Saturday, October 3, 2009

Database By Dr Aminudin Hj.Abdul Karim For Research On Bama Valley Part III




















27.Dr.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,The Encyclopedia of Malaysia Early History,Editions Didier Millet,Kuala Lumpur,1998.
28.Jurnal Inderapura,Jilid 1 Bil.1 ,Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang,Kuantan,2001.
29. Yaakub Isa dan Mohd.Mokhtar ,Monograf Pahang Dalam Sejarah VI,Lembaga Muzium Negeri Pahang, Pekan,1997.
30. Noriah Mohamed, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa melayu Lama,Penerbit Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang,1999.
31.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan lain-lain,Pembangunan Arkeologi Perlancungan Negeri Pahang,Lembaga Muzium Negeri Pahang,Pekan,1997.
32.Dr.Mahayudin Hj Yahya,Sejarah Orang Syed DiPahang,DBP,Kuala Lumpur,1984.
33.Koulopoulus ,T.M.,and Frappaolo,C.,Smart Things To Know About Knowledge Management,Capstone,Milford,2000.
34.Privatization Masterplan, Economic Planning Unit,PM,Kuala Lumpur,1991.
35.Dr.Cant,R.G.,An Historical Geography of Pahang,MBRAS,1972.
36.Aruna Gopinath,Sejarah Politik Pahang 1880-1935,DBP,Kuala Lumpur,1993.
37.Mustaffa Abdullah,Cara Mudah Belajar Bahasa Arab,Jahabersa,Singapore,2006.
38.Rancangan Struktur Majlis Daerah Lipis,1996.
39.Kajian Kawasan Perindustrian Gebeng DiNegeri Pahang,UPEN,Pahang,1996.
40.Malaysia's nature of Wonders Pahang,PSDC,Kuantan.
41.Laporan Ekonomi Negeri Pahang Perspektif Makro 1996/1997,UPEN, Pahang.
42.Pahang The Emerging Powerhouse Investment Profile,UPEN, Pahang.
43.Draf Rancangan Struktur Majlis Daerah Pekan,1996.
44.Cool Highland Resort,Tourism Malaysia,Ministry of Tourism,2008.
45. Norkhair Ibrahim dan Zulkepli Majid (Penterjemah) ,Prinsip Sistem Maklumat Geografi,UTm,Sekudai,2002.

Dr Aminudin

Memahami Sikap Manusia Menerusi Teori Kognitif Sosial

Saya kadang-kadang ingin ketawa kuat melihat gelagat manusia yang bermacam-macam ragam dimana ada yang cool aje,ada yang menyombong,ada yang ego tidak tentu arah , ada yang bersimpati pada orang lain, ada yang suka mengherdik orang lain ,ada yang berlagak dirinya besar dan kuat tetapi akhirnya terjelepuk dalam longkang seperti yang pernah saya coretkan dalam blog saya tetang memori saya diJENAN dan macam-macam lagi gelagat manusia, 1001 macam.Kadang-kadang bila saya renungan Kisah 1001 Malam ia ada kalanya menyamai realiti ini.Inilah fitrah manusia dan kita kenalah menananginya dengan bijaksana.Saya teringatkan Prof.Sulaiman yang mengajar kami berbagai toeri komunikasi diUniversiti Pertanian dahulu semasa saya mengikuti ijazah Sarjana Sains (MSc).Malahan saya kena turun kepadang (field)pergi kepaya-paya orang diSabak Bernam, Selangor untuk membuat penyelidikan.Disamping itu juga saya menbuat kajian tentang Orang Asli diPaya Sok, Temerloh tentang pembangunan dan kmunikasi.Saya bertuah dapat bertemu semula dengan Rosli anak Tokbatin yang merupakan kawan sekolah saya diLipis dahulu, bila berjumpa dia kata macam nak menangis bila jumpa saya semula kerana maklumlah dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa.Bila saya nak balik petang itu,penuh kereta Honda CRV saya, diasaknya dengan buah-buah kayu, pelbagai jenis akar kayu dan juga kraftangan.Ini adalah ganjaran yang saya dapat dengan kata lain teori ini menyebutnya sebagai ganjaran asas atau primer.Selain itu ialah ganjaran secondary dalam teori ini yang berupa kasih sayang,persahabatan, pengiktirafan, kuasa dan lain-lain.

Jadi ganjaran secondary menjadi penting pula dalam kehidupan seseorang manusia dan inilah yang boleh mempengaruhi sikap seseorang.Perkara ini juga dipanggil sebagai keperluan yang tidak ketara seseorang inginkan seperti inginkan dirinya dihargai.Seseorang perlu dihargai akan hobinya seperti membaca buku seluruh pelusuk alam dan menghargai status keluarganya yang menyimpan banyak buku.Dalam halini Paksaudara saya yang sanggup membeli buku yang diminatinya hingga sudah menjadikan dua buah rumahnya dipenuhi buku-buku dan bila dia meninggal sudah siapa yang menjaganya.Begitu juga sepupu saya sanggup memperuntuk RM 500 sebulan sejak tahun 1970 dan hingga sekarang umurnya 57 tahun masih membeli buku dan dah tak tahu nak simpan dimana buku-bukunya.Begitu juga saya mulai membeli komik Beano sejak umur 7 tahun kini komik-komik itu telah membusut jantan.Keduanya ganjaran tidak ketara ini adalah untuk memenuhi kegoawan seseorang, jadi ego seseorang itu perlu dibelai dan sesiapa yang tidak membelai keegowannya tidak dapat mempengaruhinya.Keperluan tidak ketara yang ketiga ialah keperluan untuk kuasa kerana manusia meminati lambang-lambang kuasa seperti rumah besar,kereta jip besar,motosikal berkuasa besar,gelaran ,pangkat dan sebagainya.

Natijahnya teori kognitif sosial berasaskan ganjaran ini akan menjadikan seseorang itu mudah dipengaruhi, maka berhati-hatilah kita dengan keegowan sendiri.Namun oleh kerana fitrah manusia kita nak buat macam mana, jadi dari segi teorinya memang sudah ada dan telah dibuat kajian maka kami masa itu sebagai pelajar ketika itu hanyalah mengangguk-angguk saja, juga lepas itu diajukan buku rujukan supaya dibeli oleh cadangan Prof S itu, kamipun membelinya dengan membuta tuli.

Dr Aminudin

Database by Dr Aminudin Hj.Abdul Karim For Research on Bama Valley Part II















13.Adi bin Hj Taha, "Recent Archaeological Discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982,in JMBRAS, Vol.LVI.Part 1,1983.
14.Amat Nasir Agale,Kamus Bahasa Melayu Kelasik,Perniagaan Jahabersa,Johor Bahru,2000
15.Buyong Adil,Sejarah Pahang,DBP,Kuala Lumpur,1984.
16.Madoc,G.C.,An Introduction To Malayan Birds,Persatuan Pencinta alam,Kuala Lumpur,1992.
17.Francis,C.M.,Pocket Guide To The Birds of Borneo,The Sabah Society and WWF Malaysia,1995.
18.Carveth Well,Six Years in The Malay Jungle,Oxford University Press,Singapore,1925.
19.Nordin Selat, Pahang Dahulu dan Sekarang,Persatuan Muzium Malaysia,Kuala Lumpur,1996.
20.Ibrahim Komoo dan rakan-rakan,Warisan Geologi Malaysia,UKM,bangi,2001.
21.Dunn,F.L.,Rain-Forest Collectors and Traders A Study of Resource Utilization In Modern and Ancient Malaya,MBRAS,Kuala Lumpur,1982.
22.Hikayat Seri Rama,Introduction by W.G.Shellebear,JSBRAS,no.70.,1915.
23.Gimlette,J.D.,Malay Poisons and Charm Cures,Oxford University Press,Singapore,1991
24.Paul,B.,Collins Dictionary of Archaeology,Harper Collins Publishers,Glasgow,1992.
25.Jahid Sidek,Dr.,Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin daripada Perspektif Islam, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.,Kuala Lumpur,2004.
26.Balan Menon,Struktur dan Pengecaman Kayu-Kayan Malaysia,DBP,Kuala lumpur,1997.

Dr Aminudin

Friday, October 2, 2009

Database by Dr Aminudin Hj Abdul Karim For Research On Bama Valley













Here i present to you all my database by stages on my Research Bama Valley :-

1.Abdul Hadi bin Hj Hasan, Sejarah Alam Melayu,Malaya Publishing House Ltd, Singapore,1949.
2.Ahmad Jelani Halimi,Perdagangan dan Perkapalan Melayu diSelat Melaka Abad ke15 hingga ke18, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur ,2006.
3.Abdul Rahman Abd Ghani, Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,Kuala Lumpur,2008.
4.Ana Faqir,Menyingkap Misteri Pulau Besar,Seribu Dinar,Kuala Lumpur ,2008.
5.Al-Sayyid Bakri Al-Makkiy,Asas Tasawuf,Pustaka Ilmi,Batu Caves,2001.
6.Ahmad Rashidi bin Hasan,Sejarah Seni Lukis,Krisma Publications Sdn Bhd.,Shah Alam,2001.
7.Azman Che Omar,Pengurusan DiMalaysia Dari Perspektif Islam,DBP,Kuala Lumpur,2001.
8.Asmah Haji Omar,Bahasa DiRaja,DBP,Kuala lumpur,1988.
9.Abdul Muati @ Zamri Ahmad,Panduan Pengucapan Awam,DBP,Kuala Lumpur,2008.
10.Aminudin bin Abdul Karim, Kamus Pengurusan Pengetahuan,Putrajaya,2003.
11.Aminudin bin Abdul Karim,New Trends In The Study of Computer Technology In Malaysia: Focus on Project Monitoring System,Thesis Phd for SRU,2oo2,Unpublish.
12.Aminudin bin Abdul karim,Analisa Kandungan Untuk Penyelidikan, Manuskrip, Tidak Diterbitkan, 1988.

All database will support by photos.

Dr Aminudin

Tuesday, September 29, 2009

Pengurusan Latihan (Managing Training) Strategi dan Kenangan

Semasa saya berkidmat dalam PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik) saya terlibat secara lansung dalam bidang latihan diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan Malaysia terutama diagensi berkaitan keselamatan dan juga pelajar-pelajar tajaan JPA untuk dihantar keluar negeri.Dimasa saya berkhidmatan dalam jabatan keselamatan dahulu kami biasanya menjalankan latihan ditempat yang disediakan penginapan oleh jabatan kami.Kalau tiada tempat diinstitusi latihan kerajaan misalnya INTAN, Pusat Latihan JKR dan sebagainya kami akan menempah hotel atau resort bagi kami jadikan pusat latihan.Biasanya saya dan bos saya Encik Ramli akan menjadi urusetia kursus yang kami jalankan.Para peserta akan datang dari seluruh negara bagi menghadhiri kursus yang kami anjurkan.Disamping itu subjek kegemaran saya ialah memberikan ceramah tentang strategi komunikasi dan penggunaan mass media, manakala bos saya Encik Ramli akan memberikan ceramah kegemaran dan kebolehannya iaitu mengenai lukisan dan poster,saya kadang-kadang tergelak juga melihat lukisan dia penuh dalam biliknya tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang PTD dan sebagai polis simpanan.Manakala subjek lain akan disampaikan oleh mereka dari jabatan kami sendiri seperti Pak Abu,Imaluddin,Pak Sulaiman dan lain-lain agensi keselamatan.Jadi secara umumnya sebelum latihan kami kenalah menyediakan sinarai semakan (check list) bagi 5 tajuk utama berikut :-

1.Sebelum Latihan dijalankan.Dimana sinarai semaknya iaitu
i.Apa objektif kursus kita hendak jalankan itu ?
ii.Berapa ramai bilangan peserta yang kita hendak jemput ?
iii.Apakah latarbelakang mereka dan tugas-tugas yang mereka jalankan ketika itu ?
iv.Apa yang kaitan kerja mereka dengan kursus yang kita akan jalankan itu ?
v.Apakah yang mereka boleh memberikan maklum balas dalam kursus itu nanti ?
Vi.Apakah sumber-sumber yang kami ada untuk kursus ini ?
Vii.Cukupkah masa yang diuntukan bagi latihan itu ?
Viii.Bagaimana urusetia memilih para peserta kursus ?

2.Perancangan Latihan
A.Objektif kursus
i.Senaraikan objektif kursus
ii.Objektif hendaklah jelas dan khusus
iii.Jelaskan hasil diperolehi dari kursus tersebut
iv.Jelaskan bagaimana kursus itu diukur dan dipantau
v.Bagaimana kita tahu objektif kursus tersebut tercapai
Vi.Apakah tindakkan selepas kursus dilaksanakan
B.Keadah Kursus
i.Dimana kursus itu akan dijalankan?
ii.Apa bentuk latihan yang akan dijalankan?
iii.Apa tajuk-tajuk yang akan disampaikan ?
iv.Bagaimana keadah penyampian kursus ?
v.Rekabentuk (design) kursus dan pengajaran yang diperolehi darinya.

Bersambung

Dr Aminudin

Sunday, September 27, 2009

Kg.Relong Sebagai Pusat R & D (Penyelidikan dan Pembangunan ) Pertanian Lembah Bama DiAbad Ke 3


Kali ini saya akan membuktikan yang Kampung Relong diLipis,Pahang adalah Pusat R and D (Penyelidikan dan Pembangunan, Pertanian) diLembah Bama bagi Abad yang Ke3 Masihi terutama dalam aspek penanaman padi. Lembah Bama yang saya kaji adalah Jelapang Padi dizaman dahulu.Dari segi teori penanaman padi ini menurut The Encylopedia of Malaysia Early History (1998) bahawa penanaman padi berasal dikawasan pendalaman dan juga dari negeri luar " There are two theories on the origin of the rice from Kuala Selising either the paddy growing society in the inland of Pennisular ".Dari sumber Kerajaan Cina dizaman Dinasti Song pula yang mengatakan Tan-Ma-Ling adalah pusat perdagangan beras.Dalam buku Kajian Lembah Bama saya memberi bukti dan hujah bahawa Tembeling itu terletak diKampung Relong iaitu sebelah Bukit Perupuk tempat kami membuat kebun getah dan cerang padi huma masa dahulu.Kajian oleh Hill(1977) juga memberikan perangkaan bahawa kawasan penanaman padi diPahang adalah yang terluas diantara 3 negeri iaitu Pahang 30,123 ekar,Selangor 7,877ekar dan Johor 6,672 ekar pada tahun 1911-1912.Saya juga menulis dalam blog ini tentang sistem pengairan yang unik diKampung Relong iaitu Sistem Radir yang terdapat didekat Ulu Relong dekat rumah Aki Matawi dan juga dekat rumah De Banum.Ini adalah sistem pengairan yang mendahului zamannya.Begitu juga keadah gotong-royong atau berderau dalam usaha menanam, menuai dan mengirik padi diKampung Relong.Saya telah menulis dalam blog saya dibawah entry Musim Padi Menguning.Pesta mengemping yang pernah diadakan diRelong dimasa Exco Dato Omar (dari Kuala Medang) membuktikan orang Lembah Bama mengenang semua peristiwa tersebut. Begitu juga saya menulis tentang sejarah Kerbau dalam blog saya ini merupakan tradisi pesawahan yang cukup lama diRelong.Boleh dikatakan kami pewaris Datok Linggi dahulu banyak membela kerbau malahan Pakencik dan Pakwe saya keMekah satu masa dahulu adalah hasil dari penjualan kerbau dari Sungaibatu yang mereka pelihara.Apa yang lebih membukti hal ini ialah dalam Hikayat Seri Rama yang menulis bahawa " maka sakalian orang duduk dengan kesukaannya.Maka datang orang membawa hidangan nasi bekasnya itu dari emas dan perak " Hikayat Seri Rama halaman 48.Akhirnya saya petik dari buku Carveth Wells(1925:107) yang beliau menulis "... fish-fighting ia national pastime in Malaya, just as fishing is an everyday occupation.That afternoon Noh took me with him when he went fishing in his fathers's rice field.It was almost harvest-time and the rice nearly as tall as boy.Instead of one good-sized rod,he carried no less than twenty little rods, each about two feet long, and he stuck them all over the field, leaving the hooks dangling in the water in which the rice was growing ".Cerita ini adalah sama dengan permainan kami berlaga ikan karim yang pernah saya coretkan dalam blog ini.

Dr Aminudin

Thursday, September 24, 2009

Bukti Kampung Relong Sebagai Pusat Kesusasteraan dan Kesenian Lembah Bama Yang Tertua DiAsia Tenggara


Sementara buku saya dapat diproduksi oleh pencetak diatas tajuk Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong), saya berikan bukti bergambar dalam bentuk Foto yang anda sekelian boleh besarkan dan cetak.Dari bukti sudut kesusasteraan saya telah memberi hujah bahawa buku Hikayat Seri Rama yang diperolehi dari Archbisop Laud pada tahun 1633 itu telah saya katakan merupakan buku kesusateraan Melayu Kelasik yang mula-mula dihasilkan datangnya dari Lembah Bama dan ini menyanggah pendapat Nik Safiah Karim (2008) yang mengatakan buku kesasasteraan Melayu Kelasik yang terawal ialah Aqaid al-Nasafi.Selanjutnya kita dapati generasi penulis kesusasteraan diLembah Bama diteruskan oleh penulis seperti Baharuddin M.Z.,Alias M.Z.,Siti Ameh,Nor Zainuddin dan lain-lain.Manakala dari sudut kesenian pula seperti yang saya berikan bukti dalam buku tersebut diatas ialah pesta drama dan tarian diKampung Relong yang saya paparkan bukti gambar para pengerak drama dan tarian iaitu Pakangah Hashim Idrus (sekarang Y.Bhg Dato' Hashim Idrus),tarian iaitu Makandak saya Aminah Idrus (Allahyarhamah Makandak Minah),Cu Hawa,Cu Mat Kancil (lihat entry bertajuk Cu Mat Kancil) dan lain-lain.Para pemegang watak utama drama seperti Abang Tamam,Abang Din Miah,Abang Teh,Abang Haron dan lain-lain.Gambar bukti ini saya perolehi dari Abang Ahmad Renek.Selamat Hari Raya.


Dr Aminudin