Sunday, July 24, 2011

Sempena Penerima Ijazah Kehormat Ph.D Dari Universiti Cosmopolitan


Saya mengucapkan syukur diatas tulisan-tulisan saya baik yang berupa buku dan blog, saya dihargai oleh Universiti Cosmopolitan, Missiouri, USA untuk menerima Ijazah Kehormat Ph.D dalam bidang Komunikasi dan Maklumat.Sempena penerimaan ijazah tersebut saya akan menyampaikan ucapan yang berjudul " De Relong A Pictorial History " yang mana saya dedikasikan kepada kampung kesayangan saya iaitu Kampung Relong,Kuala Lipis.Dalam teks itu akan saya paparkan foto-foto zaman saya bebudak dan foto-foto yang saya kira antik.Diantaranya ialah gambar Sekolah Relong yang menjadi latarbelakang pengambaran kumpulan ayah saya Haji Abdul Karim Ali dan kawan-kawan beliau dimasa muda misalnya Ustad Idris,Pakandak Dahan, adik ayah saya Haji Husin Ali,Pakangah Hashim (Datok Hashim),Pakcu Zakaria Derani dan lain-lain.

Sekian, terima kasih atas sokongan anda sekelian.

Dr Aminudin

Saturday, July 16, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 5


Terjemahan dari The Straits Times, 26 October 1927

Tragedi disungai.

" Malay mail telah melapurkan bahawa satu malapetaka telah berlaku diSungai Jelai diPahang pada hari sabtu.Disitu telah berlaku hujan yang lebat pada hari tersebut sekitar bukit-bukit diladang Selborn, Padang Tengku,Kuala Lipis yang mengakibatkan air sungai naik mendadak.Pada jam 3.00 pagi sebuah feri yang melintasi sungai tersebut yang tidak jauh dari ladang Selborn yang membawa penumpang seramai 28 yang kebanyakannya perkerja-perkerja ladang tersebut yang terdiri dari kebanyakkan Orang Melayu telah terbalik ditengah-tengah sungai dan sebahagian besar dari mereka terhumban kedalam air sungai.Kebanyakan dari penumpang telah dapat menyelamatkan diri dengan bergayut pada feri dan kemudian berenang menuju ketepi sungai namun agak malang ada diantara wanita-wanita tersebut yang tenggelam iaitu seramai enam orang.Tiga orang telah ditemui oleh perkerja landang dan seorang ditemuai sekitar satu batu dari tempat kejadian dan tiga lagi masih hilang.Difahamkan feri tersebut biasanya membawa penumpang tidak melebehi 15 orang penumpang "

Dr Aminudin

Friday, July 8, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 4


Pada 10 disember 1941, Detachment Takumi telah mendarat diBesut dan salah satu pasukan telah mara keKuala Terengganu dan seterusnya keKuantan dengan menggunakan trak, basikal dan berjalan kaki.Dalam menuju keKuala Terengganu , Jepun telah membuka penempatan mereka idiPulau Kambing dan Pulau Perhentian dijadikan pelabuhan sementara tentera menyerang kawasan-kawasan lain.DiTerengganu, Jepun turut membuka penempatan disekolah -sekolah umpamanya Sekolah Sultan Sulaiman dan Sekolah Melayu Paya Bunga. Akhir ,Jepun dapat menawan seluruh Terengganu pada 20 disemver 1941.

Bila Terengganu telah ditawan ,Jepun mudahlah mara keKuantan melalui Batu Hitam dan Semambu, malah tidak disedari oleh Batalion ke5 dari Rejimenke11 Sikh itu yang sedang berkubu diBeserah.Bila sampai diJabor, Jepun telah menawan pengurus ladang Jabor ketika itu dan dijadikan orang tawanan perang.Jabor yang merupakan satu-satunya jalan kenderaan yang ada ketika itu. Manakala Jalan Beserah keSemambu adalah merupakan jalan yang sempit dan hanyalah laluan bagi basikal dan pejalan kaki, sedangkan kawasan lain ketika itu adalah hutan tebal.

Dr Aminudin

Monday, July 4, 2011

Rona-Rona Pengembaraan ,Peristiwa Dan Pembangunan DiPahang Tahun 1889-1952-Nukilan 3


Terjemahan dari Straits Times Weekly Issue, 17 September 1889 bertajuk Pengembaraan DiPahang.

Pada 20 haribulan Julai 1889 kami telah tiba di Pulau Tawar dan kami berjumpa dengan Sultan Pahang.Kami menikmati makan malam bersama beliau yang merupakan seorang yang baik dan dapat memerintah dengan baik.Pada pandangan saya beliaulah seorang raja Melayu yang terbaik yang pernah saya temui.Beliau seorang ahli sukan yang kemudian memerintah orangnya menyediakan sasaran ditempat beliau tinggal dan memperlawa kami sama-sama menembak sasaran tersebut.Didapati beliau dan anaknya dapat menembak sasaran dengan tepat sebagaimana kami juga.Semasa kami tinggal diPulau Tawar kami telah makan malam dengan beliau dan dapat melihat hadiah-hadiah yang beliau perolehi terutama sekali gading-gading gajah dan juga senapang dan rifle yang beliau ada.Pemandangan ditepi tebing sungai diPulau Tawar sungguh cantik, disini saya dapati kawasan begitu lapang sekitar istana Sultan.Istana Sultan dikelilingi oleh gedung yang kelihatan banyak itek dan belibih berkeliaran bermain air dalam gedung itu.Kami cuba menembaknya beberapa kali dengan peluru-peluru penabur yang kami ada, kami telah memperolehi beberapa ekor belibih dan beberapa ekor ayam hutan yang berkeliaran disekitar gedung itu.Kadang-kadang kami terserempak dengan beberapa ekor babi liar yang mencari makan dan kami dapat menyunkurkan beberapa ekor babi tersebut yang sengaja mencari naas.

Dr Aminudin