Showing posts with label 2004. Show all posts
Showing posts with label 2004. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 6


Era Muromachi (1336-1467,M)

Keruntuhan Shogun telah kelihatan dizaman ini ketika Perang Genko pada tahun 1331,Masehi dimana Maharaja Go-Daigo berkuasa.Seterusnya pemerintahan Maharaja Ashikaga pula agak singkat dan diwaktu ini terdapat peperangan dikenali sebagai Perang Nanboku-Cho.Dizaman ini juga dilihat sebagai zaman permulaan pembikinan senjata dari besi yang lebih tahan dan tajam juga dimasa inilah juga penggunaan panah agak berkurangan dan lebih kepada penggunaan pedang secara meluas.

Era Sengoku (1467-1603,Masehi)

Lebih kurang satu dekad setelah tamat Perang Nanboku-Cho, suasana damai mulai terusik akibat belaku Perang Onin yang berjalan kira-kira 10 tahun yang mengubah sama sekali landscape ibukota kota bandar Kyoto itu menjadi medan perang dan bandar rosak teruk akibat perang tersebut.Boleh dikatakan golongan Shugon dan Majlis Maharaja telah runtuh dan gabenor diperingkat wilayah digelar (Shago) dan samurai diperingkat tempatan yang berkuasa dikenali sebagai Daimyo.Mazhab-mazhab keugamaan seperti Ikko-ikki yang mempunyai tanah sendiri berkuasa pula dikawasan masing-masing.Zaman Sengoku itu kelihatan lebih 100 pihak berkuasa dimana berperang dan bersengketa dikalangan mereka dikepulauan Jepun itu saling muncul dan tenggelam dengan keegoan puak masing-masing.

Kita melihat bahawa banyak perkembangan yang significant dalam Era Sengoku ini, misalnya dalam rekabentuk kota kemudiannya dalam bercavalry serta juga bentuk-bentuk strategi peperangan yang lebih besar dan yang lebih besar adalah penciptaan senjata api.Komposisi ketenteraan pula mula berkembang, pakaian tentera pula telah mempunyai kasut tentera, baju pula telah mempunyai lengan panjang yang dikenali sebagai Yari yang dipakai oleh samurai, senjata pula dari panah telah bertukar kepada senapang.Manakala tentera laut pula agak kurang menggunakan perahu tetapi lebih kepada perahu besar yang mempunyai pendayung.

Puak Hojo, sekitar wilayh Kanto adalah yang mula sekali membina kota bersifat Satellite dimana ada pusat atau kompleks yang digunakan didalamnya sebagai tempat untuk merancang serangan dan penyelarasan strategi serangan.Ketika dibawah Takeda Shingen mereka ada mencipta peralatan cavalry yang menampakan strategi baru dari segi taktikal yang digunakan dalam peperangan besar dalam sejarah peperangan dunia.

Bersambung
Dr Aminudin

Friday, December 10, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 5


Era Kamakura (1185-1333 M)

Kebangkitan puak Taira serta puak samurai Minamotolah membina Shogun Kamakura yang membentuk zaman kedamaian.Namun ada jugalah peperangan dikalangan puak-puak ketika itu tetapi tidaklah begitu serius.Ketika kaum Monggol menguasai Cina dizaman Dinasti Yuan ada usaha-usaha untuk menakluki Jepun yang mereka lakukan sebanyak 2 cubaan pada abad yang ke13 itu.Ini juga merupakan petanda penting dalam sejarah ketenteraan diera Kamakura.Pada awal tahun 1274,Masehi berlaku peperangan Bunei yang merupakan serangan Cina terhadap Kyushu, namun mereka mengalami kekalahan akibat kapal-kapal mereka rosak teruk akibat taufan.Oleh kerana Cina tetap mencuba menyerang Jepun pihak Shogun telah membina tembok yang tinggi ditepi pantai dan disebalik tembok itu mereka mempertahankan bumi Jepun secara kolektif. Ada juga percubaan oleh Cina menyerang jepun pada tahun 1281,Masehi dengan peperangan Koan tetapi nampaknya orang-orang Monggol itu tetap kecewa setelah banyak kapal-kapal mereka rosak akibat taufan juga.

Peralatan, taktik dan sikap anggota tentera terutama dikalangan samurai berbanding dengan orang Monggol dilihat banyak perbezaannya.Para pengkaji melihat banyak keistimewaan dipihak samurai.Golongan samurai ini banyak mempuyai idea tentang pertempuran secara solo dan inilah satu penghormatan yang cukup tinggi terhadap seorang individu dalam tentera dan peperangan.Sedangkan puak Monggol hanya mengetahui sekelumit sahaja tentang kemahiran para samurai.Tentang penggunaan senjata pula kita melihat penggunaan bahan letupan memanglah kita dapati pihak Monggol lebih maju dan bijak namun lantaran sikap dan taktik oleh para samurai telah menjadikan mereka lebih tangkas dan berwibawa.

Bersambung

Dr Aminudin

Thursday, March 25, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan VIII(Negara Kota Alam Melayu-Islam)


2.1 Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan Islam DiAlam Melayu

Dalam membicarakan peranan bahasa dan kesusasteraan Islam ini, tidak dapat tidak saya juga akan mencatatkan kerajaan Melayu Islam diAlam Melayu.Kajian mendapati hiraki sosial masyarakat Melayu tidak banyak berubah bila kedatangan Islam, sebenarnya sistem pemerintahan Melayu berbentuk kosmologi iaitu Raja sebagai lambang kosmo dan rakyat berada dihiraki yang dibawah (dikuasai).DiIndonesia konsep ini bersifat Dewaraja diera Hindu-Buddha dan bila Islam tiba keAlam Melayu ,Raja dianggap bayangan Allah dan al-Sultan Zillullah Fil Islam.Diantara kerajaan Melayu-Islam yang dikenalpasti ialah seperti berikut:-

1.Kerajaan Ta-shih- kerajaan ini diaggarkan wujud pada abad ke7 Masehi,diSumatera Utara dan dikatakan mempunyai hubungan politik dan perdagangan dengan Cina.Kerajaan ini dikatakan telah mengadakan hubungan dengan Semenanjung Arab dizaman Muawiyah bin Abu Sufyan (661-680 Masehi).

2.Kerajaan Sribuza Islam -kerajaan ini adalah kerajaan Srivijaya diJambi yang Raja Sridravarnman pada tahun 718 Masehi telah memeluk Islam yang kerajaan ini dikenali Sribuza Islam.Dizaman Muawiyah kerajaan ini sering berhubungan menerusi surat menyurat diantara Muawiyah dan Ratu Sima .Surat menyurat ini masih ada tersimpan hingga kini (S.Q.Fatimi,1963).Ini juga bukti naskhah tertua diAlam Melayu yang boleh kita selidiki.

3.Perlak-kerajaan ini menerima rombongan dakwah dari Nahkoda Khalifah dizaman pemerintahan al-Makmun (813-833 Masehi),ketika itu Perlak diperintah oleh Meurah Shahr Nuwi.Raja Perlak yang pertama bernama Sultan Sayyid Mualana Abdul Aziz Shah.Dizaman kerajaan Perlak banyak tertubuh pusat pendidikan Islam yang dikenali sebagai "Dayah",diantaranay Dayah Bukit ce Breek,Dayah Cot kala.Namun kerajaan Perlak mengalami peperangan saudara.Akhirnya disatukan dibawah kerajaan Samudera-Pasai.

4.Samudera-Pasai- kerajan ini diperintah oleh Meurah Giri (1042-1078),baginda bergelar Raja Mahmud Shah, semasa pemerintahan Raja Meurah Nui atau Sultan al-Kamil (1115-1210) ada rombong ulama dari Arab bernama Syeikh Abdullah Arif yang dikenalpasti meninggalkan kitab tasauf berjudul " Bahr al-Lahut".Baginda diganti oleh Meurah Silu yang nama Islamnya Sultan Malik al-Salih (1297).Kerajaan Pasai ini berakhir dizaman Ratu Nihrasiyah Rawangsa Khadiyu (1400-1428) akibat peperangan.Ia digantikan oleh Kerajaan Acheh.

5.Acheh-kerajaan ini didirikan pada tahun 1205 oleh Johan Shah, sejarah melihat Acheh mencapai kegemilangan dan kerajaan Islam Melayu yang terbesar sizaman Sultan Iskandar Muda (1606-1636) dimana telah menakluki Kedah,Perak dan Pahang.Dizaman Sultan Iskandar-Thani (1636-1641) terdapat pertumbuhan intelektual yang terkenal dengan tokoh-tokoh pemikir yang misalnya Syeikh Nuruddin al-Raniri yang saya paparkan dalam artikel kali ini buku beliau.Kerajaan ini juga mengalami kemerosotan bila Ratu Safiatuddin meninggal pada tahun 1675.

6.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain- adalah seperti Kerajaan Giri yang Raja Sunan Giri pernah mengarang Asmaradahana dan Pucung.Kerajaan Demak (1475-1550),Kerajaan Pajang (1568-1586),Kerajaan Mataram II (1586-1755)-kerajaan ini terkenal dengan fahaman "pantheisme" yang terkenal dengan Adiwijoyo atau Sultan Agung dengan mengarang" Sastra Gending".Kerajaan Brunei dikatakan mempunyai hubungan dengan Kerajaan Cina sejak zaman Maharaja Tai Tsung(976-997Masehi),Raja Brunei Maharaja Gana telah melawat Cina pada tahun 1408.Melaka (1400-1511)yang diasas oleh Parameswara yang diusir dari Palembang yang singgah diTemasik kemudian membuka Melaka meletakkan asas kukuh bagi negara Islam akhirnya mengalami kejatuhan pada tahun 1511 kerana Raja dan para pembesarnya yang melanggar perintah Islam.Misalanya Sultan Mahmud Shah berzina dengan isteri Tun Biajid dan menodai Tun Dewi dan memerintahkan membunuh Tun Ali,juga beliau melindungi Sang Guna yang dia pernah berzina dengan isteri Sang Guna (A.Rahman Abdullah,1989:127).

Kedatangan Islam membawa perubahan kepada Bahasa Melayu yangmana sebelum ini dikuasai oleh Bahasa Melayu Purba dan Jawa Purba.Selain dari itu ialah bahasa Sanskrit turut berubah secara berperingat-peringkat.Ini adalah kerana pengenalan abjad Arab-Jawi.Sebelum Islam kita dapati sastera rakyat baik dalam bentuk puisi atau prosa telah saya sentuh iaitu epik-epik Ramayana dan Mahabharata dan lain -lain.Bila Islam tiba kita lihat sastera Islam bayak dihasilkan dalam bentuk puisi misalnya Syair Perahu,Syair Burung Pingai,Syair Mahrifat,Syair Ghafiah,syair Nur Muhammad dan lain-lain.Manakala dalam bentuk prosa pula ialah Hikayat Nabi Muhammad SAW,Hikayat Bulan Belah,Hikayat Nabi Bercukur,cerita nabi-nabi dipanggil Qisas al-Anbiya,Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah .Hikayat Abu Yazid al-Bistami dan lain-lain.

Saya dapati pengaruh Islam juga mempengaruhi Hikayat Seri Rama dimana telah disesuaikan dengan ciri-ciri keislaman umpamanya saya petik dimukasurat 2 dalam Hikayat Seri Rama iaiitu " Maka dengan kudrat Allah Subhanahu-wataala tatkala itu Nabi Adam pun di-turunkan Allah Taala dari dalam shurga berapa lamanya dalam dunia.Maka Nabi Adam bertemu dengan Rawana bertapa itu,kakinya digantungkan-nya ka-atas kepala-nya kebawah ".Dimana disini jelas unsur keislaman telah dibawa masuk kedalam hikayat ini.Begitu juga bahasa yang digunakan dalam hikayat ini adalah bahasa yang banyak istilah digunakan oleh orang kami diKuala Lipis,Pahang yang telah saya jelaskan dalam kajian saya tentang Lembah Bama .Dimana saya mengatakan hikayat ini ditulis oleh orang Lembah Bama dan merupakan naskhah tertua diNusantara.

Dr Aminudin