Sunday, July 28, 2013

Koleksi Penulisan dan Menerbitkan Sendiri

Saya telah memulakan koleksi penulisan dan penerbitan sendiri sejak 2003, dimana buku kecil saya yang pertama ialah Kamus Pengurusan Pengetahuan (ICT), 2003 semasa saya berkerja diPutrajaya. Kemudian buku saya yang kedua ialah Menyingkap Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal diAsia Tenggara ,2009.Ini diikuti oleh buku saya yang ketiga iaitu Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua Di Nusantara Yang DiKarang Oleh Orang Lembah Bama,Kuala Lipis,Pahang pada tahun 2011.Buku Compilasi Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga pula saya terbitkan tahun 2011 dengan diikuti oleh buku Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembanguan Pahang 1889-1952 telah saya terbitkan tahun 2012 bersama buku Biografi Mejar (B) Abdillah bin dan Uda, 2012 dan buku Bagaimana Menulis Memoir Dari Segi Teori dan Praktik ,2012.Semua buku-buku yang saya tulis dan terbitkan ini tidak melebihi dari 200 naskhah.

Tradisi menyimpan buku penulis secara peribadi telah lama dibuat oleh penulis-penulis barat, namun gelombangnya baru sampai keMalaysia pada tahun 2013. Sedangkan saya telah mengesan keperluan ini sejak 2003, jadi bayangkan betapa sesuatu idea yang baik hanya akan datang keMalaysia 10 tahun kemudian. Dimanakah salahnya ? Kalau nak kira ramai cerdik pandai Malaysia yang bertaraf profesor dan belajar diluar negara tidak dapat menyampaikan idea sebegini keMalaysia. Mereka ini yang mengajar diinstitusi pengajian tinggi bila balik keMalaysia hanya bergelut dengan kerjaya mereka dan tidak dapat menyumbangkan idea sebegini baik tidak disampaikan kepada masyarakat. Berita harian pada 29 Julai 2013 (Isnin) menyiarkan pendapat Sasterawan Negara tentang usaha kita mengumpul buku Nadir tapi tidak guna juga kalau tiada penulisnya. Cuba anda tanya dalam keluarga anda berapa orang yang berminat menulis. Bagi yang berminat menulis pula berapa buku yang telah diterbitkan.Manakala para penerbit pula mempunyai kreteria pula iaitu buku siapa yang akan mereka terbitkan. Jadi sebagai jalan keluar kita terbitkan buku kita sendiri dan jangan kira siapa pembelinya, namun demikian siapakah yang sanggup.Jawapannya hanya mereka yang berjiwa kental sebagai penulis saja yang berani, adakah anda dikalangan yang berani ?.

Sunday, July 7, 2013

Nostalgia Ramadan

Menjelang Ramadan hatiku terusik lagi
sebuah kenangan
Pada Surau Sungaibatu.

Disurau itu segalanya dibulan Ramadan
tempat kami berbuka, tarawih, beratib dan bermalam.

Disurau itulah kami diketuai oleh We Muhammad
menyuruh kami berbuka dengan tertib,
menyuruh kami sembayang dengan khusuk,
dan beratib bersama gulungan tua bagai nak bergoyang surau itu.

Kami berbuka penganan talam, air serebat, naik berulam, bubur keledek, bubur kacang dan macam-macam lagi.Setelah berbuka kami bersembayang Maghrib ,Ishak dan Tarawih dan beratib.Lepas itu makan lagi kuih-kuih yang ada hingga kekenyangan. Kalau malas balik kami tidur disurau setelah Abang Mat atau Abang Isa bercerita tentang kisah binatang atau pahlawan.

Semua itu tiada lagi .We Muhammad pun sudah tiada dan begitu juga Abang Isa
yang tinggal kami bebudak dulu dan kita telah dimamah usia  dan begitu juga Surau Sungai Batu pun sudah tiada.Begitu juga keketuk, kolah dan buku-buku lama pun tiada.

Tinggalah kami dengan kenangan yang masih mengusik jiwa dan generasi baru Sungai Batu yang tidak tahu dimana surau lama kami dahulu.

Sunday, June 2, 2013

Perspektif Islam Terhadap Sains Bumi dan Mineral

Pada Abad yang ke11 ilmuwan Islam ,Ibn Sina dalam bukunya yang bertajuk " The Book of Cure" telah mempersembahkan kepada pembaca tentang pendapatnya tentang bagaimana Teori Bumi Beredar (Berjalan). Tulisan-tulisan dari Ibn Sina banyak mempengaruhi ahli-ahli sains dinegara Latin yang kemudian telah menterjemahkan tulisan-tulisan beliau itu dan telah mempengaruhi pula para ahli sains diEropah yang terus berkembang hinggalah kehari ini. Seorang ahli ilmuwan Islam juga iaitu Al-Biruni pula telah menjadi pengasas kepada sains mineral dihari ini. Kajian-kajian Al-Biruni merangkumi aspek yang diberi tumpuan kepada mineral iaitu batu permata intan, rubi,sappire dan gemstone. Cara-cara kajian yang dibuat oleh Al-Biruni memenuhi syarat-syarat kajian sepertimana dilakukan oleh ahli-ahli sains yang terdahulu terutama sekali dalam membuat klasifikasi terhadap batu gemstone mengikut bentuk, warna dan kekerasannya.Atas dasar kekerasan sesuatu mineral itu boleh memotong mineral yang lembut menurut Al-Biruni.Dalam kajian beliau juga telah menjadi asas bentuk-bentuk crystal bagi mengenali batu-batu permata samada ianya quartz atau diamond dalam buku beliau iaitu Gems.Hari ini teknik-teknik  mengenalpasti batu permata adalah sama sahaja hasil dari pendapat dari ilmuwan Islam ini.

Tuesday, May 28, 2013

Perspektif Islam Terhadap Sains Bumi dan Mineral

Edisi ini adalah juga sebahagian dari kajian Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang

Para ilmuwan Islam telah mengkaji aspek geografi dan juga geologi yang merupakan kajian alam semula jadi sejak bermulanya tamdun Islam itu sendiri. Secara terperincinya adalah bidang geologi, metrologi, botani,zoologi, geografi,kelautan,pelayaran,perlombongan dan lain-lain.Mereka ini melakukan penyelidikan menerusi pemerhatian, ujikaji,penerokaan dan mengkaji fenomina-fenomina alam seperti gempabumi, peredaran bumi, pukulan ombak, pembentukan gunung-ganang dan sebagainya.Kita lihat bagaimana ilmuan Islam mengkaji geologi dimana mereka mengkaji mineral,tumbuhan,binatang dan lain-lain diseluruh pelusuk dunia termasuklah kepulauan Melayu.Kajian para serjana Islam jarang diketengah oleh para orentalis.Kita lihat umpamanya Al-hamdani pada abad yang ke10 telah menulis buku-buku beliau tentang bagaimana kita boleh mendapatkan emas, perak dan lain-lain mineral diArab Saudi. Bersambung

Friday, May 17, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang

Perlombongan Bijih Timah

Lombong bijih timah telah dikesan sejak Zaman Gangsa iaitu sekitar 3000 Sebelum Masehi.Sejak itu bijih timah dihasilkan sebagai bahan adunan yang lembut dalam pembikinan bahan-bahan mudah lentur.Selepas Zaman Gangsa, bijih timah mula mendapat tempat dan buktinya dikesan diBalkan iaitu pada tahun 3000 Sebelum Masehi, namun tidak dapat dikenalpasti dimanakah ianya dilombongkan. DiEropah lombong bijih timah yang awal adalah diErzgebirge yang terletak disempadan Germany dengan Republik Czech pada tahun 2500 Sebelum Masehi. Sejak itu bijih timah didagangkan diUtara Laut baltic dan Selatan Mediterranean. Lantas berkembanglah lombong bijih timah di Brittany, Devon, Cornwall dan Semenanjung Iberian sekitar tahun 2000 Sebelum Masehi.Pada abad yang ke3 logam ini dikawal oleh Kerajaan Roman makala dikawasan Timur Jauh ianya dikuasai diWilayah Yunan, Cina dan hinggalah keTanah Melayu diabad yang ke2 hingga abad ke2 Sebelum Masehi.Jadi dengan katalain Tanah Melayu telah terkenal sejak abad Sebelum Masehi lagi.Bersambung
Foto berikut adalah lombong diCornwall dizaman moden.

Wednesday, May 15, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang : Dahulu dan Sekarang-Siri 5

Perlombongan Emas

Emas memang banyak dilombong diIndia pada Abad yang ke3 dan Abad ke4, Masehi.Lombong mereka kebanyakannya diBangarpet Taluk dan diKola dalam Negeri Karnataka.Emas juga banyak diperlombongkan diHarappa dan Mahenjo-daro disamping mineral yang lain iaitu perak.Manakala dibanjaran pergunungan India turut menjadi kawasan perlombongan terutama diZaman Pemerintahan Maharaja Gupta hinggalah keZaman Viyayanagara iaitu ditahun 1336-1560,Masehi.Dianggarkan jumlah emas yang dilombongkan diNegeri Karnataka saja melebihi 1000 tan.Hinggalah sekarang emas terus dicari dan diburu diseluruh pelusuk dunia seperti diGold Rush diCalifornia pada tahun 1849,Masehi dan kawasan lain didunia termasuklah di Malaya dan kini Malaysia menjadi gelanggang orang memburu emas. Foto saya siarkan diedisi ini menunjukan lombong emas diRaub pada tahun 1906 secara shaft dan Gajah sebagai cara pengangkutan ketika itu (Wendy Khadijah Moore,2008:130)

Saturday, May 11, 2013

Sejarah Perlombongan Pahang: Dahulu dan Sekarang -Siri 4

Perlombongan Emas

Ahli-ahli penyelidik kini belum dapat memuktamadkan bilakah emas mula dilombongkan.Namun berdasarkan artifak yang ditemui diVarna Necropolis, Bulgaria dalam kuburan masyarakat silam mereka telah dianggarkan sejak 4700-4200 Sebelum Masehi (BC) lagi emas telah dilombongankan.DiZaman Kerajaan Roman pula telah dikesan mereka telah menggunakan kaedah hydraulic dalam kerja-kerja perlombongan mereka terutama sekali lombong mereka diLas Medulas.Pada masaitu semua lombong-lombong dibawah jagaan kerajaan tetapi dipajakan kepada kontraktor-kontraktor perlombongan kemudiannya. Emas menjadi bahan pertukaran diZaman Empire Roman itu dan ianya juga menjadi motif penting bagi penaklukan mereka. British telah ditakluki oleh Claudius kerana untuk menguasai lombong emas diBritish ,walaupun hanya ketika itu diketahui bahawa lombong emas hanya ada diDolaucothi. Seterusnya emas  menjadi buruan para penakluk apabila Kerajaan Roman mula menawan Transylvania. Begitu jugalah Maharaja Trajan berusaha menawan negeri-negeri yang memiliki lombong emas seperti diBalkan, Anatolia,Armenia,Mesir dan Nubia.  Bersambung.