Friday, June 25, 2010
Kampung Relong,Kuala Lipis Sebagai Pusat Pertubuhan Sukarela : Satu Tinjauan Siri 3-Pahang Pasukan Pengakap Tertua DiDunia
Dalam edisi yang lalu, saya telah memberikan definisi,bidang dan motif bagi pertubuhan sukarela. Kali ini kita lihat prinsip-prinsip asas bagi kita mahu menyertai pertubuhan sukarela.Memang tiada satu garis panduan tentang prinsip asas bagi kita menyertai pertubuhan sukarela, namun kita jadikanlah apa yang saya nyatakan ini sebagai panduan untuk kita guna-pakai sebagai prinsip-prinsip kita menyertai pertubuhan sukarela iaitu :-
1.Bersedia berkongsi maklumat, pengetahuan, wawasan, kemahiran dan pengalaman dengan pihak memerlukan.
2.Berkhidmatlah tanpa diskriminasi agama, ideologi, ras,bahasa, jantina,status dan lain-lain.
3.Sumbangan diberikan tanpa mengharap balasan dan ganjaran.
4.Kerja sukarela itu dilakukan demi kumpulan sasaran.
5.Selalu melibatkan kumpulan sasaran dalam membuat keputusan dan tindakkan.
6.Sumber utama kerja sukarela adalah manusia atau insan itu sendiri.
7.Mementingkan semua orang memberikan sumbangan dalam gerakan sukarela tersebut.
Persatuan Pengakap Pahang Tertua DiDunia (Ditubuh Pada Tahun 1912)-Analisisnya:
Kajian saya mendapati Pasukan Pengakap Negeri Pahang adalah gerakkan sukarela yang Pertama sekali diTanah Melayu malahan didunia.Ianya ditubuhkan diPahang iaitu diPekan pada tahun 1912, oleh G.M.Laidlow dan tetapi tidak begitu aktif hinggalah diaktifkan semula pada tahun 1927 yang digerakkan oleh H.P.Hertslet dan kemudiannya Wheeler dan saya percaya ianya digerakkan secara meluas diDaerah Kuala Lipis, sebagai ibu negeri Pahang ketika itu. Semasa saya bersekolah diRelong ,saya menyertai pergerakkan pengakap dengan berkhemah ketika itu dibawah pokok kundang tepi padang Sekolah Relong dan juga menyertai Jambori, diKuala Lipis yang dipimpin oleh Ciku Abdullah.Persatuan pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell yang dilahirkan pada 22 Febuari 1857.Beliau adalah pegawai tentera yang menulis buku Aids to Scouting dan Scouting for Boys yang menjadi buku panduan Pasukan pengakap hari ini dan Jambori pengakap yang pertama didunia adalah pada tahun 1920 diGilwell Park,London. Jadi Persatuan pengakap Pahang yang ditubuhkan pada tahun 1912 itu adalah juga Persatuan pengakap Yang Tertua DiDunia.Syabas Pengakap Pahang.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment