Perlombongan Emas
Ahli-ahli penyelidik kini belum dapat memuktamadkan bilakah emas mula dilombongkan.Namun berdasarkan artifak yang ditemui diVarna Necropolis, Bulgaria dalam kuburan masyarakat silam mereka telah dianggarkan sejak 4700-4200 Sebelum Masehi (BC) lagi emas telah dilombongankan.DiZaman Kerajaan Roman pula telah dikesan mereka telah menggunakan kaedah hydraulic dalam kerja-kerja perlombongan mereka terutama sekali lombong mereka diLas Medulas.Pada masaitu semua lombong-lombong dibawah jagaan kerajaan tetapi dipajakan kepada kontraktor-kontraktor perlombongan kemudiannya. Emas menjadi bahan pertukaran diZaman Empire Roman itu dan ianya juga menjadi motif penting bagi penaklukan mereka. British telah ditakluki oleh Claudius kerana untuk menguasai lombong emas diBritish ,walaupun hanya ketika itu diketahui bahawa lombong emas hanya ada diDolaucothi. Seterusnya emas menjadi buruan para penakluk apabila Kerajaan Roman mula menawan Transylvania. Begitu jugalah Maharaja Trajan berusaha menawan negeri-negeri yang memiliki lombong emas seperti diBalkan, Anatolia,Armenia,Mesir dan Nubia. Bersambung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment