Era Haiku Moden dalam kesusasteraan Jepun dapat dikesan menerusi puisi Kawahigashi Hekigoto (1873-1937) yang tidak terikat lagi dengan 17 suku-kata bunyi dan puisi-puisi beliau lebih bersifat menghampiri realiti. Para pengkaji melihat puisi Hekigoto lebih panjang yang beliau tuliskan seperti berikut:-
konogoro tsuma naki agak baru isteri meninggal
yaoya kedairuncit
na o tsumu timbunan sayur-sayuran
negi o tsumu timbunan bebawang
aruji musume suami dan anak perempuan
Dalam puisi diatas memperlihatkan keadaan kehidupan pekedai runcit menghadapi keadaan kematian isterinya yang menyebabkan keadaan mereka banyak sayur-sayur yang tidak disusun dan bawang yang tidak disisihkan seperti mana lazimnya dibuat oleh isteri pekedai.Inilah realiti yang digarap oleh Hekigoto dengan begitu baik sekali.Tokoh puisi moden Haiku seterusnya ialah Takahama Kyoshi (1874-1959) yang mengembara dan menulis novel, namun begitu gaya penulisan beliau masih terikat dalam cara penulisan haiku yang tradisional berdasarakn kepada 17 suku-kata bunyi. Diantara haiku yang beliau tulis adalah seperti berikut :-
hakizome no bila kali pertama menyapu
hoki ya tsuchi ni penyapu...ianya telah mengenai
narehajimu ketanah-tanih
Koyshi memecah tradisi penulisan Haiku tentang memecahkan flow puisi itu dibahagian tengahnya. Dengan memecah irama yang biasanya terjadi. Bersambung
Monday, April 9, 2012
Sunday, April 8, 2012
Jom Kita Belajar Haiku Siri 4
Guru Haiku Klasik seterusnya iaitu yang keempat ialah Masaoka Shiki (1867-1902,Masehi), dimana beliau betul-betul menitik-beratkan puisi haiku yang sepatutnya dinamai "Haiku" yang sebelum ini banyak disebut sebagai Hokku. Penyair Shiki menghidapi penyakit dan sekaligus beliau menjelmakan dalam Haiku beliau yang mana beliau menulis sedemikian bunyinya :-
kame ni sasu tertegak dalam sebuah vas
fuji no hanabusa kelompok bebunga
hana tarete berkembang dan bergantungan
yamai no toko ni diatas katil- sakit
haru kuren to su musim bunga dan bermulalah kegelapan
Disamping itu beliau turut menulis haiku berdasarkan peperangan yang ketika itu berlaku dinegara Cina yang turut diungkap oleh Shiki sedemikan bunyinya :-
nashi saku ya musim buah pear pula meranum...
ikusa no ato no selepas berlaku perang
kuzure ie rumah-rumah musnah
Secara umumnya guru-guru haiku yang saya nyatakan diatas menulis Haiku sebagai fakta sejarah yang nyata namun kadang-kadang diselubungi pula oleh misteri yang sukar bagi para pengkaji untuk menginterpretasikannya dan inilah keistimewaan yang terdapat pada puisi Haiku yang hingga kehari ini terus dikagumi. Haiku tersiber keseluruh pelusuk dunia, misalnya diGerman,Belanda,Sepanyol,USA, Perancis, malahan ada juga saya lihat peminatnya diMalaysia.Namun sayangnya tiada lagi karya Haiku yang berbentuk Antologi Haiku diterbitkan diMalaysia. Bagi mengakhiri siri ini saya ingin memetik puisi Haiku oleh Hajo Jappe dari German yang menulis sedemikian bunyinya :-
Fern nun die berge kini nun dipergunungan
Wie sind ihre linien bagaikan satu barisan
einfach geworden sungguh simple!
Bersambung

Saturday, April 7, 2012
Jom Kita Belajar Haiku Siri 3
Guru atau penulis yang terkenal Haiku yang boleh kita kaji dalam kesusasteraan Jepun adalah seperti Yosa Buson (1716-1784,Masehi).Tulisan beliau banyak diungkapan dalam catatan perjalanan beliau dan juga lukisan-lukisan beliau.Diantara ungkapan yang beliau pernah tulisi adalah sedemikian bunyinya :-
yukaze ya bayu petang menghembus...
mizu aosagi no air menitis diriba juga kaki
hagi o utsu juga siburung pucung
Penyair seperti Buson dikenang diJepun lantaran puisi-puisi Haiku dan lukisan-lukisan beliau. Sedang penyair Kobayashi Issa (1762-1826, Mashi ) pula memperihatkan kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dalam karya-karyanya. Diantara ungkapan-ungkapan yang menunjukkan beliau begitu empathy terhadap alam beliau menulis seperti dibawah ini :-
aki no yo ya malam musim autumn
tabi no otoko no seorang pengembara
harishigoto kerjanya menjahit
onna kara seorang wanita
saki e kasumo zo menuju kedalam kabus
shiohigata air pasang rendah
suzushisa ya kesejukkan sungguh...
hangetsu ugoku bulan separuh penuh beredar
tamari mizu takungan
Kami pengkaji kesusasteraan jepun mengingati Issa bila beliau menghasilkan autobiografi beliau berjudul Ora Ga Haru yang begitu memperlihatkan betapa sensitifnya beliau terhadap alam dan keindahan puisi Haiku yang beliau tinggalkan dalam kesusasteraan Jepun amnya dan dunia penulisan Haiku khasnya. Bersambung

Thursday, March 22, 2012
Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 2
Saigyo menulis puisi agak ironic kerana beliau seorang sami yang hidupnya tanpa ikatan, malahan tidak ramai kawan dan dengan mudah pula melupakan dunia ini untuk menjadikan "jiwa gembira".Jadi pengkaji puisi Haiku mendapati tulisannya banyak berunsurkan jenaka namun beliau masih tidak dapat bebas dari pengaruh puisi dari Cina terutama karya-karya seperti Li Po. Ini berbeza dengan karya hasil tulisan Basho yang bersifat kesederhanaan yang merupakan puisi terbaik Haiku diJepun. Beliau banyak menulis tentang alam fauna yang dikaitkan dengan katak (frog), beliau ada menulis sedemikan bunyinya :-
fukuike ya kolam lama
kawazu tobikomu seekor katak melompat kedalam
mizu no oto bunyi air
Dalam puisi-puisi Basho banyak beliau mengungkap hal berkaitan dengan katak. Ini tidak dapat dinafikan dalam puisi-puisi Jepun kerana katak sering dikaitkan dengan unsur-unsur nyanyian. Hingga kini lagu-lagu Jepun banyak rekod-rekod yang telah dirakamkan banyak terdapat versi speices katak dibandingan nyanyian Sang Burung. Kadang kala ada juga saya menyatakan pada ibu angkatkan betapa merdunya bunyi burung merebuk dan terkukur diMalaysia hinggakan kami mengadakan pertandingan suara merebuk dan terkukur sambil para pengadil terdongak-dongak memandang dan mendengar merbuk berkukur.Puisi-puisi Basho lebih popular dengan bunyi katak namun ia sering menonjolkan juga betapa indahnya bukit terutama kalau beliau berada dipuncaknya, hinggakan Haikunya turut diungkap oleh beliau tentang bukit yang demikian bunyinya :-
shizukasa ya kesunyian sungguh
iwa ni shimiru meresap kedalam batu-batu
semi no koe riang-riang pula menanggis
Basho adalah Mahaguru puisi genre "Renga " yang dipanggil Haikai-no-Renga. Haiku yang ditulis oleh Basho dikenali juga Hokku yang dizaman beliau kadang-kala digelar pula Haibun yang boleh kita terjemahkan sebagai Prosa Haiku. Beliaulah menghasilkan genre ini yang paling popular iaiitu Oku no hosomichi yang secara lansung saya terjemahkan sebagai "Jalan-jalan Nan Sempit di Perdalaman.

Wednesday, March 21, 2012
Jom Kita Belajar "Haiku" Dari Kesusasteraan Jepun Siri 1
Saya ada mengarang Haiku dalam blog ini.Saya belajar Haiku dari ibu angkat saya semasa saya menjalani latihan pratikal semasa penempatan saya dibawah Program Pandang KeTimur.Ramai mereka yang ditaja oleh JPA telah kembali ketanah air tapi agak jarang mereka mencurahkan balik apa yang mereka perolehi kepada masyarakat terutama aspek seni dan kebudayaan. Sebagai seorang anak seni saya rasa bertanggung-jawab untuk mencurahkan ilmu yang saya perolehi kepada masyarakat dan juga mereka yang berminat dalam seni. Banyak ahli seni hari ini saya lihat lebih suka mengadakan pameran solonya dan menulis mengharapkan hadiah-hadiah seni tapi tidak mencurahkan ilmu yang mereka ada pada masyarakat. Inikah sifatnya sebagai seorang Seniman ?
Haiku diJepun bermula dizaman yang dikatakan "Renga" yang mana Mahaguru "Renga" ialah Matsuo Basho yang hidup dari 1644-1694 ,Masehi yang mengembara keseluruh Jepun untuk mengajar orang Jepun ,"Renga" dan hinggalah "Renga" menjadi milik rakyat terutama dalam kelompok gulungan pertengahan.Namun penulis seperti Basho sendiri dipengaruhi oleh puisi dari Cina yang ketika itu dizaman Dinasti Tang terutama penulis seperti Tu Fu,Li Po dan Po Chu-i. Puisi Haiku memperlihatkan keindahan dan kesederhanaan dalam kehidupan mere yang dibayangi oleh puisi dikarang oleh Saigo seperti berikut :-
to hito mo walau para pelawat
omoitaetaru mulai berhenti berfikir panjang
yamazatono pergunungan dikampung
sabishisa kesunyian tanpa siapa
sumiukaramashi kehidupan yang mungkin tidak selesa

Saturday, March 3, 2012
Status Penulisan Saya
Saya agak lama juga tidak menulis dalam blog ini kerana sedang menyiapkan buku-buku saya yang terbaharu untuk diterbitkan. Ini adalah status buku-buku saya yang akan diterbitkan tahun ini iaitu:-
1.Rona-Rona Pengembaraan, Peristiwa dan Pembangunan Pahang Dari Tahun 1889-1952- Status ,Dummy telah dibaiki dan akan dicetak. Harga jualan RM 48 sebuah. Sinopsis buku ini memuatkan finding yang cukup menarik iaitu 1.Pertubuhan NGO yang Pertama DiTanah Melayu melaungkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan adalah yang pertama ditubuhkan diKuala Lipis bukannya diPerak atau Selangor seperti ditulis oleh ahli sejarah terdahulu.2.Kekejaman British adalah lebih teruk dari Kekejaman Jepun berdasarkan zaman Hugh Clifford hingga Darurat, fakta berdasarakan sejarah dan statistik kematian orang Melayu, Cina dan India dan zaman darurat. 3.Kos membina Balai Polis ,Kuala Medang,Lipis hanya 25 sen dan ini adalah penindasan British terhadap orang Kuala Medang 4.Konsesi Perlombangan yang terbesar didunia masa penjajahan British ialah Konsesi Jelai juga diLipis 5.Kenapa tidak ada konflik kaum diPahang? sila baca buku saya tersebut bila diterbitkan.
2.Sumbangan Orang lembah Bama Terhadap Kebudayaan,Keselamatan dan Pembangunan Pahang :Biografi Mejar(B) Abdillah- status sedang disedikan Dummy oleh pencetak
3. Bagaimana Menulis Memoir Secara Teori dan Praktik -status sedang menaip Manuskrip, walaubagaimanapun semua "kuliah" saya boleh diikuti dalam Facebook Group Koleksi Biografi dan ini boleh anda akses secara terus kerana group ini adalah terbuka kepada semua. Saya menyampaikan apa yang saya pelajari dan menyampaikan kepada mereka yang berminat untuk menulis memoir sendiri atau memoir orang lain.
Penerbitan Buku-Buku Akan datang
1.Saya bercadang akan menyambung buku saya "Memoir Seorang PTD Kumpulan Tiga " bagi Volume kedua pula yang akan memuatkan memoir saya semasa alam persekolahan dan kehidupan diKampung Relong.
2.Saya akan menerbitkan " Teori Raut Wajah dari Persepektif Islam :Satu Penerokan bagi Kajian Susur-galur Datok Linggi atau Sultan Ahmad Shah I Riayat Shah, Sultan Negeri Johor-Riau-Lingga" buku ini merupakan Bahagian Kedua Kajian Lembah Bama. Saya akan membentangkan manuskrip kajian ini diIndonesia tidak lama lagi dikalangan ahli Persatuan Profesional Indonesia. Manuskrip ini telah lama disiapkan.
3. Menyiapkan Kamus Ketenteraan, Stategi dan Peperangan- bidang ini adalah bidang kerjaya saya dahulu dan akan saya catatkan segala istilah yang berkaitan dengannya.
4. Pendudukan Jepun DiPahang : Satu Dimensi Baru- buku ini akan saya teruskan walaupun banyak data yang belum saya perolehi misalnya hendak mencari tokoh yang hidup dizaman Jepun, Gabenor Jepun yang memerintah Pahang , perkerja jalan keretapi maut diburma dan lain-lain.
5. Flora Yang Hidup DiPantai Negeri Pahang Dari Pantai Chendor,Kuantan hingga kePantai Tanjung Gemok,Rompin: Satu Gambaran Awal.
Bagi mereka yang berminat dengan buku-buku saya bolehlah diemail kepada : aminrelong@yahoo.com.my
Dr Aminudin

Thursday, February 9, 2012
Trilogy Haji Siri 7-Perjalanan Haji Ibn Battuta (2)
Dikota Bejala ,saya mengalami demam dan al-Zubaidi menasihatkan saya tinggal disitu tetapi saya menolaknya dan berkata terserahlah pada takdir Allah.Beliau bersetuju dengan saya dan kami meneruskan perjalanan hingga keConstantine dan bila sampai disitu kami berhenti diluarnya.Pada sebelah malamnya hujan lebat dan kami terpaksa berlindung pada sebuah bangunan disitu.Pada sebelah paginya Gabenor disitu yang bernama Abu al-Hasan datang membantu kami.Melihat pakaian saya basah dan kotor mereka menghantar untuk dicuci dirumahnya dan memberikan kami pakaian dari kain Baalbek. Dari Constantine kami berjalan menuju keAnnaba dan memasuki kota itu, beberapa hari kemudian setelah tiada bahaya diperjalanan tetapi saya mula mengalami demam semula dan akhirnya kami sampai dibandar Tunis dan saya kelihatan orang ramai menyambut Sheikh Zubaidi tetapi tidaklah menyapa saya kerana mereka tidak mengenali saya.Namun ada dikalangan mereka yang mengenali saya dan mulai menyapa saya dengan baik.Kami akhirnya dapat penginapan disebuah kolej.
Bila saya melawati rumah api Pharos, saya dapati sebahagiannya telah runtuh dan terdapat sebuah pintu dan didalamnya terdapat banyak bilik.Saya sekali lagi melawat rumah api ini pada tahun 1349 tetapi sudah banyak pula bahagian lain yang runtuh.Semasa saya diAlexandria ini saya mendengar nama seorang yang bernama al-Mursidi yang hidup sendirian dan dikatakan mendapat makanan dari langit.Saya juga diberitahu beliau tinggal dikampung bernama Munyat Bani Murshid.Orang dari merata tempat datang mengunjunginya.Saya pun ingin bertemu dengannya dan saya sampai ketempat tinggalnya itu orang telah ramai dan dikawal oleh tentera Sultan.Bila saya datang, beliau berjumpa dengan saya dan bila kami bertemu, beliau menjemput saya menjadi imam sembahyang dan saya diminta tinggal disitu.
Foto adalah Mekah dilanda banjir tahun 1950an, sumber www.salaam.co.uk/templates/images/kaba2.gif

Subscribe to:
Posts (Atom)