Friday, December 10, 2010

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 5


Era Kamakura (1185-1333 M)

Kebangkitan puak Taira serta puak samurai Minamotolah membina Shogun Kamakura yang membentuk zaman kedamaian.Namun ada jugalah peperangan dikalangan puak-puak ketika itu tetapi tidaklah begitu serius.Ketika kaum Monggol menguasai Cina dizaman Dinasti Yuan ada usaha-usaha untuk menakluki Jepun yang mereka lakukan sebanyak 2 cubaan pada abad yang ke13 itu.Ini juga merupakan petanda penting dalam sejarah ketenteraan diera Kamakura.Pada awal tahun 1274,Masehi berlaku peperangan Bunei yang merupakan serangan Cina terhadap Kyushu, namun mereka mengalami kekalahan akibat kapal-kapal mereka rosak teruk akibat taufan.Oleh kerana Cina tetap mencuba menyerang Jepun pihak Shogun telah membina tembok yang tinggi ditepi pantai dan disebalik tembok itu mereka mempertahankan bumi Jepun secara kolektif. Ada juga percubaan oleh Cina menyerang jepun pada tahun 1281,Masehi dengan peperangan Koan tetapi nampaknya orang-orang Monggol itu tetap kecewa setelah banyak kapal-kapal mereka rosak akibat taufan juga.

Peralatan, taktik dan sikap anggota tentera terutama dikalangan samurai berbanding dengan orang Monggol dilihat banyak perbezaannya.Para pengkaji melihat banyak keistimewaan dipihak samurai.Golongan samurai ini banyak mempuyai idea tentang pertempuran secara solo dan inilah satu penghormatan yang cukup tinggi terhadap seorang individu dalam tentera dan peperangan.Sedangkan puak Monggol hanya mengetahui sekelumit sahaja tentang kemahiran para samurai.Tentang penggunaan senjata pula kita melihat penggunaan bahan letupan memanglah kita dapati pihak Monggol lebih maju dan bijak namun lantaran sikap dan taktik oleh para samurai telah menjadikan mereka lebih tangkas dan berwibawa.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: