Bila saya mengwujudkan blog Sungaibatuderelong sebenarnya akan memuatkan hasil kajian saya tentang LembahBama yang termasuk didalamnya kampong saya(RELONG), namun setelah memikirkan blog ini kurang mendapat respons dari orang-orang Relong, saya bercadang untuk memuatkan catatan memori hidup saya.Ini adalah kerana hingga hari ini tiada orang relong berbuat demikian sebagai kenangan atau warisan generasi kita akan datang.Nuar Kadir ada menghantar Sms kepada saya tentang membuat catatan tentang bubur lior,kuih kering dan lain-lain.Jadi inilah coretan sedikit tentangnya.
Bubur lior biasanya kita buat dari tepong beras dan diwarnakan hijau yang biasanya diletak perisa pandan, ia lebih kurang macam bubur cendol sekarang,Ia dimakan dengan santan dan dimaniskan dengan gula merah dan lagi sedap ia dibubuh dengan gula kabung.Oh sedap bukan main kalau dah lapor.Tapi sayangnya dulu bubur lior ini disediakan bila ada orang meninggal dan diberi makan bila kerja mandi mayat , buat keranda dan berkapan telah dilaksanakan.Hari ini bubur lior tidak pratikal lagi sebab banyak yang bertentangan dengan syariat Islam , jadi apa yang penting bila orang meninggal kita kena sempurnakan mayat itu secepat mungkin dikebumikan.Sekarang saya lebih suka mengantikan bubur lior kalau rindu bubur ini pergi kedai mamak beli cendol campur kacang ,lagi best.
Kuih kering pula adalah juga kuih kegemaran saya masa kecil, ia dibuat dari tepong gandung dan dicampur santan untuk digaulkan, macam buat roti canai.Tapi yang istimewanya kuih kering dibuat sebelum orang kawin katakan dua tiga hari lagi, orang nak kawin >Jadi malam itu kita sama-sama bawa tepong kerumah orang kawin buat sama-sama.Saya masih ingat akak nuar kawin dengan abang mat pulai buat kuih kering.Saya selalu kerumah Nuar sebab dia dekat Masjid kampong relong lagipun kami bersaudara dan abang dia sekelas dengan saya iaitu Cikgu Nan.Kesukaan saya kerumah We kadir ni ialah rumah dia tepi sungai teris dan bila kami letih bermain dan makan buah manggis dan jambu kami akan terjun sungai dekat rumah itu mandi lama-lama hingga mata merah lagipun ada kedai dekat rumah tu iaitu Samad cina juga selalu buat kelakar (hari ini saya dah tak tahu dia dimana).Jadi pesta buat kuih kering selalu berakhir dengan perang tepong.Nuarlah yang paling kuat baling dan kami selalu terkenang hal ini.Abang Mat juga walaupun tua dari kami kuat baling tepong, mungkin nak takle Kak yah yang tak jauh dari rumah We Kadir.
Akhirnya Nuar Kadir memang saudara saya dunia akhirat kami selalu berhubung dan dia masih macam dulu style dia... kami gelar dia Nuar ....mungkin dia banyak minum air embun dari daun keladi jadi dah hilang .
Dr Aminudin (sukar minum cendol jalan beserah dan kuih kerepek bawang Ainon)
Sunday, February 15, 2009
Mandi Sampat
Peristiwa mandi sampat adalah pesta setelah orang kawin hendak berakhir iaitu selepas hari pertama perkahwinan,dikampong Relong atau Behrang hari mandi sampat ini berlaku pada hari orang ingin memulangkan pinggan mangkok.Peristiwa yang saya ingat pesta ini ialah pada kenduri kawin Pakandak Koraini dengan Akak Munah diKampong Behrang.Rumah tuan rumah iaitu Aki Ibrahim iaitu bapa saudara kepada ayah saya (Abdul Karim).Mengikut ayah Aki Berahimlah yang menyuruh dia belajar memondok diPasir Mas, Kelantan bersama Tok Imam masjid Relong iaitu Ustaz Muhammad Mandak (anak kepada Tok Minduk).Walaupun Aki Berahim adalah paksaudara ayah saya dapati anak-anaknya tidak begitu mesra dengan ayah maklumlah mereka kebanyakannya makan gaji dengan kerjaan sedangkan ayah orang kampong biasa.
