Sunday, October 9, 2011

Trilogy Haji-Peribahasa Melayu-Arab-Kashmir (Siri 1)


Peribahasa Melayu tentang Air memang banyak. Misalnya Air setitik dilautkan,tanah seketul digunungkan yang bermakna membesar-besarkan perkara yang kecil.Air pun ada pasang surutnya dan tidaklah pasang selalu yang bermakna nasib manusia tidak dapat ditentukan.Air mata jatuh kedalam yang bermakna berdukacita dengan secara diam.Air Besar, batu bersibak yang bermakna saudara atau kawan akan berpecah bila berlaku perselisihan besar.Air besar sampan tak hanyut bermakna maksud yang tidak tercapai.Air dalam terenang bermakna hidup yang tenang dan tenteram.Air jernih ikannya jinak bermakna negeri yang aman dan teratur serta rakyatnya berbudi bahasa.Air keruh, limbat keluar yang bermakna negeri yang huru-hara,orang jahat mencari keuntungan.Dan peribahasa ini yang selalu kita dengari iaitu Air yang tenang jangan disangka tiada buaya yang bermakna orang pandai tidak mudah kalah dalam perdebatan.

Sedangkan peribahasa Arab tentang air ialah Tanah yang rendah itu menghisap air orang lain serta airnya sendiri yang bermakna orang yang jahat bukan sahaja merosakana diri rakan-rakannya tetapi dirinya sendiri.Air banjir sudah sampai ketanah yang tinggi bermakna sesuatu yang sudah melampau batas telah menjadikan sesuatu yang buruk.Air mata dari sibuta sebelah adalah harta rampasan yang dingin bermaksud seseorang yang sangat kedekut dan hanya memberi sedikit saja sedekah.
Pengambilan air yang tidak akan mengeruhkan lautan bermakna pemberian yang sedikit tidak akan mengurangkan harta yang dimiliki seseorang.Penghalau air banjir menghadapi arus yang deras bermakna seseorang yang jahat jika bertemu orang jahat adakalanya menjadi insaf dan tidak jahat lagi.

Manakala kita jarang mendengar Peribahasa Kashmir tentang air iaitu Kita boleh membakar air dan adakalanya kita tidak mampu membakar minyak (Bahasa Kashmir berbunyi " Aki sund dyurah chandah beyih sund katu") dimana maknanya ada sesuatu itu kadang-kadang bernasib baik.Berapa banyakah bekas air telah dipecahkannya ? (Ami yarabalan chhih kutiyah nati pkutaruvamati?) yang bererti adanya unsur kejahatan.Adakah segala kotoran akan hilang dengan membasuhnya dek air (Chhalanah mal chhua atsan kih nah neran? ertinya adalah segala pengetahuan itu datangnya dengan belajar atau sebaliknya ?.

Dr Aminudin

No comments: