Tuesday, January 25, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 11


Agama Islam

Menurut wikipedia.org bahawa tokoh Jepun yang mula-mula sekali memeluk agama Islam ialah Kotaro Yamaoka atau Omar Yamaoka dan Ahmad Ariga. Begitu juga dengan Yamada Toajiro yang merupakan seorang peniaga Jepun yang menentap diIstambul serta menjadi wakil konsul Jepun disana dengan memakai nama Islamnya,Abdul Khalil. Ada orang Islam yang mendapat perlindungan diJepun satu ketika dahulu adalah mereka yang berbangsa Turki-Tartar .Dimana ketika itu mereka mempunyai bilangan seramai hanya 600 orang pada tahun 1938. Penduduk Jepun ada juga yang memeluk Islam yang kebanyakkannya memeluk Islam bila bertemu dengan golongan Muslim yang saya katakan itu. Masjid Kobe telah dibina pada tahun 1935 dengan pembiayan dan sokongan komuniti Turki-Tartar yang merupakan golongan perniaga diJepun. Masjid Tokyo pula dirancang pembinaannya pada tahun 1908 dan hanya dapat disiapkan pada tahun 1938 yang mana mendapat sokongan kewangan dari pihak Zaibatsu. Imam-imam Masjid Tokto yang pertama ialah Abdul Resid Ibrahim dan Abu Hay Qarbangali.

Dai Nihon Kaikyo Kyokai adalah Pertubuhan Islam Jepun yang diasaskan pada tahun 1930, dimana merupakan pertubuhan Islam yang pertama diJepun.Pertubuhan ini mendapat restu dari pihak Maharaja Jepun ketika dalam Perang Dunia Yang Kedua dan ketika itu kira-kira 100 buah buku dan Jurnal Islam diterbitkan diJepun. Diantara tujuan penerbitan itu ialah untuk memberi kefahaman tentang Islam dan juga menentang kolonialisme. Lantaran itu kita dapat menyaksikan ramai cerdik pandai dan para ilmuan Islam datang keJepun ketika itu.Disamping itu kegiatan menterjemah Al-Quran mula dilakukan oleh Shumei Okawa yang beliau telah meninggal dunia pada tahun 1957. Dalam Perang Dunia Yang Kedua ramai juga tentera Jepun yang memeluk Islam terdiri dari juruterbang Jepun. Namun tidak ditonjolkan oleh kebanyakkan buku sejarah Jepun bahawa mereka ini diberikan arahan bahawa diminta mengucap dua kalimah syahadah iaitu " La ila Ahli lalah ", bila kapal terbang mereka ditembak jatuh oleh pihak musuh. Dari banyak bukti bila mereka melaungkan kalimah yang mengingati Allah itu pada ketika mereka ditimpa musibah akibat tembakan musuh telah membantu menyelamatkan mereka ( en.wikipedia.org/Islam in Japan )

Dr Aminudin

Sunday, January 16, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 10


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN JEPUN

Budaya Jepun yang kompleks ini agak sukar bagi setengah penilai atau penyelidik kebudayaan dan kesenian yang merupakan orang luar semacam saya.Huraian tentang kebudayaan Jepun banyak disingkap melalui sejarahnya dan sedikit benar disingkap secara terus tentang kebudayaan dan keseniannya. Banyak tulisan dibuat berdasarkan sejarah Jepun merangkumkan aspek budaya dan kesenian didalamnya.Namun secara permulaanya bolehlah kita lihat pada kebudayaan Jepun dari perspektif keugamaan seperti Shinto,Buddha,Konfucianisme,Kristian dan Islam.

Shinto

Shinto adalah kepercayaan asal masyarakat Jepun yang dikatakan telah sebati dengan masyarakat tempatan dan tuhan yang disembah ialah Kami. Kami merupakan kuasa suci yang terjelma dalam pelbagai bentuk seperti matahari,gunung,pokok,angin,batu,pasir dan berbagai-bagai lagi.Penganut Shinto diajar supaya mencintai alam dan menghormati roh datuk moyang mereka. Orang Jepun mempercayai "Jinja" yang merupakan tempat kediaman Kami dan mereka menganggap tempat ini sebagai suci. " Matsuri " pula adalah cara orang Jepun menyembah Kami yang dilakukan dirumah atau di "Jinja ". Ada beberapa jenis Shinto diJepun yang diantaranya ialah Shrine Shinto (Jinja-Shinto), Imperial Household Shinto (Koshitsu-Shinto),Folk Shinto (Mizoku-Shinto),Sect Shinto(Shua -Shinto) dan Koshinto (Ko-Shinto).Diantara rumah-rumah yang terkenal diJepun dari sejumlah 80,000 rumah atau tempat Shinto adalah seperti berikut:-

1.Atsuta Shrine,Naguya
2.Chichibu Shrine,Saitama
3.Heian Jingu,Kyoto
4.Hikawa Shrine,Omiya
5.Hokkaido Shrine,Sapporo
6.The Ise Jingu,Ise,Mie
7.The Gassan Hongu,Yamagata
8.Itsukushima Shrine,Hirosima (A World Heritage)
9.Iwashimizu Shrine,Yawata,Kyoto
10.Izumo Taisha,Izumo
11.Kasuga Shrine,Nara
12.Katori Shrine,Chiba
14.Nikko toshogu,Nikko
15.Osaki Hachiman Shrine,Miyagi
16.Sendai Toshigu,Sendai
17.Shiogama Shrine,Miyagi
18.Tsurugaoka Haciman Shrine,Kamakura
19.Usa Hachiman Shrine,Oita
20.Yasukuni Shrine,Tokyo

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, January 8, 2011

Sejarah Pendudukan Jepun DiPahang Satu Demensi Baru- Siri 9


Era Meiji

Pada tahun 1873,Masehi Kerajaan Maharaja Jepun telah membentuk Undang-Undang Ketenteraan DiRaja Jepun.Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk memodenkan dan memperkukuhkan pemerintahan demokrasi diJepun.Samurai pula menerima implikasi dengan kehilangan statusnya dan ini digambarkan dengan baik terutama dalam film yang berjudul The Last Samurai yang dilakunkan oleh Tom Cruise dan juga Kan Watanabe seperti yang kebanyakkan dari kita menontonnya.Kembali kepada institusi Maharaja adalah intipati dizaman Meiji dimana dikenali diJepun sebagai "tenno atau mikado ".Dizaman ini kelihatan generasi agak muda mendominasi zaman ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang personaliti seperti Sanjo Sanetomi,Iwakura Tomomi,Okubo Toshimichi,Terashima Munenori,Godai Tomoatsu,Takasugi Shinsako,Omura Masujiro,Ito Hirobumi,Kumamaoto,Yuri Kimimasa dan lain-lain.Mereka ini dididik secara tradisional disamping teknikal dalam bidang ketenteraan dikawasan masing-masing.Umpamanya Ito seorang penterjemah,Kido pula seorang penasihat kepada Daimyo.Manakala dari segi pemikiran pula mereka ini dipengaruhi oleh Konfucianisma yang mementingkan terhadap kesetiaan dan dedikasi terhadap matlamat mereka.

Permodenan Meiji dilakukan berdasarkan Sumpah Piagam DiRaja yang dibuat pada tahun 1868 iaitu menekankan tiga perkara utama iaitu pencapaian ilmu dari segenap pelusuk dunia, mengenepikan amalan lama dan semua tindakan kerajaan akan berpandukan pada undang-undang antarabangsa.Dizaman Meiji Tokyo atau Edo telah menjadi ibu negara Jepun dan kelihatan juga pengaruh Shinto diterapkan dalam sistem pentadbiran tersebur.Unit-unit pentadbiran yang dahulunya dikenali sebagai "han" telah digantikan dengan "ken" yang kemudiannya dijadikan unit-unit kecil yang dikenali sebagai "gun" (daerah),"machi"(bandar) dan "mura'(Kampung) yang mana terletak dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.Refomasi yang kita lihat dibuat dari aspek tanah dan kewangan.Diadakan juga khidmat wajib dalam tentera bagi semua lelaki yang berumur 21 tahun keatas.Jadi kita dapati "bushi" telah hilang tradisinya namun nilai tersebut terus dikekal dalam gaya hidup tentera dan dikalangan masyarakat Jepun.

Bersambung

Dr Aminudin