Pesta mandi sampat ini berlaku bila sesorang memulakan dengan mengambil air sebeldi ke atau setempurung atau sebesen dan menyirami orang lain.Maka budak-budak masa itu termasuk saya mulalah mencari sasarannya.Bila bertempur air dengan air habis basah lecurlah .Mana yang latah kami bergitu terhibur dengan telatah mereka bila disirami air.Malahan peristiwa kejar mengejar turut berlaku bagi menyimbah diantara satu dengan lain.Kini pesta mandi sampat ini tinggal kenangan saja lagi, bagi saya yang basah lecur dalam peristiwa itu terus aje terjun dalam gedung aki dekat rumah tersebut, lagipun inilah kegemaran saya kalau datang kerumah aki terutama musim buah dan berborak dengan Dalilah anak aki yang sedarjah dengan saya.Baru ini saya mendapat tahu Delilah telah kembali ke Ramatullah.Al Fatihan buat Aki Berahim dan Wan, Pakandak Koraini dan Delilah.
Dr Aminudin

Peranan Toksendok Dah Hilang
Dalam majlis perkahwinan dikampong kami (Relong) masa dahulu peranan Toksendok adalah besar terutama sebagai penyelaras hidangan masjis makan kenduri kawin.Tok sendokk atau Tukang Sendok mendapat gelarannya kerana dalam masa majlis makan kenduri kawin dia sentiasa memegang sendok gulai yang dibuat dari tempurung kelapa dan pemegangnya dari sebatang kayu yang lazimnya kayu kemuning.Seingat saya Toksendok yang popular ialah Aki Mandak dan Aki Deris.Aki mandak ini memainkan peranan penentuan gulai,nasi,kuih dan air dapat dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari jamuan perkahwinan dengan cukup.Gulai biasanya ada dua jenis iaitu gulai untuk budak dan untuk orang tua.Biasanya gulai ayam dan daging yang dibuat untuk budak-budak makan tidak pedas dan orang dewasa ada pedas dan ada sambal.Biasanya lauk dihidang dengan nasi adalah gulai kawah daging dan masakan gulai ayam serta acar mentimun dan nenas disamping sambal berulam petai atau mentimun.Kadang-kadang ada juga gulai ikan bersama mentimun tahun.Manakala kuih yang tidak ketinggalan dibuat orang kawin, kampong kami ialah kuih kering,nasi manis dan bahulu.Minuman pula biasanya air sirap,air limau atau teh o kosong.
Sekiranya nasi tidak cukup maka Tok sendoklah akan mengarahkan orang bertanak.Kalau gulai tak cukup ini yang payahnya jadi Tok sendoklah mengawal pemberian lauk kepada penyedia hidangan dan pembawa hidang.Biasanya yang membawa hidangan kamilah budak-budak muda dan orang yang telah ditentukan oleh ketua penyelaras kawin iaitu biasanya Pak andak Dahan. Kami bebudak yang baik dengan Tok sendok selalu dapat makan lauk lebih malahan pada sebelah malam pertama hari perkahwinan itu dijamu oleh tuan rumah makan sup kepala kerbau atau lembu yang disembelih sebelah siangnya. Hari ini peranan seumpama Tok Sendok sudah tiada lagi akibat banyak rumah orang kawin dimana -mana sekarang yang membuat secara panggil caterer . Kedua aki yang saya sebut sudah tiada lagi.Ini adalah dedikasi buat mereka yang amat mesra pada saya.

Saturday, February 14, 2009
Berikan (Menangkap) DiGedong Wan dan Sg.Teris
Sekarang ni suasana berikan atau menangkap ikan untuk kenduri kendara atau kerja kawin tiada lagi dibuat oleh orang kampong Relong,Bapong atau Ulu Teris.Suasana ini cukup mengembirakan dengan hirukpekik orang kampong, malah kamilah budak-budak yang paling girang sekali.Suasana berikan digedong wan biasanya terjadi bila saudaramara kami nak kawin misalnya anak Pakandak Dahan Ainon kawin dengan salihin dulu. Jadi kami rumah dekat gedong wan pakanda minta buka gedong.Pintu gedong itu saya masih ingat dekat mesin pecah batu dekat rumah abang din miah.Sehari sebelum berikan gedung telah dibuka ,jadi keesokan harinya ramailah saudaramara datang malah boleh dikatakan seluruh penduduk relong datang untuk berikan.Mereka membawa jala,jaring,sauk ,lukah dan lain-lain alat kelengkapan menangkap ikan.Lebih kurang pikul 9.00pagi kami dah mula turun kedalam gedong wan dimana air ketika itu jadi tinggal kira sesuku bahagian gedong.Apalagi bersoraklah orang kampong mengempur ikan-ikan dalam gedong itu.
Seingat saya memang banyak ikan dalam gedong wan, dan ini memang terkenal diRelong, ikan akan melompat-lompat takut kejaring dan juga jala.Mana yang latah tu akan menjerit benda-benda yang terkeluar dari mulut mereka.Ikan yang biasa ditangkap dalam gedung wan ialah toman,puyu,sepat,lampang,ikan malas mandi,sebarau,pucuk pisang ,badau dan lain-lain.Ikan ini nanti akan digoreng atau digulai dengan mentimun tahun masa kenduri kawin pada esoknya atau buat lauk untuk orang yang membantu menjalankan kerja kawin tersebut atau untuk orang membuat pelantar lelari seperti yang pernah saya ceritakan.Bagi yang datang berikan itu akan diagihkan mengikut hasil tangkapan bagi dibawa pulang untuk buat lauk seisi kelurga.
Bagi musim kemarau yang biasanya musim getah luruh sekarang biasanya sungai teris akan mengalami keadaan digelar tohor oleh kami disini, atau dengan kata lain ia telah cetek.Jadi ketua Kg Relong,Bapong dan Ulu Teris berpakat untuk berikan disungai ini.Biasanya kawasan berikan ialah sekitar gua bama,Jadi bila ditentukan tarikh ketiga-tiga penduduk kampong ini datanglah berikan disungai teris ini.Ianya lebih kurang sama juga suasana dengan berikan dalam gedong wan tetapi dalam hal hasil yang diperolehi berikan diSungai Teris ini diambil orang yang datang bukanya kepada orang yang hendak buat kenduri.Tetapi hari ini ada juga tempat diTemerloh menjalan program berikan ini tapi telah bersifat komersial iaitu sesiapa yang yang hendak berikan kena bayar mengikut peralatan yang dibawa.Dikampong kami dah tiada lagi pesta berikan tetapi adalah macam wan kiah dan Abang nor buat kolam sendiri untuk perlihara ikan, saya pun didekat rumah dikuantan buat satu kolam ikan untuk mengimbau kembali peristiwa yang saya nyatakan diatas.
Dr Aminudin (sedih bila ikan mati musim panas ni)

Memori Alam Persekolahan I
Saya mula bersekolah sekitar tahun 1960an diSekolah Kebangsaan Relong yang mana ketika itu belum ada infrastruktur yang mencukupi.Kami budak-budak Sg batu,bapong,ulu teris dan berang berjalan kaki kesekolah.Dari sungai batu kesekolah kira-kira 2 kilometer,budak bapong dan ulu teris saya kira lebih 4 kilometer.Kami bangun pagi-pagi lagi untuk kesekolah dan cuaca pagi sungguh sejuk hingga mencucuk tulang setelah mandi dari air gedung wan dekat rumah.Lepas sedikit sarapan biasanya air teh kosong dan nasi pulut atau biskut marry kami berjalan kesekolah melalui kebun getah bersama Abang Amid, Miah,Abang Dollah,Dijah,Midagu,dan anak abang man berjalan membawa lampu picit ataupun api yang dibakar dari daun nyor (dikedah disebut jamong) meredah kebun getah yang tidak dijagai atau diterang dengan baik menuju kebukit berangan dimana disitu ada sekolah agama yang saya pernah catatkan dalam bolg ini.Melalui celah-celah pokok rembia dekat gedong bukit berangan ini kami melalui batas-batas sawah untuk kebukit berangan, jadi bayangkanlah melalui becak dan batas-batas sawah sudah tentu tiada kasut yang cantik lagi apabila sampai kesekolah.Budak dari bapong dan ulu teris lebih suka berkaki ayam kesekolah memandangkan keadaan jalan kesekolah itu.
Dari bukit berangan kami melalui kedai Sood barulah sampai kesekolah.Sekolah kami boleh dikatakan strategik kerana diterletak atas bukit yang tidaklah tinggi dan disebelah depannya ada padang bola tempat kami bermain dan kadang-kadang tiga empat bulan sekali ada wayang ditayangkan oleh Jabatan Penerangan secara percuma.Tengok wayang Jabatan Penerangan waktu itu cukup menyeronokan, bukan macam sekarang ada panggong dan televisyen.Televisyen belum sampai kekampong kami ketika itu lagipun letrik tiada jadi kalau adapun orang kaya macam Toukeh Sood saja ada tV kerana dia beli generator.Sekolah rendah Relong diantara kawan saya yang berjaya masa ini ialah Cigu Adnan Kadir sekarang Pengetua Sekolah DiLipis,Abang Amid sekarang Pengarah JPJ Sarawak,Wan Gani sekarang Pensyarah MSM,Zaiton sekarang Pegawai Kebajikan Masyarakat,Abang Dollah sekarang Penguasa Kastam.Ada juga kawan saya masa sekolah yang telah meninggal seperti Raman,Borhan Daud dan beberapa lagi.
Diantara guru kami yang masih saya ingat ialah Cikgu Hawa,Cu Mat,Cikgu Dollah,Cikgu Daraman dan Cikgu Nik, yang masih saya ingat hingga hari ini Cikgu Nik yang banyak memberi peluang saya membaca buku-buku dia terutama komik beano dan hingga hari ini saya masih membeli komik tersebut kerana saya suka watak-watak dalam komik tersebut.Disekolah ini juga kami bermain bola dan badminton yang kalau musim bola ramailah orang yang datang menonton dari behrang dan bapong malah ada perlawan dengan estet selborn selalu menjadi meriah kerana berentak keting dengan pemain india yang kami kata terbit api bila berempok.Hari ini suasana dan tidak semeriah lagi disebabkan orang kampong lebih suka menonton Tv dan banyak program masing-masing.

Friday, February 13, 2009
Kemahiran Ayah Membuat Tuai dan Lukah
Kami sebagai kelurga tani tentu mempunyai kemahiran yang tertentu, namun tidak banyak yang saya warisi.Ayah memang berminat dalam bertani, habis kawasan lapang dibuat kebun dikampong.Kalau dia datang keKuantan rumah kami habis ditebasnya rumput-rumput dan mana ada kawasan lapang ditanamnya sayur.Namun kemahiran dia juga adalah membuat tuai padi untuk digunakan semasa menuai.Sayang sekarang paya kami diRelong tidak lagi jadi sawah tapi dah terbiar kerana semua orang dah tak tanampadi.Orang Bapong dan Ulu Teris masih buat padi,Ayah pandai membuat tuai iaitu dari pokok bernama pulai.Pokok ini memang banyak dulu dicerok membebek dekat kampong Behrang atau dekat gua bamapun ada.Ayah akan mengambil dahan yang cantik pokok pulai itu bagi dibersihkan dan kemudian dilarik menjadi kayu macam pencel untuk dijadikan batang tuai. Setelah itu dia akan melarik bahagian lain pula untuk dijadikan papan sebesar tapak tangan budak kecil untuk dijadikan badan tuai bagi diletak mata pisau cukur sebagai pengetam tangkai padi.Bila siap ukiran dibuat mengikut kehendak dia pada papan atau badan tuai itu.Hari ini bila saya suruh dia buat tuai bagi koleksi saya dia kata tidak minat lagi kerana dia kini sedang menyiapkan salasilah Keturunan Tok Lingginya.
Begitu juga dengan membuat lukah, dia akan mengambil batang-batang pedor dari kebun getah kami diBukit Perupuk .Batang ini akan dibersihkan daunnya dan dibuang empulor dia untuk diambil kulitnya saja yang jadi macam lidi penyapu.Jadi ayah akan anyam dia menjadi lukah bagi kami pasang dalam paya untuk dapat ikan haruan atau toman atau puyu mahupun sembilang.Lukah ini dianyam dengan diikat dengan tali rotan seni bagi tahan dan kata ayah ia mujur (bererti bertuah) dan senang masuk ikan.Hari ini lukah boleh dilihat dipusat kraftangan orang asli gombak kalau kita mahu mengenalinya.Selain lukah pokok pedor boleh juga jadi joran kail atau buat sangkar burung.

Saya terkilan kita tidak Membuat Pelantar Lelari bila Kenduri Kawin
Seingat saya ,apabila adik saya Aida kawin ,inilah kali terakhir orang kampong Relong membuat pelantar lelari iaitu sekitar tahun 1998.Pelantar lelari dibuat dikampong apabila untuk upacara kenduri kawin dikampong kami.Membuat pelantar lelari menjadi tradisi orang kampong kami bila untuk kenduri kawin.Sekarang semua sewa pakai khemah atau atap zin yang ditempah dari JKKK atau majlis Daerah.Pesta membuat pelantar lelari dikampong dulu cukup meriah dimana ketua penyelaras dikampong kami biasanya Pakandak Dahanlah.Sebelum dibuat pelantar lelari suatu mesyuarat diadakan untuk memutuskan kerja, dimana mereka akan dibahagi kerja mercari atap,tiang,kayu,menyediakan makanan dan lain-lain.Pelantar lelari akan dibuat itu akan menjadi sebahagian dari rumah bagi digunakan utuk kerja memasak dan tempat orang ramai menjamu selera bila hari kawin.Kerja membuat pelantar lelari dikampong biasanya dimulai disebelah pagi dengan orang ramai mencari kayu,buluh,tiang dan atap sekitar bukit peninjau dan ulu teris dan bapong.
Sebelum pergi kehutan mereka dijamu dengan minuman dan kuih seperti kuih kering,nasi pulut yang biasanya kami makan dengan ikan puyu kering atau sepat kering dan juga kuih bahulu atau nasi manis (dibuat dari pulut).Setelah itu kami kehutan mencari bahan-bahan yang saya sebutkan itu.Daun atap yang biasa kami ambil ialah atap pedo yang boleh dibuat atap dan juga joran kail dan sangkar burung.Manakala lantai biasanya kami ambil buluh atau batang pokok pokok kelat atau kemuning.Pengikatnya pula kami ambil rotan manau atau rotan seni dan kalau kami terjumpa pokok bayas kami ambil umbutnya dan bawa balik untuk buat lauk bagi hari kenduri kawin nanti.Bila sudah dapat itu semua kami balik kerumah orang kawin itu untuk menyiapkan pelantar lelari.Biasanya bila dah sampai waktu dah tengah hari jadi sampai dirumah dan boleh makan nasi yang biasanya berlaukan mentimun tahun dengan ikan toman serta berulam petai dan jering, juga kadang-kadang ada gulai ayam kampong, poi makan amat selera sekali lagipun makan beramai dan letihpula.Setelah makan dan sembahyang kami mula membuat pelantar lelari itu yang memakan masa sehingga zohor barulah siap.Jadi hari ini sudah tak ada orang kawin buat pelantar lelari tetapi semua sewa, inilah menjadi saya terkilan kerana semangat gotongroyong kita telah musnah dan gelak ketawa tiada alagi.Juga peranan tok minduk (Penyelaras gulai) telah hilang.Saya cuba ceritakan peranan tok minduk pada keluaran akan datang.Bagi mereka yang ada gambar pelantar lelari bila musim kawin sila beritahu saya kerana nak masuk dalam buku kajian saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)