Friday, July 31, 2009

Epilog 4-Kole

Kole atau tin cup adalah bekas minuman kami bebudak sungaibatu,deRelong.Kole mengingatkan saya kenikmatan apakala berbuka puasa dengan airbatu yang dibungkus sekam habuk kayu serta kertas surat khabar yang kami beli dikedai Aki Subuh atau kedai Sood.Bila berbuka emak membuat siap dalam kole yang agak besar untuk saya dan kalau tidak air sirap emak akan membuatkan airbatu bercampur biji selasih yang bila tiba masa berbuka saya akan minum air dalam kole itu dan ini sudah memadai.Kadang-kadang agar-agar merah atau kuih pelita talam yang emak buat sudah menjadikan saya atau kami bebudak tersandar didinding rumah masing-masing atau disurau We Muhammad yang pernah saya coretkan.Masa bebudak dahulu kami tidaklah mempunyai cawan atau gelas kaca atau plastik yang secantik sekarang.Kami hanya ada kole dan pinggan ayan tempat minum dan makan.Pinggan ayan yang payah nak cari sekarang ini memang tahan lasak walau ia jatuh kelantai atau ketanah dari atas rumah.Maklumlah dahulu rumah kami yang bertiang dan berlantai papan dekat guabama itu kadang-kadang dibawahnya adalah juga tempat kami bermain-main.Malahan saya pernah ceritakan rumah kerajaan yang saya duduki diTemerloh pun bertiang dan dibawahnya membolehkan saya memelihara angsa.Kole dan bekas makan dan minuman yang disediakan bersama ration tentera diberikan kepada kami kedet PTD ,bila menjalani modul peperangan dipusat latihan pegawai kedet Port Dickson dahulu.Peristiwa yang tidak saya lupakan oleh Kumpulan 3 ialah bila siMajid yang agak pendek dan nakal itu terlupa mengeluarkan tualanya dalam 'abong'(beg)yang turut sama mengisi ration itu apabila melalui paya dan berair jadi bila air menyerap masuk dalam beg dan tuala, maka tidaklah terangkatlah beg itu kerana selain dari beg kami juga kena membawa sendiri senjata M16 setiap orang.Ration seperti beras, gula dan mee segera yang dibekalkan habis basah jadi masa berkhemah dia terpaksa menumpang ration orang lain.Jadi kole dan bekas air dari tin adalah asam garam kehidupan seorang tentera maka sempena hari tentera ini kita kena menghargai sumbangan angkatan tentera.Disamping itu pentadbir dalam bidang keselamatan seperti kami PTD yang pernah berkhidmatan seperti tentera juga patut diberi sumbangan kerana kami memerah otak dan tenaga mempertahankan negara secara 'soft '.

Dr Aminudin

Epilog 3-Tebu

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum memang kebiasaan ditanam dikebanyakan rumah orang sungaibatu, deRelong.Rumah kami dekat Guabama banyak menanam tebu ini dekat tepi paya yang menghadap Guabama.Begitu juga rumah Pakangah Man dan anak-anak mereka Jefri dan Alim banyak saya lihat pokok tebu ditanam dekat reban ayam mereka.Manakala Pakencik Akob dan Wan Kiah menanamnya dekat tanjong seberang parit menghadap rumah Abang Din-Miah.Secara umumnya pokok tebu hidup subur dekat rumah orang kampong direlong.Memori saya terkenangkan tebu masa bebudak ini ialah bila kita nak menjelang bulan puasa inilah.Tebu menjadi kegemaran kami untuk dibuat air tebu bila tiba berbuka puasa.Kami akan mencari tebu yang cantik dan besar ketungnya untuk dikisar bagi mendapatkan air tebu dengan mesin getah.Masa dahulu mana ada mesin macam sekarang yang boleh mengisar tebu untuk mendapatkan air tebu.Jadi kami terpaksalah membasuh dan membersihkan mesin getah itu dahulu sebelum digunakan untuk mengisar tebu-tebu itu, kalau tidak akan taksedap kerana berasa getah atau cuka getah!.Manakala dimasa itu tebu yang ada ialah tebu jenis kuning dan juga warna kelabu yang saya lihat dikuantan kedua-dua jenis ini banyak lagi hidup dekat rumah-rumah orang kampong batu 5, Kuantan.Selain dari itu kalau kami lapar juga dahulu kami akan menebang tebu-tebu ini untuk dimakan dibangsal seperti yang saya pernah coretkan.Ada juga saya ingat bagi bebudak yang kuat giginya akan tidak perlu mengupas kulit tebu itu untuk dimakan.Mereka akan terus mengupas kulit tebu itu dengan gigi dan terus memakan tebu itu.Ini saya ingat sangat pada Azhar anak Pakandak Dahan yang kuat giginya memakan tebus tanpa mengupasnya.Hari ini saya diberitahu Azhar telah bertukar keKuala lumpur dan diharap giginya masih cantik dan kukuh.Tebu gajah atau nama saintifiknya Albizzia myriophylla boleh dijadikan ubat bagi merawat demam kepialu.Namun begitu tebu yang dijadikan gula secara komersial seperti yang terdapat diPelis yang pernah kami lawati semasa berkursus PTD dahulu janganlah dimakan banyak sangat kerana menyebabkan kita kena penyakit kencing manis.Bila kena penyakit kencing manis hingga sekarang dalam bidang perubatan belum ada penawar yang boleh menyembuhkannya tetapi hanya sekadar mengurangkannya sahaja.Apa yang mengingatkan kami semasa lawatan keladang gula diPerlis ini ialah bila diceritakan oleh pegawai yang memberikan taklimat tentang operasi ladang bila tiba musim membakar ladang tebu ini menimbulkan kemarahan orang sekitar kerana habis rumah mereka kena debu hitam dan ini tidak dapat dielakan kerana nature perladangan tebu.Jadi kalau kami tidak melawat keladang itu bila menjadi PTD nanti perkara seumpama ini tidaklah kami ketahui, jadi dengan ada lawatan begini kami telah mengetahuinya.Jadi pegawai-pegawai kerajaan hendaklah turun kepadang dan bukanya duduk dipejabat sahaja.Banyak juga perumpamaan berkaitan dengan tebu yang perlu kita fikirkan misalnya seperti menanam tebu ditepi bibir,tebu masuk mulut gajah,tebu seruas berulat pula,dapat tebu rebah,seperti tebu airnya dimakan hampasnya dibuang dan lain-lain.Natijahnya tebu sentiasa dikenang dalam memori saya dan bila melihat pokoknya yang berwarna keemasan dijalan-jalan kampong membuat kita ingin meneguk air tebu secepat mungkin terutama waktu panas begini.

Dr Aminudin

Thursday, July 30, 2009

Epilog 2-Punggur

Punggur ialah batang atau dahan pokok kayu yang mati dan banyak terdapat dekat Guabama,disungaibatu ,Kampong Relong.Punggur-punggur ini kadang-kadang jatuh kedalam Sungai Teris yang kemudian lama-lama tinggal hanyalah terasnya sahaja.Inilah yang kami bebudak kutip menjadikan ianya sebagai perhiasan yang cantik.Kami mengambil punggur-punggur ini dijemur dahulu diatas batu-batu didekat gedung wan diterik matahari sebelum dibersihkan.Pokok-pokok yang seingat saya banyak menjadi punggur dan jatuh dalam Sungai Teris dihadapan guabama itu ialah tualang,terap,keladan,merbau dan perah.Pokok-pokok ini kebanyakan besar-besar belaka dan banyak burung membuat sarang diatasnya.Salah satu diantaranya adalah burung tiong sepertimana yang pernah saya coretkan dalam blog ini, begitu juga dengan burung enggang atau burung yang kami bebudak masa itu panggil burung kelengking.Selalu juga saya lihat burung belatuk yang yang datang hinggap disalah satu pokok-pokok itu untuk memakan ulat-ulat yang biasa banyak pada punggur-punggur itu.Semua pokok-pokok yang saya sebutkan itu membawa manafat kepada kami penduduk Relong.Pokok keladan misalnya bila tiba musim berbunga amatlah cantik dan ini menghiburkan hati dan mata kami memadangnya dan apabila ia berbuah akan kami kutip buah yang gugur itu sebagai ulaman dan walaupun ia pahit,ia merupakan ubat untuk pemulihan edaran darah dan kencing manis.Pokok terap seperti yang saya coretkan ia berguna getahnya untuk kami mengetah burung dan kulitnya kami pintal menjadi tali gasing.Pokok tualang pula menjadi minat sang lebah tempat mereka membuat sarang dan bagi kaki peminat madu lebah inilah pokok mereka mencari madu lebah.Merbau pula memang menjadi kayu yang terasnya kami ambil untuk dibuat gasing dan kadang-kadang ayah mengambilnya untuk dijadikan turus pagar dan tempat menyendung kerbau.Pokok perah pula menghasilkan buah perah yang enak dimakan apabila direbus atau dijeruk.Penjual dipekan sari Relong mengutip dan menjeruknya untuk dijual dipekan sari tersebut.Pokok-pokok inilah ciptaan Ilahi yang menjadi punggur yang kami kami kutip,jemur dan bersihkan serta disapu barnis yang berwana choklat atau hitam itu menjadi perhiasaan yang cantik.Inilah yang membuatkan saya tersenyum sendirian betapa besarnya anugerah Allah yang patut kita gunakan kreatifviti kita untuk menambah keceriaan hidup.Tidaklah seperti sampai kita membeli permainan dari Jepun atau barat yang kereta atau helikopter kawalan jauh yang berharga mencecah hingga ribuan ringgit sedangkan apa yang Allah anugerahkan boleh kita gunakan.

Dr Aminudin

Wednesday, July 29, 2009

Epilog 1-Batas

Batas (border) adalah biasa ditemui atau dilalui kalau kita berjalan dalam Kampong Relong dahulu, dizaman kita bebudak batas yang selalu kami lalui ialah paya Bukit Berangan dimana kami seperti Miah, Abang Amid,Abang Dollah Sidek,Jefri,budak Bapong dan Ulu Teris meniti batas-batas ini untuk kesekolah Relong.Begitu juga bila kami bermain diCeruk Membebek,Dekat Kongsi Cina Kuari Sungai Batu melalui batas-batas dalam paya Pak Encik Akob dan Wan Kiah.Begitu juga bila kami bermain dekat rumah Pakandak Dahan ,kami bermain atas batas-batas dalam paya menuju kerumah Pakngah Derani sebarang paya.Masa dahulu mana ada jalan PLB macam sekarang diRelong yang ada hanyalah batas-batas paya yang dibuat untuk kita lalu.Atas batas-batas inilah kadang-kadang kami duduk bermain sambil menikmati buah-buah yang sedang bermusim seperti rambutan,langsat,manggis,jambubatu dan sebagainya seperti sekarang ini.Kami sungguh gembira terutama saya kerana saya tiada ada adik beradik lain dan saya menumpang kasih dengan bebudak lain seperti anak Pakandak Dahan umpamanya Manan,Aji,Azhar dan Ainon.Begitu jugalah anak-anak Pak Encik Akob seperti Akak Milah,Abang Akil,Abang Hamid,Miah,Zohari,Ya dan Lalmi.Begitu juga dengan Anak-anak Pak We Muhammad seperti Abang Mat Renek,Abang Isa,Dijah, dan Me Dagu.Malahan saya berjalan juga sampai keTeha untuk bermain atas batas-batas menuju kemasjid untuk bertemu Nuar kadir dan budak-budak dekat Masjid Relong.Batas sekarang sudah tiada lagi kerana orang Relong sudah tidak membuat padi lagi sekaligus rindu saya untuk menikmati emping dan kekalu juga sering bermain dalam memori dan selera saya ini lebih-lebih lagi makan dengan serawa telor yang cukup enak yang berwarna choklat muda itu.Inilah batas-batas kehidupan yang kena kita tempuh, dahulu kita bebudak kini kita telah tua malah sudah tidak begitu sihat lagi.Namun begitu batas-batas ini boleh pecah atau masa kami bebudak dulu mengelarnya terbekah akibat ada orang tidak mengetahui sensetifviti seseorang umpamanya kewibawaan kita yang dipertikaikan padahal semuanya itu benar, kerana buat apa kita menipu tentang apa yang kita perolehi terutama ilmu yang sekarang ini kena berbelanja puluhan ribu untuk segulung ijazah.

Dr Aminudin

Sunday, July 26, 2009

Gambar Kenangan SBDR 4


Setelah menjalani Kursus PTD ,Saya dan kumpulan 3 telah dilantik menjadi PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Malaysia dan dalam blog ada entry berkaitan Datok Ishak Haji Muhamad yang kami panggil Paksako.

Gambar Kenangan SBDR 3


Seterusnya dipaparkan gambar kenangan kami berkursus selama 40 hari diOut Bound School,Lumut yang amat mencabar dan perit dirasai.Kami berlayar hingga kePulau Sembilan yang berada ditengah lautan.

Gambar Kenangan SBDR 2


Gambar seterusnya ialah semasa berkurusus diSekolah Pegawai Kedet Angkatan Tentera, Port Dickson yang mana dalam entry Tanjong Agas ada menceritakan pengalaman saya.