2."Fakir"adalah juga merupakan anak murid serta menerima nasihat dan petunjuk dari guru-guru mereka dan dalam konteks kajian ini adalah para pengikut Mazhab Syafie.Diantara tokoh Mazhab Syafie yang terkenal ialah Imam al-Ghazali, dimana ilmu tasawuf adalah merupakan satu displin ilmu yang lengkap.Selapas itu kita lihat telah muncul ahli-ahli tariqah dinegara-negara Islam ( Dr Mahayudin Haji Yahya, 1984).Mendalami istilah-istilah sufi yang diantaranya adalah al-Tauhid atau bermakna al-Ifrad iaitu mengesakan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.Al-Marifah Billah yang bererti mengetahui Allah dengan segala sifat-sifatnya yang wajib bagi-Nya dan sifat-sifat yang mustahil atas-Nya.Al-Qanaah, Al-Tawakkul, Al-Syukr, Al-Shabr,Al-Iradah, Al-Istiqamah, Al-Ikhlas, Al-Sidq, Al-Haya, Al-Faqr. Al-Syauq.Al-Khalwah, Al-Uzlah,Al-Wara, Al-Shamt,Al-Khauf ,Al-Juwa tark al-Syahwah dan lain-lain.Kenapa saya menelusuri istilah-istilah sufi tersebut adalah tidak lain untuk saya teliti elemen dan nilai-nilai kesufian yang ada pada batu nisan wali yang meninggal dunia diKampung Pematang ,Pasir,Pekan ,Pahang dan saya dapati elemen dan nilai-nilai kesufiannya memang wujud iaitu al-Ubudiah, al-Istiqamah,al-Haya, Ikhlas, al-Sidq, al-Qanaah dan al-Syaud. Natijahnya ia begitu significant sebagai seorang ahli sufi yang datang dari Semenanjung Arab yang merupakan golongan Alawiyyin dari Hadramaut.Bersambung -Saya akan huraikan bagaimana para ilmuwan Islam Pahang menghafal prosa dan puisi Islam sebagai bukti Pahang sebagai negeri Pertama diNusantara menerima Islam.Foto dibawah adalah tulisan diatas Batu Nisan Wali diKg Pematang Pasir,Pekan (sumber:Dr Othman Mohd Yatim, 1988)
Tuesday, June 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment