingnya sekali dan putera itu mulalah mengarahkan orang-orangnya membuat ranting yang berbola putih itu, sedangkan dirinya sendiri orangnya tidak akan dapat membuatnya.Setahun telah berlalu masih juga tidak terhasil barang yang diidamkan itu dan bila tiba ketahun kedua pula orang-orang suruhannya pun sudah patah semangatnya dan yang pasti mereka tidak dibenarkan pulang.Akhirnya pada pertengahan tahun yang kedua itu tiba-tiba orang-orang suruhan dapat menghasilkan daun-daun, ranting dan kemudian buah berbola.Apabila disadur dengan emas dan digilap buah bebola itu ia menjadi mengerlip dan memancar-mancar keluar cahaya.Jadi bila ini terhasil orang-orang suruhan bersorak dan bolehlah mereka keluar dalam tembok kurungan itu serta dapat bermain ditepi pantai itu dengan menangkap ikan-ikan yang banyak disitu dan kemudianya membakar dan memakan dengan lahap sekali.Putera Kurumamochi begitu girang melihatkan barangan yang dihajatinya terhasil dan dia dengan bangga berjanji akan memberikan hadiah yang lumayan kepada orang-orang suruhannya.Kemudian mereka kembali kekapal dengan membawa bersama ranting pokok emas itu dan kerana cuaca yang baik dan angin bertiup kencang maka dapat mereka balik kekampung halaman mereka dengan segera.Sudah pasti mereka disambut gembira oleh kaum keluarga yang sudah lama tidak berjumpa mereka dan orang ramai melihat dengan kagum rating pokok emas berbola yang berkelipan dimasukan dalam kotak kayu bersadur emas yang akan dihantar kerumah Puteri Kaguya.Putera Kurumamochi mengarahkan orangnya menyediakan kereta kuda untuk menghantar kotak tersebut kerumah sang puteri.

Bersambung

Dr Aminudin