Pada Abad yang ke11 ilmuwan Islam ,Ibn Sina dalam bukunya yang bertajuk " The Book of Cure" telah mempersembahkan kepada pembaca tentang pendapatnya tentang bagaimana Teori Bumi Beredar (Berjalan). Tulisan-tulisan dari Ibn Sina banyak mempengaruhi ahli-ahli sains dinegara Latin yang kemudian telah menterjemahkan tulisan-tulisan beliau itu dan telah mempengaruhi pula para ahli sains diEropah yang terus berkembang hinggalah kehari ini. Seorang ahli ilmuwan Islam juga iaitu Al-Biruni pula telah menjadi pengasas kepada sains mineral dihari ini. Kajian-kajian Al-Biruni merangkumi aspek yang diberi tumpuan kepada mineral iaitu batu permata intan, rubi,sappire dan gemstone. Cara-cara kajian yang dibuat oleh Al-Biruni memenuhi syarat-syarat kajian sepertimana dilakukan oleh ahli-ahli sains yang terdahulu terutama sekali dalam membuat klasifikasi terhadap batu gemstone mengikut bentuk, warna dan kekerasannya.Atas dasar kekerasan sesuatu mineral itu boleh memotong mineral yang lembut menurut Al-Biruni.Dalam kajian beliau juga telah menjadi asas bentuk-bentuk crystal bagi mengenali batu-batu permata samada ianya quartz atau diamond dalam buku beliau iaitu Gems.Hari ini teknik-teknik mengenalpasti batu permata adalah sama sahaja hasil dari pendapat dari ilmuwan Islam ini.
Sunday, June 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment